Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Raya Haji. Show all posts
Showing posts with label Raya Haji. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Nasi Tomato Gajus , Tips Nasi Jelantah dan Doa Memasak

Last resepi untuk minggu ni....
pas ni hapdate citer lain lak...
kang ada yang termenyampah lak tengok aku asik kasi resepi2..biasala aku kan jenis 
hapdate ikut mood..
tapi kekadang ada gak terfikir
kalau dah tua sok..
apa ingat la ni mude sgt ker
takper dalam hati sentiasa muda selalu
Manalah tahu kalau2 dah tak lalu nak tengok muka aku...
leh gak aku blog pasal masakan pulak yer...
so hopefully kalau dah "senja" nanti aku masih aktif berblogging insyallah..

Resepi yang last ni
"Nasi Tomato Gajus"
suka suki aku jer nak kasi nama
yelah bak kata MasterChefkan...kalau memasak biarlah 
makanan tu bernama 
itulah la ni Culinary bukan sekadar makanan tapi ada seni disebaliknya
so rajin2la memasak
tapi ingat memasak ni yang penting keikhlasan dan masaklah dgn penuh kasih syg
insyallah makanan yang tak berapa nak sedap pun 
boleh jadi sedap...
Kekadang nyesal gak kalau kecik2 dulu rajin ke dapur mesti leh masuk 
MasterChef hahaha

Lagi satu kalau memasak jgn lupa baca 
selawat nabi bnyk2..
surah Alam Nasrah
dan Surah Al Kauthsar
bukan setakat masakan kita "menjadi"
tapi yang penting kita turut mendoakan sesiapa yg memakan 
makanan yang kita masak pun akan dapat kesejahteraan
(Ini adik aku yang ustaz tula ajar..setakat alhamdullilah walaupun aku bukanla terer tp dgn izin Allah insyallah menjadi jer masakan aku)
Lagipun tak rugi amalkan membaca ayat2 Al-Quran dalam kehidupan seharian
bukannya baca ayat yang bukan2...
Ni juga antara surah yang dapat melembutkan hati suami dan juga pada anak2 kita...insyallah
Amalan ni nampak bese2 ajer...tp besar impaknya

Udah2 ler tu aku nak ceramah...meh kita check it out 
cara nak masak
 yer

Bahan-bahan

  • 4 pot  Beras Basmathi - dibasuh dan rendam selama 20minit
  • 2 sudu besar Minyak Sapi/Marjerin ~ aku guna minyak sapi sedap sikit...tp ari tu dah takde guna butter pun jadi...pun sodap gak...yang penting nasi wangi
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 ulas Bawang Putih ~ hiris
  • 5 ulas Bawang Merah 
  • 1 Labu Bawang Besar ~ hiris
  • 1.5 cm Halia ~ hiris
  • 1 helai daun pandan....
  • 2 Bunga Cengkih
  • 1 Bunga Lawang
  • 3 Buah Pelaga
  • 5cm Kayu Manis
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 biji tomato blender
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa
  • Bawang Goreng - Utk Hiasan
  • 100g Hirisan gajus bakar - Utk Hiasan...biasa org guna badam atau pun kacang peas...permintaan Mr Y nakkan kelainan..Mr Y mmg sukakan eksperimen
  • 80g Kismis/Sultana - Utk Hiasan ~ Aku tak letak ...lupa lain kali letak...

   Cara-caranya

  1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis 1 hingga 2 minit.
  2. Diikuti dengan bawang putih, halia, bawang besar dan bawang merah kacau hingga  naik wangi.
  3. Masukkan susu cair, sos tomato, tomato yang diblender kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
  4. Kemudian bubuh air, kiub pati ayam, daun pandan dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk ~ ada dua cara kalau nak masak guna rice cooker pun boleh alihkan jer selepas dah masukkan semua bahan. Sesetengah orang suka masak dalam rice cooker sbb taknak berkerak...
  5. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan bawang  goreng dan gajus

Psst: Mencabar gak aku masak nasi tomato ni ....takut jelantah....rupa2nya ada teknik....senang jer bila nasi tak berapa masak letakkan secawan air kat tengah2 nasi lepas tu teruskan mengacau sehingga nasi betul2 masak...insyallah aku dah cuba menjadi...

Resepi Sihat Ayam Masak Merah Madu

Minggu ni entry aku all about recepies yer.....
dari simpan meh kita share kan together gether 
walaupun aku tak ler teror masak tapi ada hati gak nak 
kasi resepi...
Besela .. la ni kan musim 
"MasterChef Malaysia"
suka naaa tengok....better aku tengok Masterchef dpt gak ilmu 
memasak dari aku
layan 
"Vokal Bukan Sekadar Rupa"
yang mmg entah apa2 
sakit mata ...sakit telinga

Lagi pun minggu ni mmg kena kejar waktu nak settlekan keje
sbb next week nak pi HOLIDAY!!!!

Bahan~Bahan 
~ 1/2 ekor ayam
~ Garam
~ Serbuk kunyit
~ Cili kering kisar takde cili boh pun boleh
~ 1cm halia - blend
~ 3 ulas bawang merah - blend
~ 3 ulas bawang putih - blend
~ 1 ulas bawang besar - blend
~ 4 sudu besar sos tomato
~ 4 sudu sos cili
~ 2 sudu Madu
~ Minyak Masak

Hiasan
~ 1/2 biji bawang besar - potong bulat mcm gelang
~ 1 biji tomato - hiris
~ Kacang Peas


Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  
~Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Jangan garing sangat yer.
2.  Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
9. Hiaskan dengan kacang peas, hirisan tomato dan bawang besar....

Psst:Aku suka dengan resepi ni sedap ada kelainan instead of guna sugar ...tukar guna madu...kan lebih menyihatkan..cubalah sedap!!!tak percaya tanya Mr Y ..hehe

Tuesday, November 8, 2011

Resepi Jelatah warna warni

Aku kalau datang roh rajin tetiba...
mmg rajinlah dapur aku 
berasap rasap...

Kalu tak mmg kemas manjang...

sampai MIL kalau datang siap tanya
aku jarang masak ke...agaknya tengok dapur kemas ajer
aku besela dgn MIL takde nak cover2 line sgt...
dengan selamba jawab
"masak mak tapi kadang...kadang"
sbb kalau masak pun kami berdua ajer
dan kalau masak pun weekend..

kalau weekday balik dah nak dekat malam 
masak apa nyer ...tak koser aku...
Ini atas persetujuan bersama ...Mr Y jenis hubby tak bnyk ragam and flexible
tapi jgn cuba lak dgn sesetengah hubby ..sbb ada setengah laki tgh2 
malam pun tak kira time suruh gak
bininya masak....lagi huru hara suruh tumbuk sambal sabo jelah

Dek sebabkan roh rajin dah menyerap jadi aku tetiba nak kasi resepila
vangga tul air tgn sendiri...dan ternyata air tgn sendiri adalah lebih sedap dibandingkan dgn kat restoran tu yer!!!
Resepi Jelatah ni aku nak kasi resepi sebab lain dari yang lain....aku modify
ikut sesuka sesedap rasa tekak aku jer
dan telah dicop mohor oleh judge Mr Y....kalau dia tak approve takut gak aku nak kongsi 
resepi haha...
Bahan~Bahan
  • 1 tin nenas...kenapa guna dalam tin sbb lebih manis...tp kalau nak guna nenas pun boleh cuma takut masam jer
  • 2 biji timun (Aku guna timun jepun takde biji lagi sedap dan yang penting tak pahit)
  • 2 biji carrot(kalau tak nak pun takper....aku saja letak sbb nakkan kaler..tu yang nama resepi tu warna warni)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada benggala (merah) 
  • gula & garam sesedap rasa
  • 120ml cuka makan...kalau pantang cuka leh jer guna lemon pun sodap
  • sedikit gula dan garam ikut rasa
  • 1 sudu mentega kacang (additional flavour yang sedap kalau nak letak dalam salad...tak percaya cuba)
  • Kacang tumbuk (Ini mmg kelainan...dan aku suka sgt rasanya...rasa nak makan lagi dan lagi)

Cara~Caranya

  1. Potong semua bahan2. Nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. Timun dan carrot dipotong memanjang
  3. Campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, mentega kacang, gula dan garam.Gaul rata.
  4. Sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..ratah cam tu pun sedap
  5. Untuk hiasan boleh taburkan dengan kacang tumbuk...lagi sedap!! tak percaya cubalah

Psst: Jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati...lain kali nak buat just sebagai suka2 nak ratah

Hidangan Raya Haji 2011 tetap meriah

Walaupun Raya Haji tak semeriah 
seperti Raya Aidilfitri tapi tetap disambut
walaupun sederhana ajer
Mr Y siap tanya nak masak ke tak...aku kata boleh ajer...aku  kan masak ikut mood haha
bertuahnyer bini
Aku tetap jugak sibuk masak2
Sibuk gak masak2 tapi tak masak siang....
masak malam raya sbb siang
aku ajak Mr Y gi dating bley

Malam tu baru terhegeh2 nak memasak
tapi aku pandai (haha puji diri sendiri)
sebelum nak keluar berjimba aku dah siapkan bahan2 masak
jadi takler aku bersilat sakan kat dapur
tulah masak ni bukannya susah...ala takat masak cam
Masterchef bukannya susah sgt pun!!!
tapi nak menyediakan bahan2 & mengemas tu yang aku nyampah!!
Mr Poposh la peneman aku masak sampai pukul 2am...Mr Y tahan sampai pukul 1am
dah tak sanggup nak tunggu aku
tidur dah dia...
Mr Poposh kejap tidur kejap kang terbangun...cumilkan...

Inilah hidangan kami dipagi raya....walaupun ringkas tetap meriah

~Nasi Tomato
~Ayam Masak Merah Madu
~ Nasi Impit
~ Rendang Ayam Perak 
~Jelatah

~ Papadom nak jugak!!!

 Untuk yang tersayang tak dilupakan...tu sbb aku mmg suka masak bnyk 
boleh bagi kat parents.... 


Psst: Yang penting Mr Y cakap sodap...lepas ni leh jamu kengkawan....Mr Y jenis yang outspoken berlapik..kalau tak sedap ...dia akan cakap direct jer...cam judges dalam Masterchef pulak...berdebar2 kalau nak suruh dia rasa....mmg ler sentap tapi untuk kebaikan...redha jelah















Monday, November 7, 2011

Wordless Monday Sempena AidilAdha

Sempena cuti Monday ni aku pun mau
Wordless....

Psst:1st time dalam blog aku guna wordless...sah2 mood bercuti takdak mood mau hapdate

Friday, November 19, 2010

Korban Hari Jadi

Tajuk...kan main lagi
betullah kan Raya Haji
pun disebut sebagai Raya Korban
pastu sambut lak sekali dgn Hari Jadi
my Abah...

Kena cerita dari mula
ada org tu
(Mr Y kena lagi)
orang sibuk nak raya
dia pulak sibuk kena keje

pandai dia takut aku melenting
bg tau last minit
nak kata lagu apa
suami kan sabar jelah
dah mmg kena standby nak buat lagu mana
"berkorban apa sajala" jawabnya

Apa kene mengena pulak gambo teko besau ni
saja jer ambil sebab kiutla
teko besar ni dekat dgn tempat Mr Y keje
Mr Y kata kalau weekdays
Teko gergasi tu keluarkan air...
lepas tu hantarla Mr Y pi keje
sedey sungguh

Sampai2 my mum tengah sibuk "mengerjakan"
daging korban untuk diagih2kan kepada anak2nyer
sampai2 tanya mana Mr Y
bukan tanya aku pun...aku tak sampai hati nak call
bagi tau my mum Mr Y takde...sampai baru kasik tau
nak2 Abah aku la mesti frust sbb Mr Y selalu rajin melayan dia berborak

Dah pesan dgn my mum mau daging saja
tulang tak mo...lecehla...daging korban ni tak leh buat main
tak leh main buang2 gitu saja...
nak kena tanam..kang tak pasal2 menanggung kat akhirat..
plan baek punyer ingat nak buat rendang
yelah kan aku tak buat rendang tahun ni

Aku tukang siapkan meja makan sementara tunggu my eldest brother
datang...plan nak buat pun lepas asar

Mak aku masak bess2 punyer...rugi Mr Y takde
saja nak bagi jeles...tp MILkan mana buleh lupa menantu dia
awal2 lagi my mum dah siapkan bekalan untuk Mr Y

KFC pun ada....sebab Abah teringin nak makan

Ini pun sebab nak meraikan birthday abah....
ni bukan tulisan aku yer..kang ada yang kata awatla tulisan cam kanak2 Ribena
Ini tulisan my niece
pandai jawab aku suruh dia tulis
"Selamat Hari Jadi Atuk"
dia kata ni hadiah ni dari makteh...makteh kan anak...kenala letak untuk Abah
pandaila ko menjawab yer

Siap ada hamper...anak bongsu bawak...

Sebelum makan mintak adik bongsu
aka ustaz rock ni bacakan doa selamat
semoga keluarga kami bahagia dunia & akhirat
serta dimurahkan rezeki amin

kalau kita org jumpa adik beradik mmg riuh rendah ler jawabnya
hensem tak potret gambo abah aku kat belakang tu
hehe

Ucapan untuk Abah
Selamat Ulangtahun
Semoga dipanjangkan umur
&
diberikan kesihatan yang sempurna
itulah doa aku setiap kali lepas solat
takde yang lebih berharga & membahagiakan
didunia ni selain melihat ibubapa kita juga bahagia

tunjuk last sekali sebab mmg tragis
yeye jer beli kek ni
patutlah masa beli cam tak sedap hati
tak sempat korang nak tengok apa
ayat kat atas kek tu
terjatuh sikit jer dah jadi rupa tu tapi
fragile sungguh

takper yang penting rasanya sedap sgt
macam ice cream kek
Nama kek ni
"chocolate chip walnut"

oklaaa tu saja
"Happy Weekend U all"

Psst: Itu jela citer Raya Haji...walaupun satu hari jer tetap meriah walaupun tanpa Mr Y tercinta huhu

Thursday, November 18, 2010

Salam AidilAdha pengorbanan itu satu jihad

Salam AidilAdha
dari
Posh76
&
Family

untuk semua kaum muslimin & muslimat

Semoga pengorbanan ikhlas kita diterima oleh
Allah S.W.T
jadi renung2kanlah

Amalan berkorban adalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal.

Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin.

Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah.

Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya.

Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya.

Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.





Psst: Biasala dalam dunia sukar nak lari dari perasaan tamak walaupun dalam bab membahagikan daging korban ni..

Tuesday, November 16, 2010

Aiik!! perli ker??

Mesti ramai dah bercuti nikan
nak2 yang ada kampung tak macam aku sian
takde kampung
walaupun takde kampung
still balik kampung gak
"kampung Cheras Baru"
jadila dari takdekan

Aku pun kalau nak cuti nak buat per
alang2 jerkan
kat office ni pun cuma yang outstation
jer ambil cuti panjang sampai
next Monday baru balik
ni betul2 raya sakan

Especially yang beraya kat Kelantan & Terengganu
wajib balik Raya Haji ni..
Sebab kat sana lebih meriah berbanding dgn sambutan
Hari Raya Aidilfitri

Aku takde apa nak merapu pagi ni
kan MIL aku ada hadiahkan
"Indian Pan"
ni...sah2 ler nak aku rajin2 kan diri memasak
huhu...aku belum guna lagi
tapi periuk ni cantek compare dgn periuk cap buaya
shining2 sikit...kot2 nak buat sebagai hidangan pun boleh
ala macam dalam citer hindustan tu..
ada jual set dari yang kecik sampai ke besar
harga satu set RM79.90
MIL aku belila...dia suruh aku beli yang set tu
tak maula...nak buat apa banyak2...
agaknya tu yang dia belikan aku
satu tu...nak tak nak aku ambil gak ler
kot2 masak dalam Indian Pan
ni jadi lagi sedap ka hehe

dok sibuk2 soping kat JJ lupa nak renew card
korang kot2 terlupa maklumler nak hujung tahunkan
elok2 la pi renew...kang rugi tak dapat point...
hehe

Malam ni mesti ramai yang sibuk nak memasak
untuk juadah esok
aku tengok keadaan
kalau cepat balik masak...
kalau lambat alamat tumpang rendang rumah mak aku jelah
hehe

Psst: Apa2pun siapa yang balik kampung hari ni berhati2lah semasa memandu...berehat dulu kalau mengantuk...Ingat!!!kalau nak jadi sekelip mata jer...

Wednesday, December 2, 2009

Raya Haji Picture

Nak duit mcm "nuffnang" silala klik2 CATCHEYE
Korang thanks sbb still sudi klik2 my nuffnang
kalu iklan tu asik tido jer
korang clear "cookies"
pastu refresh or tekan F5

Khas untuk Zana & Dee
u all mmg i nak jumper sgt korang berdua
tapi sbbkan my new mgmt ni lum leh adjust
lunch time sbb still under control
hope u all paham yer
mmg aku tingin nak jumpa
tapi kalu jumpa terkocoh2 (ada ker word camni)
baik takyahkan...
kasi aku settle down kat sini dulu
baru bess
lagi satu aku takde friday leh off 2 hours cam company lain
almaklum company ala2 enge2 sikit...
insyaallah ada rezeki kt mesti jumpa nyer

Pagi tadi yer2 jer nak pakai bulu mata pelesu p kerojer
baru nak tenyah Mr Y dah start keta
so kem salam jelah...
huhu

yer2 ajer tajuk akukan...
actually takde gambo raya haji pun
raya pun gitu2 jer
ala raya haji kat sini tak semeriah mcm kat Kelantan
or Terengganukan

Lagipun adik beradik aku sumer tak balik yg ada
aku ajer yg meriuhkan suasana

Jadi gambo ni jer yg ada utk tatapan korang nak cuci mata
pagi2 ni....kasi clean sikit mata tu tngk hijau2 gini

Kolam ikan buatan abah aku
bestkan kalu nak makan kangkung petik
ajer tak yah beli
and yang penting takde baja chemical
lagi satu kalu nak makan ikan tangguk jer



Inilah pokok peria tu...elok jer mak & abah aku tanam
sumer menjadi


Yang ni lak "kacang panjang" yg jenis tak menjalar
leh tanam dlm pasu...
nak makan petik ajer


Serai pun ada
kalu kat pasar nak beli pun mahal ni


Pokok bunga yg hidup subur...geram jer aku tengok
kalu hati berkenan senang jer angkut bawak balik
hehe


Yang ni bunga my mum tulun tanamkan utk aku
bertuah nyer anakkan...
dah tanam elok2 baru aku bawak balik
deco kat umah aku hehe
pandainyer


I like this ulam "PERIA"
tapi my mum tanam ni
tak pahit langsung
aku tapau bawak balik
sbb aku suka makan "raw" gitu
buat ubat "awet muda"
hehe


Tengok apa yg Mr Poposh tgh skodeng
di pagi aidil adha yang mulia


ada 2 ekor puppy rupernyer
sian mintak makan
sian lak aku tengok
aku kasik poposh nyer biskut
pastu jenuh nak halau

Psst: Today aku bawak laptop ler pulak...ada masa insyallah aku jelajah blog korang yer....teruskan niat murni korang klik2 iklan aku yer....thx so much


Monday, November 30, 2009

Belated AidilAdha

Kepada kengkawan sumer nak ucapkan " Salam AidilAdha"

Takde apa nak kata
cuma nak memohon maaf selama kita berblogging
kot2 ada yang terasa aku mohon maaf
nak tambah sikit utk renungan
bersama

berkorban boleh tetapi biarler kene pada
tempatnyer...jgnler kerana
sayangkan seseorang
or semata2 kerana nak menjaga hati
diri sendiri yang terkorban
dan diperbodoh2kan
moga Allah bukakan pintu hati
yang berkenaan utk memilih
mana permata
dan yang mana kaca
Amin amin Ya rabalalamin

Sekian wassalam
dengan ucapan
berapa ekor lembu tumbang
tempat korang
hehe

Untuk contestant 99HTN
kalu makan nasi ngaku jerlah
aku pun
dah terkantoi gak
huhuhu
nasi impit/lemang
pun kira makan nasi gakkan
huhu

Wow pagi ni bess banyak iklan2 baru...
seronok aku klik2...
camni baru bess...
Thanks nuffnang


Psst: Sibuk sgt sampai takde masa nak update blog huhu...pagi ni baru terhegeh2 nak ganti klik2 korang....aku ucapkan tima kasih sgt sbb korang sudi klik2 akunyer iklan yer...Thanks