Klik Jangan Tak Klik

Thursday, November 18, 2010

Salam AidilAdha pengorbanan itu satu jihad

Salam AidilAdha
dari
Posh76
&
Family

untuk semua kaum muslimin & muslimat

Semoga pengorbanan ikhlas kita diterima oleh
Allah S.W.T
jadi renung2kanlah

Amalan berkorban adalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal.

Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin.

Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah.

Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya.

Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya.

Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.





Psst: Biasala dalam dunia sukar nak lari dari perasaan tamak walaupun dalam bab membahagikan daging korban ni..

7 comments:

Mustaffa Khairul Azzam said...

salam aidiladha juga buat kak posh...
tahun nie beraya di hostel jer :(

Melle Abadi said...

tapi sesetengah orang lansung tidak faham erti aidiladha ini

Nobita Sensei said...

Bab ni gua setuju sangat.

Dee said...

salam aidiladha sis..

Softtouch [Hanim] said...

salam aidiladha sis..sory lmbat wish...

el said...

slm aidiladha
pagi sebok wat rendang..mlm sebuk wat nasi minyak.penat tp berbaloi sbb bg mkn kt rmi org adik badik ahaks

sue said...

Salam aidiladha untuk akak dan suami.