Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Nasi Tomato Gajus , Tips Nasi Jelantah dan Doa Memasak

Last resepi untuk minggu ni....
pas ni hapdate citer lain lak...
kang ada yang termenyampah lak tengok aku asik kasi resepi2..biasala aku kan jenis 
hapdate ikut mood..
tapi kekadang ada gak terfikir
kalau dah tua sok..
apa ingat la ni mude sgt ker
takper dalam hati sentiasa muda selalu
Manalah tahu kalau2 dah tak lalu nak tengok muka aku...
leh gak aku blog pasal masakan pulak yer...
so hopefully kalau dah "senja" nanti aku masih aktif berblogging insyallah..

Resepi yang last ni
"Nasi Tomato Gajus"
suka suki aku jer nak kasi nama
yelah bak kata MasterChefkan...kalau memasak biarlah 
makanan tu bernama 
itulah la ni Culinary bukan sekadar makanan tapi ada seni disebaliknya
so rajin2la memasak
tapi ingat memasak ni yang penting keikhlasan dan masaklah dgn penuh kasih syg
insyallah makanan yang tak berapa nak sedap pun 
boleh jadi sedap...
Kekadang nyesal gak kalau kecik2 dulu rajin ke dapur mesti leh masuk 
MasterChef hahaha

Lagi satu kalau memasak jgn lupa baca 
selawat nabi bnyk2..
surah Alam Nasrah
dan Surah Al Kauthsar
bukan setakat masakan kita "menjadi"
tapi yang penting kita turut mendoakan sesiapa yg memakan 
makanan yang kita masak pun akan dapat kesejahteraan
(Ini adik aku yang ustaz tula ajar..setakat alhamdullilah walaupun aku bukanla terer tp dgn izin Allah insyallah menjadi jer masakan aku)
Lagipun tak rugi amalkan membaca ayat2 Al-Quran dalam kehidupan seharian
bukannya baca ayat yang bukan2...
Ni juga antara surah yang dapat melembutkan hati suami dan juga pada anak2 kita...insyallah
Amalan ni nampak bese2 ajer...tp besar impaknya

Udah2 ler tu aku nak ceramah...meh kita check it out 
cara nak masak
 yer

Bahan-bahan

  • 4 pot  Beras Basmathi - dibasuh dan rendam selama 20minit
  • 2 sudu besar Minyak Sapi/Marjerin ~ aku guna minyak sapi sedap sikit...tp ari tu dah takde guna butter pun jadi...pun sodap gak...yang penting nasi wangi
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 ulas Bawang Putih ~ hiris
  • 5 ulas Bawang Merah 
  • 1 Labu Bawang Besar ~ hiris
  • 1.5 cm Halia ~ hiris
  • 1 helai daun pandan....
  • 2 Bunga Cengkih
  • 1 Bunga Lawang
  • 3 Buah Pelaga
  • 5cm Kayu Manis
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 biji tomato blender
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa
  • Bawang Goreng - Utk Hiasan
  • 100g Hirisan gajus bakar - Utk Hiasan...biasa org guna badam atau pun kacang peas...permintaan Mr Y nakkan kelainan..Mr Y mmg sukakan eksperimen
  • 80g Kismis/Sultana - Utk Hiasan ~ Aku tak letak ...lupa lain kali letak...

   Cara-caranya

  1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis 1 hingga 2 minit.
  2. Diikuti dengan bawang putih, halia, bawang besar dan bawang merah kacau hingga  naik wangi.
  3. Masukkan susu cair, sos tomato, tomato yang diblender kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
  4. Kemudian bubuh air, kiub pati ayam, daun pandan dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk ~ ada dua cara kalau nak masak guna rice cooker pun boleh alihkan jer selepas dah masukkan semua bahan. Sesetengah orang suka masak dalam rice cooker sbb taknak berkerak...
  5. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan bawang  goreng dan gajus

Psst: Mencabar gak aku masak nasi tomato ni ....takut jelantah....rupa2nya ada teknik....senang jer bila nasi tak berapa masak letakkan secawan air kat tengah2 nasi lepas tu teruskan mengacau sehingga nasi betul2 masak...insyallah aku dah cuba menjadi...

7 comments:

Delimasari said...

baca resepi ni mmg ummmphhh masakan ni

Mimy Hamid said...

wah menarik nasi tomato ada letak gajus, kismis aku suka penambah selera....aku dah copy resepi ko...eh beb kalau ada resepi dalca nakkkkk


p/s...yer beb bacalah selawat dan doa..itu mmg amalan mak dan nenek aku...

Rinna said...

Suka ngan nasi tomato.. pernah baca pasal petua tuh.. Good info.. :)

kurus said...

yes ! .. leh lah cuba lepas nie :)

rasp said...

mmg elok amalkan bacaan selawat & doa tu sis...
berkat masakan kita tu, insyaAllah...
thx for sharing the resepi...

wahida said...

saya cuma baca selawat jer...
tak tau lak baca surah lain masa memasak tu...

tengs sharing sis....

Softtouch [Hanim] said...

mak sy pun ckp bc selawat...xpernah masak naso tomato tu lg..xkonfiden takut xjd..thanx sis sbb sudi share semuanya...