Klik Jangan Tak Klik

Showing posts sorted by date for query passport. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query passport. Sort by relevance Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Chilis Belanja Siapa Lahir 29th February Tahun Lompat!!!!!!

Special Birthday wish
 utk bloggers yg
menyambut birthday pada
hari ini
29th February
moga panjang umur
dan 
 murahkan rezeki
amin!!!

aku wish tapi
yang belanjanyer
Chilis!!!

Lagipun siapa yg lahir pada 29th February mmg special
sbb hanya menyambut
4 tahun sekali jer...
ataupun dikenali sbg tahun lompat
apalagi angkatla tangan siapa special
lahir 29th February

 takper pada yg lahir pada 29th February
boleh jer sambut sebelum atau selepas tarikh tersebut
cam aku lahir 1st February
for the month of February tu tak habis2 aku celebrate bday aku
hover ko!!
yang penting kita bersyukur Allah panjangkan umur kita
Chill!!!!!!!!
T.G.I. Friday’s is giving away Free Main Course 
 if you were born on 29 February

*Present your IC or Passport to their staff for verification of birthday*
For everyone, T.G.I. Friday’s also has a treat on the 29 February 2012
Buy 2 Entrees and get the 3rd Entree Free

Terms & Conditions
Valid on 29th February 2012 at T.G.I. Friday’s only.
Discounted item is to be equal or lesser amount of the purchased item.
Birthday redemption is applicable.
I.C must be presented to verify actual birthday date.
For dine-in only.
Not applicable for other promotions.

 Psst: Teringin nak pekena Molten cake Chilis.....meletop!!!!!

Friday, November 25, 2011

Dari Sadao~Danok ke Hat Yai

Sampai je border siam di Bukit Kayu Hitam, 
kita akan sampai ke bandar kecil namanya Sadao~Danok
Finally sampai pun ke Thailand.....
ataupun juga dikenali dgn nama
"Negara Gajah Putih"
ini adalah kali kedua aku jejak negara ni
tapi still pi tempat yang sama tp tu belum kawen 
dah kawen experience dia lain sikit..
tingin jugak nak ke Koh SaMui ke...Phuket ke..Krabi...
tapi hajat lum kesampaian lagi...insyallah one find day!!!

1st trip pun dah lama sangat
lebih kurang 8 years back...so confirmla tak berapa nak ingat 
tapi yang pasti banyak betul perubahan 
dan jugak rules yg strict
Kalau tak silap aku sebelum perjalanan nak sampai ke HatYai akan melalui 
Sadao....masa ni dah over excited lupa segala penat lelah....
Dari Danok ke Hat Yai ni ada dalam 60km lagi perjalanan

Sepanjang jalan tu jugaklah korang akan nampak muka
Raja Thailand
"Bhumibol Adulyadej "
nampak sgt aku jarang tengok berita...so nama dia pun aku tak tau hahaha
Mr Y sibuk dgn rekabentuk bangunan kat Thailand...heboh suruh amik gambo 
kot2 nak buat rumah pesen kayu camni...tapi mmg unik
Nak lagi unikkan....hamek ko!!!
pandangan dari jauh dan dekat
mak aii berseliratnyer
tak kena litar pintas ker....
Paling femes kat Hat Yai dan tak sabar aku nak mencuba 
"Ayam Goreng" yang katanya sedap sgt dan wajib rasa kalau dah sampai sini
sedap ker...nanti kita continue story yer...

Last but not least...awek Thailand dasat tu...budak sekolah tu...kalau merempit tak pakai 
helmet aku dok wondering polis tak tahan ker...
pastu paling bess rata2 naik moto 3-4 orang boleh....

Alhamdullilah kat sini tak banjir...walaupun hujan gak ler cam Malaysia
tapi still kami boleh berjimba
yang banjir teruk tu cuma kat Bangkok jer..
alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan

Sedikit info kalau nak ke Thailand yang aku pun baru tau
(untung depa leh senang keluar masuk yer)


Sesiapa yang dari negeri-negeri yang bersempadankan Siam, seperti Kelantan, Kedah dan Perlis, boleh memohon untuk memasuki Siam tanpa passport. Masa apply tu pastikan kita ada photostat IC, gambar dua keping dan 10 hengget dan bukan penjenayah yang dikehendaki oleh kerajaan Thai atau Malaysia.

Psstt: Aku peliklaa depa kata sampai imigresen Thailand depa kata kakitangan imigresen akan mintak tip dalam RM1 ke RM2 kalau THB10 - 20 untuk chop passport tapi kami tak kena pun...masuk pun smooth ajer...tapi kalau betul...melampau ...bukan pasal kedekut ke apa...tp cam tak baikkan...kalau ramai...mau bnyk dapat tu

Hat Yai ~ Tukar RM ke BAHT


Bess kalau naik coach ni walaupun perjalanan jauh 
tak terasa sgt....pastu leh cuci mata dgn pemandangan yang sungguh indah
beselah org key ell kalau tengok kampung 
mesti ala2 jakun sikit...nak2 tengok sawah padi lagila teruja!!!


Ni nak citer pulak pasal tukar duit RM ke Thai Bhat (THB)
Based on forum mmg advice tak perlu tukar duit awal2 kat KL
so kami tukarlah kat Changlun 
(border Malaysia ke Thailand)
depa kata kat sini leh dapat lebih sikit...

tapi sebenarnyer  TAK BETUL rugi!!!
kalau masuk Thailand lagi teruk...
sbb masa kat KL aku tengok RM100 leh dapat 1050THB...
nyesal tak tukar dekat KL
Kami tukar THB6000 equal to RM600++...siap aku mintak diskaun lagi
apek tu kata sudah diskaun maaa yolah tu ...
yee haaaa acik kayo kejap...duit ribu riban!!!tp naper duit depa cam duit monopoly ajer

               Pengangkutan jenis apa pun akan berhenti kat sini for registration
kalau nak masuk ke Hat Yai dengan kereta..prosedurnya
kena amik insurans kenderaan.
Paling penting bawa geran
Isi borang sebelum ke sempadan. 
Bayar RM17.
Semua dokumen registration akan disiapkan disini
Cuma yang aku tak puas hati
dahler aku kebulur masa ni...
nak makan kat sini ...
my fren kata tempat ni tak halal.....
so beli roti jela...

 yang lagi tak bess perjalanan  ni...aku ingat mesti ada berhenti untuk makan lunch ke apa
1st stop berhenti kat tempat rehat yang ada jual buah buahan tu.
sempatlah nak solat dan makan buah jelah sepuas puas2nya...

 Changlun ni adalah last stop untuk pengurusan dokumen dan kalau nak makan...
for non muslim lepaslaa 
takper dah nak dekat sampai masuk Thailand...so tahan sikit perut untuk makan
sedap!!!!!!!
So sementara menunggu proses pendaftaran pilah jenguk harga2 hotel yang ada
mulanya ingat nak booking jer kat sini
tapi bila pikir base on forum better book kat sana
murah sikit
Inilah form yang kena isi tu...make sure simpan yer sampai nak balik yer...

Tak lama lepas tu kami gerak pulak ke Kompleks Bukit Kayu Hitam Imigresen
nak cop passport
bess masa ni tak ramai org....depa kata kalu weekend penuh ni
masa tengah beratur tu nampak signboard
"Mangga dilarang keluar masuk"
aiik mangga pun barang terkawal...tp setahu aku mangga Thailand yang harum manis tu kalau
bawak keluar Malaysia mesti masam
ada sumpahan kot hehe





Alhamdullilah sampai jugak kat Imigresen Thailand di Danok...sini mmg dah terasa suasana kat Thailand...
sini pakaian abe seragam kastam semua pakai seluar ketat..tak kira size apa
muka lak ganas2 belaka
takut aku tengok!!!

Psst: Hampir 5 tahun kot tak jejak HatYai...nantikan kisah seterusnya

Wednesday, November 23, 2011

Buffered Earning Nuffnang & Night Before My Trip!!!

Alhamdullilah syukur pada Allah kerana bukak Nuffnang hari ni 
dapat lagi seketul BE 
Adidas NEO...walaupun seketul tetap bersyukur dari takde langsung
So kalau nak dapatkan BE ni kena gakler rajin kan usaha..
bolehla tengok kat entry ni yer...manalah tau kot2 membantu insyallah

Oklaaa tu kan last aku dapat pun kat entry ni
gap berapa hari jerkan...
BE ni pun bermusim kalau ada banyak..banyaklaa..
kalu takde
mmg takde walaupun cam nak rak menghapdate hehe

Tapi apa pun BE ni takkan ada tanpa sokongan korang yang hari2 sudi jengah
blog yang tak seberapa ni...

Apapun bkn kerana Nuffnang jer addicted to blog tapi dek sbbkan minat
tulah orang kata kalau takde minat mmg tak mendatangkan hasil
aku percaya tak semua org ada kelebihan berblogging
ada gak aku share minat ni dgn my fren...tak sampai berapa bulan jer malas nak hapdate camna...
aku dah kata kalau nak blog kena rajin hapdate...
dan kalau rajin attend event lagi ler bonus berganda

kemungkinan juga sbb minat aku dlm Mass Comm dulu tak kesampaian
tu yang curahkan kat blog...takperlah
tak dpt jadi reporter 
jadi reporter kat blog pun jadilaa hehe

Berbalik pada citer pasal trip aku ke Hat Yai ...ni la malam sebelum nak pi Hat Yai..sian kat Mr Poposh...asal aku nak gi jenjalan jer mesti buat muka sayu giler....kehulu kehilir aku pi mana dia ikut ajer...what to do....kalu baby leh ler bawak sekali ni tuceng...alahai!!!






 Banyak2 mende ni yang aku paling risau tertinggal
kalau tak reti nak buat passport leh pi kat entry ni
kalu tinggal mekap or baju takper leh beli jer kat Hat Yai ni...kalau passport tertinggal meraung ajerla 
Lagi satu make sure PTPTN tu takde blacklist yer....kang buat malu jer tak lepas...

Lagi satu paling penting make sure passport belum tamat tempoh 6 bulan dari yang tercatat pada passport

Contoh kalau tak berapa nak faham..

Jika passport tercatat tamat pada 6hb August 2011 ..
start dari bulan Mac 2011, 
dah tak boleh travel dan kena renew passport....

Yang sebaik2nya renewla passport sebelum tamat tempoh 6 bulan itu......aku pernah tengok depan mata sendiri masa company trip ke Bali dulu
my colleague tak lepas tu...sbbkan kes macam ni...so tak keharu....
org dah excited nak ke overseas
tetiba kantoi camtu atas sbb kelalaian sendiri ataupun kurang pengetahuan

So jgnla main2 dgn imigresen ni yer...they are very strict...


Psst: So kalau korang mai blog aku minat dgn iklan nuffnang tu bolehla klik2 untuk check it out the deal yer....

Friday, May 6, 2011

Cara Cara Buat Passport Antarabangsa

Ini adalah entry yang dah lama berkepuk dalam simpanan aku yer
tapi aku tetap nak share dgn korang or kot sesapa yang tak tahu
camno nak buat International Passport
meh aku ajar step by step
yang dah reti tu dok diam diam jelah
hehe

Silala ke cawangan terdekat...aku prefer buat kat HQ
Pusat Bandar Damansara...

Tulunler datang seawal pagi yang boleh sebabnyer nak beratur amik borang
jer punyala panjang berjela
kalau lambat kekadang 11.30am kaunter dah tutup
especially month end
yang untung untuk wanita mengandung...kurang upaya
or warga emas ada kaunter khas disediakan
yang sihat waalfiat sila beratur yer

lagi satu kalau korang download form dari website Imigresen buat penat jer
tak boleh pakai...still kena ambil borang kat situ
& kena pulak fill in balik
tapi yang bagusnya tak perlu nak isi banyak column...

Jangan lupa 2 keping gambor , photostat IC
& passport lama for renewal
kalau tak nak amik siap2 boleh jer ambil kat situ
bnyk je ulat menunggu

Owner blog nak enterprem....

Confirm siap 1 jam....yerker itu kalau korang pakai
KIPPAS

Inilah Kippas...

Ini pulak syarat syarat kalau nak guna kippas
tak berani nak cuba lagi

Senangkan guna mesin kippas ni cepat & pantas tak yah nak beratur
panjang panjang

Inilah mesin Kippasnya
senang ikut arahan masuk
duit...terus dpt nombor giliran
datang balik selepas 1 jam...

Sementara tunggu passport nak siap kita breakfast dulu...
kedai mamak kat depan imigresen tu banyak
siap kalau nak shopping kat Giant pun bley

Dah lepas satu jam mai balik tunggu nombor naik blhla amik
passport....habis sudah
mudah & cepatkan

Aku buat untuk 2 tahun jer
RM100
Kalau selalu over the seas bolehla
apply untuk RM300
5 tahun terus
cam MIL dia amik utk 5 tahun
sebab dia jalan non stop
besskan....

Psst: Tapi bagi akulaaa senang gak buat awal awal passport ni walaupun nak pergi oversea entah bila tah...hehe

Sunday, March 27, 2011

Breakfast Terakhir sebelum melangkah pergi

Tajuk tak henggat...kunun2...yelah
inilah breakfast terakhir kami
sebelum check out..
jadi haruslah makan betul2...hehe

Mulakan dgn cereal baek utk kesihatan....tapi cereal ni bess
sbb ada campuran macam2...

yang kurang berat tapi still menyelerakan...kan aku dah kata
roti kat hotel wajib rasa...today no toast bread mau tukar selera
aku tengok aku sendiri kecur air liur boleh...ni yang nak pi repeat balik ni

beralih yang berat pulak...roti canai pun ada taw.......apa ingat mamak jer ada roti canai
sini punya roti canai lagi sedap

Kegemaranku.....mihoon sup yummy
macam kat stall punyalaa...bukan cin cai punya tak mmg terasa supnya
puji macam nak rak macamla hotel ni nak kasi aku makan free
(tapi mmg free pun kalau stay kat sinilaa...kalu saja mai kena bayolerrrr..)

Memang tak tifu...sedap buffet breakfast kat sini
ni antara kegemaran aku gak...
chicken porridge...
ko letak macam2 makan sampai puas...
paling suka ada lobak asin
lagiler terangkat!!

yang aku tergedik nak cuba
walaupun....yogurt dgn buah buahan
another healthy breakfast...
dah amik Mr Y dok jeling
"ha...ha... finist it"
muka aku dah cebik...tak lalu nak telan
buah tu okeyla tp susu masam aka dadih tak lalu tekak ni huhu

tapi kalau yang ni aku lalulaaa.....sedap western breakfast...
macam2 sosej ada

chef dia masak kat luar...boleh nampak apa depa buat...
chef kat sini mmg frenly..also the staff
semua murah dgn senyuman
I likee!!!
Paling aku suka buffet kat hotel ni sebab food sentiasa refill
so kalau korang terlambat datang
macam akulaaa...terlajak...tido lambat daaaa...projek baek punya hehe
so food sentiasa ada
walaupun ramai guess masa tu...

muka baru lepas mandi...tp ada gak aku tengok orang tak mandi rilex jer turun breakfast...
tapi aku tak beselaa....kalau nak keluar mana2 wajib ler mandi dulu...tak koser aku sememeh

Jemput breakfast....nyum...nyum

Psst: Rindunya nak breakfast kat hotel...hari ni pagi2 buta dah chow nak buat passport..hari tu pi tapi MIL jer yang buat...aku tak buat sebab atas alasan tertentu.kalau rajin nanti aku update for korangnya reference insyaallah

Monday, October 11, 2010

KIPPAS VS TM dua2 melepas!!

Kunun2 lagi
tapi takperlah kalau aku dah terkena
at least aku boleh share dgn korangkan

So next time takdela korang terbuang masa macam aku ni
Mula2 cadangnya nak ke TM untuk settlekan
termination package voice deal 38 tu
untuk MIL
(Mesti ramai yang dah terkenakan???...ni story aku citer lain entry naaa....entry geram ni)

Sampai2 rupa2nya bukak 5 days week ajer
tak ker keciwa

hampeh pecut terus ker JIM
(Jabatan Imigresan Malaysia)
Aku pi yang dekat Pusat Bandar Damansara
Memang la happy sampai2 dalam pukul 11am
kunun2 tercapai la impian nak buat passport
last2 nombor giliran pulak habis
(no wonderla org selalu pi pagi2 buta...sebab nak kejar )

Lepas tu nak terai KIPPAS ala2 kiosk gak ni

Last2 hampeh lagi...waktu operasi pun 5 days week ajer
apa daaa kan bagus bukak on weekend jugak
macam ni baik tak payah buat kiosk
baik beratur jer kat kaunter

Kot2 u all nak tau cara guna boleh refer kat sini sebelum cuba
cadangan pada kerajaan tolong la buka kiosk ni pada hujung minggu kan memudahkan rakyat

Sempat jugak aku ambil gambo2 artis ni...paling suker tengok muka lisdawati...
natural beauty gitu...hehe

Psst: Tak tahulah bila aku nak uruskan....dah ler la ni susah nak ambil cuti....huhu

Wednesday, September 8, 2010

Kalah blogger tegar

Hajat dihati nak pi renew passport
kunun2 nak ke overseas
tetapi hampa sebab tutup
so alamatnyer kene tunggu lepas raya ler jawabnyer

Pagi2 buta lepas jer solat subuh terus datang
last2 ingat nak balik ajer
take note ya itu untuk semua branch..aku dah call
tapi hari biasa bukak ler
MIL aku mana nak baliknyer mesti nak ajak pi sopingnyer

Mula2 ingat nak bawak pi SOGO mak aii punyerler sesak
pastu parking semua full
masa ni dah rasa sesak nafas dah
tak kuasa kami pun melencong pi MIDVALLEY
lega dapat pun parking

Tengok siapa yang kaki soping sebenarnya
barang kami adala seketul dua ketul
the rest all my MIL....lantakla janji dia happy
itupun mana dia berkenan nak beli utk aku
tapi aku tolakler ...sikit2 udah2ler

Pastu sempat lagi berkenalan...so aku lak yang jadi camerawoman dia
selalukan aku buli anak dia
untuk ambil gambar
tapi MIL aku mmg peramah & suka bergambo
aku ingat kalau dia pandai internet mesti dia mau ada blog hehe

Pastu jumpa lak budak comei ni dia berkenan nak ambil gambo gak

comeikan budak ni baru jer dua tahun tapi badan kuss semangat
suke tu dgn nenek...

Ini mum....datin u...cantikkan mummy dia

Ini sis dia pun comei gak

gambo aku takde..kasik can ler MIL aku enterprem..asik muka aku korang pun dah muak
tapi kalau korang jumpa budak ni mesti korang pun geram
kiut sgt...tapi aku respek org camni walaupun golongan up sikit tapi tak sombong & pandai dia
didik anak dia hormat org tua..didikan macam nilah yang kita mahu
tak kira la ko tu taraf apapun...

Psst: Raya mood..sok nak cuti dah...cuti sehari jer...Monday dah kerojer balik..untung siapa yang ada kampung hehe