Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia


Memang terkejut baca citer ni
pagi ni....

"Izwan Pilus"
33 tahun
abg kepada
"Aril AF"
meninggal dunia semalam 

Aku paling suka dgr lagu
"Kembali Senyum"
Ingatkan main2...yelah la ni kan ramai yg suka salah gunakan
FB kata meninggal padahal tak meninggal
Tapi berita ni betul disahkan oleh adik beliau sendiri Aril
dan beliau sempat merakam
gambar Terakhir Allahyarham semalam semasa di hospital...nampak tenang ajerkan
.
Laporan menyebut yang Izwan Pilus meninggal akibat
dari jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection)

Itulah ajal maut ditangan tuhan...bakal menjemput kita bila2 masa saja tak kira tua ataupun muda

Psst:Sama~samalah kita hadiahkan alfatihah utk arwah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman amin....




Saturday, January 14, 2012

Hattan Sah Bercerai


  Hari tu tengok kat Melodi beria ria Hattan menafikan issue ni
tup2 aku dpt email 
Al-Kisahnyer...wallahualam 
hal rumah tangga ni sukar dijangka
org luar tak leh nak campur
yang lebih mengetahui ialah pasangan tu sendiri

Apapun yang berlaku dalam kehidupan kita
"What Goes Around Comes Around"
itulah karma hidup

cerita selanjutnyer aku tak taula naper bercerai tapi sumber selanjutnya ada kat 
betul atau tidak wallahualam

KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.


Psst: Macam trend la hari ni kawen sok cerai...tapi kalau dah tak bahagia nak tunggu apalagi...kita kawen semestinyer maukan kebahagiaankan

Monday, January 9, 2012

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim? Anwar Tidak Bersalah & Dibebaskan

Aku mmg tak brp minat pasal politik.
tapi untuk kess spesel sikit ni aku hapdatela
amik ler tau sikit...dulu masa dok usung tilam ke hulu kehilir tu aku ikula
jugak..punya mental ikut kesah tu sampai dok bertekak dgn Mr Y bley...
last2  Mr Y lak mengalahkan YB Kuang..
kalau cakap ko takde bukti2 yg sahih mmg kantoi...
last2 aku pun buat bodo jerla
hampeh punyala lama kes ni

Actually mana2 pihak pun aku tak sokong....
 politik ni "kotor"
masing2 ada kepentingan sendiri
bukan macam politik dolu2...betul2 untuk kepentingan rakyat

Apapun lantak komelah
walaupun nampak kes ni ada pro dan kontra
kita sendiri pun phening tak tau siapa yg bersalah
siapa yg benar...tuduh2 tanpa bukti
kang buat dose kering...

tapi Allah S.W.T
yang maha mengetahui
kalau betul Dato Anwar tak bersalah kita doakan kebaikan untuknya
tapi kalau sebaliknya walallahualam


KUALA LUMPUR, 9 JAN :Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


"Mahkamah tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."

"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan," katanya lagi.

Anwar dan Pakatan Rakyat menganggap tuduhan itu sebagai konspirasi oleh Barisan Nasional untuk menamatkan karier politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihanraya Mac 2008.

Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.

Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun di tutup pada 15 Disember 2011.

Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.

Anwar di tuduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Seksyen tersebut memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.
Psst: Ingat!!!Ini undang2 duniakan...undang2 akhirat sesiapapun yg buat aniaya pasti takkan terlepas

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya ~ Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011

Bagi laluan dulu pada entry ni yer...
Terasa vangga sgt menjadi rakyat Malaysia....

Tahniah untuk pasukan Malaysia 

aka "Harimau Malaya"
(tetiba letak muka Mr Poposh...motif sbb Mr Poposhkan macam rimau hehe)
yang menjuarai pingat emas yang pernah dimenangi 2 tahun lalu
untuk 
Sukan SEA 2011
mengalahkan Indonesia 
menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 
selepas terikat 1-1 pada perlawanan sebenar 
di Stadium Gelora Bung Karno
Apa2 pun sbb utama aku tengok bola yang sememangnya aku tak berapa minat pun 
dek sbb
kan "Apek" ni ...walaupun ada sikit nyampah kat mamat ni lepas dia putus tunang 
dan skandal pulak dgn Dahlia Teck
Perasaan tu bertukar bila tengok beliau menunjukkan prestasi 
yang sgt DABOMMM...walaupun aku tak tau sgt pasal bola
tapi aku tengok cara dia main pun dah tau dia mmg hebat
(pasal skandal dia tu nak buat lagu mana...adatlaa...org pofular ...pastu hensem pulak ...mesti terjebak dgn pelbagai dugaan)

Aku kira tabik spring laa kat lu Apek...keep it up tawwww...jgn dok skandal sana sini
prestasi ke laut....
  Dek sbbkan "Apek" ni jugakla membantu trafik aku naik ....tq Apek...hehe
Selaku goalkeeper ...beliau menjalankan tanggungjawab lebih dari 100%. Ketangkasan Apek yang seringkali dicuba oleh serangan pihak lawan berjaya dipatahkan dengan semangat yang kental

Tapi mmg pun aku tengok bola bila "Apek" main ...tapi Mr Y yang pening...asal keluar muka Apek
jer mesti aku yang jerit lebih boleh...bukan sbb GOL pun!!!!hehe

Kesian kat Indon....kalah pulak kat tempat sendiri.....tulaaa jgn riak poyo sgt...
tapi depa main pun not bad!!
so lepas ni takdela pasukan Malaysia dikenali
lagi dgn Jaguh Kampung
international pun dah boleh taww!!!!!!!1



Psst: Masa mula2 tengok dah putus harapan sbb Indonesia cepat naaa jaringkan gol...sbb cam bengang sikit on and off tengok CUN...bess gak hehe

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012~ Naikkan gaji kami!!!!!!!

Jangan lupa yer tengok live!!!
budget 2012
jam 4 ptg hari ni bukan esok yer
7/10/2011

Siaran langsung ucapan belanjawan 2012 melalui portal ini juga boleh didapati dalam 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari laman web portal perbendaharaan Malaysia http://www.treasury.gov.my/

KUALA LUMPUR – Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan.

Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang disifatkannya masih tinggi bagi membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam kalangan negara-negara membangun.

“Walaupun kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus dalam bajet tahun lepas, ia sebenarnya masih tinggi untuk berdaya saing dengan negara-negara lain di rantau ini.

“Singapura, misalnya, hanya mengenakan kadar cukai pendapatan sebanyak 17 peratus namun tetap mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu-isu yang ditekankan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, pengurangan kadar cukai juga dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing yang secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang positif.

Salleh juga menyatakan harapannya agar pengurangan kadar cukai dapat dilaksanakan supaya dapat meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof. Dr. Jariah Masud pula berharap kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan asas bagi mengelakkan pengguna daripada terus ditindas sesetengah peniaga.

Menurutnya, sudah terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan oleh peniaga dan keadaan itu akan menjejaskan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika perkara itu tidak segera dibendung, katanya, keluarga berkenaan dikhuatiri akan gagal mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang.

“Kini sudah terdapat banyak kes seperti anak-anak terpaksa berhenti daripada persekolahan semata-mata untuk membantu ibu bapa mencari wang.

“Bagi saya, antara cara terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengawal harga barang,” katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula berpendapat Bajet 2012 dapat memberi lebih pengisian kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Saya percaya bajet itu dapat memberi lebih insentif kepada golongan berkenaan agar dapat mengimbangi pendapatan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Antara cadangan yang dibangkitkan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012 ini..

Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  • projek penambahbaikan pengangkutan awam seluruh negara terutama kawasan luar bandar dan tidak hanya dilaksanakan di Lembah Klang.
  • penambahan peruntukan kesihatan minimum tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan komitmen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

CUEPACS

  • meneliti semula skim gaji kakitangan sektor awam ~ yelah sektor swasta pun kenala naik gaji + bonus...dah ler keje dgn swasta tak terjamin sgt berbanding keje gomen..pastu tak habis2 nak outsourse
  • menimbang semula pemberian bonus dua bulan gaji ~ Bayangkan gaji kecik bonus pun tarak camno nak hidup...
  • langkah menyerap pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak mereka.
  • meluluskan had umur persaraan 60 tahun, meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat ~ Ini tak berapa nak setuju dah umur camtu rehat2la kat rumah kasi peluang kat fresh grade pulak...tp kalau masih boleh keje why not...
  • penetapan gaji minimum.
  • memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM300 sebulan
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)
  • mencadangkan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 20 hingga 22 peratus.
  • penurunan cukai pendapatan individu daripada 26 peratus kepada 20 hingga 22 peratus juga perlu diberi pertimbangan sewajarnya selain pemberian insentif menerusi pelepasan cukai berganda kepada majikan yang mengambil pekerja warga emas bagi menggalakkan lebih ramai majikan yang mahu memberi peluang kepada golongan berkenaan.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

  • gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 ~ Private company kena bukak mata sikit...jgn pilih bulu (racist)
  • menaikkan had minimum umur persaraan pekerja swasta dari dari 55 tahun kepada 60.

Suara Rakyat 1Malaysia dan NGO

  • berharap kerajaan mengambil kira beban yang ditanggung lepasan universiti yang masih tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan pada masa sama menanggung hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • berharap kerajaan dapat menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa dan memperkenalkan gaji minimum bagi lepasan universiti sebanyak RM3,000 sesuai dengan kelayakan akademik dan kos sara hidup yang semakin meningkat
  • golongan majoriti rakyat di negara ini terutama berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian utama terutama membabitkan isu perumahan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar besar.
  • Kerajaan perlu memperbanyakkan projek perumahan untuk mereka kerana perumahan untuk golongan ini tidak banyak disediakan berbanding projek perumahan rakyat kos rendah yang menerima banyak bantuan subsidi dari kerajaan
  • memenuhi kehendak rakyat dengan mengadakan pelaksanaan belanjawan berhemah yang mampu meringankan beban rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan.
  • Kesihatan dan pendidikan rakyat perlu diberi tumpuan
  • Penyelarasan gaji minima bagi semua sektor perlu dilaksanakan dengan segera. Kebanyakan syarikat memperolehi keuntungan yang tinggi tetapi tidak di kongsi dengan pekerja mereka. Cadangkan gaji minima bagi semua sektor ialah RM 1500 sebulan. Untuk mengalakan syarikat memberi ganjaran yang lebih kepada pekerja mereka, dicadangkan agar kerajaan memberi insentif potongan cukai pendapatan keatas segala perbelanjaan berkaitan ganjaran dan faedah yang diberikan kepada pekerja.
  • Menghapuskan segala AP dan monopoli perniagaan kerana ia hanya memberi faedah kepada orang tertentu.
  • Mengalakan pengeluaran barang makanan dengan mempertingkatkan usaha di dalam bidang pertanian dan ternakan moden.
  • Menaikan cukai barang-barang impot yang mewah seperti kereta.perabut,rokok,minuman keras dll
  • Memberi rebet tol kepada mereka yang berulang-alik kerja mengunakan lebuhraya.
  • Mengurangkan buruh asing
  • Menaikan caruman minima kwsp majikan dari 12% kepada 15%
  • Menaikan segala cukai hiburan seperti pusat karaoke, night-club dll
  • Memperbaiki sistem kemudahan pengangkutan awam
  • Mengawal segala kos barang-barang dan kemudahan asas seperti letrik, air, telefon, tol, minyak, makanan, perubatan dan pendidikan.
  • Mewujudkan peluang kerja yang mencukupi dan bersesuain dengan kelayakan dan keperluan
  • Membantu rakyat untuk meningkatkan pendapatan dengan mengadakan lebih banyak prasarana
    dan kemudahan untuk berniaga.
  • Mewujudkan kemudahan pinjaman mudah bagi rakyat untuk mengelakkan mereka terjebak dengan ahlong.
  • penjawat awam yang telah berkahwin dipermudahkan untuk berpindah mengikut pasangan mereka.

Jika dilihat daripada cadangan-cadangan yang diutarakan di atas, masing-masing memberi pendapat berdasarkan kepentingan masing-masing. Namun, jika benar seperti slogan 1Malaysia yang dilaung-laung selama ini dimana Rakyat akan didahulukan, pendapat dan Suara Hati rakyat perlu diambil kira kerana ia menggambarkan suara hati majoriti rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan itu diharap dapat memberi kesamaan dari segi taraf hidup bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Psst: Lain tu tak berapa nak kisah...paling kisah pasal cost of living...especially kenaikan gaji & harga brg yang tahap melampau2 ni..kalau kerajaan tak buat sesuatu...yang miskin makin miskin...yang kaya makin kaya....

Monday, September 19, 2011

Tolong baca ~ Terutama wanita!!!!

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Terutama wanita

Sebab lelaki siapa lak nak merogolkan!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Psst: Belum nak update lagi..kepenatan masih terasa dek kenduri last weekend...





Saturday, September 3, 2011

Wartawan Noramfaizul mati ditembak ~ misi bantuan kemanusian ke Somalia

Disaat kita bergembira berhari raya
sedih semalam bila dgr berita wartawan
Noramfaizul Mohd Nor (41) meninggal dunia
selepas cedera parah akibat ditembak di bahu
ketika mengikuti misi bantuan kemanusian ke Somalia

Allahyarham meninggalkan
isteri Norazrina Jaafar, 37, dan
dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3

manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan,
cedera di tangan dan dilaporkan stabil

Rentetan peristiwa tersebut

Penembak curi Somalia serang konvoi misi kemanusiaan Malaysia

KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.

Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

Mangsa terkena tembakan ketika berada dalam kenderaan terbabit sebaik tiba di depan hotel penginapan mereka.

Difahamkan, mangsa menginap bersama jurukamera dan wartawan televisyen Malaysia di sebuah hotel lain, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan wartawan media cetak serta sukarelawan misi berkenaan.
Mangsa cuba diselamatkan oleh doktor yang menyertai misi berkenaan, namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar, yang turut menyertai misi berkenaan ketika dihubungi malam tadi berkata, mangsa dikatakan sempat menghubu­­ngi ahli keluarganya di ibu negara sebaik ter­­kena tembakan itu.

Beliau berkata, setakat malam tadi tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Berikutan kejadian itu, semua sukarelawan dan wartawan akan dibawa keluar dari Mogadishu secepat mungkin menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kini berada di Seychelles yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke ibu negara terbabit.

“Mengikut perancangan, semua anggota misi akan cuba dibawa keluar malam ini (malam tadi) tetapi keadaan sangat berbahaya dan semuanya bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Nor Azizah berkata, semua anggota sukarelawan lain dan petugas media kini dalam keadaan selamat dan diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan.

“Kami semua dikumpulkan di hotel penginapan, tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik masing-masing,” katanya.

Misi kemanusiaan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 55 sukarelawan terdiri daripada 18 doktor dan 17 pengamal media berlepas dari ibu negara pada 28 Ogos lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini

Itulah ketentuan illahi...kalau sudah ajal
takkan lambat walau sesaat pun

Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini....

Psst:Insyallah allahyarham mati syahid dan semoga ditempatkan di syurga...Al-Fatihah...



Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah runtuh Hulu Langat Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terasa sebaknya

Sebak rasanya dengar berita tragedi tanah runtuh
yang menimpa rumah anak yatim Madrasah Al Taqwa...

Tak terkata rasanya...hanya simpati,doa & rasa sedih yang boleh dikongsi bersama
serta sumbangan bagi membantu
mangsa mangsa yang terlibat

Harap2 kejadian sebegini dapat membuka
mata semua pihak agar berbuat sesuatu dgn segera
supaya tidak lagi berlaku kejadian seperti ini
jgn dah jadi sesuatu dan ada yang jadi mangsa barulah nak berbuat sesuatu...
mmgla ini sudah takdir tetapi
ada benda yang kita boleh elakkan
sebelum terjadinya sesuatu malapetaka

Tengok tempat ni pun dah tahu ...macam2 perkara yang tidak
diingini boleh berlaku...

Takziah kepada mangsa2
dan semoga operasi menyelamatkan mangsa2 lain yang masih belum di temui berjaya ditemukan

Untuk keluarga mangsa moga tabah & kuat menghadapi dugaan ni

Sama2lah kita berdoa dan bacakan al fatihah untuk semua mangsa
Insyallah mereka ini termasuk yang mati syahid...

Teringat pada arwah adik yang meninggal masa umur 15tahun dulu
itu yang sebak sgt

Psst: Bila kejadian macam ni terasa sebaknya...sebab tu aku faham sgt perasaan kehilangan orang yang kita sayang...hargailah orang yang masih ada disisi kita...kita sendiri tak tahu bila masa kita...





Monday, June 15, 2009

Eksiden


Eksiden lagi....brp kali dah dalam sebulan...every month mesti kena punyer...aiyoo drive pakai otaklahh...jgnlah sbb nak SHORT CUT malas nak p u turn ...kan dah kena...tp sianlah org lain yg punyer hal org lain yg kena....kalu takat dua bijik jer kena takper...ni kang berderet2...korang kalu kat sini hati2 yek..jgn nak bawak laju2..geng opis aku yg non-muslim sukalah sbb nak amik no keta...aku amik gambo ni sebagai pengajaran jgn bawak keta laju2 sgt...dah bg had laju ikut jelah...pastu kalu nak potong tulunlah kasi signal..jgn suka suki mau potong saja...leceh tau kalu eksiden ni..

Kan dah jem...jenuh la wa nak balik ni kang....huhu

Gambo tak lawo sbb wa bukan profesional nyer reporter...boss pun phening tngk aku ...apa kenalah minah ni...siap ingat aku amik gambo nak beli nombor...belasah kang...