Klik Jangan Tak Klik

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012~ Naikkan gaji kami!!!!!!!

Jangan lupa yer tengok live!!!
budget 2012
jam 4 ptg hari ni bukan esok yer
7/10/2011

Siaran langsung ucapan belanjawan 2012 melalui portal ini juga boleh didapati dalam 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari laman web portal perbendaharaan Malaysia http://www.treasury.gov.my/

KUALA LUMPUR – Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan.

Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang disifatkannya masih tinggi bagi membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam kalangan negara-negara membangun.

“Walaupun kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus dalam bajet tahun lepas, ia sebenarnya masih tinggi untuk berdaya saing dengan negara-negara lain di rantau ini.

“Singapura, misalnya, hanya mengenakan kadar cukai pendapatan sebanyak 17 peratus namun tetap mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu-isu yang ditekankan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, pengurangan kadar cukai juga dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing yang secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang positif.

Salleh juga menyatakan harapannya agar pengurangan kadar cukai dapat dilaksanakan supaya dapat meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof. Dr. Jariah Masud pula berharap kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan asas bagi mengelakkan pengguna daripada terus ditindas sesetengah peniaga.

Menurutnya, sudah terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan oleh peniaga dan keadaan itu akan menjejaskan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika perkara itu tidak segera dibendung, katanya, keluarga berkenaan dikhuatiri akan gagal mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang.

“Kini sudah terdapat banyak kes seperti anak-anak terpaksa berhenti daripada persekolahan semata-mata untuk membantu ibu bapa mencari wang.

“Bagi saya, antara cara terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengawal harga barang,” katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula berpendapat Bajet 2012 dapat memberi lebih pengisian kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Saya percaya bajet itu dapat memberi lebih insentif kepada golongan berkenaan agar dapat mengimbangi pendapatan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Antara cadangan yang dibangkitkan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012 ini..

Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  • projek penambahbaikan pengangkutan awam seluruh negara terutama kawasan luar bandar dan tidak hanya dilaksanakan di Lembah Klang.
  • penambahan peruntukan kesihatan minimum tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan komitmen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

CUEPACS

  • meneliti semula skim gaji kakitangan sektor awam ~ yelah sektor swasta pun kenala naik gaji + bonus...dah ler keje dgn swasta tak terjamin sgt berbanding keje gomen..pastu tak habis2 nak outsourse
  • menimbang semula pemberian bonus dua bulan gaji ~ Bayangkan gaji kecik bonus pun tarak camno nak hidup...
  • langkah menyerap pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak mereka.
  • meluluskan had umur persaraan 60 tahun, meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat ~ Ini tak berapa nak setuju dah umur camtu rehat2la kat rumah kasi peluang kat fresh grade pulak...tp kalau masih boleh keje why not...
  • penetapan gaji minimum.
  • memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM300 sebulan
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)
  • mencadangkan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 20 hingga 22 peratus.
  • penurunan cukai pendapatan individu daripada 26 peratus kepada 20 hingga 22 peratus juga perlu diberi pertimbangan sewajarnya selain pemberian insentif menerusi pelepasan cukai berganda kepada majikan yang mengambil pekerja warga emas bagi menggalakkan lebih ramai majikan yang mahu memberi peluang kepada golongan berkenaan.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

  • gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 ~ Private company kena bukak mata sikit...jgn pilih bulu (racist)
  • menaikkan had minimum umur persaraan pekerja swasta dari dari 55 tahun kepada 60.

Suara Rakyat 1Malaysia dan NGO

  • berharap kerajaan mengambil kira beban yang ditanggung lepasan universiti yang masih tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan pada masa sama menanggung hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • berharap kerajaan dapat menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa dan memperkenalkan gaji minimum bagi lepasan universiti sebanyak RM3,000 sesuai dengan kelayakan akademik dan kos sara hidup yang semakin meningkat
  • golongan majoriti rakyat di negara ini terutama berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian utama terutama membabitkan isu perumahan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar besar.
  • Kerajaan perlu memperbanyakkan projek perumahan untuk mereka kerana perumahan untuk golongan ini tidak banyak disediakan berbanding projek perumahan rakyat kos rendah yang menerima banyak bantuan subsidi dari kerajaan
  • memenuhi kehendak rakyat dengan mengadakan pelaksanaan belanjawan berhemah yang mampu meringankan beban rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan.
  • Kesihatan dan pendidikan rakyat perlu diberi tumpuan
  • Penyelarasan gaji minima bagi semua sektor perlu dilaksanakan dengan segera. Kebanyakan syarikat memperolehi keuntungan yang tinggi tetapi tidak di kongsi dengan pekerja mereka. Cadangkan gaji minima bagi semua sektor ialah RM 1500 sebulan. Untuk mengalakan syarikat memberi ganjaran yang lebih kepada pekerja mereka, dicadangkan agar kerajaan memberi insentif potongan cukai pendapatan keatas segala perbelanjaan berkaitan ganjaran dan faedah yang diberikan kepada pekerja.
  • Menghapuskan segala AP dan monopoli perniagaan kerana ia hanya memberi faedah kepada orang tertentu.
  • Mengalakan pengeluaran barang makanan dengan mempertingkatkan usaha di dalam bidang pertanian dan ternakan moden.
  • Menaikan cukai barang-barang impot yang mewah seperti kereta.perabut,rokok,minuman keras dll
  • Memberi rebet tol kepada mereka yang berulang-alik kerja mengunakan lebuhraya.
  • Mengurangkan buruh asing
  • Menaikan caruman minima kwsp majikan dari 12% kepada 15%
  • Menaikan segala cukai hiburan seperti pusat karaoke, night-club dll
  • Memperbaiki sistem kemudahan pengangkutan awam
  • Mengawal segala kos barang-barang dan kemudahan asas seperti letrik, air, telefon, tol, minyak, makanan, perubatan dan pendidikan.
  • Mewujudkan peluang kerja yang mencukupi dan bersesuain dengan kelayakan dan keperluan
  • Membantu rakyat untuk meningkatkan pendapatan dengan mengadakan lebih banyak prasarana
    dan kemudahan untuk berniaga.
  • Mewujudkan kemudahan pinjaman mudah bagi rakyat untuk mengelakkan mereka terjebak dengan ahlong.
  • penjawat awam yang telah berkahwin dipermudahkan untuk berpindah mengikut pasangan mereka.

Jika dilihat daripada cadangan-cadangan yang diutarakan di atas, masing-masing memberi pendapat berdasarkan kepentingan masing-masing. Namun, jika benar seperti slogan 1Malaysia yang dilaung-laung selama ini dimana Rakyat akan didahulukan, pendapat dan Suara Hati rakyat perlu diambil kira kerana ia menggambarkan suara hati majoriti rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan itu diharap dapat memberi kesamaan dari segi taraf hidup bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Psst: Lain tu tak berapa nak kisah...paling kisah pasal cost of living...especially kenaikan gaji & harga brg yang tahap melampau2 ni..kalau kerajaan tak buat sesuatu...yang miskin makin miskin...yang kaya makin kaya....

12 comments:

Mimy Hamid said...

yer setuju jgn asik fokus gomen je..kami ni pekerja swasta pun patut gak di pandang...jgn la anak tirikan kami plss pak najib

el said...

apa2 pun org yg keje gomen yg untung...huhuhuhu

roha said...

salam kenal tuan blog...blog nampak kemas la....follow u

afayufu said...

wait for d good news... mmm 4 pm today..ehhehhe

rATu kEBaYA said...

tak sabar nak tgu berita baik petang ni

diana said...

pekerja swasta pun kena la diutamakan..
mereka bukan warga asing tau..

ieda said...

doa2 harap sektor swasta ada kenaikan dan diwajibkan ada kenaikan huhuu

Cik Ina Do Do Cheng said...

habis cam mano nak tengok akak sampai rumah dekat nak pukul 7. naikkan gaji kami, macam akak keja gomen ye.

-oP_ida- said...

sukaalaa statemen kakmimi Hamid..

kami hat keja swasta nanak jugakkk...hihihih

ALoNa CintamaniszLite said...

utk surirumahtangga sepenoh masa...gomen takde nk bagi elaun setiap bulan ke?? kehkeh....

Bitt (double IS) said...

boleh jadi nilai matawang kite sama mcm nilai matawang indonesia nanti...sob sob sob

Softtouch [Hanim] said...

ornag gomen dpt bonus n kelebihan sy yg swasta ni dpt dengar jer..sedih!