Hari tu tengok kat Melodi beria ria Hattan menafikan issue ni
tup2 aku dpt email
Al-Kisahnyer...wallahualam
hal rumah tangga ni sukar dijangka
org luar tak leh nak campur
yang lebih mengetahui ialah pasangan tu sendiri
Apapun yang berlaku dalam kehidupan kita
"What Goes Around Comes Around"
itulah karma hidup
cerita selanjutnyer aku tak taula naper bercerai tapi sumber selanjutnya ada kat
betul atau tidak wallahualam
KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.
Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.
Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.
Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.
Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.
Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.
Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.
Psst: Macam trend la hari ni kawen sok cerai...tapi kalau dah tak bahagia nak tunggu apalagi...kita kawen semestinyer maukan kebahagiaankan
9 comments:
jodoh dah tak der..redha jerlah....:(
baru 2 bln kawin tu
apa mslh sebenau ni...nak gak lah tau kan
leh lah jd iktibar ke...
tulah kita kena cuba yg terbaik utk selamatkan rumahtangga yg dibina .. dan jgn sesekali cuba utk meruntuhkan rumahtangga org ..
tapi jika semua itu telah cuba di selamatkan tapi masih tiada jalan penyelesaiannn .. hanya allah yg maha mengetahui beb ..
memang semua ikatan perlukan kebahagiaan tapi , mcm u cakap what goes around comes around .. huhuh takuttt ;)
huhuhu..jodoh x pjg...
sudah tertulis di mahfuz jodohnya setakat itu...semoga mereka menjalani kehhidupan selepas bercerai dengan tabah
ssh jugak nk ckp dorang ni kan...mcm jd suka2 lak kawin cerai...
xde jodoh..adalah yg sbb kita xtau tu...
kesian..dah takde jodoh agak nya.
tengok melodi tadi, perempuan tu orang apa ye, loghat dia lain. dah jodoh sampai situ nak wat cam manakan.
Post a Comment