Klik Jangan Tak Klik

Monday, January 9, 2012

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim? Anwar Tidak Bersalah & Dibebaskan

Aku mmg tak brp minat pasal politik.
tapi untuk kess spesel sikit ni aku hapdatela
amik ler tau sikit...dulu masa dok usung tilam ke hulu kehilir tu aku ikula
jugak..punya mental ikut kesah tu sampai dok bertekak dgn Mr Y bley...
last2  Mr Y lak mengalahkan YB Kuang..
kalau cakap ko takde bukti2 yg sahih mmg kantoi...
last2 aku pun buat bodo jerla
hampeh punyala lama kes ni

Actually mana2 pihak pun aku tak sokong....
 politik ni "kotor"
masing2 ada kepentingan sendiri
bukan macam politik dolu2...betul2 untuk kepentingan rakyat

Apapun lantak komelah
walaupun nampak kes ni ada pro dan kontra
kita sendiri pun phening tak tau siapa yg bersalah
siapa yg benar...tuduh2 tanpa bukti
kang buat dose kering...

tapi Allah S.W.T
yang maha mengetahui
kalau betul Dato Anwar tak bersalah kita doakan kebaikan untuknya
tapi kalau sebaliknya walallahualam


KUALA LUMPUR, 9 JAN :Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


"Mahkamah tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."

"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan," katanya lagi.

Anwar dan Pakatan Rakyat menganggap tuduhan itu sebagai konspirasi oleh Barisan Nasional untuk menamatkan karier politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihanraya Mac 2008.

Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.

Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun di tutup pada 15 Disember 2011.

Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.

Anwar di tuduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Seksyen tersebut memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.
Psst: Ingat!!!Ini undang2 duniakan...undang2 akhirat sesiapapun yg buat aniaya pasti takkan terlepas

12 comments:

lieyalatif said...

macam2 hal kan....lieya tak amik port sgt kisah nie...propa politik jek lebih nieh

ratusiput said...

secara peribadi aku mmg sokong AI.cuma taklah terlalu fanatik :)

Mimy Hamid said...

aku pun tak sokong sesapa...secara peribadi pulak aku tak suka parti yang takde agenda...propaganda peribadi...aku pun mcm ko malas nak bincang hal ni ngan megat...dia pun ckp mcm YB ..nak fakta aje...hihi baik aku diam

matahati-aishahazhar said...

herm.. macam2kan.. tapi setuju dengan pesanan terakhir tu.

edane said...

hmmm tak suka dgn politik.. malas nak dengar kutuk mengutuk antara sesama insan...

meh jenguk sini. baru nak berjinak jinak

promosi pembukaan!

http://www.etiey.com/2012/01/babykids-stuff-promosi-lowest-price.html

DaZzlingLilLy said...

itu lah kes politik habis tunggang langgang life org..macam2..susah kita nak tau sapa betul or salah..mampu tengok jer..

SURIA AMANDA said...

along lagi la x sokong..meluat lagi ada..semua main kotor..tp bila dia dah bebas ni..nampaknya ramai la gay kat mesia ni lagi..wallahualam..ayat last tuh along setuju sgt2

kurus said...

yg salah tetap salah , dan yg benar akan terbela jua ..
pegang itu aje .. sbb hidup kena ada pendirian dan pegangan .. ;)

sokong juga AI tapi macam RS juga , tidaklah fanatik sgt ;)

Bitt (double IS) said...

:)

Hanif said...

kena percaya pada sistem kehakiman..walau apa jua keputusan..emmm

el said...

alhamdulilah dah setel kes ni..jgn ada pulok kes lain ...

Mr.N said...

Politik tu tak kotor yang kotor bila disalah guna :)