Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label denggi. Show all posts
Showing posts with label denggi. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Kemana POSH menghilang

Mesti korang tertanya tanya mana perginya poshkan...
mesti korang ingat sebab raya sakan sampai tak berupdate blog ni...
pertama kali untuk sekian lama tak pernah aku tinggalkan blog ni punyalah lama camnikan
Actually aku diserang DENGGI
sabor jelah..org seronok makan rendang & makan kuih raya
aku terlantar makan ubat
paling sedap pun makanan aku ialah poridge & sup ketam
& tak habis2 check darah
So dah lepas seminggu ni baru ler aku ok sikit
ini pun aku baru jer start keje balik...
bukan bercuti tapi medical leave...
Badan masih lemah lagi
& yang paling teruk walaupun demam dah takde
flu & batuk masih ada lagi
tekak pun masih payau
so ambil masa nak start blogging balik
ialah masa sakit tu mmg takde mood langsung nak buat pa...
aku fikir nak baik ajer...mmg teruk la kalau kene denggi
tapi dah nak terkena nak buat lagu mana..
Tapi baiknyer demam semangat nak raya tetap diteruskan
cuma gambo ada kureng sikit daa
rindu nak tengok korang beraya
Insyaallah ada masa aku aktif balik naa
Psst: Takperlah yang penting semua dah selamat walaupun inila raya yang paling tak bess dlm hidup aku huhu

Monday, May 3, 2010

Alhamdullilah berkat doa semua

Akhirnya kesedihan aku bertukar
kegembiraan hari ni

Alhamdullilah
akhirnya
my mum dah free
from virus denggi
bersyukur sgt
pada Allah S.W.T

Tak lupa juga
special thanks to Mr Y
kerana sanggup
bersusah payah for my mum
(dia lagi risau dari aku)
& always be there for me
Inilah org2 tua kata kalu kita ikhlas baik & sayang pada parents
suami kita
insyallah Allah akan berikan kebaikan yang sama pada kita


Inilah "ketam" yang mungkin salah satu
penyembuh denggi


Akupun tak putus2 masakkan sup ketam for my mum
tapi sup ketam ni bukan jer my mum yg hirup
dgn yg tak sakit2 pun tumpang makan
hehe



Tak lupa juga Mr Poposh yang monyok jer bila "opah" dia sakit

Terima kasih sekali pada korang yg tak putus2 kasi
aku kata2 semangat
& mendoakan my mum

walaupun aku tak berapa aktif blogging this few
days korang tetap sudi jengah blog aku
Hanya Allahla yang membalas jasa korang
semua

Walaupun my mum dah sihat tapi biasalah org baru lepas
baik denggi nikan belum stabil sepenuhnyer
so aku tetap suruh continue minum sup ketam
& jus pegaga...

Psst: Mmg rindu sgt kat korang...tak sabar nak kembali menggedik kat blog sendiri & terjah blog korang.....

Friday, April 30, 2010

Denggi Memang Takde Ubat

Rindu tul dgn korang
tangan ni gatal jer
nak update blog & blogwalking
tapi dlm hati dok gundah gulana
yelah mak kan...

So atas nasihat korang semua
smlm my mum is getting better
fever dah reduce & platelet pun dah naik sikit
tapi belum sembuh sepenuhnya
still under observation
sbb denggi ni mmg pandai auta
kdg2 dia ok kang tiba2 jadi balik


Thanks jugak pada blogger yg kasik advise
suruh kasi my mum minum
"sup ketam"
Lepas jer minum alhamdullilah
she's getting better
tapi aku nyer sup ketam ni utk
org sakit so garam & minyak pun kene kurangkan
aku senang ajer pakai sup bunjut
Yang penting sekali ialah supnyer
Hebatkan tulah setiap penyakit itu pasti ada ubatnyer
kecuali mati & tua

Lagi satu utk pesakit denggikan digalakkan
minum 100 plus
tapi bukan beli2 terus minum ajer
kenelah keluarkan gasnya dulu
kalau boleh goncang & buka penutup botol takde buih naik dah

Aku sendiri pun takde mood risaukan my mum
aku lak yg rasa nak demam & takde selera nak makan
huhu
Semalam pun one of my staff kat sini dah 4 hari demam
tapi takmo pi clinic
sbb katanya demam dia ok lepas makan ubat
pastu jadi balik
lepas aku bising2 hari ni baru nak gi klinik

Jgnla degil sgt kalu demam sikit2 pilah jugak
la ni mcm2 penyakit "silent killer"
kalu dpt cegah dari awal
insyaallah leh diselamatkan tp kalu dah teruk
kem salam jerlah too late already

Terbaru ni bukan takat denggi mengganas
si H1N1 pun mengganaskan
dgr2 sorang lagi jadi mangsa
dah meninggal dunia

Psst: Terima kasih sekali lagi sbb sudi doakan my mum cepat sembuh.....sori sbb tak dapat nak lawat blog korang...nanti kalu dah ok insyallah aku akan terjah blog korang....

Thursday, April 29, 2010

Jangan biar Si Betina ni hisap

Semalamkan aku ada kecemasan
dari office terus pi rumah my parents
coz my mum tak kebah2 demam dia
sampai 39 celcius
(tinggi tu)

Ingatkan demam bese
sbb my father bawak gi klinik kata takde apa2
(semedang jer takde apa2..padahal cek entah apa2pun)

Rupa2nya my mum suspect denggi
but beginning stage


Nilah nyamuk betina yg gigit my mum


Sian tngk my mum coz my mum mmg alhamdullilah
jenis yang takde penyakit yg teruk2
so kalu sakit2 bese tu adalah
tapi nilah demam paling lama
my mum pernah kene
so aku dah suspect ni mesti ada yg tak kene ni

So sempat jugak aku get some info from internet

"antara lokasi yang dikesan menjadi kawasan nyamuk aedes aktif membiak di sekitar Kuala Lumpur ialah Cheras, Setapak, Kepong, Gombak dan Klang Lama"

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
Since my mum still in beginning stage
so the doc advice utk follow up daily
till platlet naik semula & no fever ...

Thanks to u all yang doakan my mum

Psst: Keep on follow up with my father conditions of my mum...sbb aku keje hari ni...hopefully my mum can recover soon..aku lak sgt2 mengantuk ni....