Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012 Dan Jumpa Retis...Cer teka!!!

Sorry geng sbb dah beberapa hari sampaila nak masuk 2012
barulah terhegeh hegeh nak hapdate
mmg takde masa langsung!!sedeh
sibuklak dengan keje lagi
Cuti pun sibuk....nak pegang laptop pun takde masa...
Apa apapun aku ucapkan kepada semua
"Happy New Year 2012"
ayat cam bese semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya
dan doakan impian semua org tercapai
 New year time aku tak pi mana sbb Mr Y sibuk dgn event.....
cer teka aku jumpa siapa
ni kalau new generation mesti tak ingat punya....
 Yeehaaa!!! aku jumpa Nadia...ala yg masa dolu2 pofular dgn lagu
"Salam Untuk Kekasih"
 tapi lagu tu still pofularlaa...kat mana2 karaoke pun masih suka nyanyi
lagu diakan...masa ni dia tgh sibuk untuk kemunculan album terbaru...
dia kan dah lebih 10 tahun menghilang....
Dapatlah aku dgr lagu dari album terbaru 
"Hanya Untukmu"
yang dibuat khas untuk peminat
lagu tu bess i like!! hopefully bolehla meletop
cam lagu
"Salam Untuk Kekasih"
wajib nyanyi kalau pi karaoke walaupun sore tak husky...yg penting aku leh 
hafal lirik tu sampai sekarang....lagu tu mmg catchylaa

and nak puji sikit nadia ni...mmg very humble...masa aku jumpa dia pun mula2 cam segan...
artiskan...last2 bila time bergambo aku yg over bley...haha

tapi nadia mmg tak bnyk berubah still menten santek....kecik jer org dia
walaupun dah ada anak dua...body cam anak dara
camnila jadi artis...tak payah nak berlagak sombong kalau lagu dan sore pun ala2 ajer

Sedikit info sbg pengubat rindu untuk peminat Nadia
nanti kemunculan album terbaru beliau
Nadia ni mmg natural & gifted born singerlaa
dah ler pandai buat lagu sendiri...pandai nyanyi sore lain dari yg lain
masa dia cakap sore dia husky mmg sedapla
tak main miming2 ni...pandai pulak main instrumen
mmg terbaik cuma sayang masa nama dia tgh naik dulu dia menghilangkan diri 
sbb kawen...la ni dah jadi ibu tunggal dia kembali aktif untuk menyanyi
kalau dulu dia masih teruskan mesti ngetop cam Ella

Gambar terbaru...masa tengok AIM ari tu terperanjat tengok 
Nadia....tetiba jer datang balik cam sesuatu ajer...
dan tak sangka pulak dalam dok sebut2 tetiba ada rezeki nak jumpa dgn beliau

Nadia juga sempat berkongsi perkembangan terbaru dan tentang aktiviti hariannya sepanjang menyepi daripada bidang seni. "Sebenarnya sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan motel milik keluarga 'Timahs Motel' yang terletak di Sipitang, Sabah. Selain daripada itu, saya juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu baru untuk simpanan sendiri," ujar Nadia dalam perbualannya dengan MH.

Sementara itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nadia sudahpun kembali solo selepas bercerai dengan suaminya sedikit masa lalu. Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini juga gigih membesarkan dua anaknya, Arif dan Farah yang masing-masing berusia 10 dan 5 tahun.

"Saya dan suami sudahpun berpisah. Sekarang saya adalah ibu tunggal. Sebenarnya, saya memang berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur sebab saya banyak terlibat dengan 'show' di KL. Tetapi perpisahan saya dengan suami bukanlah punca kenapa saya mahu membuat 'comeback'. Semuanya kerana minat," ujarnya yang mengakui masih mengekalkan imej yang sesuai dengan lagu dan karakternya di atas pentas.

Salam Untuk Kekasih

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Apa2 pun tak payahlah cakap menda yg tak baik pasal beliau...kita sama2 doakan semoga tahun 2012 akan jadi 
tahun kejayaan untuk Nadia....

Psst: Nadia mmg bess...anyway thanks to As dan hubby Aloon Shah...yg sudi temukan kami dgn Nadia...aku kalau ada retis rajinla aku joint show Mr Y...kalau tak...tak koser...

14 comments:

ATTICUS bundle said...

cantek dia rmbut pjg...
sexy nau dia ngan dress putih..dah lah putih gebus hehehe

slmt taun baru posh

mama lynn said...

minat jugak lagu dia dulu2... info utk kami yg da lama x dgr khabar nadia... tq

Cik Ina Do Do Cheng said...

minat ngan suara dia suatu waktu dulu. cantiklah dia comel. posh selamat tahun baru 2012 semoga tahun ni dan tahun seterusnya hidup posh sekeluarga akan lebih baik ye :)

Mimy Hamid said...

akus uka suara dan lagu nadia yang top tu..kalau karok lagu wajib tu..suara dia husky ..tarik panjang...sampai skrang aku rasa lagu tu sgt bestt..salam untuk kekasih

Unknown said...

oh ku ingat!

Nadia tu stil maintain cute kan, nmpak sgt aku bukan generasi Y ...hahahah

hepi new year dear :)

kurus said...

x berapa kenal dia nie ..
tapi seyes wajah hang ada iras2 sikit ;)

Cik Lily Putih said...

aku klu pi karaoke pun suka sangat nyanyi lagu dia nie. mantap ooo leh tarik2 suara sket kan

KuNanGKuNanG said...

happy new year...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

menten lawa gak ek dia nih

adarnadzmie said...

akak pun suka lg dia.. orgnya masih cantik mcm dulu...

lieyalatif said...

makin cantik die sis!!! thanks sis share pic terbaru die....lieya suke gile lagu salam untuk kekasih tu.....wajib nyanyi kalo masuk karoeke....tapi lieya nynayi kelaut sebab tak sampai nak tarik lagu nadia heheeheheh

Mr feckry said...

wa rase lu lagi comei

Bitt (double IS) said...

yup suka suara dia jugak ;)

A D I A said...

Makin cantik Nadia ni ye, dulu penah jumpa dia, dia ala2 blur skit tapi cute.