Klik Jangan Tak Klik

Saturday, September 3, 2011

Wartawan Noramfaizul mati ditembak ~ misi bantuan kemanusian ke Somalia

Disaat kita bergembira berhari raya
sedih semalam bila dgr berita wartawan
Noramfaizul Mohd Nor (41) meninggal dunia
selepas cedera parah akibat ditembak di bahu
ketika mengikuti misi bantuan kemanusian ke Somalia

Allahyarham meninggalkan
isteri Norazrina Jaafar, 37, dan
dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3

manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan,
cedera di tangan dan dilaporkan stabil

Rentetan peristiwa tersebut

Penembak curi Somalia serang konvoi misi kemanusiaan Malaysia

KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.

Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

Mangsa terkena tembakan ketika berada dalam kenderaan terbabit sebaik tiba di depan hotel penginapan mereka.

Difahamkan, mangsa menginap bersama jurukamera dan wartawan televisyen Malaysia di sebuah hotel lain, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan wartawan media cetak serta sukarelawan misi berkenaan.
Mangsa cuba diselamatkan oleh doktor yang menyertai misi berkenaan, namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar, yang turut menyertai misi berkenaan ketika dihubungi malam tadi berkata, mangsa dikatakan sempat menghubu­­ngi ahli keluarganya di ibu negara sebaik ter­­kena tembakan itu.

Beliau berkata, setakat malam tadi tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Berikutan kejadian itu, semua sukarelawan dan wartawan akan dibawa keluar dari Mogadishu secepat mungkin menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kini berada di Seychelles yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke ibu negara terbabit.

“Mengikut perancangan, semua anggota misi akan cuba dibawa keluar malam ini (malam tadi) tetapi keadaan sangat berbahaya dan semuanya bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Nor Azizah berkata, semua anggota sukarelawan lain dan petugas media kini dalam keadaan selamat dan diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan.

“Kami semua dikumpulkan di hotel penginapan, tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik masing-masing,” katanya.

Misi kemanusiaan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 55 sukarelawan terdiri daripada 18 doktor dan 17 pengamal media berlepas dari ibu negara pada 28 Ogos lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini

Itulah ketentuan illahi...kalau sudah ajal
takkan lambat walau sesaat pun

Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini....

Psst:Insyallah allahyarham mati syahid dan semoga ditempatkan di syurga...Al-Fatihah...



4 comments:

Zul fattah said...

al-fatihah..

kurus said...

takziah buat keluarga arwah semoga arwah tenang di sana ..
alfatihah ..

yanamib said...

takziah buat keluarga arwah..insyaAllah sis arwah mati syahid..kita sama2 doakan roh arwah bersama golongn org2 beriman..amin~

el said...

dah ajal dia kt sn...
alfatihah