Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, September 21, 2011

Menu Kenduri tahlil ~ Tips memasak untuk kenduri atau open house

Tarikh 17hb hari tu mmg busy...bukan bz hari tu ajer
hari sebelum tu pun dah bz giler


Dengan nak mengemas rumah...dgn sibuk nak memasak
yelah kalau takat masak sikit2 oklaaa kot
aku sorang pun insyallah walaupun lemb la sikit...
aku ni kalau masak nak macam chef..semua bahan tersedia depan mata aku

itulah orang kata kalau masak2 ni sebenarnya tak susah mana
tapi bab nak menyediakan bahan yang makan masa
& bab nak mengemas

Antara menu~menu yang dimasak
pada hari tu...

~ Nasi Minyak
(Sedeh!!asalnya nak buat nasi hujan panas...tp dek sebabkan salah beli pewarna..patutnyer
kena guna kaler hijau...kuning & merah..tp entah apa kaler yang aku beli tak jadi kalernya...harap bau ajer...so batal)
Tapi aku vangga nasi minyak ni hasil tangan aku
sbb 1st time aku cuba masak...bukan masak sikit hokey
10 pot hokey....
rata2 tetamu mengatakan sedap!!!!
Mr Y jelessss takmo puji bini dia dia takut aku diawang awangan...hehe
yang penting makan bertambah..

ada balance lagi beras basmathi ni insyallah aku nak jugak buat Nasi Hujan Panas ni...

~Ayam Goreng Berempah
(Ini pun aku yang masak)

~Rendang Daging
(Ini pun aku yang masak)

heboh bagi tau yang aku masak...yang aku tak masak tapi dimasak oleh my beluv sifu
mummy akulaaa

~Dalca

~Udang Masak Merah

Reka cipta my mum....sedappp!!!!!!!ala ala ayam masak merah
tukar last minit sbb bnyk sgt ayam..bosannnn

~Jelatah

~ Lengkong aka agar agar

~Papadom

~Lemang
(my bro sponsor...mekasih bro)

~Sirap + Kopi O

~Kuih raya + buah pisang & tembikai...

Tips kalau nak masak banyak untuk kenduri atau open house
kot2 nak jadikan reference

cara-cara untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo. Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum majlis besoknya?

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

Contohnya, nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.

Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG

Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)

Jika ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari, boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak. Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.

Usah terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”

Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.

Insyallah kalau ada rezeki nak buat acara tahunan

Memang aku ada google...tp resepi ni kekadang bukannya betul sgt
kena pandai olah sendiri...tips tu bagus gak...nak2 aku yang 1st time buat makan besar2 camni
yang penting makan cukup berlebih takper buleh tapau kasi tetamu
kalau kurang malu...

Psst: Gambo tak bnyk sebab takde masa nak bergambo2 bagai walaupun dah plan nak amik macam2 gambo...huhu

12 comments:

Mimy Hamid said...

pandai nya ko masak kuantiti besar...mak aku pun takat 50 org blh la...samapai beratus mmg tempah je la..salute la

ratusiput said...

aku mmg tak pandai lg masak utk reramai.cam blur2 gitu.slalu mesti import mak aku jd cover...tp tips2 kat sini bagus gak kan atleast kite leh buat anggaran nk masak byk mane.kalau tak blur...

Anis Azalea said...

biasa masak utk adik-beradik yg ramai je...tapi sampai 50 orang takdela. confirm aku kelam kabut..syabas!

el said...

pandai hang msk terbaekkkkkk...
tu lah teringin gak nak masak nasi hujan panas...hang try dulu nti kasi resepi eh

A.H.A.D said...

kalau saya tak dapatla kalau banyak2 camtu. periuk pun kecik2 jer hehehe...

sedapnye nasi minyak tu!

rasp said...

syabas sis...
pandai u masak utk ramai2 iye...
me utk 50 org lum pernah lagik kot...

syanasaid said...

kelas weii
aku nasi2 minyak gini xpass lagi
nasi lemak jek
tu pn hancus kadang2
hahaa

kurus said...

pandai ko masak beb .. sutre sedap2 nie .. pueh ati org dtg beraya :)

Zaila Mohamad said...

zaila pun every year buat OH masak sendiri je..selalunya adalah dalam 100 org datang..penat tu memang penat tp puas hati r juga bila tetamu dtg semua;)

IxoR@ said...

wahhh memang terror la masak untuk ramai org.

sy blom ada keyakinan... huhuhu... masak rendang pun terkial-kial...

*thumbs up* sambil leleh dah air liur ni tgk masakan....

Softtouch [Hanim] said...

masak utk ramai2 ni mmg kene pndai agak2 sis...kagum ngan sis sbb pndai maska utk byk2...niat baik kan, semuanya Allah mudahkan n semuanya lncar..

Rinna said...

Bagusnyaa..bagi tips gini.. untuk org yg tak penah masak byk2.. TQ for sharing.. :)