Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label festive. Show all posts
Showing posts with label festive. Show all posts

Monday, January 23, 2012

GONG XI FA CHAI 2012~ Years Of Dragon

 Happy 
"GONG XI FA CHAI"
untuk semua bangsa cina yang meraikan 
Ini tahun mesti banyak 
ONG
punya sbb tahun Naga tau!!!!

Tahun ni takde angpow...jadiler dapat gak limau mandarin
yg peket angpow tu bukan angpow
tapi ada "sweet"
tingat masa keje bank dulu
leh dapat "ang pow" beratus ratus dari customer

tapi tu semua tinggal kenangan ...
so apapun nikmati apa yg kita dapat sekarang....
bersyukur...
kerana kita takkan tahu samaada kita akan 
beruntung atau tidak di masa akan datang
Jangan tak taw aku lahir tahun Naga tau.....
naga apa??
tekala...tak sangka ingatkan ada satu jenis naga 
rope2nyer macam jenis naga yang ada...serius first time tahu hehe
 enjoy reading yerrr!!
  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
 Sekadar main2 jer yer...jgn percaya...aku mmg suke baca pasal fengshui ni
ada yg boleh diterima dek akal ada yg tidak
so pandai2la kita menilai
apa2pun kita serahkan pada qada dan qadar
    Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air. 
    Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.

    Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. 
    Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.

    Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
    (macam lebih kurang jer)

    Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
    (adalahhh sikit2...tp takler sampai tak ati perut..wa brutal tapi ati baek..kuang...kuang!!!)

    Psst: Selalu berangan nak dapatkan baby dragon year...doakan mana tau ada rezekikan amin

    Sunday, November 27, 2011

    Salam Maal Hijrah yang ke 1433H ~ Lirik Maal Hijrah yang dah sebati setiap Awal Muharram

     
    Ucapan kepada semua umat islam sedunia 
    dan juga bloggers beragama islam

     Nilah permulaan awal tahun untuk kita umat
    islam bersyukur sgt pada Allah S.W.T
    dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baek
    serta dikelilingi oleh insan yang sayang pada kita

    Sejak dari aku sekolah Tadika lagi lagu nasyid "Maal Hijrah"  
    nilah yang sentiasa
    aku ingat liriknya sampai bila2..
    Masa zaman kecik2 dulu suka
    Setiap kali menjelang awal muharram seronok pi Masjid siap 
    dapat ole2 lagi

    Paling bess siap masuk nasyid nyanyi lagu ni
    Marilah kita hayati bersama
    semoga tahun baru ni akan
    jadi lebih baik dari tahun sebelumnya
     Insyallah sama2 kita doakan

    Maal Hijrah

    Satu Muharam detik permulaan
    Perkiraan tahun Islam hijrah
    Perpindahan Nabi dan umat Islam
    Dari kota Mekah ke kota Madinah
    Atas keyakinan dan iman yang teguh
    Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
    Rela berkorban harta dan nyawa
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Chorus
    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu perjuangan
    Hijrah itu persaudaraan
    Hijrah membentuk perpaduan

    Ulang Chorus
    Oleh itu mari semua
    Kita sambut maal hijrah
    Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
    Untuk sepanjang zaman
    Satu Muharam detik permulaan
    Perkiraan tahun Islam hijrah
    Perpindahan Nabi dan umat Islam
    Dari kota Mekah ke kota Madinah
    Atas keyakinan dan iman yang teguh
    Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
    Rela berkorban harta dan nyawa
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Ulang Chorus 2X
    Oleh itu mari semua
    Kita sambut maal hijrah
    Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
    Untuk sepanjang zaman
    Untuk sepanjang zaman

    Psst: Kita ni kekadang kalau new year lagi hebat dari sambut tahun baru islam...

    Monday, February 7, 2011

    Cina Raya Melayu pun sibuk Raya

    Orang Cina sibuk beraya aku pun sibuk gak jalan sini jalan sana
    merayap jer kejenya....
    Habisss kata
    ONE MALAYSIA
    haruslah diraikan bersama
    walaupun aku takler merayap p kutip
    ANG POW
    kalau single lagi dapat kot
    hehe

    Meriah gak ler sini sinun semua shopping complex belum pun cukup sebulan
    atau lebih dah siap deko
    & lagu2
    "Kong Xi Kong Xi...Xi Kong Xini"
    pun dah heboh berkemandang
    naik phening dok dgr hari2
    Ini kat MV....meriah!!! heboh depa dok amik2 gambo
    aku dah ramai cam gini mula
    sesak!!!

    Dalam dok jalan2 cuci2 mata
    ternampakkkkk
    la candy ketuk
    ni....teringat dulu kecik2 sanggup tunggu petang apek
    tua datang jual candy
    ketuk atau gula ketuk ni sedap sgt...manis original
    so nak mengembalikan zaman kekanak belilah
    walaupun rege mak seciput camtu
    RM4 sepeket ko....dulu masa kecik sen2 ajer...
    tapi mmg sedaplaaaa

    Dah boring2 tak tau nak pi mana
    pila buat treatment kat Saluga
    entah bnyk salun INDIA
    aku prefer tempat ni selesa
    & clean...lagi satu tak ler bau
    "Keindian" sgt
    phening......lum masuk part dia enge2
    sesama sendiri
    lagi satu aku tak suka bila nak pi buat treatment
    ala2 bising gitu...agak2 nak borak better tulun ler jgn depan customer
    lagi satu kat sini service cepat
    siap ada nombor lagi

    Senarai harga & telefon incase
    ada yang nak pi ke Saluga ni
    kalu nak kasi besar lagi silala klik yer
    kalau nak buat treatment yang jenis lama2
    cam facial or hair ke better call dulu
    sebab kat sini mmg ramai org tu
    kalau walk in kirim salam jelah
    Tapi aku mai pun bukan buat per
    "Threading full face"
    tu jer
    murah RM20 jer
    kalau nasib baik kena beautician yang generous kekadang
    kena RMbelas2 ajer
    tapi RM20 tu pun bagi aku dh murah la tu
    yang penting service baek punya
    lagi satu aku suka dia buat cara baring
    so kita rilex tak macam setengah salun duduk
    jenuh nak mendongak &
    lagi satu belum lagi tahan sakit
    tapi sakit2 pun sedap
    yang paling penting puas hati sebab muka bersih
    & berseri2 jer...nak tepek mekap
    pun cantek & sekata

    Psst: Mood blogging sudah mari ni!!!jenuh dah beraya

    Thursday, February 3, 2011

    Gong Xi Fa Chai 2011 & birthday celebration

    Sebelum aku bercerita panjang
    lebar nak gak ucap
    "GONG XI FA CHAI"
    pada semua kaum cina yang mengenali aku
    &
    untuk semua cina yang ada kat Malaysia ni
    jadilah
    rakyat yang betul2 menyahut
    seruan kerajaan
    untuk kempen
    "SATU MALAYSIA"

    klahhh!! sebab banyak entry tertunggak
    &
    disebabkan beberapa "masalah"
    yang agak mengganggu
    ketenteraman hidup
    so takdelah
    "party" secara besar besaran
    (kunun2lahhhh)
    So jadilah buat kecil...kecilan
    Ni pun kek tempah sekali
    untuk Mr Y yang jatuh pada
    28th Jan
    & myself
    1st February
    Kami berkongsi bintang yang sama
    Aquarius....
    & juga nombor yang sama
    1
    tu yang kekadang ada masa masing2 agak brutal
    tapi walauapapun syg tetap syg....
    gado2 manja tu beselahkan...kot takde gado langsung
    pun boring....hehe

    So dek sebabkan aku dah bosan
    dgn Secret Recipe...bukanla tak nak order langsung dek sebab
    kejadian lalat hari tu
    tapi saja dah bosan
    & lagi satu dekat SR tak leh nak tempah
    0.5kg...so terailer online
    pastu one of the blogger dok kata sedappppp
    sgt & service pun bagus tak banyak songeh
    lagi ler aku laju nak tempah
    padahal last minit tu...
    aku order kat sini
    (kalau nak bolehla pi singgah kat blog dia....yang penting pandai jaga hati pelanggan suka taww service camni tip top)

    Inilah keknya aku choose blueberry sebab Mr Y suka
    cheesecake blueberry...
    so tumpangla sekali dah birthday dekat2kan...
    syg tu Mr Y
    bay beee tu aku lerrrr
    hehe...kasi romantik jab...
    kalu ikutkan nak letak macam2 ayat power lagi tp kek tu kecik tak muat
    daaaa...
    yang penting ada kek...
    & yang penting "ingatan"
    kalau pasangan masing2 dah tak ingat tu mmg harulaaaaa

    kasi korang terharu sikit tengok....bagi terliur
    mmg sedap....harga pun berpatutan
    kalau yang 0.5kg ni pun
    baru RM33 + RM10
    delivery charges...murahkan
    lagi satu yang penting kasi up sikit
    business kaum bumiputra

    Dah pening2 nak letak berapa btg lilin
    senang letak seketul jer
    meh tiup sama2
    hehe
    umur????biarlah rahsia

    celebrate kat rumah jer walaupun kecil2an tetap meriah

    Nak ucap terima kasih sesangat pada yang wish my birthday kat blog & facebook...& juga masih menyokong blog aku walaupun puan blog nyer kekadang ada kekadang takde
    harap2 lepas "kes" ni selesai insyaallah bolehla aku kembali aktif..
    "Hadiah takde kerrrr"
    heheee

    You all jgn lupa yer sapa yang kena
    88888
    tu tulun email kat
    isma_76@yahoo.com

    Psst: Cam biase celebrate kitaorg mmg takkan habis kat sini to be continue...