
Jangan tak tau nak dekat raya ni
macam2 hal boleh berlaku
jgn seronok sgt!!
(aku ler tu heboh dah nak beraya...hari2 dok terai baju raya bleh)
So pada yang balik
kampung ni nanti
berhati2la di jalan raya
Malang tak berbau...
kalau
mengantuk berhentilah dekat mana2
R&R
rilex
basuh muka dulu takpun
tidur sekejap
Orang kalau dah mengantuk ni macam
ambil dadah
silap sikit mau
accident
rasa macam nak
"Sepak" pun ada
Itu sajalah
pesanan penaja kali ni
Meh sini nak citer
berdasarkan kisah benar jadi kat aku kesian taw dah ler keta ni
baru
cubit peha kanan peha terasa
tapi yang baeknya
alhamdullilah
kami tak apa2 kalau tak mau
arwah rasanya...
incident ni jadi masa nak pi kerojer
pagi2 buta
tetiba tengah syiok bawak kat
highway
tak sempat nak nampak ada pulak
seketol lori treler
dok
toing2 atas jalan ....keta depan pun tak sempat brek
kami pun sama tak sempat brek
kalu brek kereta belakang akan
"bang"
kalu nak pi kiri kanan semua
kereta laju2
terpaksala langgar jer tayar tu
amik ko...mau
bunyi semacam kat bawah tu
So bwk jelah macam biasa tetiba sampai kat tol
terbau
petrol pulak..ingat bau kat luar
rupanya
tangki minyak tu bocor...
apalagi
bukak tingkap kereta
terus shoot drive ke
Proton Damasara

Alhamdullilah jugakla tak perlu
nak bayar sbb still ada warranty
kalau tak fengsan...dah ler
nak raya ni
walaupun body masih santek berkilat
tapi kat bawah tu ada
cacat sikit
kesan tayar
celup bodo tu...
Kerajaan ni pun satu ketatkan la undang2 pada
pengusaha lori supaya tidak menggunakan
tayar celup ni...
membahayakan pengguna jalan raya yang lain
kes terbaru aku baca
penunggang motosikal terlanggar tayar celup
kat
highway ICU tu...
(saper nak jawab orang tak bersalah yang terkena)
So apa aku nak nak share dgn U all incase sesapa terkena
boleh terus
(lepas eksiden) ke cawangan
PLUS yang berdekatan
amik gambar
kerosakan....
Mende ni aku dah confirmkan dgn pihak PLUS
tapi macam kes aku tak boleh sbb dah settle baru
nak claim & takde bukti bergambar
camno nak
claim
"Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:
Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.
Sebenarnya ramai yang tak tahu, jika dilebuhraya kereta kita mengalami kerosakan disebabkan ada objek dilebuhraya memang kita boleh dan patut tuntut dengan PLUS kerana lebuhraya bertol dan sememangnya lebuhraya bebas dari objek atau benda-benda lain yang tak sepatutnya ada dan lebuhraya selamat untuk digunakan.
Begitu juga dengan jalan raya yang lain samada jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran, kita boleh claim dengan pihak yang berkenaan.
Contoh jika ada org potong rumput tepi jalan tiba-tiba ada batu kena dicermin kereta kita. Kita kena claim dengan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja memotong rumput itu, jika dia tak mahu bayar kita boleh buat report pada JKR kerana segala kerja-kerja berikut memang diinsurankan bagi pihak orang awam.
Tetapi perkara-perkara begini memang mereka tak dedahkan kepada orang ramai.
Cara~cara nak buat
claim yer berdasarkan apa yang pihak PLUS bagitau
kalau tak caya leh call direct to PLUS
1) Salinan asal kos baik pulih kenderaan/bukti pembayaran.
2) Salinan asal laporan polis.
3) Resit tol atau number siri kad touch&go
4) Gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki
5) Salinan kad pendaftaran kenderaan
6) Salinan kad pengelaman dan lesen memandu
7) Salinan polisi insuran kenderaan "cover note"
Dah cukup semua perkara2 1-7 baru hantar kat pejabat plus yang berhampira dalam masa
14 hari.
Psst:Kena baiki dulu menggunakan duit sendiri lepas tu baru dia orang hantar cek.