Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, August 23, 2011

Tuntutan pada pihak PLUS.....

Jangan tak tau nak dekat raya ni
macam2 hal boleh berlaku
jgn seronok sgt!!
(aku ler tu heboh dah nak beraya...hari2 dok terai baju raya bleh)

So pada yang balik kampung ni nanti
berhati2la di jalan raya

Malang tak berbau...
kalau mengantuk berhentilah dekat mana2 R&R
rilex basuh muka dulu takpun tidur sekejap

Orang kalau dah mengantuk ni macam ambil dadah
silap sikit mau accident
rasa macam nak "Sepak" pun ada

Itu sajalah pesanan penaja kali ni

Meh sini nak citer
berdasarkan kisah benar jadi kat aku kesian taw dah ler keta ni baru
cubit peha kanan peha terasa

tapi yang baeknya alhamdullilah
kami tak apa2 kalau tak mau arwah rasanya...
incident ni jadi masa nak pi kerojer pagi2 buta
tetiba tengah syiok bawak kat highway
tak sempat nak nampak ada pulak

seketol
lori treler
dok toing2 atas jalan ....keta depan pun tak sempat brek
kami pun sama tak sempat brek
kalu brek kereta belakang akan "bang"
kalu nak pi kiri kanan semua kereta laju2
terpaksala langgar jer tayar tu
amik ko...mau bunyi semacam kat bawah tu

So bwk jelah macam biasa tetiba sampai kat tol
terbau petrol pulak..ingat bau kat luar
rupanya tangki minyak tu bocor...
apalagi bukak tingkap kereta
terus shoot drive ke
Proton Damasara

Alhamdullilah jugakla tak perlu
nak bayar sbb still ada warranty
kalau tak fengsan...dah ler nak raya ni
walaupun body masih santek berkilat
tapi kat bawah tu ada cacat sikit
kesan tayar celup bodo tu...

Kerajaan ni pun satu ketatkan la undang2 pada pengusaha lori supaya tidak menggunakan
tayar celup ni...membahayakan pengguna jalan raya yang lain
kes terbaru aku baca penunggang motosikal terlanggar tayar celup
kat highway ICU tu...
(saper nak jawab orang tak bersalah yang terkena)

So apa aku nak nak share dgn U all incase sesapa terkena
boleh terus (lepas eksiden) ke cawangan PLUS yang berdekatan
amik gambar kerosakan....

Mende ni aku dah confirmkan dgn pihak PLUS
tapi macam kes aku tak boleh sbb dah settle baru nak claim & takde bukti bergambar
camno nak claim

"Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

Sebenarnya ramai yang tak tahu, jika dilebuhraya kereta kita mengalami kerosakan disebabkan ada objek dilebuhraya memang kita boleh dan patut tuntut dengan PLUS kerana lebuhraya bertol dan sememangnya lebuhraya bebas dari objek atau benda-benda lain yang tak sepatutnya ada dan lebuhraya selamat untuk digunakan.
Begitu juga dengan jalan raya yang lain samada jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran, kita boleh claim dengan pihak yang berkenaan.
Contoh jika ada org potong rumput tepi jalan tiba-tiba ada batu kena dicermin kereta kita. Kita kena claim dengan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja memotong rumput itu, jika dia tak mahu bayar kita boleh buat report pada JKR kerana segala kerja-kerja berikut memang diinsurankan bagi pihak orang awam.
Tetapi perkara-perkara begini memang mereka tak dedahkan kepada orang ramai.


Cara~cara nak buat claim yer berdasarkan apa yang pihak PLUS bagitau
kalau tak caya leh call direct to PLUS

1) Salinan asal kos baik pulih kenderaan/bukti pembayaran.

2) Salinan asal laporan polis.

3) Resit tol atau number siri kad touch&go

4) Gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki

5) Salinan kad pendaftaran kenderaan

6) Salinan kad pengelaman dan lesen memandu

7) Salinan polisi insuran kenderaan "cover note"

Dah cukup semua perkara2 1-7 baru hantar kat pejabat plus yang berhampira dalam masa 14 hari.

Psst:Kena baiki dulu menggunakan duit sendiri lepas tu baru dia orang hantar cek.


11 comments:

kurus said...

hermm bagus nie ...
hati2 beb dlm perjalanan mu ...

lieyalatif said...

wah info bergune sgt2 ni sis...lieya pun tak tau...harus ni kene cakp ngan hubby..rasenye die pun tak tau bende nie....

DaZzlingLilLy said...

bagus info ni..memang ramai yg taktau.. i pun baru tau jer bila baca blog u

Ermayum said...

salam ramadan n happy raya :)

Ermayum said...

salam ramadan n happy raya :)

Dee said...

good info sis..berhati2lah di jalan raya ye..kesian kat u oll..sib baik tak de apa2..

mummysyafie said...

dulu masa kecik2 ada la peel camtu..asyik cuba baju raya je. selagi tak raya selagi tu nerai..hihihi..

el said...

wahhh info yg sgt berguna
x tau pun psl PLUS claim nieh

awat deme diam x bg tau eh
ish2...

Pepel BoNda AmaNi said...

bagus...janji dapat claim kan...xkisah la kena tunggu 2 minggu pun...

Mimy Hamid said...

nasib baik ko tak pape posh..tp mmg betul la selalu ada lori rosak takde penanda...bahaya tau

yanamib said...

sukaaaaaaaaa sgt bila akak share info gini..serius suka!! sy share kt fb ye kak =)