Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Orang tengok wayang aku bikin wayang!!!

Nilah dia tempatnya aku "main wayang"
(jgn dok fikir bukan2 naaa bulan poser ni tak baek doserrr)
Platinum Movie suites
kat The Curve

Ha!! nak sgt tengok movie kat sini
amik ko rege mak aii..leh dpt baju sehelai tawww
RM45 ada tax lagi
(Aku bab2 ni kedekut sikit...tapi Mr Y kalau bab entertainment dia tak kesah..sabo jelah)

Yang nak lagi bess udah macam cinema tu kami book untuk
kami berdua ajer...mmg takde org masa tu...
Sampaikan tukang wayang kat belakang tu pun entah ke mana2...
malas dia nak layan kot sbb kami berdua jerkan
suka hati korangla bikin apa

Gedixxx siap nak berantor makan & minum bagai
paling bess tekan jer button nanti waiter mai amik order naaa

Aku yang dah "kebohsanan" ni apa lagi jalan2 dlm panggung tu
yelah dah takde orangkan..
Mr Y pulak dah mmg movie fav dia
leh tekun tengok citer tu dari mula sampai ke habis

Inilah citer yang Mr Y syiok sgt tengok tu
"Transformer Dark Of The Moon"

Inilah dia heroin yang cun kalah
"Angelina Jolie"
Rosie Huntington
especially tang bibir tu...
kalau lelaki tengok cair aku pun teruja gak tengok
mmg seksi & santek!!!!

Ni lak heronya tak macho sgt
macam budak2 jer
"Shia LaBeouf"
(tulah agaknya aku tak tengok sgt hehe)

Lepas 3 jam barulah habisss..lama tu....lega
besskan tempat ni cozy...leh lepak sementara tunggu movie nak mula..

Posing time jer yang aku suka

Tomeikan Garfield tu...tingat Mr Poposh kat rumah
terasa "kecilnya" diriku
kalau nak perasan kurus leh ler amik gambo
dgn Garfield ni

Kalau tak silap aku
hero lama "James Dean"
kenal kerrr korang...hensemkan....

Ni pulak "Elvis Presley"
Legend ni

Ni aku tak kenal...asal heroin jer aku tak kenal
kalau hero senang pulak aku nak ingat
huhu

Kat sini kalau nak blanket & bantal kena sewa yer...baper hengget tak henggat
tapi hari tu...bantal aku main amik jer kat luar..tak yah sewa pun
blanket nyesal tak amik...sejuk cam nak mamp**
lepas tu kerusi recliner dia mmg bess leh adjust nak kedepan ke belakang
tidur sedap tawww
mmg selesa...tapi dinasihatkan pakailah baju tebal2 kalau tak nak sewa blanket sbb
sejuk gilerrrrrrrrr

La ni Mr Y dah addict asal nak tengok wayang nak pi sini
dah tak mo tengok cinema yang bese tu
(eee berlagakkan nyampesss)
sbb dia rasa selesa kot..
Suka hatilah aku ikut jerlah
tapi dgn syarat

**

**

**

**

**

Yess aku mau tengok citer ni
katun "Smurf" ni femes tau masa aku kecik2 dulu
siapa yang seangkatan dgn aku taulah katun ni
cumilkan makhluk kaler biru ni

Jangan tengok citer ni Mr Y lak ter ZZZZZZZZZZZZz


Psst:Gambar mmg menyakitkan mata sbb guna camera HP...lagipun dalam tu golap

Saturday, August 6, 2011

Kenapa aku menangis teresak-esak malam tadi

Ternyata bukan ini penyebabnya
Mr Poposh sihat alhamdulillah
makin gumuk lagi ada walaupun dialah paling sibuk bila time
nak bersahur & berbuka

Menangis teresak esak pun bukan
sbb heronyer yang hensem

Tapi sebab sianjing comel bernama
"Hachi" yang kiut sgt ni

Padahal dah tengok cerita ni kali kedua
tapi still tak leh control ayu
Mr Y dah risau
siap tanya nak terus tengok lagi ker
aku kata takper leh tahan...tp air mata dah bergenang
rupanya sampai habis makin lebat air mata aku keluar

Yang si Mr Poposh pula tak leh tengok aku nangis mesti dtg nak ngendeng
kat aku...kunun2 nak pujuk
(gambar ni diambil bila masa aku berkemas nak pi vacation...cam tau2 jer kita org nak p berjalan...tak nak keluar2 dari bag tu)

Tapi aku bet kalau korang tengok korang pun mesti
tangkap leleh gak...kalah tengok
"KUCH KUCH HOTA HEI"

Kat Astro HBO tengah tayang la ni kalau nak tengok

Sinopsis "Hachi A dog's Tale"

Parker Wilson (Richard Gere) menemukan seekor anjing berjenis Akita Inu, Hachiko, di sebuah stasiun kecil. Parker lalu membawanya ke rumah. Istri Parker, Kate (Joan Allen), tidak setuju jika Hachi dipelihara di rumah. Esoknya mereka memasang iklan, untuk mencarikan seseorang untuk memelihara Hachi. Tapi melihat kedekatan Hachi dengan suaminya dan putri tunggal mereka, Andy (Sarah Roemer), Kate akhirnya merubah pendiriannya.

Kehidupan keluarga Parker menjadi semakin ceria dan menyenangkan, sejak kehadiran Hachi. Parker sangat menyayangi Hachi, demikian sebaliknya. Bahkan kedekatan antara Parker dan Hachi, membawa kesan dan pemandangan yang mengharukan bagi keluarga maupun sahabat-sahabat Parker. Hachi selalu mengantarkan Parker ke stesen keretapi untuk berangkat kerja, dan menunggu Parker pulang kerja pada jam 5 petang. Selalu seperti itu setiap harinya.

Hachiko adalah sahabat yang setia. Terbukti ketika akhirnya Parker meninggal akibat sakit, Hachi tetap setia melakukan hal yang sama… menunggu majikannya pulang kerja di stesen keretapi, pada waktu senja. Dan itu berlangsung selama 9 tahun. Hingga akhirnya Hachi meninggal, pada bulan March 1934. Kisah yang sangat mengharukan.

Cerita ni berdasarkan kisah benar

Inilah rupa anjing yang sebenar

Sempena memperingati "kesetiaan" anjing ni pada tuannya

sehingga sanggup menunggu selama 9 tahun

ko bayangkan kita manusia pun belum tentu sanggup tunggu selama

ni....

Kalau nak buat telenovela "Mr Poposh kucing yang setia" bley hehe

susah nak cari movie kisah binatang yang menyayat hati...animation tak bess kartun

suka tengok yang real

Psst: Moral of the story masa ni baru kita faham...sedihnya bila kehilangan orang yang paling kita sayang...tu sbb jgn gaduh lama2...


Thursday, January 21, 2010

Terhegeh hegeh baru nak

Nak duit mcm "nuffnang" silala klik2 CATCHEYE
Korang thanks sbb still sudi klik2 my nuffnang
kalu iklan tu asik tido jer
korang clear "cookies"
pastu refresh or tekan F5


Org dah 3 minggu tngk
aku baru tergedik2 nak gi
asalnyer nak tngk
"The Tooth Fairy"
sbb nak tngk "The Rock"
yang gagah perkasa tu
tapi tak kuar lagi ler pulak

tapi Mr tngk ada Avatar
aku kata ala dah expired la citer ni
tngk ler citer "Spy Next Door" yang "jackie chan"
jadi hero tu...
latest one


Nak gak "Avatar"
layan jelah
kene give & take laa
kalu komedi tu aku ler yg pilih
kalu action movie
or citer heavy tu mmg Mr Y ler yang pilih

mak aii lamanyer citer
ni kami masuk 5.20pm
habih kul 8pm
nasib baik seat kat sini bess
ada couple seat
senang ko nak beromen ker
nak kuar p toilet ker
tiada saper yg nak kacau daun
hehe

best gak tngk kat Tropicana Mall
ni sbb tak ramai org
(tapi aku lagi suker gi MV or OU sbb bnyk tempat leh soping)
kalu kat sini limited
but u have no worry about parking
and privacy too

kat sini tak yah booking online
kalu tempat lain kem slm
dah ler kene beratur
kdg2 fully book


nak gak enterprem
walaupun ramai org kat situ
sbb tu gaya posing aku entah apa2

Citer Avatar ni mmg bess gilerla
walaupun 3 jam not boring at all
mmg patutler bekas director
"Titanic" ni menang lagi
for "Golden Globe" yg ke 67th
menggondol 2 award

sampai la ni masih teringat2 citer tu lagi
mmg bess

Psst: Mau kasik 4.5 bintang...aku tak tido langsung..bese citer camni aku konpom tido nyer...siap nangis lagi...emo tul...tak sabar nak tngk "Shrek"...nak tngk tuceng zorro tu...hehe


Tuesday, October 27, 2009

PAPADOM PAVILION


Dah lama aku tak tengok movie..sibuk memanjang...kali ni awal2 aku dah book ticket online kat GSC...senang tak yah beratur..amik tiket 45 minutes before start leh masuk ajer..
Tang beratur tu aku ok lagi tapi biler sampai kat kaunter tetiba citer yg kita nak tengok sangat tu "full house" huhu..nak tngk citer lain tak bess pulek...

tapi biler tngk "PAPADOM" nyer good review thru blogs...baru aku konpiden nak gi...sbb selalunyer mesti tngk citer "omputeh" punyer...Mr Y mampuih dia tak mo tngk "local movie"
Kiranyer aku gamble jelah cayakat bloggersnyer review...kuang2


Sebelum p tengok PAPADOM....harusler makan lunch dulu yer....jgn tak tau kami p tengok wayang kat "PAVILION" tuuu..punyer ler jauh..p sini pun sbb nak "survey" opis baru aku...

tak tau kat "BTS" pun ada cinema...kami jarang "dating" kat sini....so mcm jakun sikit...
tak tau nak makan mana...lagipun sampai pun a bit late...dah pukul 1.30pm...apa lagi terai ler kat "Republic Food Court"...sini mmg food heaven betul...mcm2 ada sampai aku pun tak tau nak makan apa...


Last2 disbbkan ramai naa umat manusia & kesuntukan masa...aku terailer "set popiah" ...ada 3 jenis dua basah...satu dry nyer...dry nyer tak lalu aku nak telan sbb ada "udang kering"(aku kan allergic udang kering)
basahnye sedap...kenyang ooo...big portion
Mr Y lak try "viatnamese noodles" sedap gak...

Nilah serba sedikit review after aku habis tengok "PAPADOM" nasib baik book online...full house tu...yang kelakarnyer aku gatai nak p beli "popcorn" kuar jab last2 tersalah masuk panggung...p masuk panggung citer cina...jenuh aku cari Mr Y tak jumper..rupanyer cinema sebelah....sabo jer ler...

Sinopsis Filem PapaDom:

Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara.

Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk.

Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi.

Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya,

namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

selebihnyer kena p la tengok sendiri..kang aku citer perabih mau korang tak p tengok...so
"sokonglah Filem Malaysia" ...tapi kalu citer syiok sendiri...melalut... merapu tak yah ler...hahaha..bikin filem mesti "smart" sbb orang malaysia la ni dah "cerdik" tak perlu nak digula2kan lagi....ada faham...

Jangan main2 filem ni merangkul 5 anugerah kat FFM22...syabas to Afdlin Shauki......la ni orang dah tak minat citer cinta merapu...hehe

Aku mau kasik 5 bintang utk PAPADOM sbb:-

1. Aku mmg tak brp nak layan citer melayu...boring.....tp yg ni mmg ada IQ nyer citer...

2. Mr Y tak tido langsung dari mula sampai habis...some more dia joint gelak skali....

3. Aku jarang nak tangkap leleh kalu p tngk wayang...wah yg ni aku nangis kaw2...aku kan brutal...tak leh tahanlaa mmg sedih giler...sampai tersedu2...sampai kuar air hidung...tragis sungguh...dah ler pakai bulu mata pelesu masa tu....nasib baik "GAM" kuat idakler tercabut

4. Filem ni tak memerlukan HERO yg hensem...tngk jerleh Afdlin walaupun "cumil"....tp "pelakun Lelaki terbaik"....ooo...so bakat adalah penting...berbanding dgn rupa...harap rupa jer kacak berlakun cam hampeh...hahaha

Teringat masa zaman dolu kala..."ABAH" aku very "protective" dgn aku compare to adik beradik lain...aku nak gi or balik sekolah beranto...mmg ler rasa sengal tak dapat bebas cam kengkawan lain...pastu aku gi amik "driving lisence" siap sound cikgu memandu tu suruh jaga aku baik2..mcm dia tau2 jer yg cikgu memandu tu gatal nak mampuss...

Tapi biler aku dah jadi bini org ni baru "Abah" lega kot sekurang2nyer tanggungjawab dia dah tak seberat dulu...la ni tanggungjawab Mr Y la pulak....Mr Y kalu tak jaga aku betul2 " I tell my father" kuang2...hehe

Susahkan jaga "anak dara" ni....part paling bess aku tngk PAPADOM masa since Afdlin jadi antu takutkan si "farid Kamil" nak kissing "Miasara" and masa dia gegarkan keta ......aku pun rasa nak bg sebijik kat mamat tu ...hehe...watak "MIASARA" ni walaupun gedik tapi comel....

Tengok masa balik pun aku masih tergelak2 tngk citer...lucky Mr Y nyer review not bad la citer ni...jarang dia nak komen citer melayu...aku pun masa nak ajak p tngk pun cam worry gak takut citer ni mcm citer2 melayu lain yg entah apa2...syabas untuk PAPADOM...hopefully ada lagi filem melayu cam gini...korang p la tngk...mesti gelak jer tak habis2...tetiba feel nak makan nasi kandar dgn PAPADOM...hehe

Psst: Moral of the story citer ni mmg sesuai ditonton sekeluarga...tak kira umur ko baper tahun pun..yg penting hargailah kasih sayang seorang "AYAH" sementara dia masih hidup...mmg EGO seorang AYAH tidak akan mengaku dia sayang pada kita....tetapi dlm hatinyer ALLAH saja yg tahu.