Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Juara Mentor 5. Show all posts
Showing posts with label Juara Mentor 5. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Salma Juara Mentor ke - 5...

Tahniah untuk Salma & Erra Fazira..
juara mentor musim ke-5
Tapu mmg persembahan Salma hebat
ditambah dengan suara hi note yang power tu lagila mantop!!!

Tapi malam tadi macam susah nak agak gak sebab saat2 akhir
kemungkinan Iqa pun boleh menang sebab dipenghujung rancangan
ni tetiba Iqa pun macam bess ajer

tapi kehebatan Shiha protege Dato Sharifah Aini pun tak boleh dinafikan
mmg cukup package...cantek & sore pun lain dari yang lain
badan kecik tp sore besar

tapi mungkin rezeki sudah memihak
kepada Salma.....yang sememangnya mmg mempunyai suara yang ala2 husky gitu
walaupun rupa paras agak kurang dibandingkan dgn contestant yang lain
so ini membuktikan yang rupa paras bukanla faktor untuk menentukan kejayaan
cuma dalam industri ni kalau ada rupa paras kira bonuslaa
tak cantik pun kalau dah touch up dgn teknik mekap
yang tak santek pun boleh jadi cantek...

Salma yang mendapat didikan mentor Erra Fazira
(makin cantek erra ni)
mendapat sebanyak 85 markah
meninggalkan 2 lagi peserta lain iaitu Shihah 63 markah dan Iqa 56 markah.
Shiha merupakan protege Sharifah Aini dan Iqa protege kepada Edry KRU.

Walaupun pada awalnya Salma mendapat markah terendah daripada juri awam

Tapi nasib menyebelahi Salma dengan bantuan daripada undian sms.

Ternyata kelantangan vocal salma berjaya menambat hati rakyat Malaysia yang mengundi beliau..

Salma yang juga juara mentor 5 membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze bernilai RM97,800. Manakala Erra Fazira selaku mentor untuk Salma pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000…

Sementara itu Shiha yang juga naib juara mentor 5 membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah Vespa LX150, manakala Datuk Sharifah Aini selaku mentor Shiha pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 sahaja.. Iqa dan Edry KRU yang mendapat tempat ke-3 membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang..

Bagi aku antara SALMA, SHIHA & IQA ketiga2nya mmg layak jadi juara

sebab ketiga tiga pun sama2 hebat & mempunyai kelainan dari segi suara

harap2 kemunculan Salma dalam industri ni

tak sampai setakat ni ajer...sbb kekadang nama jer juara

lepas tu senyap....

Juara ker????

Psstt: Letih pi bercuti tak habis lagi ni......rasa cam maless jer nak keje...