Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, October 25, 2011

Resepi CornFlakes Almond Cluster ~ Kuih raya paling laku!!!

Dah habis raya baru terhegeh~hegeh nak
citer pasal kuih raya yer
takperlaaakan leh jadikan sebagai
rujukan untuk tahun2 akan datang
ok perrr sok kan kaum India nak beraya kira entry ala2 rayala ni
kitakan 1 Malaysia oklaaa tu

Kuih raya tahun ni tak bnyk coz tak mo membazir mcm tahun2 lepas
nasib baik office aku kali ni...letak apa pun habis
so ada jer balance hanto jer kat opis
opis ni letak apa pun sedap
lapo manjang!!!
(susah mau diet opis baru ni)
tapi kalau kat rumah tak lalu pulak

Popiah reben
ni wajib ada every year...kuih raya aku kureng sikit
ni pun 500gm RM18
mahal gak....tapi berbaloi sbb sedap

So inilah
"CornFlakes Almond Cluster"

yang aku buat untuk tahun ni
yang penting senang & sedap

Bahan - bahan
(Abaikan oreo & cream Philadelphia...tu resepi lain...tapi buat sekali)

150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )

50 gm almond strip - bakar dahulu
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
200 gm dark coklat
100gm kismis


Cara-caranya

1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
3. Bakar dalam ketuhar dalam 10 minit supaya bila makan terasa kerangupannya
4. Sejukkan selama 10-15 minit baru dimasukkan dalam bekas kedap udara


Hiasan

White coklat - secukupnya & papercup...sebenarnya hiasan
white choc tu tak berapa menjadi
mungkin bancuhan tak brp nak betul
so hiasan tu aku main hentam jela
janji yang makannya kata sedap
ni bukan takat budak2 yang suka yang tua pun suka...

Semangat Master Chef Malaysia
tu tetiba mood memasak
sudah mari...sok ingat nak buat
"SAGO GULA MELAKA"
insyallah


Pssst:Biskut raya camni mmg laku....yang penting tak renyah nak dibuat....


13 comments:

mama tisya said...

sedap tu conflake almond tu..yum2

mamaNoriz said...

oh, mekasih byk2 posh kasi resepi tu!

mmg feveret, tapi asyik beli jek...huhu


nak try la...doakan menjadi ek

el said...

wahhhhh ni sorg lagi masterchef...cantek papercup biru tuh..hehehe..ni nk raya haji boleh la nok mencuba

atty's said...

nak buat sago gula melaka ke..sedapnya terliur nie..kalau seblh umah ..ngn muka tak malu kty nak skit.

NURULHANIF said...

sedapnya biskut..:)
done follow di sini.. kalu sudi mai la follow sy pulak.:)

qellissa said...

raya hari tu pun buat biskut ni..sedap kan dan antara yg paling cepat habis..=)

rATu kEBaYA said...

masterchef Malaysia tu mmg bagi semangat kat kiterkan.. teruja bila tgk diorang buat cabaran

-oP_ida- said...

mekasih dear..sudi share resepi....blew cuba untuk raya haji..ehehehe

Qhaifa Nur said...

biskut sedap memang laku..nak share la mana tau esok2 boleh buat..

Neeza.Areef said...

MCM dtg smgt masak pn dtg yer..

sama lah kueh raya smer bwk opis ..setel..

Bitt (double IS) said...

aduhh sago gula melaka dengar terus tertelan air liur i taukkk....haahahhaa conflake tu pon senang jek resepi u...eh i ada kuih lebih nak hanto jugak buleh? akkekekeke

kakchik@ella said...

Takmo resepi. Nak yg dah siap punya. Boleh??? Hihihi.

Mimy Hamid said...

meriahnya kuih raya ko tahun ni..pehhh ...beb resepi tu look senang...leh try tiru ni...lain dari yg lain