Klik Jangan Tak Klik

Saturday, February 11, 2012

MaklumBalas Dang Suria ~ Saya Tidak Sekejam Yang Ditonton ~ Piiiiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Minah "Flower Horn" ni bagi maklumbalas kat MSTAR 
dengan menyatakan yg beliau tetap tidak bersalah memberi kenyataan
realiti show "ONAIR"
untuk cerita sebelumnya boleh refer kat entry ni
Tak pasti ni gambo sebelum bibir di botox atau tidak
rasanya sebelum kot

Pengacara popular Dang Suria Zainurdin menjelaskan kritikan pedas mengenai paras rupa dan fizikal peserta dalam uji bakat rancangan On Air ada sebab-sebabnya yang tersendiri, bukan sengaja mahu bertindak kejam.

Dang Suria yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

"Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.

"Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu," selorohnya.

On Air yang telah memulakan siarannya pada pukul 9 malam Rabu lalu itu mendapat kritikan hebat daripada penonton selepas menyaksikan komen-komen pedas daripada salah seorang jurinya, Dang Suria.

Kata-kata pengacara itu dianggap biadab sekali gus telah menjatuhkan maruah beberapa peserta kerana mengkritik mengenai fizikal dan paras rupa.

Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.

"Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.

"Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.

"Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

"Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.

“Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga," tegasnya.

Tambah isteri kepada penulis lirik Ad Samad ini, para peserta juga perlu melalui kritikan daripada awal lagi kerana apabila menyertai dunia hiburan, sekurang-kurangnya mereka telah bersedia daripada segi mental.

"Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat.

"Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama.

"Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

Psst: Apakata DS pi komen kat Mahathir Lokman ...Suhaimi ...or Adibah suruh jgn jadi host sbb berbadan besar...DS yg katanyer santek sgt tu berjaya and popular sgt ker....Aku mmg setuju fizikal tu penting sbb org Malaysia mmg tak dinafikan suka tengok yg santek2 dan kacak termasukla aku...tp tengok bidang apala...kalu macam hiburan utk lakonan atau nyanyian tu mmg partly la kan tp kalau nak jadi host tak perlula sgt....yg penting gaya penyampaian dan suara mantop ...fizikal jatuh nombor...DS tu cuba org komen "naper bibir u macam Flower Horn ...marah tak" mental pompuan ni..Normala Shamsudin yg mmg sah pofular tu cool ajer...

13 comments:

ratusiput said...

yela tv ni tau nk cari rating tggi je kan tp kdg2 ade yg sampai mengaibkan perserta.sdgkan yg pernah jd juri sndiri yg masuk maharajalawak mega tu pun bila kena kritik takble nk terima camne..

sisdee said...

i still tak puas ati napa dia nak tebalkan bibir dia hahahaha sbb dia dah naturally cantik ..

sorry tak de kena mgena ngan citer hahahaha

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mmg org sedar sgt la kn dgr dye ckp gitu...

huhuhu

Qalb Awwab said...

Copp!!
cuba baca balik ayat pertama perenggan kedua,"Pengacara POPULAR Dang Suria Zainurdin..."

Erkk,bila masa dia POPULAR??tk penah kenal pon..haha

#joking ^_~

el said...

nak tgk gambar terbaru dia ngan bibir flower horn tu hahahaha bibir dia tu lagi best dr apa yg dia komen tu kehkehkehkeh

Bitt (double IS) said...

lupa rupa sebenar dia macam mana...hehehe larikk topic jugak :)

Aiza Haris said...

nyampahhh tgk muka nia ni skang len macam benooooo laaaa.... mlot bley tahan..hahha

ALoNa CintamaniszLite said...

Bila dia cuba mempertahankan dirinya..mgkn betullah jgk apa yg diperkatakan. Kita kena /-+x jgk alasan yg dia kemukakan. Ada benar jgk..nanti peserta tu dtg odition 2-3x kat tempat lain.
Semuanya yg dia ckp tu mgkn dh kena sunting ke hape...kita takde kat situ..semuanya kerana nk menaikkan rating rancangan tu.

Tp tu laa kan...org marah dia bkn sebab dia komen org tu tak berbakat yg perasan berbakat....TETAPI dia komen fizikal org...yg tentunya sgt sensitif.

Unknown said...

ok, now tengah membayangkan flower horn :-)

Gieyana said...

saya rs x patut cr dia jawab tue..terlalu pedas ddgr..

n rs pelik la bila dia wt bibir camtu..myb nk tiru pelakon barat kot..

sal ya said...

tapi kitranya dia tough jgk la sbb blh jawab balik komen org yg marah2 dia tu. tp btl la... nak komen kena beralas jgk walaupun niat dia baik.

salam kenal ye.

Delimasari said...

xtau nk kata masa tgk tu

Anonymous said...

http://meriahuoll.blogspot.com/2012/02/dasar-betina-biadap.html