Klik Jangan Tak Klik

Tuesday, February 14, 2012

Adele Menang Besar Di Grammy Awards 2012


Hari ni takde masa nak blogwalking bz giler...
So malam tadi syiok sgt tengok
Grammy Award
so nak sharelaaa....
tak mo wish
"Valentine Days" sbb mmg tak celebrate...
dulu masa muda rumaja dulu yer
gedik gak nak bervalentine....tapi lepas kawen ..Mr Y pun tak suker
dan adalah baca2 sikit pasal Valentine day ni terus diharamkan...
takperla hari2 pun berkasih syg....

Penyanyi yang telah mencetuskan fenomena muzik di seluruh dunia, Adele berjaya menyapu bersih kesemua 6 pencalonannya dalam Majlis Anugerah Grammy Ke-54 yang berlangsung di Los Angeles sebentar tadi. Album ‘21’ yang merupakan album keduanya merangkul anugerah utama ‘Album Of The Year’ mengenepikan pencabar lain, Lady Gaga, Foo Fighters, Rihanna dan Bruno Mars.

Kemenangan Adele yang sudah dijangka ramai pihak semestinya melengkapkan perjalanan seni gadis berusia 24 tahun itu yang turut membawa pulang anugerah utama termasuk ‘Rekod Sepanjang Tahun’ dan ‘Lagu Sepanjang Tahun’ menerusi lagu Rolling In The Deep.

Tiga lagi anugerah lain yang dibawa pulang Adele termasuklah Persembahan Vokal Solo Pop Terbaik menerusi lagu ‘Someone Like You’, Album Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Adele yang juga turut membuat persembahan sebentar tadi dengan lagu kemenangannya berjaya memukau sekalian penonton di Staples Center dengan persembahan vokalnya yang bertenaga dan nyanyian yang bersahaja. Walaupun baru sahaja pulih dari pembedahan melibatkan tekaknya, beliau membuktikan kemampuannya bergelar penyanyi yang hebat sehingga menerima ‘standing ovation’ dari para hadirin.

Sementara itu, kumpulan rock Foo Fighters turut pulang dengan kejayaan besar apabila memenangi 5 kategori termasuk Album Rock dan Lagu Rock Terbaik.

Majlis Anugerah Grammy kali ini berlangsung cukup meriah namun masih diselubungi kesedihan berikutan kematian mengejut penyanyi Whitney Houston yang juga pernah merangkul 6 Anugerah Grammy. Para hadirin juga bertafakur untuk beberapa minit seawal majlis bermula bagi menyatakan penghargaan buat pelantun lagu ‘Saving All My Love For You’ itu.

Bintang filem Dreamgirls, Jennifer Hudson telah diberi penghormatan untuk menjayakan segmen tribute untuk Whitney. Jennifer membawa emosi penonton ke dalam rendisi tersendirinya menerusi lagu I Will Always Love You. Lagu yang juga pernah diangkat menjadi pemenang Anugerah Rekod Sepanjang tahun di edisi ke-36 Anugerah Grammy suatu ketika dahulu berjaya dihayati Jennifer dengan baik sehinggakan beliau sendiri kelihatan sebak sewaktu menyampaikan lagu tersebut. Malah ada di antara rakan artis yang mengalirkan air mata dibuai kelantangan vokal Jennifer.

Antara persembahan lain yang turut mencuri perhatian adalah duet Rihanna bersama Coldplay, penampilan bintang country Taylor Swift, bintang muda Bruno Mars, penyanyi wanita lincah Nicki Minaj dan juga segmen Tribute kepada Etta James oleh Alicia Keys dan Bonnie Rait.

Penganjuran anugerah berprestij kali ini sememangnya dinantikan peminat muzik seluruh dunia berikutan perkembangan aliran muzik semasa yang semakin membawa perubahan positif di seluruh dunia. Kanye West sebelum itu mendahului senarai pencalonan dengan 7 pencalonan sambil diikuti rapat oleh Adele, Bruno Mars dan Foo Fighters, masing-masing dengan 6 pencalonan.

Berikut adalah antara senarai pemenang anugerah-anugerah utama Grammy yg ke-54

Record Of The Year
 Adele - Rolling In The Deep
Album Of The Year
 Adele - 21

Song Of The Year
Adele - Rolling In The Deep

Best New Artist
Bon Iver

Best Pop Solo Performance
Adele - Someone Like You

Best Pop Duo/Group Performance
 Tony Bennett & Amy Winehouse - Body And Soul
Best Pop Vocal Album
Adele - 21

Best Rock Performance
 Foo Fighters - Walk

Best Rock Song 
Foo Fighters - Walk
Best Rock Album
 Foo Fighters - Wasting Light

There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark.
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I’ll lay your ship bare.
See how I’ll leave, with every piece of you
Don’t underestimate the things that I will do.
There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark.
The scars of your love, remind me of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can’t feeling
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat
Baby I have no story to be told
But I’ve heard one of you and I’m gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there as mine sure won’t be shared
The scars of your love, remind you of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can’t feeling
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it with a beating
Throw your soul threw every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow
(I wish you never gonna miss you)
We could of had it all
We could of had it all (I wish you never gonna miss you)
It all(3 times)
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it,
You played it,
You played it
You played it to the beat
Psst: Sekarang ni tgh syiok layan lagu ni...nanti ada masa update blog lagi yer

7 comments:

Rinna said...

Lagu dia best.. dan Adele pun cantik.. :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

I suka dan minat gilosh dgn Adele ni. sanggup beli album Adele 21..3 killer song dia..Rolling, someone like u n set fire to the rains....pjgg nye komen ai :)

attyfir said...

suka sgt adele..cantik walupun gebus.

Cik Ina Do Do Cheng said...

akak pernah dengar lagu tu kot cuma tak tahu dia yang nyanyikan.cantik.

Hanif said...

Oh!!! yang sekarang ni TV2 asik buka lagu dia ajer..Suara memang dahsyat..
Mak oiii!!! banyak betuk awards

Bitt (double IS) said...

tak tahu kenapa saya masih tak in lagi lagu adele...hehehe 2 kali dah dengar tapi mcm tak ngam lagi..

Dee said...

love this song too..fizikal no 2..bakat no 1..dia mmg berbakat..