Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, August 3, 2011

Air Tembikai Laici Soda

Air kegemaran semenjak dua menjak ni
kalau singgah minum kat kedai
aku kan jenis kureng sikit nak minum air buah

kalau ngoder suka nescafe tak pun teh o...tak pun teh tarik
elok sgtler tu huhu

La ni Mr Y pun dah jangkit suka naa minum tembikai laici
asal aku order dia pun nak order sama
gak...

La ni senang aku DIY
buat lebih sikit letak dalam fridge
Nak berbuka senang boleh minum terus
tapi fresh juice camni tak leh simpan lama sgt takat 2-3 hari oklaa...

Bahan bahannya

~ Air masak ikut suka korang nak sukat banyak mana
~1/2 biji besar buah tembikai
1 tin buah laici
~gula secukup rasa...aku tak letak bnyk...sbb air tembikai ni & air laici nikan
dah ada manis semulajadi
~garam sikit...aku punya pesen lain kalau buat air buah mesti letak sikit garam
orang kata mcm pembunuh kuman
~ketulan ice...kalau boleh blender skali
pun sedap gak...tapi kali ini aku tak nak letak ice
sebab nak simpan dalam fridge

Separuh blender sekali dgn tembikai
separuh lagi untuk diletak dalam gelas

Dah siap blender tuang dalam gelas ala2 punch

Nak kan kelainan aku saja jer letak ice cream soda
letak last sekali taw kalu letak sekali gus nanti berketul2
tapi kalau dah letak ice cream soda tak perlula letak gula yer
pandai2 korangla nak adjust

So nak sekadar hiasan & nak menambat hati somi kununnya
leh letakkan slice tembikai
kat tepi gelas tu
walla!!! mmg sedap & menyegarkan
buat sendiri lagi berbaloi kalau kat kedai mahal gak
tapi cam tak puas

yang membuatkan aku rajin makan buah ni semenjak dua menjak
tapi tak ler selalu sebab orang tua2 kata perempuan tak elok makan tembikai ni
nak kembang or lecah kat toooooooottttt

Tapi untuk yang mengandung bagus sbb ada asid folik
bagus untuk perkembangan baby

Khasiat Tembikai

~ mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

~Kadar kalori rendah menjadikannya salah satu buah yang menyihatkan & dpt menurunkan berat badan.

~Kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang.

~ Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser

~ Dapat meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis.

~ Kaya dengan anti oksida membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon & risiko serangan jantung.

~Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.

Psst: Apa apapun yang kita makan atau minum biarla moderate ataupun bersederhana..


15 comments:

el said...

rajinnye dia buah air buahhhh
tu kalo mnm sejuk mmg nyaman kannnn
el mmg suka mnm nescafe tp x elok kan..tp tgk breastfeed ni mmg pantang huhuhu...sbb ritu angin satu badan alana huwaaa

ratusiput said...

sedapnye beb...aku mmg ske minum tembikai...kalau buat sndiri mmg jimat.

Shu Shinju said...

sedapnyeeeeee..... terliuoq aih bulan posa ni..hihi..

Rinna said...

Wow sedapnyaa ada tembikai laici soda..nie.. leh try resipi nie.. :)

Bagus laa makan buah tembikai nie..byk khasiatnya.. :)

YanaMIB said...

mmg terliur tgk air ptg2 gini..pfftt~

hardy boy said...

cam sedap je air nie.hehehehe

shark said...

singgah balas posh :)

Eri-chan said...

samala kita asyik order je air ni skrg..tapi jrg dpt sekali dgn soda...

Softtouch [Hanim] said...

sedap air tu sis..kalu sejuk lg sedap..tp tulah bila pose ni xleh sgt minum air sejuk sbb cpt je dpt batuk n sakit teka..

qellissa said...

tak pernah minum air ni..selalu penah dengar teh o laici..tembikai laici belum pernah try lagi..mesti sedap kan?

ieda said...

eheksss best2 .. semalam pun den berbuka dgn air tembikai nie .. tapi tembikai kuning .. blend dgn apple ijo dan jambu ... perghhhhhhhhhh terangkat beb ! ..

cube aar nanti :)

DaZzlingLilLy said...

tembikai laici 1 of my fav..tapi org tua2 cakap tak elok minum banyak2 sebab tembikai panas..

Isteri Encek Bard said...

waaaaaaaaaaa sedapnyer

rasp said...

wahhhhh cam sedap je...
leh terai buat nie...
thx for sharing the recipe...

Mimy Hamid said...

air kegemaran encik awak...aku suka gak tp buat masa ni takleh letak soda..pantang lagi