Klik Jangan Tak Klik

Friday, March 25, 2011

Kota Lama Johor

Salam Jumaat....syioknya malam tadi hujan
mesti ada yang liat nak kejekan...

Meh sambung citer seterusnya pasal negeri Johor...belum habis lagi ni
Johor ni mmg terkenal dgn sejarahnya...
especially pasal
"Kota Lama Johor"

Sebelum nak masuk
ke Kota Lama Johor ni
kena tempuh makam Temenggong Johor..
lepas tu masuk lagi
akan jumpa kampung lama yang masih kekal..
penduduk situ pun dah tak ramai...yang tinggal pun orang2 tua..

Tu dia kisah sejarah kota lama..yang sebelah tu cam bese nak enterprem jer hehe

Kalau nak baca sila klik untuk tumbesaran...

Meh kita terjah apa yang ada kat sini....
kat dalam tu ada banyak history tapi tak dapat nak amik gambar
"photo not allowed"
so amik bahagian luar jelah

Cantek kat hasil seni bina ni...tp ni dah di bina semula yang menelan belanja
ratus ribu jugakla....

Bergambar kat pintu...eksen jer tu..pintu tu pun kunci tak leh masuk...mmm ada apa yer kat dalam tu..


Bosan sungguh menunggu Mr Y dok borak dgn pegawai muzium..aku dah agak
dia ni mmg pantang nampak muzium
dia boleh jer belek satu2...baca satu..
aku dah bosan dah ni..

So sedikit maklumat mengenai sejarah kota lama
more info rajin2 laaa datang kat sini
sejarah ni bagus utk mengingatkan kita dan juga generasi seterusnya
macamana susahnya tok moyang kita dulu
mempertahan negara kita utk melawan penjajah.
la ni kita dah "senang" mudah lupa asal usul kita...

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.

Kegemilangan Kota Johor Lama di dalam sejarah pemerintahan kesultanan Melayu Johor tidak boleh dipandang ringan. Ia pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564), dan pada zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Pada ketika ini yang wujud hanyalah tinggalan kota yang dipulihara berterusan. Kemakmuran dan kemegahan dan kemegahan kesultanan Melayu di Kota Batu (Johor Lama) musnah ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perkampungan yang sunyi, tenang dan damai.

Bayaran nak masuk ke sini adalah percuma (free pun susah mau datang...kalau bayar lagilah)...sesuai utk pelajar sekolah yang ingin mendalami sejarah Johor dan juga utk sesiapa saja yang berminat...


Psst: Tetiba rasa kembali ke zaman silam.....tp masa sampai kat sini dah petang...terasa gak lain macam....

13 comments:

unknown girlz said...

wah.. menarik jer..n FREE :D
tq 4 d info~
*dah berabad x jejak kaki kat johor ni..one day myb~

ratusiput said...

aku tak tgk mende lain...aku tgk ko.kenan kat dressing ko.ehehe..

SyaNa said...

rse seram2 ek???
aku suke gi muzium
sbb mcm bleh rse ape yg org dulu2 buat

rasp said...

cantik sungguh rumah2 lama tu sis...
bertambah2 cantik sbb ada model yg gorjes :)

Unknown said...

Posh....ni ha anak Johor jati pun belum jejak ke Johor Lama, ntah bila nak jelajah.

attyfir said...

kty pun mcm mr y..suka g muzium..hihiiih..

posh rasa len mcm camne tu..hahhaha..

Unknown said...

tak singgah ke Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang?

RerameUngu said...

hamboi...mmg u sakan bejalan je la kat sana eh..best je tengok..hehehe...

AngahSayang2314 said...

ooo patutlah lama hilang kan??? ingatkan kemana.....

ieda said...

waa dah x yah gi dah aku nie beb .. semua lengkap ko dah terangkan ekekke :)

shuhadah Zainol said...

sokong ngan kak ratu.. x tgk yg lain..tgk akak jer...lawa seh !!!! sukeee....

NuNu EeRa said...

cantik la muzium tu.. sesuai klu nk wat tmpt shoot.. ;)

A D I A said...

my husband pun suka muzium2 or galeri2 ni. wife dia ni je kureng gemar skit.