Klik Jangan Tak Klik

Saturday, October 16, 2010

Nak resepi mudah tapi version akulaaa

Siapa peminat pasta mesti sukakan
kalau dah bosan dgn makanan melayu
sekali sekala nak tukar selera aku
masak pasta...

tapi sebabkan aku selalu jugakla masak
spaggeti bolognaise
(aku tau ramai yang nak resepi aku tu...nanti2 ada masa aku buat step by step yer)
la ni mau tukar sikit pasta yang kaler putih tu
maybe ada yang tak berapa suka
sebab rasa cam lemak sikit...
tapi sekali sekala sedap jugak

meh kita check it out bahan2nya...tapi ni versi aku yer
korang pun boleh jer kalau ubah ikut sesedap hati korangkan

Bahan~bahan

1. Fettucini (aku tak guna spaggeti..saja nakkan kelainan) sama jer sebenarnya
tetap pasta cuma berlainan bentuk
2. Ayam/daging cincang
(tapi aku takde stok ayam cincang jadi aku guna crab stick...or korang leh jer letak apa yang korang sukapun no restriction)
3. cendawan butang
4. 1 tin sos cabonara (prego)
5. 2 ulas bawang putih diketuk & dicincang
6. black pepper sesedap rasa
7. air

Cara~caranya

1. Rebus fettucini letak garam & minyak sikit...kalau takde minyak zaitun minyak biasa pun boleh..supaya nanti cantik jer tak melekat & berkilat kemudian toskan letak minyak zaitun
tapi yang ni kalau boleh letak ler olive oil sebab kita nak makankan..minyak zaitun kan bagus untuk kesihatan...
2. Panaskan sedikit minyak zaitun lepas tumis bawang putih
3. Masukkan pula crab stick + cendawan atau apa2 jerlah yang suka
4. Masukkan sos prego
5. Tambah air....pandai2 la adjust rasa...kalau aku mmg tak letak garam dah...sebab sos tu dah mmg sedap pun....

Selamat mencuba....budak2 pun suka ni

Psst: Masa nak hidang tu kalau suka taburla cheese....lagi ler sedap...kalau tak nak pun takper sedap jugak



10 comments:

el said...

sedapnye :)
lama x mkn spageti putih hahahaha

Softtouch [Hanim] said...

sy suka spagetti carbonara ni...sama mcm sis buat tu..

.s.o.f.i.a. said...

wow!!! nampak mudah!!!! kena try nie!!!!

m2g said...

kena try ni nampak nya.

ieda said...

uik pandai wehh masak .. senang kan simple dan mudah ... heheheh selalu gak buek nie .. kalau maleh2 nak masak beb .. :))

Just Call Me Bitt said...

okeh nanti try

Just Call Me Bitt said...

ok nanti try selalu guna fresh milk pastu yg leceh2 jek tak pernah try pakai prego carbonara plak hehe pastu jarang pakai fettucini..hehe

Mr feckry said...

dengan pantas gua p try

mummysyafie said...

dear, kalau nor masak ni..confirm nor sorang je yang makan. hubby n kids memang tekak melayu..

Mimy Hamid said...

simple tapi sedap la...boleh try ni...thanks posh..aku siap print tau