Klik Jangan Tak Klik

Thursday, October 22, 2009

Money Plant

Sebelum korang baca entry ni siler ler klik http://www.catcheye.com.my/?r=3375 mende ni tgh heboh leh dapat duit cam nuffnang..meh ler join beramai2...hehe..pastu tak reti2 nak klik2 iklan aku...nanti aku klik2 korangnyer gak yer....hidup nuffang...dan2...hehe

Semalam pi beli "money plant" ni...kalu "orang cina" percaya leh bawak "ONG"
aku idakler sampai cam gitu...saja suka2 kasi "oksigen" dalam rumah and bg natural smell...hehe
lagipun plant ni senang nak jaga...kalu pokok bunga payah sikit nak letak dlm umah...
pokok bunga tanam kat luar leh ler...


keluarkan dari pasu asal yg tak lawa tu...basuh bersih2..pastu buang mana2 daun & akar yg tak elok tu...


Aku gune ni "magic pearl"...cam fertilizer gak ni..kaler2 lawa as deko...kat umah or opis..kasi segar sikit udara & bijik mata...lagipun leh tahan lama tau


Aku ni gelojoh tak sempat "magic pearl" tu nak kembang aku dah letak pokok tu...


Beberapa jam kemudian...taraaaa bijik2 pearl tu sudah mengembang....santekkan...

Ini fakta mengenai "money plant" kalu rajin bacalah...kalu malas just ignore...hehe

Pokok Duit-duit

(bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil's Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea.

Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung.

Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun.

Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana.

Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C.

Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun.

Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

Psst: Marilah kita hijaukan BUMI...elakkan pencemaran....TOLONG JGN BAKAR SAMPAH DI TEMPAT YG TERBUKA...








38 comments:

Dee said...

kalo xde duit sok leh x guna daun ni buat byr apa2..kehkehkeh..

ME said...

My ex-boss (chinese converted) suka sgt dgn pokok ni .. segala ceruk nak letak money plant .. tapi i pun suka sbb bila dok dlm clear glass vase tu nampak santek

Izan said...

saya pun suka tanam pokok slm rumah. hijau mata memandang. =)

Unknown said...

Dee~buleh2 kasik magic sikit...hehe

Unknown said...

ME~samalah dgn colleague chinese mmg suka letak bunga ni kat workplace...i pun dah terikut..tp idak ler cam depa...wang mari2...hehe

Unknown said...

Izan~u will feel calm & peacefulkan...aura yg baik...hehe

zarin said...

moga2 posh rajin le jaga pokok itu ye..jgn jd mcm iyg "warm warm chicken ...." je...org taruk pokok dlm rumah, i pun nk taruk pastu habis nyamuk..sungguh pemalas kan!

adie said...

dulu layan gak pakai bebola gel, tapi bila 2,3 kali tukar air,warnanya makin luntur.huhu

iNa said...

rajinnye sis..
tp bagus tanam2 pokok ni...oksigen..hehe

niesz said...

nice kan bile letak bnda tu dalam vase sekali ngan pokok..
mak niesz ade gak wat kat uma..even x letak air pon die still idup..
mmg creative..

Anonymous said...

aku pon minat gak tanam pokok berdaun ni, kalo letak dlm bilik ayor lg cantik..ko try wat. aku ada letak dlm bilik ayor 1...

Azmiezas said...

Posh..mana nak beli magic crystal tu??/...Akak tgh cari ni..

nita said...

urmmm..

aderr makna rupenyerr pokok deduit ni yerr..

tq 4 sharing d info beb!

Lady of Leisure said...

posh,
ni salah satu fav plant ai..
chinese suka betul ngan pokok ni kan, kalau pi opis atau kedai chinese mesti ada pokok ni lagi satu yg mcm buluh tu...
pokok ni senang bangat hidup tapi ntah kenapa kalau tangan i tanam kureng menjadi...
my mom tanam pokok ni dalam pasu, dia slalu tanam perut ikan n siram ngan air ikan sbg baja untuk pokok ni, serius gemuk giler, daun dia sebesar pinggan.. hehehe...

HaSue said...

best kan ader tanaman dalam umah...sue dulu letak heart plant..now dah takde ntah ke mana peginya.hehe...yg jenis menjala kecik2 jek tuh..
yg bijik2 tuh sue suke beli kaler birruu..heee

rasp said...

ni pokok paberet i...
sbb ianya tahan sebarang 'penganiayaan' hahahahaha...
senang dijaga laaa ;)

sah90 said...

kan best duit tumbuh juga.
ahaha...
Jatuh nilai matawang terus...
(^_^)

Softtouch [Hanim] said...

boleh jd duta alam sekitar ni..mcm maya karin..he he he

sy plak xminatlah sis pokok2..mcm malas jer..:)
nnti kalu rajin nk try jugak sbb tanam pokok ni bagus kan..sbb pokok ni mcm sennag jer jaga

Mimy Hamid said...

pokok duit agak2 petik macam nuffnang klik klik tak??hehe

A.I said...

Kat umah aku penoh ngan pokok ni. Mmg dari dulu aku minat sbb aku tak suke bunge2. pehtu senang plak nk dijaga. aku pon nk tayang gak la...ekekekeke :P

Pepel BoNda AmaNi said...

aku pun ada tanam pokok nie gak dlu dalam cristal jel tue..tapi skrang aku dah transform kan dia ke dalam pasu tanah lak...idup subur suka aku tengok..hehehhee

Unknown said...

Zarin~nasib baik u remind me about nyamuk...harusler i bersihkan once a weekkan..TQ

Unknown said...

MrPenyubiru~mmg ler sbb tu dia tulis tahan utk 2 bulan saja...hehe

Unknown said...

Ina~tak ler rajin sgt....ikut mood gak tp saja suker dgn bende freshkan...hehe

Unknown said...

niesz~plant ni mmg bagus tahan lasak tak manja sgt...senang jaga..hehe

Unknown said...

n.u.r.u.l~bagus idea ko leh ler cuba yek...hehe

Unknown said...

Azmiezas~beli kat nursery or super market pun ada..hehe

Unknown said...

sisnita~tapi bab
"ONG" tu mengarut jerlerr...hehe

Unknown said...

LOL~i pun lepas ni nak bela bamboo tu lawa gakkan...

org tua2 pun ada kata kalu tgn panas ni tanam apa pun tak jadi...tgn i tak tau ler...hehe

air ikan mmg elok...fress baja...

Unknown said...

Hasue~yg tu pon santek gak...mau try kaler2 lain lak...hehe

Unknown said...

rasp~yg penting tak manja sgt...hehe

Unknown said...

sah90~kalu blh kaya sudah...hehe

Unknown said...

hanim~i leh jadi mcm2 DUTA...hehe


tanamla bagus tau leh bersihkan udara...hehe

Unknown said...

Mimyhamid~sumer giler klik2 nuffnang...hehe

Unknown said...

ai~tayangla aku nak tngk...aku suker plant...munger suker gak tp susah nak jaga...nak kene belai2...

Unknown said...

purplelicious~mesti lawa kan letak lak kat atas pasu gantung

Ain said...

suka gak ngan pokok nie...

sejuk mata memandang kalo letak atas meja kan...

Unknown said...

mamadanish~betul2 tenang ajerkan...hehe