Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Oat. Show all posts
Showing posts with label Oat. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Diet terbaik untuk makan malam

Lately terasa macam dah "naik" sikit
apa tak nya syiok jer makan tu makan ni
pastu tambah lagi stressssss kat tempat keje ni
exercise pulak kerlaut...elok sgt la tu
satu kombinasi yang sedondon

So nak meroyan pun tak guna kenalah ambil langkah berjaga2
lately dah start balik exercise walaupun tak segigih dulu
tapi dah buat sikit2...actually kalau rajin exercise akan membuat badan kita jadi lebih segar
tapi awatler maless sgt nak berexercise...
Kalau dah berhenti bila nak start balik mmg payah

So untuk diet pulak aku amalkan makan
OAT...tp kalau takat bancuh dgn susu
tu tekak aku mmg susah nak terima
tapi kalau buat porridge makan dgn lauk & vege
baru leh terima
mmg sedap makan cam gini...nak kasi kemelayuan sikit siap
letak kicap bley...
Oat ni mmg bagus sebagai pengganti nasi
aku la ni tgh diet tak makan nasi
cuma weekend jer amik...
kadang2 makan dgn scramble egg pun sedap
kalau pandai mcm2 cara boleh masak dgn oat

satu tips nak masak oat nak kasi sedap boleh letak daun saderi
mmg sedap!!!mmg betul saderi ni sebagai penambah perisa original
& bagus jugak untuk kesihatan sebab dapat menurunkan darah tinggi
makan ulam gitu pun sedap

yang penting oat baik untuk kesihatan badan dan jantung kita.
jangan ingat kalau kurus takde kolesterol yer!!!

Antara kebaikan oat:-
  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Psst: Kalau korang tak percaya cubalah...cepat dimasak sihat dimakan