Klik Jangan Tak Klik

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul AlQuran dan acara tahunan di bulan Ramadan

Salam Nuzul Alquran
kepada semua umat islam

Untuk state yang cuti
(Pahang, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang, Terengganu)
selamat bercuti...confirm KL mesti pack petang karang sbb semua pakat turun bersopping

Tapi siankan aku kena keja
bukan paksaan saja jer nak kerojer...lagipun Mr Y keje
dari melangok baik keje
dpt gak double pay
(kot2 lepas raya lari budget...ada gak duit back up)

Serba sedikit mengenai
"Nuzul AlQuran"

•Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

•Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

•‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

•Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah limaayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Cerita psl acara tahunan pulak
ni wajib yer
lepas jer berbuka
kami berjemaah solat terawikh

Ini tok imamnyer....my bro...
(kena book awal sbb sibuk manjang)
bulan puasa ni laku sbb masjid mintak dia
jadi imam...

Dan yang paling mengharukan
tahun ni kami buat special sikit
"solat hajat"
special request dari aku
bersempena jugak my anniversary
(sampai tangkap leleh masa my bro baca doa)

Tetiba nak enterprem...kucing my dad yang lagi
satu nama "koci"
mmg kampungan betul...semuanya dia makan
masa ni tgh minum air tembikai bley
pantang nampak derian
umur dah 13thn
tapi still awet muda

Syukur alhamdulillah walaupun tanpa kehadiran
abg & kak Long
tradisi ni tetap di teruskan....
& aku bersyukur kami masih dpt bersama menyambut
Ramadan untuk tahun dan diberikan kesihatan yang baik
untuk beribadat
dan masih dapat bersama dgn ibu & abah tersayang
harta yang amat ternilai didunia ni

"SAYANGILAH KELUARGA ANDA"

Psst:Hari ni aku takde keje pun...datang keje nak berblogging jer..bkn tak mo keje tapi mmg takde keje...datang nak cukupkan kuota jer...

5 comments:

el said...

smlah ngan el posh..
rini pttnya penang cuti..tp company el x observe..sabo je lah
ni pun dtg..mmg xde keje pun nak wat...ape lg bw je lah kojenye smpi petang hahaha

Mimy Hamid said...

Alhamdulillah seronok nya ur family...adik ko imam eh posh..bertuahnya...sejuk perut mak ko...best la berkumpul gini...solat rerami berkat majlis

Rinna said...

Bestnyaa dpt terawih beramai2..:)

lieyalatif said...

salam nuzul quraan sis...

wah kucing tu mmg dasat ar..sume die bedal kan..senang mcm tu nak jage ekekeekeke

Mr feckry said...

serisu best..wa yang bacae post lu yang ni terharu..