Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Citta Mall tu kat mana yer & Tips Special Promo!!!!!

Ramai pengomen tegar berminat nak tau 
kat mana Citta Mall tukan
Here's the location map!!!!
ok tak lepas ni kalau rasa2 nak privacy 
blh mai kat Citta Mall
ni yg penting bnyk tempat makan2 yg happening

Chilis kat sini pun menenangkan...
tak tahula kot aku mai siang camni
kalau malam crowded....
Meh kita check it out menu2 yg ada kat Chilis
Menu price!!!!!phening nak pilih semua sedap2
Meh kita layan 
citer makan kat chilis yer
actually ni pun bukanla tempat makan fav sesangat..
tp kalu sekali sekala pekena
cam feel gak
bukan apa makan ala2 western ni tak leh selalu muak
nak2 portion besau2 pulak tu!!
yang penting aku suka layanan mesra diaorg kat sini
mmg feel welcomalaaa
walaupun a bit pricy...sekali sekala nak celebrate birthday yg tersayang apa salahnyakan....

Nanti layan menu apa yg kitaorg order yerrr!!!

Psst: Satu tips kalau terima apa2 resit...better check kat bawah tu yer...kekadang ada promo or special offer...selalu resit tu kita buang jer..mana tau blh dapat makan free ker...diskaun ker..why not

Wednesday, December 21, 2011

My New Tupperware ~ Wajib 4 liter sehari azam tahun barula sangat!!!!!!

Comelkan kaler ni...
"Lime Green"
Memang tak dinafikan sejak aku sakit teruk hari tu...
dan sejak pindah keje baru
diet aku mmg dah kelaut
exercise lagila....jauh sekali
alasan takde masa tu mmg tak leh pakai!!!
So tahun 2012 nak jugakla start balik "Food Diary"
dulu setiap apa yg masuk dalam tekak aku ni
tulis or key in dalam PC....
mula2 tahun mmg la rajin tapi dah masuk tgh tahun kelaut
susah betul nak disiplin kan diri
tapi nak exercise tu mmg malas tahap gaban
lately ni nak meloncat2 cam dulu mmg tak koser dah
apa aku buat....menari...mula dgn hari pertama 2..3 lagu rancak...pastu hari berikutnya
tambah lagi....sit up pun aku dah start balik...
bukan senang nak jaga badan huhu
 
So sebelum masuk tahun 2012 
harusla ada azam baru yg tak habis berkurun lama
tiap2 tahun pun azam ni wajib ada
So harus rajin minum air yer....jgn asik nak minum air manis2
Nak minum air pun kena ada mood...tu yg beli bekas air Tupperware
yg ni bukan tifuware yer...lebih kurang 2 liter aku kena habiskan bila kat ofis...

Ni dia tips kesihatan masa yg sesuai untuk minum...aku pun tak tahu
yg aku tau aku rajin minum air masak tu jer
tapi yg paling penting petua awet muda org2 tua 
yg aku masih menten amalkan yelah
bangun pagi jer terus cari segelas air masak 
selawat Nabi...kumur2 lepas tu minum...dgn niat semoga Allah
berikan kesihatan baek..
air liur kita ni banyak kebaikannya

** Minum 2 gelas air masak**
SELEPAS BANGUN TIDUR
Membantu mengaktifkan organ dalaman

** Minum 1 gelas air masak**
30 MINIT SEBELUM MAKAN
Membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia
memberi ruang kemasukan makanan

** Minum 1 gelas air masak**
SEBELUM MANDI
Membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

** Minum 1 gelas air masak**
SELEPAS BANGUN TIDUR
Mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur


Pssst: Lagi satu tips yg aku tau....tp logik ke idak tak taulah...setiap 15kg berat badan kita equal to 
1 liter air yg kita kena minum ...maknanya katalah berat badan lebih kurang 50kg...kena minum lebih kurang 3-4 liter ...ni dapat membantu untuk mengurangkan berat badan...aku cuba gak ler walaupun kekadang terbabas



Monday, November 21, 2011

Tips Membeli Sofa Idaman

Harap boleh bawak bertendang....bertenang yer pasal 
"Pemenang Sofa Idaman" 
yang bertuah tu....
dan juga Al-kesahnyer citer
pi cuti2 obersea katanyer...
sbb aku nak habehkan dulu citer sofa ni hehe..
jgn mare yer....biar lambat asal dapat citer menarik
paham2 ler kerjaya sbg blogger ni udah macam 
kerojer wartawan Melodi pun yer gak...mesti mau kasi gempak sikit.
Aku tak suker nak hapdate setakat melepaskan batuk di tangga jer chewah...
aku nak gambo dgn citer mesti balance
at least leh jadi reference kot2 korang tergooglekan
 Nilah Macy crew yang mai hantor kat umah...
service tip top walaupun masa nak ngantor macam2 masalah
tapi alhamdullilah semuanyer berjalan dgn lancar
tapi adatlah dugaan sentiasa melanda
ada ker patut tetiba kata brg tu rosak so nak mintak ganti dgn barang lain 
kalu rega sama takper ni rega up lagi,...mau tak hangen
(aiiik ni dah mcm taktik nak menifu...silapla dgn kitaorg....ko dah deal dgn rega tu...kita pun dah letak deposit....tapi settle bila kitaorg nak bawah ke tribunal pengguna...tahu gelabah)


So apa2pun korang kena ati2 what ever they promise
depa kena deliver as promise kalu ada terkona sikit
jgn compromise...
Ni antara tips yg aku cilok kat google untuk dikongsi together2 yer...

1.Beli sofa berkualiti tinggi kerana mampu tahan lama

2. Kenal pasti corak penggunaannya

3. Siapa yang akan duduk di sofa itu? Pertimbangkan kelebihan tambahan sofa agar ia dapat diguna secara optimum. Pilih sofa yang tinggi bagi keselesaan tetamu yang tinggi lampai atau sebaliknya untuk pengguna rendah serta penyandar yang mantap (tidak lembik)

4. Pilih sofa berdasarkan penggunaan anda. Contohnya untuk beristirehat pilih sofa berkusyen lembut dan tebal beserta dengan bantal-bantal pelengkap

5. Jika anda mempunyai sebuah ruang tamu formal, sofa kulit dengan kusyen mantap adalah pilihan terbaik.

6. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. pastikan ada laluan kosong selebar 100cm bagi melancarkan laluan trafik.

7. Sofa sentiasa kelihatan mempersona apabila ia disudahi dengan kemasan fabrik berkualiti. Pilih fabrik yang perlukan penjagaan teliti seperti sutera. Namun, ianya terhad di ruang yang jarang digunakan.

8. Kemasan microfibre adalah pilihan yang terbaik, ia kelihatan menarik dan mudah dibersihkan.

9. Fabrik bertekstur tidak mudah rosak (koyak) berbanding fabrik licin.

10. Sofa kulit adalah pilihan terbaik jika anda membeli untuk penggunaan jangka masa lama. Dan lebih menarik, terdapat banyak sofa kulit berwarna menarik; tidak terhad kepada warna hitam atau coklat sahaja.

Psst: Bagi akula biar alah membeli menang memakai...meaning bioler harga tu mahai sikit tapi tahan lama dan yang terpenting ada warranty ...kalau ada apa2 masalah senang anto jer balik kedai....senangkan










Wednesday, September 21, 2011

Menu Kenduri tahlil ~ Tips memasak untuk kenduri atau open house

Tarikh 17hb hari tu mmg busy...bukan bz hari tu ajer
hari sebelum tu pun dah bz giler


Dengan nak mengemas rumah...dgn sibuk nak memasak
yelah kalau takat masak sikit2 oklaaa kot
aku sorang pun insyallah walaupun lemb la sikit...
aku ni kalau masak nak macam chef..semua bahan tersedia depan mata aku

itulah orang kata kalau masak2 ni sebenarnya tak susah mana
tapi bab nak menyediakan bahan yang makan masa
& bab nak mengemas

Antara menu~menu yang dimasak
pada hari tu...

~ Nasi Minyak
(Sedeh!!asalnya nak buat nasi hujan panas...tp dek sebabkan salah beli pewarna..patutnyer
kena guna kaler hijau...kuning & merah..tp entah apa kaler yang aku beli tak jadi kalernya...harap bau ajer...so batal)
Tapi aku vangga nasi minyak ni hasil tangan aku
sbb 1st time aku cuba masak...bukan masak sikit hokey
10 pot hokey....
rata2 tetamu mengatakan sedap!!!!
Mr Y jelessss takmo puji bini dia dia takut aku diawang awangan...hehe
yang penting makan bertambah..

ada balance lagi beras basmathi ni insyallah aku nak jugak buat Nasi Hujan Panas ni...

~Ayam Goreng Berempah
(Ini pun aku yang masak)

~Rendang Daging
(Ini pun aku yang masak)

heboh bagi tau yang aku masak...yang aku tak masak tapi dimasak oleh my beluv sifu
mummy akulaaa

~Dalca

~Udang Masak Merah

Reka cipta my mum....sedappp!!!!!!!ala ala ayam masak merah
tukar last minit sbb bnyk sgt ayam..bosannnn

~Jelatah

~ Lengkong aka agar agar

~Papadom

~Lemang
(my bro sponsor...mekasih bro)

~Sirap + Kopi O

~Kuih raya + buah pisang & tembikai...

Tips kalau nak masak banyak untuk kenduri atau open house
kot2 nak jadikan reference

cara-cara untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo. Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum majlis besoknya?

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

Contohnya, nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.

Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG

Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)

Jika ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari, boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak. Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.

Usah terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”

Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.

Insyallah kalau ada rezeki nak buat acara tahunan

Memang aku ada google...tp resepi ni kekadang bukannya betul sgt
kena pandai olah sendiri...tips tu bagus gak...nak2 aku yang 1st time buat makan besar2 camni
yang penting makan cukup berlebih takper buleh tapau kasi tetamu
kalau kurang malu...

Psst: Gambo tak bnyk sebab takde masa nak bergambo2 bagai walaupun dah plan nak amik macam2 gambo...huhu

Thursday, May 12, 2011

Cat flea medicine & new food for Mr Poposh

Dek sebabkan aku puasa hari ni tak mo cakap
bnyklaa yer...lagipun pagi2 dah bz
tak sempat dah nak menghapdate...

kalau biasanya 2 entry perday
lately ni dpt buat satu entry pun jadilaa
itupun tak habeh entry makan...makan...
harap2 korang tak bosan yer

So hari ni citer lain pulakla yer
bagi menghormati owner blog ni yang berpuasa hehe

Mesti ada yang teringat dgn Mr Poposh yang bam bam tu
dah lamakan tak update citer
psl dia

So recently ni monyok semacam
aku pun tak tau apa sebabnya
rupa2nya Mr Poposh terkena
jankitan kutu...alahai siannya
tak sangka lepas dia "terlepas" keluar hari tu
terus terkena
padahal dia jumpa kucing betina (outdoor cat)
tu sekali jer terus terjangkit
aduiii sian betull...monyok...bulu gugur teruk...
dia ni mmg kucing sensitif betullah
lepas ni tobat aku tak kasi dia keluar lagi
tu pun sibuk meow meow cari awek betina tu
nasib baik kucing tu pun dah tak mai ...

Biasa guna brand Frontline spot on..harga dalam RM20 satu tiub
lani dah tak jual satu pulak
jual 1 box consist of 3's
harga dalam RM49
mula2 desperate gak nak beli sian kat Mr Poposh
last2 pikir membazir pulak...

Nasib baik pet shop tu rekomen brand lain
yang lagi murah RM12 ajer

Tapi sgt berkesan taww...satu tiub tu pakai sekali ajer...
alhamdullilah la ni dia dah ceria
kalau tak satu badan penuh telur kutu...
cepat berkesan
letak sekali the next day dgn telur2 kutu tu pun hilang

dek sebabkan Mr Poposh pun dah baik dari sakitnyer itu
so aku pun tukarla brand new food...
under same brand....tak larat aku nak ke VET Shah Alam
yang jauh tu...

Since Mr Poposh pun mengalami keguguran bulu yang teruk
aku pun pilih yang ini...mana taw kot2 bulu dia leh jadi cam persian cat
hehe....

Harga pun boleh tahan....nasib baik pet shop ni ada 10% diskaun
& leh collect point real rewards lagi

Oklaaa utk 4kg leh ler tahan dalam sebulan lebih
tah yah nak beli frequent...

Yang bagusnya psl brand ni...poo poo or air kencing dia tak berbau
mmg sesuai sgt utk indoor cat

Psst: Sekadar tips utk peminat kucing


Sunday, October 18, 2009

Jimat Jimat


Saja mau citer pasal penjimatan berganda....yelah ekonomi sekarangkan tak baper baguskan...harus2lah kt berjimat...betul tak...

Itu sbb walaupun dulu aku suker soping kat carrefour tapi biler carrefour dah takde reward meaning tak leh kumpul point...eee tak koser aku nak perabih duit kat situ...tapi kalu dah terdesak aku p gak sbb dekat dengan tempat keje aku sebelah ajer...but not for monthly..aku ni walaupun giler soping aku idakler giler beli ajer...aku suker survey & compare the price...kalu leh aku check online dulu...jadi senang nak budgetkan...bukan apa2 silap haribulan kalu tak buat list mau beli mende merapu & kadang beli bukan makan pun...last2 membazir...ataupun kekadang bende tu bukan pakai atau guna...saja jer gatai nak semakkan omah...

lagi satu sbb sales...mende tukan murah...beli banyak2 kunun nak simpan stock..tu sbb sebelum beli kene fikir betul2 keperluan atau kemahuan....lagi satu kalu soping baju...itu mmg fav aku...kekeadang aku beli sbb model patung tu pakai lawa...tapi biler aku pakai hampeh tak lawa langsung...last2 jadi "deko" kat wardrobe......membazir lagi....

La ni for groceries aku beralih arah ke TESCO....tp tak suker Tesco yg previously Makro tu tak bess...itu kalu saper yg buat biz oklaa......walaupun before this aku tak berapa gemor nak gi TESCO...sbb barang cam tak bess ajer...tapi lepas aku dapat voucher .....terus beralih arah....not bad tau ari tu ajer aku dapat RM6....saper nak bagi ooo..padahal aku cuma beli ciput2 jer kat situ....next time nak kumpul banyak2 voucher tu...leh beli barang yg bess sikit..tak cukup dgn itu Tesco ada bg "small voucher" kalu nak beli certain goods...jimat lagikan...jadi membeli belah di TESCO....tak mo pomot Carrefour....saper suruh STOP kasik point...

JJ lak mmg fav aku sukaaa nak kumpul point tp bukan nak hadiah...aku cuma nakkan voucher...giler voucher aku ni....2500 leh dapat RM20..sapo nak bg kan....dulu aku suker gak kumpul point sbb nak redeem barang...tp biler dah terkena barang yg diredeem tu cokia nyer terus tak koser aku ...baik amik voucher leh top up duit sikit..beli barang yg ada kualiti...lagi berbaloi....

Petrol lak aku prefer BP.....camana susah pun aku mesti cari BP nyer lah sbb aku nakkan point...sanggup tu tak mo p SHELL ker Petronas (mesti ada belasah aku jab lagi...sbb tak mo support mesianyer PETROL...sori yer aku mata point sikit...)....aku suker BP nyer hadiah bess2 o..hari tu jer aku dah redeem Vantagenyer TEA SET....aku kan Vantage collector...suka naa design dia yg munger2....and barang dia pun berkualiti....lepas ni aku dah target nak redeem mangkuk sup Vantage pulak...tulah kena jadi smart shopper...jgn main soping ajer...tapi kalu kaya raya just ignore tips ini k.....biler makcik nak kayo ni...hehehe

Psst: Kata ekonomi will getting better next year....hopefully.....tapi inflasi tetap inflasi...soping2 jugak...saving harus jugak.....