Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Raya Open House~kelassssss kau Yaya!!!!

Bagi aku kira grantla jugak open house ni
udah ala2 mcm hotel pulak
tapi aku tengok rata2 open house la ni mmg grant....
udah macam kenduri nak sambut menantu

Roti Jala, lontong, sambal jambi, sambal daging, kuah lodeh & kuah sate
mmg terbaek & tersedap!!!

Desert section
cup cake tu tak sempat nak rasa banyak bebeno

paling bess kitaorg ada tempat khas kat rumah jiran sebelah
(agaknya diasingkan sbb bising kot hehe)
main2 hulur and request jer nak makan or minum apa
(yang sebelah "pakwe" hensem tu...Mr Y tak leh nak jeles sbb sama gender yer hehe)

Ada sekerim Conetto hokey....ingatkan sekerim cedok2 tu jer
Magnum pun ada kelassskan

Masa ni aku dah tak larat...perut dah sendat....
so tgh tunggu nak berkaraoke jer

Mr Y aku suruh dia snap gambo ...
ini yang dia heboh dok snap...tgk alat apa Deejay tu guna
sabo jelaaa

Retis malam tu....my fren Zaza...yang farewell hari tu
"golden voice"
kelasss dok nyanyi lagu
"Nirmala"
sore dia mmg power

Patutnye nak lepak lama lagi nak tunggu Waheeda Wasini dgn Ustaz Akhil Khai
hancur lebur...sbb Waheeda dtg lewat malam & hubby dia tak dpt dtg langsung
sbb ada ceramah...kempunan taw nak bergambo dgn retis
Waheeda tu my frennyer cousin..

Sesi berkaraoke mmg happening..anak dgn bapak so sweet

dah balik baru rasa terkempunan nak berkaraoke
yang Mr Y lak heboh nak berduet dgn aku
(camla sore sedap sgt...lama tak prektis ni huhu)

Aksi~aksi puak terlampau ni wajib ada.....pantang ada camera
laju jer dok tadah muka...nombor satu yang pakai baju kaler purple tu
(melampau sungguh!!! jgn mare yer...kata blogger terlampau haruslaaa..hehe)

Untuk Yaya thanks for the invitation...kelas open house ko Yaya...next year jemput lagi year co
confirm I nyanyi hokey hehe
belakang tu ada "kambing panggang" yer
selain dari tu siap ada gerai putu piring, teh tarik stall & char kue teow...
udah macam style hotel lak...tak sempat nak snap heboh layan karaoke...

Psst: Mmg enjoy kalau dah berjimba dgn kengkawan satu kepala...tak sedar laki dok ajak balik hehe



Thursday, September 22, 2011

Terserlah kesedapannya!!!!

Tayang lagi gambo makanan yang tak sempat nak upload
nak amik gambo hidangan pun aku tak sempat so mana
sempat jerla aku tepek yer
janji ada gambo as kenangan

Niler balance yang tinggal "Ayam Goreng Berempah"
perap semalaman

Dalca yang tersangatla harum semerbak bau rempah ratusnya
mmg terbaek!!! cicah dgn roti canai pun sedap!!!

Udang masak merah......yang sedap gak...balance tu aku tapau2 sikit pada tetamu

Alhamdullilah terserlah kesedapan lauk kenduri hari tu
naper tak percaya ker!!

**



**



**



**



**



**



**



**
Alhamdullilah selesai sudah majlis ni...
aku biasalah siap dgn checklist bagai
tapi tulah kita hanya mampu merancang
ada gak yang terkurang...
aku ni kalau bulih semua nak perfect...tp adatla setiap majlis pasti ada kekurangannya

Insyallah apa saja kekurangan tu leh jadikan pengajaran untuk majlis akan datang

Inilah "anak daressss ke mak daresss" yang orang semua sibuk makan
aku sibuk kat dapur...
(Nasib baik aligntmen tak lari teruk lepas raya....apa tak nya asik menternak lemak jer kerojernya...harusla berdiet kembali huhu)

Aku dgn Mr Y mmg tak makan...tak lalu pun...kasi settle semua barula ada mood nak makan

Untuk semua yang sudi datang "Terima Kasih"
yang tak terhingga dari kami sekeluarga semoga majlis ini diberkati allah
Segala kekurangan kami mohon maaf

Dan special untuk my family especially my mum "tunjuk ajarku sifu"
tanpa bantuan my mum mmg tak terdaya aku nak uruskan
mau katering jer jadinya
Tak lupa semua ahli keluarga yang turut membantu...

Psst: Lega selesai sudah semuanya...insyallah tahun depan nak buat lagi tp nak lagi proper..maybe tahun depan panjang umur nak buat lepas maghrib...senang sikit...




Majlis Tahlil & Bacaan Yasin

Inilah gambar sekitar majlis kenduri tahlil dan bacaan yassin
1st time pun aku organize majlis ni
biasanya aku buat "makan2" ajer

Alhamdulillah niat yang baik pasti dimakbulkan Allah...
walaupun tak begitu terancang
sampaikan last minit ada yang tak dapat datang
pun datang jugak...
yang janji nak dtg..tp tak dpt dtg...
tp ada gak yang datang walaupun sampai lambat
tak kesah janji dtg...

Inilah "ustaz rowk" aku saja jer gelar...
my bro
"Wan"...yang bacakan doa pada hari tu
lagipun sejak dah habis tahfiz dia mmg dah biasa dipanggil utk baca doa selamat & tahlil...

My beluv abah...yang sgt2 membantu tulun sekali keje didapur..
abah aku mmg tak leh duduk diam...ada jer kerja yang nak dibuatnya

Pak mentua yang "happy" & "sporting" selalu...

Ipar lelaki aku...

Ipar & MIL...ipar lagi sorang datang lambat...sbb datang dari JB
sampai pun masa nak habis baca yasin...
mmg tak leh nak tunggu semua sampai
dalam pukul 12pm lebih kena start...

Mak co & family pun datang...

awek yang paling solehah itu aku yer...pakai tudung lagi...tak pakai selendang jambul keluar rambut ..insyallah satu masa nanti aku mesti
nak pakai gak...

Mak aku pun dah tak larat kepenatan tu....kesian aku tengok...kalau tanpa my mum
entah apala nak jadi..nak harapkan aku sorang2 mau terkangkang2 aku

Psst: Majlis ni pun untuk my MIL sbb lately ni tetiba jadi tak sihat...tapi tak tahu apa penyakitnyer...so kami mendoakan juga semoga MIL aku sihat kembali macam dulu insyallah


Wednesday, September 21, 2011

Menu Kenduri tahlil ~ Tips memasak untuk kenduri atau open house

Tarikh 17hb hari tu mmg busy...bukan bz hari tu ajer
hari sebelum tu pun dah bz giler


Dengan nak mengemas rumah...dgn sibuk nak memasak
yelah kalau takat masak sikit2 oklaaa kot
aku sorang pun insyallah walaupun lemb la sikit...
aku ni kalau masak nak macam chef..semua bahan tersedia depan mata aku

itulah orang kata kalau masak2 ni sebenarnya tak susah mana
tapi bab nak menyediakan bahan yang makan masa
& bab nak mengemas

Antara menu~menu yang dimasak
pada hari tu...

~ Nasi Minyak
(Sedeh!!asalnya nak buat nasi hujan panas...tp dek sebabkan salah beli pewarna..patutnyer
kena guna kaler hijau...kuning & merah..tp entah apa kaler yang aku beli tak jadi kalernya...harap bau ajer...so batal)
Tapi aku vangga nasi minyak ni hasil tangan aku
sbb 1st time aku cuba masak...bukan masak sikit hokey
10 pot hokey....
rata2 tetamu mengatakan sedap!!!!
Mr Y jelessss takmo puji bini dia dia takut aku diawang awangan...hehe
yang penting makan bertambah..

ada balance lagi beras basmathi ni insyallah aku nak jugak buat Nasi Hujan Panas ni...

~Ayam Goreng Berempah
(Ini pun aku yang masak)

~Rendang Daging
(Ini pun aku yang masak)

heboh bagi tau yang aku masak...yang aku tak masak tapi dimasak oleh my beluv sifu
mummy akulaaa

~Dalca

~Udang Masak Merah

Reka cipta my mum....sedappp!!!!!!!ala ala ayam masak merah
tukar last minit sbb bnyk sgt ayam..bosannnn

~Jelatah

~ Lengkong aka agar agar

~Papadom

~Lemang
(my bro sponsor...mekasih bro)

~Sirap + Kopi O

~Kuih raya + buah pisang & tembikai...

Tips kalau nak masak banyak untuk kenduri atau open house
kot2 nak jadikan reference

cara-cara untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo. Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum majlis besoknya?

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

Contohnya, nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.

Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG

Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)

Jika ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari, boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak. Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.

Usah terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”

Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.

Insyallah kalau ada rezeki nak buat acara tahunan

Memang aku ada google...tp resepi ni kekadang bukannya betul sgt
kena pandai olah sendiri...tips tu bagus gak...nak2 aku yang 1st time buat makan besar2 camni
yang penting makan cukup berlebih takper buleh tapau kasi tetamu
kalau kurang malu...

Psst: Gambo tak bnyk sebab takde masa nak bergambo2 bagai walaupun dah plan nak amik macam2 gambo...huhu

Baju Raya Kebaya Nyonya ~ Open House Dept

Sebelum nak tayang koleksi baju raya 2011
meh tengok menu apa yang dihidangkan yer

Inipun jemputan CS dept..so apalagi pucuk dicita ulam mendatangla jawabnya

Mmg dept kitaorglaaa yang paling "kecoh" heboh kat sini...staff diaorang semua diam2 ajer
masa ni pun gambo aku tak nampak..tersepit....habess semua nak enterprem

Antara menu2 yang ada.....semuanya sedap2 belaka....
walaupun simple

Yang aku makan....ni ajer...lagipun aku bukan nak makan sgt...aku suka
yang part ni ajer
(kata blogger terhangat mmg wajiblaa kan...korangkan suka nengok gambo)

**

**

**

**

**

apalagi posing2laa...tulah antara koleksi
baju raya aku....
"kebaya nyonya"
dipadankan dgn kain "shocking pink"
mula2 rasa semacam yelah pink + biru sesuaikerrr
tapi tengok cam matching jer...sbb sulam kat baju tu ada kaler pink
masyuk...
cuma kalau nak santek lagi pakai
brooch 3 serangkai barula lengkap...
dalam tu aku pakai tube ajer..

Untung kebaya nyonya ni leh padankan dgn dress jugak!!!!

Thanks to the organizer...sgt2 berdedikasi & sgtlaaa peramah
melayan karenah kitaorg yang giler2 ni

Last but not least wajib bergambo beramai2.....tapi sad 2 of them akan resign...yang sorang nama Zaza mmg dah confirm...yang sorang lagi Fazlina in between
tak tahu lagi....mgmt tgh pujuk...

apa2 pun all the bess....yang penting kita tetap kawan hokey...

Belum habis lagi...kalau dah kaki bergambo....pantang ada yang hulur nak tulun amik
laju jer...last sekali udah pesen giler2 pulak..
apa2 pun mmg enjoy....la ni keja tak nak stress...nak keje2 cool ajer...


Psst: Department aku belum buat lagi..insyallah next week....company lagi bess dah habis raya baru nak buat...takper janji ada raya celebration