Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Resepi Udang Butter Cereal Cosway!!!

Aku tak taula "penyakit" apa yg melanda 
punyala tahap malessnya nak menghapdate....dulu kan main lagi maksimum
3 entry sehari...la ni nak kasi 1 entry pun payah...
adohai nila masalah aku kalau dah lama sgt dgn satu hobi mulala "boringgggg" macam idea nak menaip tu "kering" jadinyer...
padahal kan main cakap dgn Mr Y insyallah sampai "tua" pun nak blogging ...huhu

takperla meh aku kongsi resepi mudah utk korang
aku beselah asal 
musim masterchef berasap2la dapur aku
macam2 idea nak masak kununnya
Kalu dah bosan dgn resepi bese apa kata korang beli ni kat Cosway
cuma RM4.90 jer

Ni dia resepinya
mudahkan!!
Bahan-bahan :

Butter Cereal ( cosway )
Udang
2sudu Planta
Daun kari (mengikut citarasa)
Cili dihiris halus

Cara-cara :

1.Siang udang ... goreng separuh masak, ketepikan.
2.Tumis daun kari dan cili dengan menggunakan 2sudu planta sehingga naik bau
3.Masukkan udang kedalam bahan tumisan
4.Tutup api dan taburkan butter cereal, dan gaul.
Ini gambo dari google yer...kasi korang 
teransang nak masak sama
mudah sangatkan...kalau malesss gak aku tak taulaaa
sedap lg masak sendiri dari makan kat luar tu hehe 

Enjoy ur weekend!!!

Psst: Aku lum cuba lagi balik kang nak cari udang...tengok sedap ker tak...ramai dok kata sodap....kalu sedap leh beli utk stock bulan poser....aku mmg tak lalu nak makan luar bulan poser ni...suka masak sendiri!!

Saturday, March 17, 2012

Resepi Popiah Goreng!!!!

Sedeh smlm tension the whole day
tak dapat nak hapdate blog
(bukan tension keje...yg tu tak heran sgt bese sudah hehe)
cuma blh tengok blog ajer
tapi alhamdullilah hari ni okey lega
tak keruan jadinya
So asal weekend jer aku mesti nak hapdate 
"resepi" la sangat
tu dia  resepi
"Popiah Goreng"
sorry yer gambo tak lawa
nak cepat snap sbb nak jamu kengkawan Mr Y
walaupun tak ler santek 
tapi berjaya 
1st time hokey

Mencabor gak buat popiah ni 
bila " tak melekat"
bikin tension jer
dan bila part nak menggoreng..bila "gam" tak melekat betul
mulala terbukak

okeyla tak mo citer banyak meh kita layan resepi minggu ini...

Bahan-bahan 
  • Keping kulit popiah
  • sebiji lobak merah
  • sebiji ubi sengkuang
  • 6 ekor udang hidup(saizL) @ udang kering (guna udang segar, cincang halus...alergik ngan udang kering)
  • sedikit garam (option)
  • untuk sosnya:
  • 2 sudu besar cili kering  (yang telah dikisar)
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit perahan air limau nipis
  • untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng  
Cara~Cara
  1. keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering) 
  2. lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus)
  3. udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih
  4. semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam
  5. untuk sosnya..semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. pastu boleh mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.

Psst: Cuma aku tak buat sos pencicah jer ari tu...Mr Y kata kalu ada "pencicah" mesti lagi sedap....ada ke patut kasi sos cili bese jer...hantam jela!!

Saturday, March 10, 2012

Resepi Sandwich Ayam Panggang aka Chicken Grill!!!!!!

Asal weekend jer
kalau takde acara JJCM
aku suka gak 
"masak"
atau mencuba resepi baru
My fav roti sekarang
"Massimo"
tak kesahlaa macam2 rumours yg meragui
kandungan bahan yg digunakan
tapi aku tak mo amik port
sgtlaaa....selagi ada cop "halal" by Jakim
aku yakin...itu kalu depa nak tipu tanggung la sendiri
semua haram apa yg halalnya
kenapa gardenia tak cakap ada kandungan tootttttt
taula ramai yg dah berpaling arah
jgnler buat fitnah lagu tu
tak baekkan...unless mmg betul ada bukti
Resepi kali ni
"Sandwich Chicken Grill"
ayam ni nak kasi power aku marinate semalam 
sampai ke isi terasa kesedapannya

Bahan~Bahan

10 keping roti putih
500 gm dada ayam –di perapkan dengan garam dan serbuk cili paprika dan dibakar/di panggang
10 keping kejucheddar
3 biji buah avokado –ambil isi sahaja dan di lenyek
2oo gm daun salad
100 gm mayonis
hirisan timun dan tomato
sedikit lada hitam
Cara~Caranya

1. Sapukan mayonis,keatas kepingan roti yang di bakar
2, Lapiskan kepingan ayam,keju dan avokado serta daun salad
3. Sedia untuk dimakan.boleh dimakan bersama saladcoleslaw dan kentang goreng

 taraaa!!!siap sudah...
bolehlaaa makan

Psst: Aku mmg suka sandwich...tak kesah apa jenis pun pastu letak pulak sayur2 bnyk2 heaven!!cubalah


Wednesday, March 7, 2012

Diet Sihat Dan Sedap Itu Perlu!!!

Kekadang badan kita perlukan
 diet yg sihat
dan yang penting sedap
"Apple Green Salad"
"Dry Noodles"
tapi bukan mee maggie yer
aku kalau masak selagi ada 
apa2 jenis tumbuhan dalam fridge
wajib masuk...
just a simple resepi campak2
guna olive oil
dgn garlic
 
a good combination
yang penting mengenyangkan 
dan menyihatkan...

lagi satu kalau aku makan tak suker sgt  
by book or ikut rules
whatever aku rasa logik
dan balance itu yg aku amalkan
anyway hidup ni kenala
enjoy
cuma yg jgn  penting moderate
berlebih lebihan

contoh~
kalau rasa ari tu nak makan kaw2..so untuk meal yg lain tu kureng2kanlaa yang penting kalau diet breakfast jagn skip yer...lunch or dinner okey!!!

Psst: Walaupun aku suker makan.....tapi aku tetap ada balance dalam diet aku....yg penting vege dan fruit wajib ada dlm diet harian aku..

Sunday, March 4, 2012

Tip Nak Sedapkan Cempedak Goreng!!!

Aduhai teruja tengok cempedak 
gebu2 bagai
tapi kali ni bukan takat nak  
kasi resepi siap kasi tips sekali taw!!!
Bahan~Bahan
 1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
5 sudu besar santan pekat (santan kotak lebih healthy)
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (nak letak boleh takmo pun takper)
1 biji telur dan air secukupnyer
2 sudu marjerin dicairkan (bila nak guna make sure dah sejuk yer)
garam sesedap rasa (1/2 sudu kecil)
Cara~Cara
 1. Cairkan marjerin....bila dah cair letak tepi dan biarkan sejuk
2. Masuk semua bahan seperti tepung beras, tepung gandum,
 telur, santan, baking powder,serbuk kunyit dan garam kecuali marjerin cair dan air
3. Gaulkan hingga sebati dan letakkan air sedikit demi sedikit (kalau nak hasil yg terbaek guna tangan jer)
4. Setelah betul2 pekat masukkan majerin cair dan kacau lagi
5.Seterusnyer celopkan dgn cempedak dan goreng dgn minyak panas

Bukan takat cempedak boleh jer guna utk 
gorengan yg lain cam pisang ...keledek or ikut suka koranglaa
cuba taw jgn tak cuba!!!

Tips yg penting penggunaan santan dan tepung beras adalah untuk menjadikan tepung rangup
manakala marjerin cair utk menjadikan tepung rangup tahan lama
Baking powder menjadikan batter lebih kembang apa digoreng dan lebih rangup 

Nanti nak cari 
"Pisang Tanduk"
pulalaaa

Psst: Memang sodapla....aku makanan goreng ni prefer goreng kat rumah...sbb minyak yg aku guna sekali jer...yg jual kat luar tu entah apa2 minyak and tak berapa kali guna pun aku tak yakin....





Saturday, March 3, 2012

Resepi Puding Jagung versi Santan la pulak!!!


Hari tu buat puding jagung guna
"susu cairkan"
Akukan suker jagung....
la ni guna original resepi
guna santan pulak...dah lupa dietla tu
takperla sekali sekalakan
nak lemak berkrim 

Bahan-Bahan
~ 1 cawan tepung kastad
~ 1 setengah cawan santan
~ 2 cawan air
~ 3/4 cawan gula
~ 1 tin jagung manis

Cara-Cara
 1. Campurkan tepung kastad,gula,jagung,santan dan air
2. Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat..api kena sederhana yer kang hangusla pulak
makesure cukup sebati dan masak
3. Masukkan adunan puding ke dalam acuan dan biarkan sejuk
Inilah dia hasilnya..gambo tak santek 
tak sempat2 nak makan
tapi hasilnya yummy!!

Psst:Cayolaaa mmg sodap....lagi senang nak membuatnyer...bahan pun tak bnyk yg penting Mr Y kasi angkat ibu jari sedap katanyer...



Saturday, February 25, 2012

Resepi Bubur Jagung Bersagu!!!


Hari ni layan resepi 
"Bubur Jagung Bersagu"
yerrr..

Sesuai utk minum petang!!!
aku mmg sukalaaa apa2 food yg berasaskan 
jagung sedapnyer

Tingat kecik2 dulu kalau dapat jagung dlm tin aku ratah jer bley!!!
tapi mmg sodaplaa cubalaa yer
 berani sbb Mr Y kata sodap!!!!

Bahan~Bahan
  • 2 tongkol jagung manis mentah ~ dihiris nipis 
  • 1 tin jagung (yg dalam tin...saja nak kasik "kick" lagi
  • 4 sudu besar sagu 
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat ~ pakai santan kotak jer...kalu mak aku bising ni dia santan ori siap perah lagi hokey..patutla mak aku masak sodap!!!
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat..ataupun pandai2 sukatlaaa
  • Gula kabung atau gula merah - sukatan ikut sukalaa
  • 2 senduk kecil gula pasir - pun ikut suka ati nak manis...tambah ...nak secukup rasa pandai2 agak yer
Cara~Cara
  1. Basuh sagu dan toskan (Rendamla sekejap)
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula kabung dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Psst: Bess ni layan makan bubur jagung sambil tengok "Dokumentari Wedding Yusri dan Lisa" ni

Saturday, February 18, 2012

Resepi Bihun Goreng Sesuka Hati Sesedap Rasa!!!!

Antara bnyk2 makanan aku paling suka 
"bihun goreng"

tapi kalu boleh mau goreng yg dibuat sendiri
oleh air tangan sendiri
sbb kalau aku masak aku ikut sesuka hati tekak aku jer nak letak apa
Bahan-bahan:

600 gm bihun ~ rendamkan lembut dan toskan
200 gm hirisan daging/isi ayam
2 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
4 sudu cili sos atau ikut sesedap rasalah
2 sudu sos tomato atau ikut sesedap rasalah
Taugeh...
(aku suka letak bnyk lagi crunchy
tapi kalau nak kasi org makan agak2 sesedap rasala)
Sawi
Minyak
Tauhu goreng
chicken ball
Garam dan gula
Serbuk pati ayam ~ ikut suka kalau takde pun still sedap!!!

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan cili, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukan hirisan daging/isi ayam, chicken ball, tauhu goreng dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan cili sos, sos tomato, garam, gula, serbuk pati ayam dan air.
4. Masukkan bihun dan kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh.
6. Gaulkan rata dan bolehlah diangkat.



Aku tau semua org pandai goreng bihun tp tak kira
sbb masing2 dgn resepi masingkan...
Sedia dihidang!!!

Psst: Tengok gambo ni buat lapo ajer...hehe

Sunday, January 15, 2012

Resepi Sandwich Telur!!!

Ini aku nyer style kalu buat Sandwich Telur yer
Mr Y suka bebeno kalau makan Sandwich ni
kalau aku lak prefer Chicken Sandwich

tapi cam besela untuk suami tersayang besenyer ikut selera dialah
sekali sekala layan 
"Sandwich Telur" 
untuk breakfast pun bess jugak...yang penting 
healthykan...

Lupakan "Nasi Lemak Dan Roti Canai"
yang Hi Kolesterol tu!!!!
Bahan-Bahan
Roti wholemeal/ roti putih
(aku pilih Massimo walaupun macam2 issue keluar la ni..sedap dan lembut)
3 biji telur direbus

3 ulas bawang putih digoreng dengan sedikit minyak
2 sudu makan Mayonis
1 sudu serbuk lada sulah/lada putih
hirisan timun secukupnya
garam secukupnya
mentega

Cara-Caranya
1. Telur rebus yang telah dibuang kulit dilenyek/hancurkan
2. Masukan bawang putih goreng, lada sulah dan Mayonis
gaul sebati masukan garam secukup rasa.
3. Sapu roti dengan mentega dan letakan timun serta bubuh telur dan letakan timun lagi pada lapisan telur dan tutup dengan sekeping roti yang telah disapu dengan mentega.
4. Potong dua sedia untuk dimakan.


Psst: Gambar tu aku buat banyak bukan utk aku makan berdua melampau tu...tu utk party kecil2an Mr Y suruh buat band boy Cobra dia....

Tuesday, December 20, 2011

Resepi Puding Jagung!!!!

Pagi2 Selasa ni terasa nak kasi resepi
 


"Resepi Puding Jagung"
Meh kita check it out 
bahan~bahannya
 
1 tin jagung berkrim 
1 tin susu cair @ secukup lemak.. 3/4 pun boleh 
2 paket agar2 
Gula secukup rasa 
3 sudu besar tepung kastard
 
Cara~Caranya
~Agar-agar dimasak sampai hancur dan kalu boleh tapis. Panaskan lagi ..

~masukkan gula,
tepung kastard  yg dicampur sedikit air, susu cair..
kacau perlahan lahan

~masukkan jagung dalam tin tu , warna kuning, esen... dah nampak macam  berkilat tu.. masuk acuan.

~Sejukkan....dah betul2 sejuk baru masuk dalam fridge
***Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!

Yang ni aku tak terai lagi...so tepek kat blog untuk reference
tak pernah lagi makan puding jagung dgn kuah cocktail

KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)

Bahan-bahannya;
  • Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
  • Susu Cair 1 tin
  • Gula Pasir 4 sudu besar
  • Garam ½ sudu kecil
  • Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
  • Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya;
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana kecil.
  3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
  4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
  5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
  6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
  7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk
Psst: Sedap kalau pekena puding ni time minum petang.....telan jer tak yah nak kunyah2

    Wednesday, November 9, 2011

    Resepi Nasi Tomato Gajus , Tips Nasi Jelantah dan Doa Memasak

    Last resepi untuk minggu ni....
    pas ni hapdate citer lain lak...
    kang ada yang termenyampah lak tengok aku asik kasi resepi2..biasala aku kan jenis 
    hapdate ikut mood..
    tapi kekadang ada gak terfikir
    kalau dah tua sok..
    apa ingat la ni mude sgt ker
    takper dalam hati sentiasa muda selalu
    Manalah tahu kalau2 dah tak lalu nak tengok muka aku...
    leh gak aku blog pasal masakan pulak yer...
    so hopefully kalau dah "senja" nanti aku masih aktif berblogging insyallah..

    Resepi yang last ni
    "Nasi Tomato Gajus"
    suka suki aku jer nak kasi nama
    yelah bak kata MasterChefkan...kalau memasak biarlah 
    makanan tu bernama 
    itulah la ni Culinary bukan sekadar makanan tapi ada seni disebaliknya
    so rajin2la memasak
    tapi ingat memasak ni yang penting keikhlasan dan masaklah dgn penuh kasih syg
    insyallah makanan yang tak berapa nak sedap pun 
    boleh jadi sedap...
    Kekadang nyesal gak kalau kecik2 dulu rajin ke dapur mesti leh masuk 
    MasterChef hahaha

    Lagi satu kalau memasak jgn lupa baca 
    selawat nabi bnyk2..
    surah Alam Nasrah
    dan Surah Al Kauthsar
    bukan setakat masakan kita "menjadi"
    tapi yang penting kita turut mendoakan sesiapa yg memakan 
    makanan yang kita masak pun akan dapat kesejahteraan
    (Ini adik aku yang ustaz tula ajar..setakat alhamdullilah walaupun aku bukanla terer tp dgn izin Allah insyallah menjadi jer masakan aku)
    Lagipun tak rugi amalkan membaca ayat2 Al-Quran dalam kehidupan seharian
    bukannya baca ayat yang bukan2...
    Ni juga antara surah yang dapat melembutkan hati suami dan juga pada anak2 kita...insyallah
    Amalan ni nampak bese2 ajer...tp besar impaknya

    Udah2 ler tu aku nak ceramah...meh kita check it out 
    cara nak masak
     yer

    Bahan-bahan

    • 4 pot  Beras Basmathi - dibasuh dan rendam selama 20minit
    • 2 sudu besar Minyak Sapi/Marjerin ~ aku guna minyak sapi sedap sikit...tp ari tu dah takde guna butter pun jadi...pun sodap gak...yang penting nasi wangi
    • 1 kiub pati ayam
    • 2 ulas Bawang Putih ~ hiris
    • 5 ulas Bawang Merah 
    • 1 Labu Bawang Besar ~ hiris
    • 1.5 cm Halia ~ hiris
    • 1 helai daun pandan....
    • 2 Bunga Cengkih
    • 1 Bunga Lawang
    • 3 Buah Pelaga
    • 5cm Kayu Manis
    • 1/2 cawan sos tomato
    • 2 biji tomato blender
    • 4 cawan air
    • 1/2 cawan susu cair
    • Garam secukup rasa
    • Bawang Goreng - Utk Hiasan
    • 100g Hirisan gajus bakar - Utk Hiasan...biasa org guna badam atau pun kacang peas...permintaan Mr Y nakkan kelainan..Mr Y mmg sukakan eksperimen
    • 80g Kismis/Sultana - Utk Hiasan ~ Aku tak letak ...lupa lain kali letak...

       Cara-caranya

    1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis 1 hingga 2 minit.
    2. Diikuti dengan bawang putih, halia, bawang besar dan bawang merah kacau hingga  naik wangi.
    3. Masukkan susu cair, sos tomato, tomato yang diblender kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
    4. Kemudian bubuh air, kiub pati ayam, daun pandan dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk ~ ada dua cara kalau nak masak guna rice cooker pun boleh alihkan jer selepas dah masukkan semua bahan. Sesetengah orang suka masak dalam rice cooker sbb taknak berkerak...
    5. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan bawang  goreng dan gajus

    Psst: Mencabar gak aku masak nasi tomato ni ....takut jelantah....rupa2nya ada teknik....senang jer bila nasi tak berapa masak letakkan secawan air kat tengah2 nasi lepas tu teruskan mengacau sehingga nasi betul2 masak...insyallah aku dah cuba menjadi...

    Resepi Sihat Ayam Masak Merah Madu

    Minggu ni entry aku all about recepies yer.....
    dari simpan meh kita share kan together gether 
    walaupun aku tak ler teror masak tapi ada hati gak nak 
    kasi resepi...
    Besela .. la ni kan musim 
    "MasterChef Malaysia"
    suka naaa tengok....better aku tengok Masterchef dpt gak ilmu 
    memasak dari aku
    layan 
    "Vokal Bukan Sekadar Rupa"
    yang mmg entah apa2 
    sakit mata ...sakit telinga

    Lagi pun minggu ni mmg kena kejar waktu nak settlekan keje
    sbb next week nak pi HOLIDAY!!!!

    Bahan~Bahan 
    ~ 1/2 ekor ayam
    ~ Garam
    ~ Serbuk kunyit
    ~ Cili kering kisar takde cili boh pun boleh
    ~ 1cm halia - blend
    ~ 3 ulas bawang merah - blend
    ~ 3 ulas bawang putih - blend
    ~ 1 ulas bawang besar - blend
    ~ 4 sudu besar sos tomato
    ~ 4 sudu sos cili
    ~ 2 sudu Madu
    ~ Minyak Masak

    Hiasan
    ~ 1/2 biji bawang besar - potong bulat mcm gelang
    ~ 1 biji tomato - hiris
    ~ Kacang Peas


    Cara-cara
    1.  Bersihkan ayam dan toskan.  
    ~Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Jangan garing sangat yer.
    2.  Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
    3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
    4.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
    5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
    6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
    7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
    8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
    9. Hiaskan dengan kacang peas, hirisan tomato dan bawang besar....

    Psst:Aku suka dengan resepi ni sedap ada kelainan instead of guna sugar ...tukar guna madu...kan lebih menyihatkan..cubalah sedap!!!tak percaya tanya Mr Y ..hehe

    Tuesday, November 8, 2011

    Resepi Jelatah warna warni

    Aku kalau datang roh rajin tetiba...
    mmg rajinlah dapur aku 
    berasap rasap...

    Kalu tak mmg kemas manjang...

    sampai MIL kalau datang siap tanya
    aku jarang masak ke...agaknya tengok dapur kemas ajer
    aku besela dgn MIL takde nak cover2 line sgt...
    dengan selamba jawab
    "masak mak tapi kadang...kadang"
    sbb kalau masak pun kami berdua ajer
    dan kalau masak pun weekend..

    kalau weekday balik dah nak dekat malam 
    masak apa nyer ...tak koser aku...
    Ini atas persetujuan bersama ...Mr Y jenis hubby tak bnyk ragam and flexible
    tapi jgn cuba lak dgn sesetengah hubby ..sbb ada setengah laki tgh2 
    malam pun tak kira time suruh gak
    bininya masak....lagi huru hara suruh tumbuk sambal sabo jelah

    Dek sebabkan roh rajin dah menyerap jadi aku tetiba nak kasi resepila
    vangga tul air tgn sendiri...dan ternyata air tgn sendiri adalah lebih sedap dibandingkan dgn kat restoran tu yer!!!
    Resepi Jelatah ni aku nak kasi resepi sebab lain dari yang lain....aku modify
    ikut sesuka sesedap rasa tekak aku jer
    dan telah dicop mohor oleh judge Mr Y....kalau dia tak approve takut gak aku nak kongsi 
    resepi haha...
    Bahan~Bahan
    • 1 tin nenas...kenapa guna dalam tin sbb lebih manis...tp kalau nak guna nenas pun boleh cuma takut masam jer
    • 2 biji timun (Aku guna timun jepun takde biji lagi sedap dan yang penting tak pahit)
    • 2 biji carrot(kalau tak nak pun takper....aku saja letak sbb nakkan kaler..tu yang nama resepi tu warna warni)
    • 1/2 labu bawang besar
    • 2~3 biji lada benggala (merah) 
    • gula & garam sesedap rasa
    • 120ml cuka makan...kalau pantang cuka leh jer guna lemon pun sodap
    • sedikit gula dan garam ikut rasa
    • 1 sudu mentega kacang (additional flavour yang sedap kalau nak letak dalam salad...tak percaya cuba)
    • Kacang tumbuk (Ini mmg kelainan...dan aku suka sgt rasanya...rasa nak makan lagi dan lagi)

    Cara~Caranya

    1. Potong semua bahan2. Nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
    2. Timun dan carrot dipotong memanjang
    3. Campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, mentega kacang, gula dan garam.Gaul rata.
    4. Sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..ratah cam tu pun sedap
    5. Untuk hiasan boleh taburkan dengan kacang tumbuk...lagi sedap!! tak percaya cubalah

    Psst: Jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati...lain kali nak buat just sebagai suka2 nak ratah

    Hidangan Raya Haji 2011 tetap meriah

    Walaupun Raya Haji tak semeriah 
    seperti Raya Aidilfitri tapi tetap disambut
    walaupun sederhana ajer
    Mr Y siap tanya nak masak ke tak...aku kata boleh ajer...aku  kan masak ikut mood haha
    bertuahnyer bini
    Aku tetap jugak sibuk masak2
    Sibuk gak masak2 tapi tak masak siang....
    masak malam raya sbb siang
    aku ajak Mr Y gi dating bley

    Malam tu baru terhegeh2 nak memasak
    tapi aku pandai (haha puji diri sendiri)
    sebelum nak keluar berjimba aku dah siapkan bahan2 masak
    jadi takler aku bersilat sakan kat dapur
    tulah masak ni bukannya susah...ala takat masak cam
    Masterchef bukannya susah sgt pun!!!
    tapi nak menyediakan bahan2 & mengemas tu yang aku nyampah!!
    Mr Poposh la peneman aku masak sampai pukul 2am...Mr Y tahan sampai pukul 1am
    dah tak sanggup nak tunggu aku
    tidur dah dia...
    Mr Poposh kejap tidur kejap kang terbangun...cumilkan...

    Inilah hidangan kami dipagi raya....walaupun ringkas tetap meriah

    ~Nasi Tomato
    ~Ayam Masak Merah Madu
    ~ Nasi Impit
    ~ Rendang Ayam Perak 
    ~Jelatah

    ~ Papadom nak jugak!!!

     Untuk yang tersayang tak dilupakan...tu sbb aku mmg suka masak bnyk 
    boleh bagi kat parents.... 


    Psst: Yang penting Mr Y cakap sodap...lepas ni leh jamu kengkawan....Mr Y jenis yang outspoken berlapik..kalau tak sedap ...dia akan cakap direct jer...cam judges dalam Masterchef pulak...berdebar2 kalau nak suruh dia rasa....mmg ler sentap tapi untuk kebaikan...redha jelah















    Wednesday, November 2, 2011

    Oreo Truffles Sedap Dimakan Senang Dibuat!!!

    Meh nak kasi resepi 
    "Oreo Truffles"
    yang sgt sedap ikut tekak aku yer
    dan yang penting mudah nak dibuat

    Mula2 sekali kita tengok bahan2 yang digunakan yer

    Bahan~Bahan 
    ~ 1 paket Biskut Oreo (keluarkan intinya) 
    ataupun yg jenis dah siap hancur
    la ni ada jer jual confectionery
    senangkan
    ~1 paket(250g) Keju Philapedhia
    (biarkan pada suhu bilik)
    Kunun2 tak nak gumukkan...so gunala yang fat free
    masa tu lak ada promo kat Cold Storage murah lagi
    tu pun ada kesah disebaliknya bila punch kat cashier boleh lak keluar harga asal
    dahler nak check balik rega tu punya la jauh...

    so apa aku buat kalau kes2 murah camni better
    korang amik gambo terus dari nak tunggu2 cashier nak pergi balik check harga
    buang masa ajer....tunjuk terus kat cashier as a proof

     ~ 8 oz semi-sweet coklat masakan
    ~ Sedikit minyak sayuran dimasukkan dalam chocolate masakan 
    ~ Parutan white choc,kekacang walnut or almond hancur atau cheese untuk hiasan...
    ataupun ikut kreativiti masing2 ..

    Cara~caranya
     
    1.kisar biskut Oreo hingga halus
    tapi aku guna Biskut Oreo yang dah siap dihancur senang kerja bah...
    tapi kalau takde yang jenis ni boleh jer guna oreo biasa .. hancur guna food processor
    2. Masukkan biskut Oreo kedalam mangkuk dan gaulkan bersama Cream Cheese
    3. Akan jadi doh camni
     
    4. Bentukkan doh menjadi bulat



    5. Celupkan adunan Oreo kedalam chocolate masakan


    6. Akhir sekali hiaskan ikut suka ati nak tabur parutan cheese ke...nak tabung any type kekacang ala2 Ferrero Roche ker...or white choc pun bley...tapi jgn ler biar togel camtu tak bess
    nak letak dalam paper cup pun bley
    masak kena berseni barula nampak berselera
    ala2 Masterchef kannn!!!

    Pastu jgn lupa masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit
     supaya chocolate dapat mengeras
    lepas tu barulah masuk kedalam bekas kedap udara

    So dah penat2 aku taip ni silala cuba yer

    Psst: Tu yang untung masak sendiri sbb kita boleh tentukan bahan yang kita nak letak...bukan susah pun nak masak cara yang sihat....remember YOU ARE WHAT YOU EAT

    Tuesday, October 25, 2011

    Resepi CornFlakes Almond Cluster ~ Kuih raya paling laku!!!

    Dah habis raya baru terhegeh~hegeh nak
    citer pasal kuih raya yer
    takperlaaakan leh jadikan sebagai
    rujukan untuk tahun2 akan datang
    ok perrr sok kan kaum India nak beraya kira entry ala2 rayala ni
    kitakan 1 Malaysia oklaaa tu

    Kuih raya tahun ni tak bnyk coz tak mo membazir mcm tahun2 lepas
    nasib baik office aku kali ni...letak apa pun habis
    so ada jer balance hanto jer kat opis
    opis ni letak apa pun sedap
    lapo manjang!!!
    (susah mau diet opis baru ni)
    tapi kalau kat rumah tak lalu pulak

    Popiah reben
    ni wajib ada every year...kuih raya aku kureng sikit
    ni pun 500gm RM18
    mahal gak....tapi berbaloi sbb sedap

    So inilah
    "CornFlakes Almond Cluster"

    yang aku buat untuk tahun ni
    yang penting senang & sedap

    Bahan - bahan
    (Abaikan oreo & cream Philadelphia...tu resepi lain...tapi buat sekali)

    150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )

    50 gm almond strip - bakar dahulu
    20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
    200 gm dark coklat
    100gm kismis


    Cara-caranya

    1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
    2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
    3. Bakar dalam ketuhar dalam 10 minit supaya bila makan terasa kerangupannya
    4. Sejukkan selama 10-15 minit baru dimasukkan dalam bekas kedap udara


    Hiasan

    White coklat - secukupnya & papercup...sebenarnya hiasan
    white choc tu tak berapa menjadi
    mungkin bancuhan tak brp nak betul
    so hiasan tu aku main hentam jela
    janji yang makannya kata sedap
    ni bukan takat budak2 yang suka yang tua pun suka...

    Semangat Master Chef Malaysia
    tu tetiba mood memasak
    sudah mari...sok ingat nak buat
    "SAGO GULA MELAKA"
    insyallah


    Pssst:Biskut raya camni mmg laku....yang penting tak renyah nak dibuat....