Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Buat Tatapan Semua Lelaki Yang Bergelar Suami & Bakal Suami !!!!

Tertarik baca kat blog Ieda
aku pun dok mintak izin nak copy kat blog ni
buat tatapan semua yg bergelar 
"lelaki"

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Bunyi cam kelakar nasihat
tapi besar impaknyer 
dalam kehidupan rumahtangga


Apa2pun kawen mmg bess kalau dapat pasangan
yg memahami kita
Rugi tak kawen!!!

Psst: Apa2pun kita terimala suami kita seadanya seperti mana dia menerima kita seadanya...semoga kita sama2 jadi yg terbaik..amin

Monday, October 3, 2011

Jangan ingat aku tak komen!!!

Walau sesibuk mana pun aku tetap "curi" masa
untuk blogwalking
&
dah semestinya aku nak komen
(Aku kan suka komen dan dikomen)
bila baca komen korang mesti aku tersengih sorang2....suka taw!!

Tapi bila keluar camni...hancuss hatiku tak leh nak komen
dah mcm2 yang aku buat
tapi tak jalan jugak
(Susah gak kalu tak berapa nak cerdik IT)

Lagi satu kekadang buleh
maybe from my side yang block
ataupun korangnyer entahla!!!
Yang masih tak dapat komen

Rinnamanja
Bitt

Tapi alhamdullilah antara blog yang aku dah sukses untuk komen

SisAttyfir
Shushinju

ada lagi yang lain tak ingat daa....

Monday bluessss!!!!!!

Psst: Walaupun aku tak dapat komen aku tetap singgah untuk blogwalking tanpa jejak....

Tuesday, September 27, 2011

Berkat sabar seorang blogger~Syg Nuffnang!!!!!!!

Tetiba ayat kena munger2 sikit...puji ikhlas kat Nuffnang

Alhamdullilah...punyala lama menunggu...
akhirnya dapat gak seketul BE....lately ni macam "susah" gak nak dapat...
kekadang rezeki kot....
kekadang macam lama tak hapdate...berduyun duyun lak datang BE ni...

Tapi bila dah dpt ni rasa cam semangat lagi nak berblogging ...
walaupun sedar diri income takla setinggi mana...
tp syukur alhamdullilah...dah lepasla modal beli laptop walaupun dah hampir tahun berblogging.....bayangkan kalau dah lama berkoyan koyan kot tabungnya....

Apa2 pun bersyukur walaupun sepanjang blogging ni macam2 yang dilalui...ada yang suka...ada yang tak suka...tp redha jelah....
dalam hidup ni pun tak semua hati kita mampu nak jaga dan kadang2 pun rasa "penat" nak jaga hati semua orang...
yang penting jaga hati sendiri lagi penting sebelum kita nak jaga hati & perasaan orang lain....
buat baik salah...buat jahat jauh sekali
last2 lebih baik berpegang pada prinsip

"Biar orang buat kita...jgn kita buat orang...
ingat setiap balasan yang baik lebih baik datang dari Allah daripada manusia itu sendiri"


Hopefully lepas ni makin banyak BE is coming....insyallah amin...
tapi without korang nyer support mmg tak kemana pun....

Terima kasih to all the blogger yang masih sudi singgah & kasi komen kat blog aku yang tak seberapa ni....

Psst: Rajin2 la singgah yer...lega MALWARE tu dah hilang...terer gak aku hilangkan

Saturday, September 24, 2011

Layan Gula~Gula Kapas...

Semalam tak bersiaran sbb MC...takdela sakit cam nak pengsan
sakit sikit2 ajer...

Dapatla "rest" sikit kat rumah
penat "kenduri" pun tak habis lagi...
teringin nak pi manjakan diri di spa...
ataupun massage
nanti nak skodeng mana2 tempat yang bess

Asal aku cuti mmg aku maless tul nak update blog...
dah ada kemudahan pun males

lagipun kalau "bulan mengambang" datang mmg moody kelautla jawabnya
aku just nak rilex2
melayan diri sendiri

Dan bila "bulan mengambang" jugakla
mengidam aku pada mende2 manis
pun menjadi jadi...

So kalau time ni mmg aku tak mendiet sgt...apa saja tekak aku nak makan
aku layan ajer....

Dah lama dok aim "Gula gula kapas" ni
sekarang dah moden...depa dok bungkus
dalam plastic...kalau dulu susah gak nak mencari
tapi rasanya yang jual pakai mesin tu lagi bess
bila kita nak baru dia buat...yg tu lagi bess

Psst: Ini pun berhari2 nak habis...tak berani nak habis takut kencing manis....semakin umur meningkat...pemakanan kena jaga...boleh makan tapi moderate





Friday, September 9, 2011

Kes penderaan kucing Petknode ~ Tuntutan Hak!!!!

Thanks ler kengkawan blogger yang support entry

Walaupun bukan "penggemar" kucing tapi still support
sayang korang sgt2
terharu taw....

Takper kalau tak suka kucing mungkin sbb geli...takut ataupun alahan
janji jgn "mendera" sudah!!!
sbb tu kalau nak bela kucing mesti ada minat
bukan takat bela sbb nak suruh tangkap cicak..tikuslaaa
please treat them like a family member...

Back to kes Petknode yang masih belum selesai
dek sbbkan ketidakpuasan hati
pet's owner yang terlibat dan juga
persatuan kucing Malaysia
dan semua2 la yang prihatin
ramai yang tertanya-tanya apa tindakan
yang akan di ambil kepada pengusaha Petknode
(mmg tak leh kasi muka ni)

Apa akta yang dapat digunakan berhubung dengan kes ini?
Mungkin ramai yag tak tau bahawa, jika di sabitkan kesalahan, seseorang yang membuat kejahatan terhadap haiwan akan dikenakan denda
RM200 dan/atau penjara tidak lebih dari 6 bulan mengikut Seksyen 44 Akta Haiwan 1953.

(dah lama sgtlaaa akta ni kena renew daaaa...RM200 tu ciput sgt nanti buat lagi dah tak kira dosa pahala)

kebanyakan di Negara-negara membangun seperti United Kingdom dan United States of America, kepada sesiapa yang ingin membela haiwa peliharaan, merekan hendaklah treat those pets like their family. Amat jarang sekali kita lihat haiwan-haiwan tidak terbela berkeliaran di jalanan di United Kingdom dan United States of America. Lihat perbezaan dibawah:-

Akta Perlindungan Haiwan

Jadi, adakah denda sebanyak 200 untuk pengusaha Petknode wajar dan munasabah? Sesetengah NGO ada member pendapat supaya mereka di kenakan denda RM200 setiap kucing. Dan ada yang memintak mereka di penjarakan 2 tahun dan denda RM100,000.00 (yang ni aku SETUJU sgt!!!!!!)

Alhamdullilah undang-undang untuk peliharan haiwan telahpun di buat menunggu masa untuk dikuatkuasakan . Kepada sesape yang bersalah akan dikenakan denda RM100,000.00 dan/atau penjara tidak lebih 6 bulan.

Aku sendiri kalau jadi owner kucing yang terlibat mau meroyan kalau kena camni....so mmg aku faham sgt kalau owner yang terlibat nak saman balik owner PETKNODE ...jgn ingat sbbkan binatang suka2 jer nak buat macam2 yer!!!!

Aku sendiri pernah mengalami macamana rasanya Mr Poposh yang tinggal nyawa ikan (kira vet cakap mmg tak leh diselamatkan...kira kalau manusia standby jela baca yassin) tp aku tak putus asa tetap berdoa ....

jgn tak tahu siap aku buatkan air yassin untuk Mr Poposh and amik EL untuk beberapa hari...lagi bess siap kena perli dgn opis
"ala pasal kucing pun nak EL"

sabar jelah...alhamdullilah doa aku dimakbulkan Allah kasi peluang kedua untuk Mr Poposh hidup dan aku diberi peluang kedua untuk menjaga dgn lebih baik...tu sbb kalau aku marahkan Mr Poposh Mr Y mesti perli "kang dia sakit balik baru tau...siapa yang melalak siap malam"

itu sbbla aku prihatin sgt dgn kess macam ni

Pernah juga survey nak ngantor Mr Poposh kat "Pet Safari Hotel~Ikano" sbb nak gi vacation and kunun2nyer nak dia dijaga dengan baik...

Mr Y ada gak suruh bawa sekali Mr Poposh kalau nak vacation tp lecehlah

mana nak letakkan...hotel kan tak allowed pets

tp atas nasihat Mr Y better tinggalkan jer kat rumah...mintak anak jiran tulun tengokkan adalah lebih baik & selamat....lagipun aku dah pi tengok tempat yang katanya

"hotel kucing" tu cam hampeh...dah ler penjaga yang kerja kat situ sakit & cam tak hygiene jer..pastu kucing kena duk dalam kotak kaca..kalau nak jalan2 cuma jalan2 dalam tu...itu yang aku nampak..yang aku tak nampak wallahualam...incase jadi apa2 confirm depa tak responsible...

Teringat masa kecik2 dulu my mum selalu pesan

jgn aniaya binatang...nanti dekat akhirat apa yang kita lakukan pada dia

dia akan balas macamana yang kita buat...

Dekat Malaysia ni kesedaran terhadap penjagaan kucing yang betul mmg kureng berbanding dgn oversea...Malaysia ni kebanyakkannya pandai bela jer

tapi penjagaan mmg kelaut...asal kucing tu buat hal ajer

ataupun tua asik kencing merata rata terus buang kat pasar

Kalau kat oversea aku tengok kat youtube depa punya sayang kat kucing layan macam anak sendiri..padahal diaorang tu bukan islam pun

Sampaikah hati nak mendera "muka" sicomel ni (comel kerrrrr)

Thursday, September 8, 2011

Kes penderaan kucing Petknode ~ Jangan berani nak buli buli I yer!!!!!!!!!!!

Aku ni mmg jarang tengok berita
so kalau nak tahu berita pun baca blog
lately ni kan kecoh pasal
"kes penderaan kucing Petknode"
sebut jer pasal "kucing"
mmg aku sensitif sikit
ialah akukan peminat no satu kucing
So kalau ada kes penganiayaan kucing mmg tak leh tahan
rasa cam nak hempuk2 or pijak2 jer si pendera yang takde perikemanusiaan tu

Ingatkan baru jer habis citer pasal kes pijak kucing tu
dah habis ...kot2 dah insafla
la ni timbul pulak kes baru yang lagi menyedihkan
walaupun hanya binatang mereka juga berhak untuk hidup selesa
kerana mereka juga makhluk ciptaan tuhan

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

Ada ke patut owners PETKNODE ni pergi beraya tinggalkan kucing kat luar camtu jer
cage tu dahler kecik tu main sumbat banyak2
(kalau Mr Poposh confirm tak muat ni)
imagine ditinggalkan begitu saja untuk without foods & drinks
for 7-8 days
(giler babun apa...yang peliknya lalu pulak owners ni pi beraya dgn riang gumbira)

Inilah rupa pemilik PETKNODE bangsa melayu k

(buat malau bangsa sendiri jer...patutla montel makan hasil haram kucing)

...aku ingatkan non muslim ker

Shahrul Azuwan Bin Adanan

&

Yushairi Bin Khairuddin

Siap nak saman pet's owner yang menyaman diaorang dgn alasan

BODO sbb pet's owner ceroboh premis Petknode

(dah salah tu salahla mengaku dan bertaubatlaaa)

Siap keluarkan statement macam tak rasa bersalah langsung

"Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing2 pelanggan menjadi tertekan, kurang makan & minum..terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan sendiri"

Senangnya minta maaf yer...ingat dgn maaf boleh ganti ke nyawa kucing yang dah mati tu...

To be continue part 2...aku lum puas hati lagi ni...geram!!!walaupun bukan Mr Poposh yang terlibat tapi aku faham perasaaan owner yang terlibat...

Cerita raya hold dulu sedihlah kawan Mr Poposh dianiaya sebegini

Psst: Hidup mati Mr Poposh biarlah dirumah ajer.....anak jiran pun aku susah nak beri kepercayaan inikan outsider..lagi tak leh caya..

Wednesday, September 7, 2011

Jika di Saman MBPJ dan sewaktunya tapi bukan saman POLIS yer!!!!!!!!!

Actually aku buat entry ni sbb nak berkongsi dgn u all
cara nak bayar saman MBPJ kot2 ada yang tak tahu
dari buang masa bercakap dgn CS yang tak berapa mesra alam tu
& jugak
yang kekadang menyakitkan hati
lebih baik google masuk blog aku ni for easy reference

Actually saman Majlis Perbandaran ni tak yah nak gabra
sgt sbb bukan saman polis trafikkan
kalau polis ko tak bayar niaya nanti nak renew roadtax tak lepas
silap2 kalau terlebih had kena waran tangkap

Pernah jugak dgr rumous Majlis Perbandaran
la ni dah link dgn polis
tapi my fren baru jer renew lepas jer...
siap buat collection tiket saman MBPJ ni
(tak takut punnnn)

tapi kalau ikut aku pun tak kesah
dari bayar saman baik aku beli mekap
tapi dek sbbkan Mr Y jenis "GOOD CITIZEN"

menda kecik2 camni pun dia tak suka
harusla kasi clear jugak...
kalau boleh hari ni kena saman hari ni gak pi bayar
mmg pantang dia...nak rekod clean katanya

Ini jumlah yang harus dibayar mengikut tarikh sebelum tamat
tempoh....kalau tak nak sampai saman mahkamahlaaa
tapi kalau dah lebih tempoh notis ke-3 ko merayu camno tak leh nak buat apa
mmg takde pengurangan
Untuk notis pertama tak melebih 14hari....kalau nak dapat pengurangan

Paling menyampah!!! & menyusahkan kalau kena saman MBPJ ni
tak leh bayar online yer...jenuhla pulak nak ambil nombor kena bayar kat kaunter
dah ler open weekday
Mon-Friday jer
kalau nak pi pun time lunch jer

lepas je amik nombor tunggu nombor pi kaunter untuk kurangkan jumlah saman
lepas tu nombor akan dipanggil semula
pergi pulak kaunter untuk buat bayaran
mmg buang masa....

kalau nak datang sini jgn main belasah jer parking kat sini
sbb ni kawasan MBPJ kalau park kena bayar parking taw...
kalau tak elok saman dah clear keluar balik kena saman lagi daaaa
aku highlight ni pun sbb dah ada yang terkena

Tapi kalau tak nak terkena saman leh parking kat sebelah bangunan MBPJ ni
bangunan apa aku tak hengat
tapi sini SELAMAT!!!!!

Lagi aku menyampah dgn saman camni ialah menyusahkan hidup rakyat
sbbnya ko bayangkan mana nak cari syiling
banyak2...naper tak buat jer mesin menggunakan ringgit
kan senang
imagine satu hari kena cari RM5
dah ler saman tak kasi can langsung
lewat 5 minit pun suka ati jer nak saman nyampah!!!!!!!!
( kess aku ler tu)
lepas tu kalau amik kupon bulanan merugikan pulak
RM100....kalau tolak hari tak keje & cuti rugi beb

Paham ker korang explanation aku ni...kalau tak meh tanya yer

Psst: Tulah yang aku menyampah kat sini bab parking ajer....company parking ada tapi kena tunggu ballotla pulak



Thursday, August 4, 2011

Syok syok puasa beraya sementara pulak!!!

Aduii sedihnya ingatkan semalam dapatla
full puasa sekali nak2 dekat berbuka
"si red light"
menjengah...punyalah berdoa semoga dptla habiskan satu
hari berpuasa apakan daya
sudah ini ketentuannya
terpaksala redha....

So aku dah start beraya sementara dulula
inilah namanya
orang perempuan...
pasti puasa tak cukup sebulan

tapi bukannya syiok2 yer
kena ganti...bab ganti tu yang lemah
nak2 cam aku ni selalu kena hujung dengan pangkal Ramadan
jenuh nak mengganti ni

tapi kalu kena nak dekat dekat raya tu mmg syioklaa
time masak atau buat kuih raya leh ler rasa hehe
kalau yang dapat puasa cukup tu alhamdullilah
unless kalau dah menopause

Tapi untuk orang lelaki takde alasan nak
ponteng2 puasa yer
unless bersyaratlaaa
itu dikecualikan....

Akupun kalau tak puasa sama jer macam puasa
aku takdenyer beria2 nak makan depan orang puasa
or non muslim

Kalau nak makan sekalipun boleh tapi coverlinelaa
tak payahla satu office tahu yang kita tak puasa
siap bertapau bagai

Hormatilah mereka yang berpuasa
depan Mr Y pun aku tak makan
bukannya sebab Mr Y tak faham
tapi rasa cam tak baguskan...

Puasa ni bukan takat tak makan jer...kena jaga tang mulut tu gak
kalau time rest tu kurang2la
bercakap yang bukan2 especially
bab bergossip
kang ponek jer poser
(peringatan untuk aku juga.....)

La ni bukan perempuan jer kuat bergossip
tapi lelaki pun tak kurang hebatnyer

Jgn mare yer!!! kang batal puasa
sekadar mengingati

Psst: So takde apa nak membebel selamat berpuasa yer...jgn puasa yang yok sudah

Saturday, July 16, 2011

Miss my blog...

adushhh mesti ramai tertanya tanya mana
aku pergi sbb berkurun lama tak update blogkan ...

Macam2 jadi...dari sakit teruk
nak dekat hampir 2 minggu ...
sampai MC beberapa hari
alhamdullilah
mgmt baru aku ni memahami
habesss dah sakit nak buat lagu mana
ingat baru keje nak gak jaga attendance kasi clean
tapi apakan daya
bab sakit2 ni allah taala yang menentukan
aku pasrah jela...

lepas tu baik kejap
sakit lain pulak...demam ...dengan batuk selesema...
berlarutan nak dua minggu
ni pun ada sikit2 gak batuk...

Lepas tu nak baik punyalaa lambat...
la ni baru pulih sepenuhnya
insyallah....lepas ni aku aktif balik...insyallah

tapi dalam dok jadi macam2 dugaan
ada gak kebaikan...tulah tandanya apa saja yang terjadi
pasti ada hikmahnya

kemudahan internet kat rumah & opis di permudahkan
tapi blogging aku lak kelaut
aku jadi takde mood nak berblogging sebab+ sakit teruk...

Anyway citer banyak pun tak guna
sebab aku tau aku bnyk utang nak bayar
especially pasal
"Annual Dinner" + "Makeover"
yang ala2 peserta AF katanyer...
insyallah walaupun dah backdated about a month
aku tetap update yer...

Apa2 pun aku RINDU dengan korang semua sesangat!!!!!!!!!!!!

Psst: Terima kasih pada kengkawan blog yang sudi bertanya khabar & sudi lak dtg melawat walaupun blog aku senyap selama sebulan....dan tak lupa pada Nuffnang walaupun aku tak aktif iklan menten mencurah...semangat lagilaaa nak berblogging..tak lupa juga pada Mr Y yang bersusah payah menjaga aku masa sakit...& moral support untuk teruskan blog ni...

Thursday, May 19, 2011

Panjang & Melentik

Sejak blogspot buat hal since last week hari tu
hilang sudah mood nak berblogging...
huru hara jadinya tak tahu apahal
ingat aku sorang jer kena
rupa2nya semua pun effect
kuranglaa sikit kerisauan

tak tahu nak merapu apa...walaupun ada "gambar" berderet
menunggu turn utk diupdate

Yang Mr Y pulak sibuk tanya apsal asal aku tak hapdate
dah 2 tiga hari...

Tapi alhamdullilah blogspot dah kembali okey...
cuma tuan tanah kena amik mood utk berblogging kembali

Dah tu sibuk dgn macam2 aktiviti
(akitivitila sgt...)
hehe
sibuk dok pikiaq nak cari baju
"Annual dinner" lagi
nasib baik Mr Y sanggup jadi
"imej advisor"
kehulu kehilir tulun aku cari baju
utk dinner malam tu...ingatkan imej
"rock" tu senang phening gak...
tu belum masuk make up, rambut & accessori
mmg bengong semata2 utk annual dinner sanggup berabis
tulah perempuan...

Takperlah hujung bulan ni ingat nak pi "rehatkan"
kepala otaklaa
penat sgt...

Habis sudah aku merapu pagi2 ni....takde apa yang panjang & melentiknyer
cuam nak tayang bulu mata ajer
hehe layan jelaaa yer...

Sepi betul tak dapat blogging ni...

MISS!!! korang semua

Psst: Nanti update lagi...mood tgh slow2 nak dtg ni...jgn blogspot buat hal lagi sudah!!!


Wednesday, March 2, 2011

The Manhattan Fish Market & kemana menghilang

Thanks sebab ada yang sudi bertanya kemana "hilangnya" posh76 yer...
alhamdullilah aku masih ada & masih sihat
kalau dah "takde" nanti minta Mr Y buat pengumuman kat blog
Aku menghilangkan "diri" buat seketika untuk mencari ketenangan kunun2nya
nak tau citer selanjutnya aku belum habislaaaa nak susun atur entry tu lagi
tunggu yer!!!!

Pencarian 88888 masih diteruskan rajin2 la singgah ke sini....
insyallah walaupun raya cina dah habis...angpow tu tetap akan aku bagi
k....

so apa kata u all jamu mata nak2 waktu lunch ni
dgn
"The Manhattan Fish Market"
kat Ikano....
Aku puasa hari ni....jadi tak leh tengok lama2 hehe
patutnya puasa Isnin ...Khamis lagi afdal...
tapiiiii ada sebabnya..sat lagi kasi tau naaaaa
untuk yang kaki shopping suka ni hehe

Meh kita tengok menu2 yang ada...sudah tentula "fish" & seafoodkan

macam2 ada...aku pun tak tahu nak pilih yang mana tengok semua pun sodap

meh check it out apa pilihan menu yang kami order....

Macam biasa sebelum tengok menu2 tu harusla adap gambo aku dulu hehe
deko2 pun dah mcm ala2 laut gitu

Makan berkalori tinggi haruslah order ais kosong ajer....
mula2 aku gedik gak nak order air sedap2
tapi tengok air dalam tu cam tak bess ajer..
pastu tingin lak nak order dessert so kemanisan harusla dikurangkan
(pale otak dok fikir ice blended yummy!!!....tak pun latte...)
tak lama tu aku cam dah boring dgn food yang ada
tingin pulak nak pahitkan lidah mintakla latte ada ker patut dia kata
mesin rosak...sabo jelah...malas aku nak komplen...Mr Y pun pujuk takper2 kita p minum
kat mamax...ada ke patut...mamax mana ada latte hampeehhh...
habis cerita pasal beverage meh tengok menu yang kami makan yer

Aku tau aku tak berani nak order meal...sbbkan portion yang besar
jadi untuk pembuka selera & juga meal
kami makan share2 sbb selalu tak habis...kang membazir...
aku orderla mushroom goreng ni...mula2 sedap lama2 jadi muak....tak nak kasi muak mintaklaaa sos cili....kalau malay tu malay gak hehe

Mr Y punya order....fish & chip....mula2 sedap lama2 Mr Y pun tak habis
bnyk cantik mau tolak kat aku.....aku pun tak lalu gak...sbb aku dah makan chips tu pun dah kenyang....nasib baik tak order main meal....

balance tak habis tu....banyak gak so kami tapauler....

tadikan kata nak rasa dessert ....Mr Y order Tiramisu

meh aku terai dulu.....sedap ker tak...love letter tu sudah semestinya aku yang punya

pandangan dari atas kasi korang terliur...sedap...lembik2 rasa coklat

Ini aku yang punya....brownies ice cream....sedap sungguh tp dek sebabkan dah kekenyangan sgt
jadi makan pun ala2 manja..

kekadang aku pelik macamana orang boleh makan start dari appetizer...main meal kemudian dessert...tak senak ke perut diaorang...apa punya soklaaa daa....

Here's the bill....oklaaa less than RM50...worth it kan....

Pengabeh citer takdenyer aku nak kemamax buat tambah kalori...baliklaaaa

Pengumuman hari ni MIL aku akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan
Umrah...moga2 MIL aku akan dapat umrah mabrur dan selamat pergi & balik amin


Psst: Frankly speaking aku kureng tul dgn menu kat sini...aku rasa kembang jer tekak....kot mana pun sedap makan kita gak hehe

Monday, January 24, 2011

Kata 1 Malaysia Tapi kenapa masih ada sifat penjajah!!!!!

Salam
korang mungkin perasaan atau buat2 perasan
yang akula ni jarang2 nak update blog
tak macam dolu2 semangat berkobar2
tapi mmg la kalau tuan punya diri tak berapa nak happy kekadang
terbabas gak kat blog

setiap kejadian mesti ada sebabnya
tapi bukanla aku nak bersedih ker nak meratap ker
tapi hanya nak berkongsi kat sini
betapa aku tak faham dgn masyarakat la ni yang katanya
"ONE MALAYSIA"
tapi masih ada sifat2 penjajah dimana
"racist" masih terjadi...bukan aku nak buat cerita ini betul2 terjadi depan
mata & terjadi pada diri sendiri

Aku ingatkan panas sampai ke petang tapi tetiba
ribut datang melanda....orang yang tak bersalah jadi korban...
tapi kami takkan mengalah walaupun ditindas sebegini...walaupun
"rice bowl" tergugat demi maruah takkan nak dibiarkan
"dibuli" begitu saja....

Manusia boleh berkata apa saja....
"alaaaa ikut jelah"
Tidak!!!!!
apa perasaan korang kalu dah bertahun keje kat situ tiba2 ditindas sebegini
hanya alasan bodo "racist" atau "diskriminasi"

Ingatkan dapat new mgmt aka very well known company
bolehla moving forward
tapi hampeh moving backward jadinya
janji manis sebelum setup everything
bila dah settle semua
orang baru mai cuci kaki
dapat semua privillege
bila ditanya semua transparent
jgn tanya semua mgmt decision
wah!!! dah mcm diktator ni

Mmg dah melampaula jawabnya
masa nilah baru employee nak fight for their rights
so far company buat per diam ajer...tak komplen
sebab apa paham status company

bagi yang sebangsa pulak kalau nak jadi
"pengkhianat"tu terpulangla
cuma fikir2kanla tak kemana
"sipenjajah" tu nak naikkan ko...kot mana pun dia akan pilih bangsa sendiri
jangan kena puji sikit dah terperasan semacam
lainla kalau janji ada
"black & white" baru boleh percaya

Kadang2 aku pun tak faham
kenapa susah sgt nak "adil"
kepada pekerja...kenapa mesti ada politik
yang remeh temeh macamni...
& kenapa masih wujud
"racist"
I mean kalau pekerja dilayan dgn baik bukan akan
bawa kebaikan pada company ker....

Itu yang aku semenjak dua menjak ni kena baca buku law...
kalau ada knowledge senang nak fight....
walaupun kekadang aku tak brp nak paham dgn
"bahasa law" tapi usaha gak ler...
lama kelamaan bila baca rasa syiok pulak...
Senang2 jer habis manis sepah dibuang

Aku hanya inginkan
KEADILAN
cam parti keadilan pulak....hehe

Kalaulah ada badan2 kerajaan atau organisasi yang boleh memantau
issue2 seperti nikan bagus...jgn ingat boleh jer buat sesuka hati
kalau nak buat sesuka hati pi balik negara sendiri...

Issue ni tidak ada kena mengena dgn sesiapa
tetapi sesiapa yang terbaca kalau terasa seperti
"who eats chillies he feels hot"
terpulangla yer...

Psst: Aku tak minta korang faham mende ni semua...tapi inila issue yang sedang aku hadapi..tu yang kekadang nak blog ada kelaut sikit....

Thursday, January 6, 2011

Kelabu Taik Anjing atau Kelabu Asap

Orang kata kaler kelabu ni
kekadang kelabu taik anjing...kadang2 kelabu asap
mana satu betul daaa...

Minggu ini adalah minggu yang tak keruan
macam2 berlaku...baru jer masuk tahun
tapi apapun terjadi aku pasti ada hikmah disebaliknyer...
So sebab tula masa nak blogwalking adalah terhad
sebab kena fokus pada yang lebih penting
tapi update tetap update

Sesi berpesen tetap berjalan seperti biasa
aku taula ni
"Grey Color" memang tengah HOT!!!

So apalagi aku pun nak terai jugak
ok ker...tengok orang lain pakai cam cantek jer
Brand dari S.E.A...butik ni ada dekat Berjaya Times Square
tapi dekat semua outlet Parkson Grand mmg ada brand ni
tapi dek sebabkan aku tak biasa nak pakai kaler grey
aku beli kaler hitam...fabric satin...

Dress ni pulak aku terai kat one of the butik kat Berjaya Times Square
kat sini mmg banyak jual baju santai & yang paling penting murah
cuma baju keje sorilaaa kenala pi Sg Wang ataupun ISetan
cantek jugak tapi aku tak pilih kaler ini
entah kenapa dalam wardrobe aku langsung takde
kaler kelabu ni
alergic betul!!!
tapi bila tengok balik cam tingin nak pakai
ni pun aku beli tapi kaler hitam
hitam lagi

Yang ni brand "Executive"
cantik tapi sleeveless...kalu pakai dgn jacket cantek gak ni

Ada luahan hati yang aku nak kongsikan bersama
dalam "kita" dok heboh2kan
"ONE MALAYSIA"
masih ada yang buta hati
nak tanya korang satu soklan yang tak berapa pandai
mungkin berdasarkan pengalaman korang bekerja
patutkah
"Deepavali & Thaipusam"
not consider as Public Holiday
adil atau tidak atau mmg company boleh buat suka ati depa jer

lagi satu soalan aku
kenapa bila ada vacancy
mesti nak letak
Required languages (s): English, Bahasa Malaysia & Mandarin

Ni negara china ke negara Malaysia
patutla rata2 bangsa la ni heboh nak anta anak sekolah pi sekolah
cina....sebab masalah macam ni takde satu biro pun bole
tangani...
macam ni ke nak martabatkan "bahasa melayu"
aku hanya mengatakan apa yang tidak adil
terpulang masing2 punya pendapat
mungkin yang bekerja disektor kerajaan tidak terasa
sgt perihal sebegini...tp yang bekerja disektor swasta
mmg terasa sgt!!!


Psst: Ini yang aku tengah sibuk nak find out more about labour law...kot2 ada yang teror leh kasi info sikit...tq


Tuesday, December 21, 2010

Nuffnang memang terbaiklaaaa!!!

Walaupun semenjak dua menjak ni tak berapa nak aktif...
walaupun ikutkan hati mmg mau aktif manjang
apakan daya...tuntutan kerja dah berubah la ni
kalu dulu suka suki jer nak ngadap blog
la ni kirim salam...
Tapi Nuffnang ni tetap baik hati mau
kasik Buffered Earning...terharu sungguh...

Tapi kalau dah nama blogger tegar tu kot mana pun tetap nak update blog
walaupun tak seaktif dulu
dua atau tiga entry perday...

Tapi nasib baik aku mai office awal
6.45am dah tercongok kat office
agaknya kalau nak solat subuh pun lepas lagi time ni...
adalah masa nak blogwalking...singgah untuk mengomen
& yang penting update blog...suka lagi update blog kat office
laju sikit...

Apa2 pun aku Terima Kasih ler sangat pada Nuffnang yang sangat baik hati menghargai
blogger2 semua
puji banyak sikit mana tau bertambah lagi BE tu hehe
walaupun blogging ni bukan sebab duit...tp kalau orang dah bg terima jerlah
alhamdullilah
bukan keje berat pun .....yang penting update
& yang penting boleh share macam2 cerita & paling ramai kenalan
walaupun tak berjumpa tapi terasa kemesraan tu walaupun dialam maya


Psst: Hopefully Nuffnang bulehler tambah lagi BE tu...tambah sikit pendapatan hehe

Tuesday, December 14, 2010

Dulu kepala ingat blog ajer

Dulu kepala mmg sentiasa ingat blog ajer
makan blog...pi sana sini pun ingat blog
kalau bole tido pun nak berblog
dah kira masuk kategori
"addicted" laaa

la ni mmg tak dapat dah nak di tolong
yelah dulu keje walaupun sibuk stillla ada masa lebih untuk blog
la ni..kirim salam
fokus kena lebih pada keje dulu...sementara tunggu semua stabil back to normal
mana taknya baru nak blogwalking
dah ada yang nak jumpa...

dek sebabkan tempat ni baru lagi...internet pun asik tenat ajer...sabo jelah

Tengok tempat pun masih lintang pukang....mmg takde masa
walaupun jauh disudut hati meronta2 heboh nak berblog...kena GIGIH balik ni
rindu sgt kat kengkawan blog huhu

Psst: Itu jer nak citer pagi2 ni.....

Friday, December 3, 2010

Hidup Tanpa Blog

Gambar takde kena mengena dgn tajuk tetapi aku letak jer
kot2 ada yang merindui Mr Poposh

Harap maklum
Semalamkan aku menyepi
sebabnya busy giler
dgn office ni nak form new structure...dgn recruitment lagi
pening wa...

Apa2 pun aku cuba gak nak blogging semalam pun ilang dah mood nak menghapdet
balik pun dah lewat malam
aku kalau nak update blog mesti ada feel
& gambar...so dek sebabkan aku takleh nak fokus dgn blog
so kena la kasi priority pada kerja...

Lepas ni aku pun tak tau buleh ke tak aktif blog ni huhu
kekadang rasa nak letgo...kdg2 rasa sayang sgt....
tengokla macam mana...dalam "draft" berderet2 tunggu untuk publish
tapi aku macam "stuck" nak update

Ada tak yang nak kasi kata2 peransang...up sikit!!!

Psst:Ini pun aku cepat2 update sambil lunch...smlm sampai makan pun tak sempat huhu

Friday, November 26, 2010

Kadang2 kesian kadang2 menyampah!!!!

Memandang tahap kebizian hari ni ditahap yang melampau
so tak dapekla aku nak update gambar makeober
jadi harap maklum kena tunggu sampai esok jelah
sori yer..
(Makeober laaa sangat!!!!)

Tapi alang2 gedik nak update
jugak
tak kira!!!!!

Aku jarang nak bertanya pasal2 pendapat kisah
chenta ni
yelah entry ni bukan tujuan untuk mengutuk ke apa2
sekadar berceritakan ataupun luahan perasaan
mmg ler takde kena mengena dgn aku
dan bukan juga tujuan untuk kepoci
kalau aku tak tau lagi bagus
tapi dah ari2 ko bertenggek bercerita dgn aku
nak lari mana hadapla jugak
walaupun!!!!

Aku pun pernah BENCINTA
tapi agak2 ler
takdelah meroyan semata2 kerana terlampau cintakan seseorang
sampai menyusahkan diri sendiri
macamla mati kalau sidia tu tak mau

tapi yelah kekadang kesian gak
tengok si perempuan dok terhegeh2 kat si lelaki
yang si lelaki pulak mangkuk ayun
sampai gunakan kekerasan
tu pun si perempuan
masih ada perasaan
Chenta lagi pelik tulllaaa

Padahal diri tu kira kategori cantiklah jugak
kalau takat nak cari lain anytime pun boleh
tapi tak jugak nak jugak dgn lelaki yang dah dok mental torture
tu

Lelaki biasalah kalau ko dah dok terhegeh2 lagila dia tunjuk lagak
cubala jual mahal sikit
kalau betul ada chenta
mesti silelaki tu akan balik punya...

dah berbuih buih mulut ni cuba nasihat
sebab risau kot2 apa2 jadikan dia
tapi camtu gak...
yelah dah sampai cause accident saper tak risau
jgn sampai commit suicide sudah!!

last2 la ni dah naik nyampah..lantak ko ler
pandai2 la ko...

Kalau ngadu pun aku dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan jelah
takde siapa boleh tolong kecuali yang empunya diri
sekadar beri pandangan tu bolehla...

Psst: Bercinta boleh tapi jgn sampai merosakkan diri sendiri...sayang diri sendiri dulu baru kita boleh sayang orang lain betul tak???