Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Hubby. Show all posts
Showing posts with label Hubby. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Jamming with Band Cobra!!!!

Lama dah terperuk citer ni masa celebrate birthday ari tu
takdela celebrate sgt pun
dah diaorg nak buat suprise party katanyer....
just share the happy moment dgn korang
So adala makan simple2 jer

Bukan nak makan sgt pun
sbb inilah agenda sebenarnyer nak jamming
dgn Mr Y bandboy...boy kerrrr
"Cobra"
layankan jerlaaaa
 
Janji "rowk"...bess ooo
layan liveband
 compare dgn karaoke
 
yang ni aku eksen jer....satu jenis alat muzik pun aku tak reti
walaupun aku minat muzik...takat melalak tu buleh lerr
tapi Mr Y mostly alat muzik ko bagi insyallah dia bley main 
nyampah....jelesss huhu!!
  
pernah gak Mr Y ajak main keyboard...
haremm nak pass pun
apa2 aku tetap vangger dgn Mr Y sikit2 dia kumpul duit beli alat muzik ni
lama2 bnyk dah.....la ni dah ada studio sendiri
dan biz kecil2an ...dari buat function utk org kawen dah berkembang 
untuk company function...

ada yang bertanya kalau nak tengok
video liveband by Cobra
leh layari youtube
"yesseen"



antara latest video and
function untuk promosi
 

Psst: Memang aku tak involved sgt...tapi aku tetap kasi sokongan moral...ialah biz camni pun mcm2 dugaannya...ialah disebalik kejayaan suami pasti ada isteri dibelakangnya...

Thursday, April 19, 2012

Makna "Camwhore" Sebenarnyer..Hati-Hati!!!

Tajuk harusla "propaganza"kan
sebenarnyer takde apa pun saja jer
bohsan menunggu Mr Y kat tempat kejenyer 
apa lagi.......
malas aku nak ikut baek 
aku tunggu dalam keta
apa lagi dari bosan baek ber camwhore oppps
"self potrait"
pagi2 ni
korang jgn termuntah sudah!!!
tapi kalu termuntah or meluat ker
not my fault..hehe

naper yer aku jarang guna perkataan 
"camwhore"
kan kata tak pernah tifulak....rasanya cam terrrrguna jer
rata2 blogger mmg suka guna
perkataan nikan....tp korang tau ker apa maknanya
meh aku kasi tau apa maksud sebenarnya

A camwhore (sometimes cam-whore, cam whore or cam-slut) is an individual who perfoms sexual services on the internet with webcam software in exchange for money or goods, usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wish lists or add to their onlibe accounts. While the label is usually considered derogatory and insulting, it is also sometimes self applied
The term "Camwhore" is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the internet to gain attention.The term disparages whose who post pictures of themselves at inappropriate times or places, and usually implies self - absorption.This second of the term, deriding vanity and histrionics, is overtaking the prior, more intuitive definition.
 
So terpulangla pada  
masing2 nak menggunakan perkataan tersebut....apa2pun aku mmg suka bergambo
feeling somel katanyerrr...
somel ker!!!
somella sgt...huhu..suker pic ni ...
terserlah mata biru ku hehe
Peace yo....feeling 
"Faizal Tahir" lapulak...motif...
saja suka 
tengok style FT dgn raybannyer...hehe

Alaa aku tau ramai yg cam ginikan tp takdela yg teroverrrr
just fo fun...
korang jgn nak tifu...ari tu pun aku tengah drive nampak 
pompuan kat belakang aku tengah drive bercamwhore...oppps!!

Psst: Layankan jerla....yelah dari bohsan menunggu baek main2 tangkap gambo sendiri!!


Saturday, March 3, 2012

Buat Tatapan Semua Lelaki Yang Bergelar Suami & Bakal Suami !!!!

Tertarik baca kat blog Ieda
aku pun dok mintak izin nak copy kat blog ni
buat tatapan semua yg bergelar 
"lelaki"

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Bunyi cam kelakar nasihat
tapi besar impaknyer 
dalam kehidupan rumahtangga


Apa2pun kawen mmg bess kalau dapat pasangan
yg memahami kita
Rugi tak kawen!!!

Psst: Apa2pun kita terimala suami kita seadanya seperti mana dia menerima kita seadanya...semoga kita sama2 jadi yg terbaik..amin

Wednesday, February 22, 2012

Ride to Genting Highland~Here were comes!!!

Inila destinasi yg nak dituju
sempena menyambut birthday Mr Y.....
of courselaaa kena ikut citarasa dia
"birthday man wish"

Layan lap cam bese...
phening aku terpusing2 camni...
rasa cam nak tercampak kebelakang pun ada
 walaupun cam syiok...

tapi sampai kat atas ni mmg heavenlaaa sejuk beb!!
nak2 la ni musim panasss 
eksited bila nampak
Genting Highlands...
yolah aku mmg dah lama tak mai sini walaupun dekat kat umah
Kita cari parking dulu yer...punyala ya amat ramainyer umat manusia
aku ingat GH ni mmg tak pernah sunyi
ramai jer tourist...
nak2 mak arab and pak arab
 
Ni ha sibuk nak mencari tempat parking si "Kuda" ni
(aku gelar kuda sbb bila nak mak aii punyala tinggi...bila dah duduk okey)
bukan senang nak parking "Kuda" ni.....berat dan besau
Yesssa dah jenuh berpusing pusing main lap
finally sampai gak kat puncak
mabuk motor la kejap
Yessa
here is my 
"birthday man"
sukanyer Mr dapat pi riding yer....
pastu dapat main lap lagila gumbira....
sekali sekala bulehlaa...selalu sgt nipis montot....aduhai!!
depan entrance kat hotel genting...santek statue tukan...
Dimana mana pun kasi pose sikit...
ada pak arab tu dok amik gambo famous amos tu
aku dok menempel amik gambo sendiri
yelah apa barang hamek gambo biskut tu...amik gambo aku lagi bagus hehe
Nak pi riding tak pakai " fake eyelashes" ori u!!!
bergambo jab depan "Doraemon" exhibition....masa ni genting tgh buat promo
Doraemon...tp aku tak layan sgt...kalau bawak budak2 suka lani
Doraemauunnnnnnnnnnn!!!

Psst: Datang GH ni pun bersebab....cam bese next entry yer!!!

Tuesday, February 21, 2012

Sesi menjawab komen dari blogger!!!!

Memang sejak aku berblogging ramai yg bertanya
baeknyer Mr Y tulun amik gambo aku posing2 lagu tu
nak tau apa cerr...tak pun perkataan baru
"apa celop"
suka2 ati jer depa ni nak rosakkan bahasa
 Pose jab before menjawab komen
"think or pause before you said something"

Cara2 sebelum menjawab komen...
jgn risau aku takkan jawab
 "no komen"
"No komen" tu untuk retis ajer...
tapi blogger la ni pun feeling ala2 retis gak hehe
Memang Mr Y very supportive dgn hobi berblogging aku ni...so asal aku ada apa2
agenda ataupun entry pasti dia tulun amikkan gambo
dulu mula2 berjinak dgn dunia blogging ni mmg aku hulurkan
camera tu pada dia minta tulun amik gambo aku yg  
tergedix gedix nak bergambo
tapi malu2 tuceng ni
 
la La ni Mr Y lak excited nak amik gambo aku
sbb aku dah pandai posing2 sikit...ala takat lentok kepala tu bulehlaa...
 mungkin dia tengok minat aku ke arah blogging ni terserlah kot...
aku kan suka update segala al kisah
tapi dgn syarat entry aku wajib ada gambo

sbb aku tak koser nak mengarang panjang2...
sbb aku tau korang mmg femalas cam aku
gak nak baca panjang2 kan...hohoho jgn nak tifu yer!!!

tapi tak tak juga mungkin setengah org depa rajin baca entry panjang berjela
aku lebih suka gambo dan karangan tu balance...puas mata memandang
dan dapat gak knowledge
 Tapi bila aku dah letih nak berposing dan tak tau nak posing maut camna dah
jadila roper ni...Mr Y ni kekadang kalu mood dia hokey mmg  
cam2 angle non stop dia amik gambo aku selagi boleh!!!

tapi kalau mood dia kepenatan cam balik show or keje aku tak minta sangat dia amikkan
yelah kalau nak gambo tu santek...santek kerrr
harusla cameramannyer pun bersemangat nak amik
kalau dia pun "letih" aku buat bodo jer...tetapi kekadang Mr Y sian kot
tengok aku terhegeh2 dok amik 
gambo sendiri dia tulun gak ler...
camnila perjalanan seorang blogger tegar dan terhangat
tanpa "org tersyg" siapala kitakan
dan tak lupa pada follower yg setia kasih dgn blog ni
tanpa korang siapala blog ni

Itula apa2 yg kita buat yg penting  
hasil dan kepuasan

Psst: Apa2 pun aku bersyukur aktiviti berblogging aku ni banyak support dari Mr Y...kalau tak izin suami apa pun  tak menjadi.....kalau aku down rasa cam nak berenti pun dia akan motivate aku...

Saturday, February 18, 2012

Live Band Cobra Promo ~ Tanya Sama Pokok by Shah AF8

PLEASA SCROLL FOR NEW ENTRY


Hari Sabtu ni kerojer buat syarat jer...sambil "keje" sambil menghapdate blog...
Seronok sakan lagi bg yg tidak bekerja

So enjoylaa....cam aku dulu dah "puas" 
5 days week
la ni hamek alternate Saturday kena keroje
tapi ok jer...cuma malas nak bangun pagi
tapi bila sampai office happy jer..bertenet sakan...cuma FB tu blocked
tapi aku tak kesah
yg penting leh blogging hahaha


Ok jom kita enjoy video liveband Cobra Mr Y nyer biz utk org kawen tu
Masa majlis kawen ni Shah AF8
(kenal ke tak korang ni....hamboi kalu kacak badan ketol2 laju jer korang ingat yer)
 tapi suara Shah AF ni mmg power walaupun tak kacak tapi comel nyer ada
yg penting bakat

Psst: Kasi promo sikit hubby nyer biz...mana tau ada yg nak buat majlis leh panggil Mr Y terbaek!!!!!!!!!!

Monday, January 30, 2012

Special Birthday Dedication to Mr Y ~ My beluv hubby dunia dan akhirat!!!!

Actually Birthday Mr Y is on
  28th January
dek sbbkan sibuk celebrate on his bday...
(yg penting tepat kul 12pm...dah wish dan siap nyanyi lagi)

hari ni baru berpeluang nak hapdate entry 
Harusla buat entry khas untuk "somi" tersyg

Tiada kata yg boleh "describe" apapun aku wish Mr Y akan suksesss dalam apa pun yg diminati
especially on his entertainment biz...

Promo sikit kalau sesapa berminat
band untuk apa2 majlis 
sila 
Layari you tube search yesseen
 utk lihat demo persembahan 

and also hobi Mr Y
 "riding" suka sgt
kekadang berbelah bagi nak temankan aku atau pi riding dgn kengkawan...
aku mmgla jenis yg sangat sporting morting...but there is a limit
kalau selalu sgt mmg kene soundla jawabnya....
Apapun aku tetap menyokong Mr Y walaupun kekadang mak sentap gak asik sibuk keje jer...
tapi takperla yg penting aku bersyukur
walaupun macamana Mr Y sibuk sekalipun dia tetap akan layan karenah aku
yg kekadang mmg terlebih sudah!!!
dan yg penting kami bahagia...dan berharap moga kebahagiaan ni kekal dunia dan akhirat

bak kata  Prof Dr Muhaya Mohamad
setiap kali beliau memberi ceramah

"apapun yg kita buat mestilah dgn restu suami...dan sentiasala beringat 
setiap kali pertemuan itu mungkin adalah pertemuan yg pertama kali dan terakhir"

yelah manalah kita tahu ajal mautkan ditangan tuhan

Inilah peringatan untuk aku
tapi beselah kita sebagai manusia bese kalau dah hangen lupa tu semua
tp harusla minta ampun cepat2

Dengan ucapan 
"I Luv U so Much....U rowk my world"

Psst: Dalam dunia tiada apa yg membahagiakan selain dari melihat org yg kita syg bahagia.....nanti lepas entry annual dinner habis baru hapdate "birthday celebration Mr Y"..mine tak lama dah ni 1st Feb...untuk sesapa yg lum joint my GA silakanla menjoint yer....