Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label WISH. Show all posts
Showing posts with label WISH. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Melawa untuk birthday lunch dan komen DS tak habis habis!!!!

Month of February ni korang akan
dihadapkan dgn entry birthday celebration kami...
me 1st Feb and my Mr Y 28th Jan...
tapi cam beselah aku ler hover enterprem

Ni bersiap nak pi celebrate Mr Y nyer birthday 
kat Chitta Mall
tak tahu mana Chitta Mall nanti aku kasi taw yer...

So korang layan jelah yer...
 
sebelum nak gi "special birthday lunch" harusla siap2 sampai meletop
tapi takdela sampai nak dimakeover
unless kalau special occasion tu okeylaa
(alahai aku pun leh jadi mekap retis sendiri daaaa
walaupun aku tak ler teror mana bolehlaa kalau sesak2 takde org nak mekapkan
aku leh jadi mak handam)

pakai jer "fake eyelashes" confirm ala2 makeover
cuma tak lengkap takde "contact lense"
 kalau tak lagi dabommmm!!
hampeh kedai yg aku bese contact lense tutup punya la lama since CNY
hari tu..ker tutup teruss...huhu
Amacam menjadik tak "makeover" aku...
rambut tu sempatla guna curling iron....jadiler walaupun sikit
tapi better kalu ada yg buatkan...buat sendiri leceh!!
okey siap sudah.....jom kita pi ....
cuba nak buat pose bibir ala2 angelina jolie...
tp nasib baik tak jadi bibir flower horn DS
sekurang kurang nyer I tulen hokey takde nak enjik2 gitu hehe

aku dah tengok live ON AIR psl komen2 DS tu...mmg tak masuk akal
kalu dia kasi alasan benda tu dah edit ke apa....mmg tak brp nak logik
terang2 perlu ke nak kutuk fizikal org..
yang aku tengok pilihan depa semua santek2
(confirm la gamaknya takde org tukar chanel kot)
...siap bagi peluang kedua lagi

yg kacak..walaupun cakap cam huru hara tetap diberi peluang adil ke tu...
baik sebelum nak datang audition letak jer syarat cam nak jadi
air steward...kalau rasa pinggang tu tak kerengga lagi tulun jangan datang audition
dan kalau rasa muka tu mmg dah tak hensem baek tak yah dtg
terang2 baru nak buka mulut kena rejek...

Entah aku pun tak tau apa tujuan Pak Nil nak buat reality show camni
nak cari anak ikan ker apa or takpun publisiti murahan..
sebab yg veteran ni kekadang dan macam jiwa kacau pun ada....hover..
tapi ada gak pengomen yg menyokong pendapat DS tu....entahla
aku sokong DS kalau ini pencarian utk ratu santek or model at
tapi ini tv host....yg jadi juri tu santek  or kurus sangat kerrrr
kalau tak mekap haruuuuu

Psst: Udah2 ler tu DS...kalu mohon maaf dan cuba tak mengulanginya adalah lebih baik dan cuba utk berhati2 di masa akan datang ini Malaysia bukan Hollywood

Wednesday, February 1, 2012

WW ~Hari Wilayah Is My Birthday!!!!!!!

Its my birthday today
1/2/2012
Dan 
"Selamat Hari Wilayah"

Untuk keputusan GA akan diumumkan nanti yer....bawak bertenang yer!!
aku kena settle kerojer dulu....

Thanks sgt pada yg sudi wish especially to my hubby Mr Y...tak habis2 dok nyanyi 
"happy birthday"
plus to my colleague
yg pagi2 dok sergah nyanyi ramai2 lagu birthday
malu giler....and to my company siap kasi 
birthday card dan gift lagi....
dan tak lupa yg wish kat FB
dan jutaan terima kasih tak terhingga to my family
especially to my mum yg melahirkan aku kat dunia
(siap minta ampun dan doa....itulah kebiasaan setiap kali aku menyambut birthday)

Takde apa permintaan aku on my birthday selain bersyukur sangat
kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk menyambut ulangtahun ni
(feeling emola pulak...sob sob...sob)
...diberikan kesihatan yg baek
suami dan keluarga tersyg
serta kengkawan yg baek2 belaka
serta Mr Poposh yg comellll

dan as usual permintaan aku setiap tahun pastila sama
nak baby...serta dipermudahkan utk sgl urusan dunia dan akhirat
amin!!!

Kata WW.....hehe



Psst:Sedih dulu keje kat KL tak yah amik cuti mmg tiap2 tahun kerojer...la ni kerojer kat Selangor so kenala kerojer...malas nak amik cuti...Mr Y kerojer...nanti2la celebrate

Monday, January 30, 2012

Special Birthday Dedication to Mr Y ~ My beluv hubby dunia dan akhirat!!!!

Actually Birthday Mr Y is on
  28th January
dek sbbkan sibuk celebrate on his bday...
(yg penting tepat kul 12pm...dah wish dan siap nyanyi lagi)

hari ni baru berpeluang nak hapdate entry 
Harusla buat entry khas untuk "somi" tersyg

Tiada kata yg boleh "describe" apapun aku wish Mr Y akan suksesss dalam apa pun yg diminati
especially on his entertainment biz...

Promo sikit kalau sesapa berminat
band untuk apa2 majlis 
sila 
Layari you tube search yesseen
 utk lihat demo persembahan 

and also hobi Mr Y
 "riding" suka sgt
kekadang berbelah bagi nak temankan aku atau pi riding dgn kengkawan...
aku mmgla jenis yg sangat sporting morting...but there is a limit
kalau selalu sgt mmg kene soundla jawabnya....
Apapun aku tetap menyokong Mr Y walaupun kekadang mak sentap gak asik sibuk keje jer...
tapi takperla yg penting aku bersyukur
walaupun macamana Mr Y sibuk sekalipun dia tetap akan layan karenah aku
yg kekadang mmg terlebih sudah!!!
dan yg penting kami bahagia...dan berharap moga kebahagiaan ni kekal dunia dan akhirat

bak kata  Prof Dr Muhaya Mohamad
setiap kali beliau memberi ceramah

"apapun yg kita buat mestilah dgn restu suami...dan sentiasala beringat 
setiap kali pertemuan itu mungkin adalah pertemuan yg pertama kali dan terakhir"

yelah manalah kita tahu ajal mautkan ditangan tuhan

Inilah peringatan untuk aku
tapi beselah kita sebagai manusia bese kalau dah hangen lupa tu semua
tp harusla minta ampun cepat2

Dengan ucapan 
"I Luv U so Much....U rowk my world"

Psst: Dalam dunia tiada apa yg membahagiakan selain dari melihat org yg kita syg bahagia.....nanti lepas entry annual dinner habis baru hapdate "birthday celebration Mr Y"..mine tak lama dah ni 1st Feb...untuk sesapa yg lum joint my GA silakanla menjoint yer....

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012 Dan Jumpa Retis...Cer teka!!!

Sorry geng sbb dah beberapa hari sampaila nak masuk 2012
barulah terhegeh hegeh nak hapdate
mmg takde masa langsung!!sedeh
sibuklak dengan keje lagi
Cuti pun sibuk....nak pegang laptop pun takde masa...
Apa apapun aku ucapkan kepada semua
"Happy New Year 2012"
ayat cam bese semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya
dan doakan impian semua org tercapai
 New year time aku tak pi mana sbb Mr Y sibuk dgn event.....
cer teka aku jumpa siapa
ni kalau new generation mesti tak ingat punya....
 Yeehaaa!!! aku jumpa Nadia...ala yg masa dolu2 pofular dgn lagu
"Salam Untuk Kekasih"
 tapi lagu tu still pofularlaa...kat mana2 karaoke pun masih suka nyanyi
lagu diakan...masa ni dia tgh sibuk untuk kemunculan album terbaru...
dia kan dah lebih 10 tahun menghilang....
Dapatlah aku dgr lagu dari album terbaru 
"Hanya Untukmu"
yang dibuat khas untuk peminat
lagu tu bess i like!! hopefully bolehla meletop
cam lagu
"Salam Untuk Kekasih"
wajib nyanyi kalau pi karaoke walaupun sore tak husky...yg penting aku leh 
hafal lirik tu sampai sekarang....lagu tu mmg catchylaa

and nak puji sikit nadia ni...mmg very humble...masa aku jumpa dia pun mula2 cam segan...
artiskan...last2 bila time bergambo aku yg over bley...haha

tapi nadia mmg tak bnyk berubah still menten santek....kecik jer org dia
walaupun dah ada anak dua...body cam anak dara
camnila jadi artis...tak payah nak berlagak sombong kalau lagu dan sore pun ala2 ajer

Sedikit info sbg pengubat rindu untuk peminat Nadia
nanti kemunculan album terbaru beliau
Nadia ni mmg natural & gifted born singerlaa
dah ler pandai buat lagu sendiri...pandai nyanyi sore lain dari yg lain
masa dia cakap sore dia husky mmg sedapla
tak main miming2 ni...pandai pulak main instrumen
mmg terbaik cuma sayang masa nama dia tgh naik dulu dia menghilangkan diri 
sbb kawen...la ni dah jadi ibu tunggal dia kembali aktif untuk menyanyi
kalau dulu dia masih teruskan mesti ngetop cam Ella

Gambar terbaru...masa tengok AIM ari tu terperanjat tengok 
Nadia....tetiba jer datang balik cam sesuatu ajer...
dan tak sangka pulak dalam dok sebut2 tetiba ada rezeki nak jumpa dgn beliau

Nadia juga sempat berkongsi perkembangan terbaru dan tentang aktiviti hariannya sepanjang menyepi daripada bidang seni. "Sebenarnya sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan motel milik keluarga 'Timahs Motel' yang terletak di Sipitang, Sabah. Selain daripada itu, saya juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu baru untuk simpanan sendiri," ujar Nadia dalam perbualannya dengan MH.

Sementara itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nadia sudahpun kembali solo selepas bercerai dengan suaminya sedikit masa lalu. Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini juga gigih membesarkan dua anaknya, Arif dan Farah yang masing-masing berusia 10 dan 5 tahun.

"Saya dan suami sudahpun berpisah. Sekarang saya adalah ibu tunggal. Sebenarnya, saya memang berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur sebab saya banyak terlibat dengan 'show' di KL. Tetapi perpisahan saya dengan suami bukanlah punca kenapa saya mahu membuat 'comeback'. Semuanya kerana minat," ujarnya yang mengakui masih mengekalkan imej yang sesuai dengan lagu dan karakternya di atas pentas.

Salam Untuk Kekasih

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Apa2 pun tak payahlah cakap menda yg tak baik pasal beliau...kita sama2 doakan semoga tahun 2012 akan jadi 
tahun kejayaan untuk Nadia....

Psst: Nadia mmg bess...anyway thanks to As dan hubby Aloon Shah...yg sudi temukan kami dgn Nadia...aku kalau ada retis rajinla aku joint show Mr Y...kalau tak...tak koser...

Sunday, May 8, 2011

Kasihnya IBU

Selamat Hari Ibu
khas untuk

My lovely mum....
Puan Hajah Rosnah Binti Nurdin

tak terbalas rasanya segala pengorbanan
yang diberikan dari kecik sampaila kebesar
susah senang tak pernah merungut
itulah ketabahan seorang Ibu...

Sentiasa ada walau dalam apa keadaan pun...
Aku mmg respek kesabaran my mum...
pandai serba serbi...sempurna segala2nya

Dan juga tak lupa untuk my MIL
yang sporting
Puan Hajah Ainon Binti Othman
aku rasa bertuah dikurniakan MIL yang baik hati
tak pernah ada pilih kasih antara menantu2 semua...
semua sama ajer...
hopefully hubungan kita anak beranak akan kekal dunia
& akhirat

Untuk kedua dua mak yang aku sygggg sgt....aku berdoa
semoga diberikan kesihatan yang baik
& dipanjangkan umur...
semoga kami semua dapat buat yang terbaik
untuk kedua dua mak
Terima kasih untuk segala2nya...

kalaula ada kesilapan juga kami mohon kemaafan
sebagai anak kekadang kita terlupa kita bnyk melakukan kesilapan
& mengecilkan hati mak kita tanpa disedari

Ingat!!!kita akan jadi anak yang berdosa
jika ibu kita berkecil hati....salah atau benar
kita sebagai anak kenalah beralah...

Entahlah aku sedar aku bukanla anak atau menantu yang baik
tetapi aku tetap cuba untuk buat yang terbaik
kekadang aku hairan bila tengok ada "anak"
dah kecikkan hati mak dia buat bodo jer...
tak rasa bersalah pun....kalau aku mesti aku akan cepat2 mintak maaf
sebab mesti rasa tak sedap hati punya...

Yang si emak pula walaupun anaknya tak mohon maaf
tetap bersabar mengampunkan dosa si anak
Sementara mereka yang bergelar "ibu"
ni masih ada didunia....rajin2lah ambil hati mereka
jgn dah takde baru nak menyesal!!!
Ambillah kesempatan ini untuk mengucapkan
"Selamat Hari Ibu"

Nak2 anak lelaki...selalu lebihkan isteri dari ibu....
ingat!!! tanggungjawab anak lelaki adalah kepada ibunya
isteri jatuh nombor dua...tetapi kebanyakan anak lelaki lebih mementingkan
si isteri apabila sudah berkahwin...
Kot ada yang terasa aku mintak maaf...tp cubalah fikirkan
kalu tak caya pilaaa tanya mana2 ustaz...jawapannya tetap sama
tp bukanlaa sampai mengabaikan isteri...

Tapi bagi aku...aku tak pernah nak membeza ini mak I...itu mak u...
bagi aku sama jer...tu sebab kalau Mr Y nak lebihkan mak dia aku
tak kisah...sebab aku tau itu tanggungjawab seorang anak lelakikan...

so kaum2 isteri yang ada perasaan seperti itu buanglaa jauh2..
kalau kita sygkan MIL kita insyallah suami kita akan lebih sayangkan
kita...percayalah buat baik dgn orang tua...insyaallah allah akan
balas yang lagi terbaik utk kita

Udah2 ler aku mengomel untuk entry ni...
hadiah "mothers day" pun aku tak cari lagi ni....

Tak lupa juga untuk semua IBU2 sedunia...dan special juga untuk mummy's

blogger...u all mmg ibu terbaik...

Aku ni ibu pada Mr Poposh jerlaa hehe

aku pun tingin nak jadi mummy....

Psst: I miss my mum.......masa buat entry ni aku meleleh dah....bab2 ni mmg sensitif


Thursday, November 4, 2010

CUCOQ!!!

Petang2 ni kalau dapat minum petang sedapkan!!!
sunyi tul opis ni maklumler kengkawan opis kebanyakannya
menyambut Deepavali

tapi aku suka jer suasana sepi camni
aman hidup aku takde siapa nak kacau bulehler aku blogwalking
kaw kaw!!!

Inila cucur ikan bilis...orang kedah kata cucoq!!
sedap untuk minum petang
for breakfast pun sedap

cicah pulak dgn gulai kambing lagi ler mantop!!!!kan
aku mmg tak makan kambing so aku cicah kuah ajer...
kambing pass kat Mr Y..hehe

bukan latte tapi nescafe yang ala2 latte
tapi sebab takde coffee machine yang ala2 Starbucks
or Coffee Beans jadi buatler latte ala2 sendiri punya
senang jer
mix susu cair + susu pekat
pandai2ler agak
aku suka buat camni sbb tak perlu letak susu pekat bnyk2
nak rasa manis...so ia akan rasa cam lemak2 gitu
camno nak cito ni...korang teraila
(macamlah org tak reti bancuh nescafe huhu)

tapi kalau org belanja lagi sedap
boss aku baru belanja jer pagi tadi
latte....niat dihati nak paw Ice blended frapuccino tapi sebab pagikan
harusler request latte ajer

tapi kalau nak less 30% meh datang sini aku belanja..
tapi korang bayar bleh!!!
pakai jer staff card

Insyallah coming soon
Berjaya akan launching loyalty card for public...so aku ingat more diskaun is coming
ala2 JJ card ..bonuslink tulaa leh kumpul point & get diskaun...

Walaupun Deepavali esok aku nak ucapkan pada semua kengkawan kat office aku yang majoriti
nye INDIA
"Vannakam Happy Deepavali"
datang kerja jgn lupa bawa MURUKU
dan juga pada blogger yang berugama HINDU
&
pada korang sah2 cuti panjang ni mesti ramai yang cuti2 Malaysia
kan
Happy Holiday ya!!!!

Aku tak pi mana2 kot Mr Y asik sibuk dgn keje jer
huhu


Psst: Thanks pada majoriti yang komen suka aku letak gambar bnyk2 yer....sebab tuanpunya blog pun suka tengok gambo dari nak baca meleret leret tu hehe

Thursday, September 9, 2010

Posh76 buat ucapan ni

PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Salam semua
Since esok nak raya
so aku pun dah sibuk nak memasak bagai mesti
takde masa nak melayan blog

Jadi sempena hari yang mulia ni
Posh76, Mr Y & Mr Poposh
family ingin
memohon maaf diatas terlebih sudah aku sepanjang aku berblogging
ni...
Kot2 ada yang menyampah tengok gambo2 yang pose kat
sinikan...tapi inilah namanyer blogger pun
apapun sepanjang aku berblogging ni mmg bnyk manisnya dari pahitnyer
terima kasih pada semua
dgn ucapan







Kalau outstation hati2 yer jgn bawak laju...kalu penat rilex dulu
& jgn lupa kirim salam org kampung...untungnyer ada kampung


Psst: Hari ni sibuk nak memasak.....