Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Mothers day. Show all posts
Showing posts with label Mothers day. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Everyday Is Mother's Day ~ Hargailah Ibu Anda Sementara Ada Hayatnya!!!


Citer ni dah lama masa 
"Mother's day"
hari tu....tapi nak gak update..buat kenang..kenangan
aku kalau hapdate takkan ikut tarikh....main hapdate
jer...janji hapdate

bawa my parent makan 
kat restoran arab....kalau nak tau sila ke link ni
http://posh76.blogspot.com/2012/03/rawani-hadramout-makanan-arab-murah-dan.html
Inilah my mum
yang diraikan...Hajah Rosnah
dialah segala2nya dalam hidup susah senang 
makla tempat aku mencurah rasa
tak pernah sekali pun mengeluh melayan karenah anak2nya
dari kecik sampai ke beso
tak terikut aku dgn cara my mum yg agak teliti dalam segala 
hal rumahtangga....bab memasak lagila terbaek...

ok dah tu tak mo emo...meh tengok apa yg kami makan 
kat restoran pak arab...
appetizer....sup apa tah tapi sedap
roti arab dan sambal pun sedap
suka masak arab ni sbb healthy....minyak pun guna olive oil
tak pernah aku buang tebiat try kambing
kali ni mau kambing daaa...sedap very juicy
dan yg penting takdak bau
sambal arab yg wajin ada...kalu tak rasa kering ....
yang ni pulak salad
Mint tea

milk tea wajib order setiap kali kat sini
kalau minum ni confirm tak kembong sbb bagus ada 
rempah ratus dalam teh ni
buang angin lg ada hehe
Bagi aku kalau before kawen dok ngan family 
mmg hari2 adalah mother's day 
walaupun dah kawen dok asing sentiasa call bertanya khabar
tak pun pi melawat ...sekurang2nya sebulan sekali

Psst: Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa saja yg masih mempunyai ibu bapa hargailah mereka sementara masih dikandung hayat....tak guna nak meratap bila mereka sudah tiada...Ingat!!!setiap kebaikan dalam hidup kita semuanya atas doa ibu bapa kita....jadi jgn sekali kali menyakiti hati mereka.....walaupun hanya berkecil hati tanpa pengetahuan kita pun dah berdosa...jagalah hati ibu bapa kita seadanya...insyallah selamat dunia dan akhirat amin!!
























Sunday, May 8, 2011

Kasihnya IBU

Selamat Hari Ibu
khas untuk

My lovely mum....
Puan Hajah Rosnah Binti Nurdin

tak terbalas rasanya segala pengorbanan
yang diberikan dari kecik sampaila kebesar
susah senang tak pernah merungut
itulah ketabahan seorang Ibu...

Sentiasa ada walau dalam apa keadaan pun...
Aku mmg respek kesabaran my mum...
pandai serba serbi...sempurna segala2nya

Dan juga tak lupa untuk my MIL
yang sporting
Puan Hajah Ainon Binti Othman
aku rasa bertuah dikurniakan MIL yang baik hati
tak pernah ada pilih kasih antara menantu2 semua...
semua sama ajer...
hopefully hubungan kita anak beranak akan kekal dunia
& akhirat

Untuk kedua dua mak yang aku sygggg sgt....aku berdoa
semoga diberikan kesihatan yang baik
& dipanjangkan umur...
semoga kami semua dapat buat yang terbaik
untuk kedua dua mak
Terima kasih untuk segala2nya...

kalaula ada kesilapan juga kami mohon kemaafan
sebagai anak kekadang kita terlupa kita bnyk melakukan kesilapan
& mengecilkan hati mak kita tanpa disedari

Ingat!!!kita akan jadi anak yang berdosa
jika ibu kita berkecil hati....salah atau benar
kita sebagai anak kenalah beralah...

Entahlah aku sedar aku bukanla anak atau menantu yang baik
tetapi aku tetap cuba untuk buat yang terbaik
kekadang aku hairan bila tengok ada "anak"
dah kecikkan hati mak dia buat bodo jer...
tak rasa bersalah pun....kalau aku mesti aku akan cepat2 mintak maaf
sebab mesti rasa tak sedap hati punya...

Yang si emak pula walaupun anaknya tak mohon maaf
tetap bersabar mengampunkan dosa si anak
Sementara mereka yang bergelar "ibu"
ni masih ada didunia....rajin2lah ambil hati mereka
jgn dah takde baru nak menyesal!!!
Ambillah kesempatan ini untuk mengucapkan
"Selamat Hari Ibu"

Nak2 anak lelaki...selalu lebihkan isteri dari ibu....
ingat!!! tanggungjawab anak lelaki adalah kepada ibunya
isteri jatuh nombor dua...tetapi kebanyakan anak lelaki lebih mementingkan
si isteri apabila sudah berkahwin...
Kot ada yang terasa aku mintak maaf...tp cubalah fikirkan
kalu tak caya pilaaa tanya mana2 ustaz...jawapannya tetap sama
tp bukanlaa sampai mengabaikan isteri...

Tapi bagi aku...aku tak pernah nak membeza ini mak I...itu mak u...
bagi aku sama jer...tu sebab kalau Mr Y nak lebihkan mak dia aku
tak kisah...sebab aku tau itu tanggungjawab seorang anak lelakikan...

so kaum2 isteri yang ada perasaan seperti itu buanglaa jauh2..
kalau kita sygkan MIL kita insyallah suami kita akan lebih sayangkan
kita...percayalah buat baik dgn orang tua...insyaallah allah akan
balas yang lagi terbaik utk kita

Udah2 ler aku mengomel untuk entry ni...
hadiah "mothers day" pun aku tak cari lagi ni....

Tak lupa juga untuk semua IBU2 sedunia...dan special juga untuk mummy's

blogger...u all mmg ibu terbaik...

Aku ni ibu pada Mr Poposh jerlaa hehe

aku pun tingin nak jadi mummy....

Psst: I miss my mum.......masa buat entry ni aku meleleh dah....bab2 ni mmg sensitif


Monday, May 10, 2010

Sayangilah IBU

Tak terlambat lagikan utk ucapkan "Selamat Hari IBU"
utk semua IBU2 di dunia ini

patutnyer entry ni keluar smlm
tapi semalam seharian takde
kat umah

so special entry utk hari ni
aku nak ucapkan
"SELAMAT HARI IBU"


(gambar latest after my mum recover fr denggi)

especially to my mum
Puan Hajah Rosnah Binti Mat Nurdin
yang sgt2 aku syg dunia & akhirat
(masa taip ni je meleleh air mata)
bukan setakat seorang yang
ku panggil "mak"tetapi merangkap
"best friend"
& also good listener tak kiralah aku citer apa
pun..mak aku layan ajer
tu sbb bila aku dah kawen dia sunyi sikit

Mmg aku akui tidak begitu rapat dgn mak
masa kecik sbb tak sempat nak bermanja dgn mak
tup2 arwah adikku
lahir....jadi sbb itulah abah org paling rapat dgn aku
tapi biasalah anak perempuan
bila dah besar mesti nak cari ibukan


Tak lupa jugak untuk my MIL
Puan Hajah Ainon Binti Othman
yang sgt2 sporting
& melayan aku seperti anaknya sendiri
kalu aku miss my mum
MIL la tmpt aku bermanja
& berpot pet2
(MIL aku leh pot pet non stop...aku pun kalah...sbb berebut2 nak bercakap hehe)

Aku nak ambil kesempatan utk ucapkan
"Selamat Hari Jadi"
to MIL yang jatuh pada hari ni
10hb May..
Semoga mak panjang umur & dimurahkan rezeki selalu


Ini saja yang mampu aku & Mr Y berikan
sempena hari ibu
satu utk my mum
satu lagi for MIL
alhamdullilah sgt aku dikurniakan
dua org ibu yang sgt2 memahami
aku....
sayang sgt pada kedua2nyer
sbb tu aku tak paham dgn istilah
mak I....mak I
mak u...mak u...
bagi aku mak or MIL sama jer
cuma mmgla kita mesti lebih sygkan mak kita
tapi jgn la berkira2 sgt

sgl kasih syg & pengorbanan rasanya tak terbalas
hanya tuhan sajalah yg membalas
tapi selagi mereka masih ada
aku akan cuba sedaya upaya utk membahagiakan
ibu2 ku ini

walaupun aku belum lagi merasai
pengalaman menjadi seorang ibu


namun jadilah dapat menumpang kasih
pada anak2 buahku
walaupun "mak teh"
agak garang sikit
tp garang mengajar beselah budak2 dgn parents diakan

tapi sebenarnya aku sgt syg dgn anak2 buah aku ni
insyallah kalau aku dikurniakan
anak this will be my style to educate...
(Mr Y tak leh interupt...kang jadi manja terlebey)

dan juga


pada Mr Poposh
yang dah mcm baby
aku sedih ker gembira dia sentiasa
menceriakan hari2 ku
dan juga tempat aku bermanja
walaupun setakat
"meow meow"
tapi Mr Poposh
sentiasa jadi magic cat
sbb sgt2 mendengar kata

Biarlah apa org nak
kata aku telan ajer
walaupun pahit
aku sabar jer
kadang2 aku tak paham perangai manusia
bila belum dikurniakan anak
sedap jer mulut depa nak mengata macam2
seolah2 adalah menjadi kesalahan kerana tidak mempunyai zuriat
padahal ini semua adalah ketentuan illahi
kita hanya mampu merancang
diaorg tau ker
dalam hati ni tuhan jer yg tahu aku nak sgt baby

namun aku bersyukur kerana mempunyai keluarga
yang sgt2 memahami diriku
yg selalu kepoci & mulut cam longkang
ni adalah org2 kat luar tu
yang aku pun tak tahu apa masalahnyer
sekurang2nyer bila nak berkata2 tu gunalah otak
bukan kepala lutut
kalu mende ni kene kat mulut yg berkata2 tu
baru dia tahu langit tinggi atau rendah

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
utk aku...
jadi apa yang aku boleh buat
hanya berusaha & berdoa sajalah

Jadi pada yang bergelar ibu
dan dikurniakan anak
jadilah ibu sebaik2nyer
sbb anak itu adalah amanah tuhan

Those yang masih mempunyai ibu
gembirakanlah hati mereka sementara masih ada
jgn ler sibuk dgn keje....keje & family kita ajer
kalau tak dpt jumpa pun sekurang2nya telefon
supaya IBU kita tau
yang kita ambil berat & sayang padanya....
jgn bila dah takde baru sibuk nak meraung
ker apa sekurang2 nya kalu kita dah buat yg terbaik
tidakla kita rasa menyesal di kemudian hari

Aku pun bukanlah baik sgt
sebagai anak...tp aku sedaya upaya
mengikut kemampuan aku utk menggembirakan hati my mum
sbb tu kalu aku rasa aku dah kecikkan
hati my cepat2 aku mintak ampun
kerana bagi aku takde harta yg ternilai
selain dari ibu bapa kita
INGATLAH tanpa restu ibu bapa kita
hidup kita takkan bahagia...

Psst: Masa buat entry ni pun aku dah sebak...aku bab bila org buat ibu bapa ni mmg aku sensitif sikit....terpanjangler pulak entry kali ni...kalu tak nak baca pun takper...tngk gambo pun jadiler hehe