Sorry geng sbb dah beberapa hari sampaila nak masuk 2012
barulah terhegeh hegeh nak hapdate
mmg takde masa langsung!!sedeh
sibuklak dengan keje lagi
Cuti pun sibuk....nak pegang laptop pun takde masa...
Apa apapun aku ucapkan kepada semua
"Happy New Year 2012"
ayat cam bese semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya
dan doakan impian semua org tercapai
New year time aku tak pi mana sbb Mr Y sibuk dgn event.....
cer teka aku jumpa siapa
ni kalau new generation mesti tak ingat punya....
Yeehaaa!!! aku jumpa Nadia...ala yg masa dolu2 pofular dgn lagu
"Salam Untuk Kekasih"
tapi lagu tu still pofularlaa...kat mana2 karaoke pun masih suka nyanyi
lagu diakan...masa ni dia tgh sibuk untuk kemunculan album terbaru...
dia kan dah lebih 10 tahun menghilang....
Dapatlah aku dgr lagu dari album terbaru
"Hanya Untukmu"
yang dibuat khas untuk peminat
lagu tu bess i like!! hopefully bolehla meletop
cam lagu
"Salam Untuk Kekasih"
wajib nyanyi kalau pi karaoke walaupun sore tak husky...yg penting aku leh
hafal lirik tu sampai sekarang....lagu tu mmg catchylaa
and nak puji sikit nadia ni...mmg very humble...masa aku jumpa dia pun mula2 cam segan...
artiskan...last2 bila time bergambo aku yg over bley...haha
tapi nadia mmg tak bnyk berubah still menten santek....kecik jer org dia
walaupun dah ada anak dua...body cam anak dara
camnila jadi artis...tak payah nak berlagak sombong kalau lagu dan sore pun ala2 ajer
Sedikit info sbg pengubat rindu untuk peminat Nadia
nanti kemunculan album terbaru beliau
Nadia ni mmg natural & gifted born singerlaa
dah ler pandai buat lagu sendiri...pandai nyanyi sore lain dari yg lain
masa dia cakap sore dia husky mmg sedapla
tak main miming2 ni...pandai pulak main instrument
mmg terbaik cuma sayang masa nama dia tgh naik dulu dia menghilangkan diri
sbb kawen...la ni dah jadi ibu tunggal dia kembali aktif untuk menyanyi
kalau dulu dia masih teruskan mesti ngetop cam Ella
Gambar terbaru...masa tengok AIM ari tu terperanjat tengok
Nadia....tetiba jer datang balik cam sesuatu ajer...
dan tak sangka pulak dalam dok sebut2 tetiba ada rezeki nak jumpa dgn beliau
Nadia juga sempat berkongsi perkembangan terbaru dan tentang aktiviti hariannya sepanjang menyepi daripada bidang seni. "Sebenarnya sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan motel milik keluarga 'Timahs Motel' yang terletak di Sipitang, Sabah. Selain daripada itu, saya juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu baru untuk simpanan sendiri," ujar Nadia dalam perbualannya dengan MH.
Sementara itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nadia sudahpun kembali solo selepas bercerai dengan suaminya sedikit masa lalu. Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini juga gigih membesarkan dua anaknya, Arif dan Farah yang masing-masing berusia 10 dan 5 tahun.
"Saya dan suami sudahpun berpisah. Sekarang saya adalah ibu tunggal. Sebenarnya, saya memang berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur sebab saya banyak terlibat dengan 'show' di KL. Tetapi perpisahan saya dengan suami bukanlah punca kenapa saya mahu membuat 'comeback'. Semuanya kerana minat," ujarnya yang mengakui masih mengekalkan imej yang sesuai dengan lagu dan karakternya di atas pentas.
Salam Untuk Kekasih
Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu
Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu
Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri
Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu
Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu
Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri
Apa2 pun tak payahlah cakap menda yg tak baik pasal beliau...kita sama2 doakan semoga tahun 2012 akan jadi
tahun kejayaan untuk Nadia....
Psst: Nadia mmg bess...anyway thanks to As dan hubby Aloon Shah...yg sudi temukan kami dgn Nadia...aku kalau ada retis rajinla aku joint show Mr Y...kalau tak...tak koser...