Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label kes penderaan kucing petknode. Show all posts
Showing posts with label kes penderaan kucing petknode. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Kes penderaan kucing Petknode ~ Tuntutan Hak!!!!

Thanks ler kengkawan blogger yang support entry

Walaupun bukan "penggemar" kucing tapi still support
sayang korang sgt2
terharu taw....

Takper kalau tak suka kucing mungkin sbb geli...takut ataupun alahan
janji jgn "mendera" sudah!!!
sbb tu kalau nak bela kucing mesti ada minat
bukan takat bela sbb nak suruh tangkap cicak..tikuslaaa
please treat them like a family member...

Back to kes Petknode yang masih belum selesai
dek sbbkan ketidakpuasan hati
pet's owner yang terlibat dan juga
persatuan kucing Malaysia
dan semua2 la yang prihatin
ramai yang tertanya-tanya apa tindakan
yang akan di ambil kepada pengusaha Petknode
(mmg tak leh kasi muka ni)

Apa akta yang dapat digunakan berhubung dengan kes ini?
Mungkin ramai yag tak tau bahawa, jika di sabitkan kesalahan, seseorang yang membuat kejahatan terhadap haiwan akan dikenakan denda
RM200 dan/atau penjara tidak lebih dari 6 bulan mengikut Seksyen 44 Akta Haiwan 1953.

(dah lama sgtlaaa akta ni kena renew daaaa...RM200 tu ciput sgt nanti buat lagi dah tak kira dosa pahala)

kebanyakan di Negara-negara membangun seperti United Kingdom dan United States of America, kepada sesiapa yang ingin membela haiwa peliharaan, merekan hendaklah treat those pets like their family. Amat jarang sekali kita lihat haiwan-haiwan tidak terbela berkeliaran di jalanan di United Kingdom dan United States of America. Lihat perbezaan dibawah:-

Akta Perlindungan Haiwan

Jadi, adakah denda sebanyak 200 untuk pengusaha Petknode wajar dan munasabah? Sesetengah NGO ada member pendapat supaya mereka di kenakan denda RM200 setiap kucing. Dan ada yang memintak mereka di penjarakan 2 tahun dan denda RM100,000.00 (yang ni aku SETUJU sgt!!!!!!)

Alhamdullilah undang-undang untuk peliharan haiwan telahpun di buat menunggu masa untuk dikuatkuasakan . Kepada sesape yang bersalah akan dikenakan denda RM100,000.00 dan/atau penjara tidak lebih 6 bulan.

Aku sendiri kalau jadi owner kucing yang terlibat mau meroyan kalau kena camni....so mmg aku faham sgt kalau owner yang terlibat nak saman balik owner PETKNODE ...jgn ingat sbbkan binatang suka2 jer nak buat macam2 yer!!!!

Aku sendiri pernah mengalami macamana rasanya Mr Poposh yang tinggal nyawa ikan (kira vet cakap mmg tak leh diselamatkan...kira kalau manusia standby jela baca yassin) tp aku tak putus asa tetap berdoa ....

jgn tak tahu siap aku buatkan air yassin untuk Mr Poposh and amik EL untuk beberapa hari...lagi bess siap kena perli dgn opis
"ala pasal kucing pun nak EL"

sabar jelah...alhamdullilah doa aku dimakbulkan Allah kasi peluang kedua untuk Mr Poposh hidup dan aku diberi peluang kedua untuk menjaga dgn lebih baik...tu sbb kalau aku marahkan Mr Poposh Mr Y mesti perli "kang dia sakit balik baru tau...siapa yang melalak siap malam"

itu sbbla aku prihatin sgt dgn kess macam ni

Pernah juga survey nak ngantor Mr Poposh kat "Pet Safari Hotel~Ikano" sbb nak gi vacation and kunun2nyer nak dia dijaga dengan baik...

Mr Y ada gak suruh bawa sekali Mr Poposh kalau nak vacation tp lecehlah

mana nak letakkan...hotel kan tak allowed pets

tp atas nasihat Mr Y better tinggalkan jer kat rumah...mintak anak jiran tulun tengokkan adalah lebih baik & selamat....lagipun aku dah pi tengok tempat yang katanya

"hotel kucing" tu cam hampeh...dah ler penjaga yang kerja kat situ sakit & cam tak hygiene jer..pastu kucing kena duk dalam kotak kaca..kalau nak jalan2 cuma jalan2 dalam tu...itu yang aku nampak..yang aku tak nampak wallahualam...incase jadi apa2 confirm depa tak responsible...

Teringat masa kecik2 dulu my mum selalu pesan

jgn aniaya binatang...nanti dekat akhirat apa yang kita lakukan pada dia

dia akan balas macamana yang kita buat...

Dekat Malaysia ni kesedaran terhadap penjagaan kucing yang betul mmg kureng berbanding dgn oversea...Malaysia ni kebanyakkannya pandai bela jer

tapi penjagaan mmg kelaut...asal kucing tu buat hal ajer

ataupun tua asik kencing merata rata terus buang kat pasar

Kalau kat oversea aku tengok kat youtube depa punya sayang kat kucing layan macam anak sendiri..padahal diaorang tu bukan islam pun

Sampaikah hati nak mendera "muka" sicomel ni (comel kerrrrr)

Thursday, September 8, 2011

Kes penderaan kucing Petknode ~ Jangan berani nak buli buli I yer!!!!!!!!!!!

Aku ni mmg jarang tengok berita
so kalau nak tahu berita pun baca blog
lately ni kan kecoh pasal
"kes penderaan kucing Petknode"
sebut jer pasal "kucing"
mmg aku sensitif sikit
ialah akukan peminat no satu kucing
So kalau ada kes penganiayaan kucing mmg tak leh tahan
rasa cam nak hempuk2 or pijak2 jer si pendera yang takde perikemanusiaan tu

Ingatkan baru jer habis citer pasal kes pijak kucing tu
dah habis ...kot2 dah insafla
la ni timbul pulak kes baru yang lagi menyedihkan
walaupun hanya binatang mereka juga berhak untuk hidup selesa
kerana mereka juga makhluk ciptaan tuhan

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

Ada ke patut owners PETKNODE ni pergi beraya tinggalkan kucing kat luar camtu jer
cage tu dahler kecik tu main sumbat banyak2
(kalau Mr Poposh confirm tak muat ni)
imagine ditinggalkan begitu saja untuk without foods & drinks
for 7-8 days
(giler babun apa...yang peliknya lalu pulak owners ni pi beraya dgn riang gumbira)

Inilah rupa pemilik PETKNODE bangsa melayu k

(buat malau bangsa sendiri jer...patutla montel makan hasil haram kucing)

...aku ingatkan non muslim ker

Shahrul Azuwan Bin Adanan

&

Yushairi Bin Khairuddin

Siap nak saman pet's owner yang menyaman diaorang dgn alasan

BODO sbb pet's owner ceroboh premis Petknode

(dah salah tu salahla mengaku dan bertaubatlaaa)

Siap keluarkan statement macam tak rasa bersalah langsung

"Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing2 pelanggan menjadi tertekan, kurang makan & minum..terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan sendiri"

Senangnya minta maaf yer...ingat dgn maaf boleh ganti ke nyawa kucing yang dah mati tu...

To be continue part 2...aku lum puas hati lagi ni...geram!!!walaupun bukan Mr Poposh yang terlibat tapi aku faham perasaaan owner yang terlibat...

Cerita raya hold dulu sedihlah kawan Mr Poposh dianiaya sebegini

Psst: Hidup mati Mr Poposh biarlah dirumah ajer.....anak jiran pun aku susah nak beri kepercayaan inikan outsider..lagi tak leh caya..