Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label drinks. Show all posts
Showing posts with label drinks. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Chilis Bottomless Beverages~Minum sampai kembung!!!!!!

Kat Chilis ni yg bessnyer air leh refill
berapa gelas pun ko nak minum no limit
 larat tak larat jer
Of coursela aku tak minum carbonated drinks...so my choice ialah
"orange juice"
tersangatla sedap and refreshing...sbb bukan cordial
terasa juice walaupun bukan yg perah punyala
Mr Y lak order
"Manggo Juice"
sedap gak...semua pun aku mau rasa
Mana nak lalu makan...2 ke 3 gelas aku dok belasah...
mau tak kembong!!

Tapi refill ni per person yer...utk juice dan carbonated drinks jer
utk air lain cam ice blended takde
melampaula nak refill
bankrap lak Chilis kang...
 Pantang gelas tu kosong waiter mai jer refill tak yah mintak2


Stay tune for food picture after this!!!

Psst: Pelikkan org yg minum alcohol berbotol2 tu takde lak dia kembong dan terkencing kencing yer...yg ni aku minum bnyk ni pun dah tak larat

Wednesday, August 3, 2011

Air Tembikai Laici Soda

Air kegemaran semenjak dua menjak ni
kalau singgah minum kat kedai
aku kan jenis kureng sikit nak minum air buah

kalau ngoder suka nescafe tak pun teh o...tak pun teh tarik
elok sgtler tu huhu

La ni Mr Y pun dah jangkit suka naa minum tembikai laici
asal aku order dia pun nak order sama
gak...

La ni senang aku DIY
buat lebih sikit letak dalam fridge
Nak berbuka senang boleh minum terus
tapi fresh juice camni tak leh simpan lama sgt takat 2-3 hari oklaa...

Bahan bahannya

~ Air masak ikut suka korang nak sukat banyak mana
~1/2 biji besar buah tembikai
1 tin buah laici
~gula secukup rasa...aku tak letak bnyk...sbb air tembikai ni & air laici nikan
dah ada manis semulajadi
~garam sikit...aku punya pesen lain kalau buat air buah mesti letak sikit garam
orang kata mcm pembunuh kuman
~ketulan ice...kalau boleh blender skali
pun sedap gak...tapi kali ini aku tak nak letak ice
sebab nak simpan dalam fridge

Separuh blender sekali dgn tembikai
separuh lagi untuk diletak dalam gelas

Dah siap blender tuang dalam gelas ala2 punch

Nak kan kelainan aku saja jer letak ice cream soda
letak last sekali taw kalu letak sekali gus nanti berketul2
tapi kalau dah letak ice cream soda tak perlula letak gula yer
pandai2 korangla nak adjust

So nak sekadar hiasan & nak menambat hati somi kununnya
leh letakkan slice tembikai
kat tepi gelas tu
walla!!! mmg sedap & menyegarkan
buat sendiri lagi berbaloi kalau kat kedai mahal gak
tapi cam tak puas

yang membuatkan aku rajin makan buah ni semenjak dua menjak
tapi tak ler selalu sebab orang tua2 kata perempuan tak elok makan tembikai ni
nak kembang or lecah kat toooooooottttt

Tapi untuk yang mengandung bagus sbb ada asid folik
bagus untuk perkembangan baby

Khasiat Tembikai

~ mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

~Kadar kalori rendah menjadikannya salah satu buah yang menyihatkan & dpt menurunkan berat badan.

~Kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang.

~ Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser

~ Dapat meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis.

~ Kaya dengan anti oksida membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon & risiko serangan jantung.

~Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.

Psst: Apa apapun yang kita makan atau minum biarla moderate ataupun bersederhana..


Thursday, December 9, 2010

Drink Testing

Biasa dengar "food testing" kan
kali ni buat "drink testing" pulak
Pagi2 kita minum dulu
hehe

Aku bukanla penggemar Starbucks pun
suka lagi Coffee Beans
tapi dek sebabkan ada staff price
layan jelah...kalau tak tak koser aku mahal
kecuali orang belanjala hehe

Nila dia promo for christmas

Citer dulu "Toffee Nut Frapuccino"

Terai Ice Blended with cream
yang kaler coklat kekuningan tulah
ada taburan toffee nut...rasa lebih kurang macam caramel
siapa yang suka manis2 sikit bolehla terai

Kasi korang terliur lagi hehe

Yang ni pulak "Peppermint Mocha Frappucino"
yang ni khas untuk penggemar chocolate ada
rasa mint sikit...macam berangin tapi tak strong

Ambil large beza harga pun tak bnyk2 RM1 jer

Kekadang kalu nasib baik...aku pun tak pasti dia bg ni base on what
dah dia kasi free amik jelah
tapi depa pandai mana ada mende nak kasik free gitu2 jer

Kena buat keje sikit...ala bukan susahnyer pun just do a survey

habis jer survey tu depa akan kasi complimentary beverage ID
untuk claim free drinks
jot down the code lepas tu claim dekat mana2 Starbucks outlets
baru ler buleh dapat free drinks...
dalam masa 14 hari jer tau from date purchase...

Memandangkan aku dah terai dua2 promo tu amik my fav lattela
"Caramel Machiato"

Takut nak letak white sugar...letak brown sugar
healthy sikitkan..low calorie

tengah gigih kumpul point nak dapatkan 2011 planner...
entah dapat entah tidak...tahun ni macam senyap jer susah betul nak dapat organizer
or calendar.....kedekut or budget
dengar rumours next year economics crisis

Psst: Kot2 ada yang nak gunacard aku buleh gak...tulun tambahkan point...kot2 ada yg nak kena belanja pun buleh...doakan aku naik gaji amin hehe

Saturday, December 4, 2010

Dunkin Donut

Dah lama rasanya tak pekena Dunkin Donut
walaupun aku adalah penggemar tegar "donut"
tapi aku kureng gemar donut dari
"Dunkin Donut" ni

Tapi hari tu dok bosan menunggu ada pulak Dunkin Donut kat situ
dah takde kedai makan lain nak tak nak singgah la jugak
so memandangkan aku tak brp suka donut dia jadi orderla meal
yang lain..yang sihat & mengenyangkan
manis2 ni pun ikut mood kalau nak
"fool moon" baru mengidam mende2 manis
hehe

Ice latte sedapnya

didatangkan dgn chicken apatah aku tak ingat
sedapla jugak tp ciput bebenar
macam tak kenyang ajer
yang penting healthy kunun2nyer hehe


Psst: Aduiii hari ni aku keje tu...kena standby untuk relocation...huhu

Wednesday, December 1, 2010

Rajin2la berdetox kalau nak kurus

Aku suka amalkan
detox ni...penting yer kalau nak menjaga kesihatan
dan juga untuk tujuan penyeliman
sebab kalau ko makanla ubat apapun...
ataupun diet macam nak rak tp tak detox
mmg sukar proses kurus nak berlaku
lagi satu kebaikan detox ni...badan jadi cergas
& kulit pun sihat ..tp yang sebenar benarnya bukan pasal kurus yang penting untuk kesihatan

detox yang terbaik adalah berpuasa
(Ingat2la ganti puasa tu yer hehe)

Selain dari detox tea yang biasa aku amalkan
aku cuba jugak cara2 detox yang lain

Dapat sample percuma apalagi teraila keberkesanannya
& mau share dgn u all kot2 ada yang pernah mencuba
yang ni pun first time aku cuba
tak pernah tengok lagi dipasaran

Cara pengambilan diambil before
samaada breakfast atau dinner

Inilah rupa serbuknya....bau jer dah satu macam tapi nak detox punya
pasal telan!!aku tak ingat sangat kandungan lain
tapi main ingredient ialah spirulina (sebab tu kaler hijau kot)
& serbuk kelapa sawit
...lain tu more to fruit & vegetables

Kena ada shaker yer kalau nak minum detox ni...nasib baik aku simpan
shaker beli nescafe ni
lepas tu apa lagi goncang2kanla
sampai sebati

Amik inilah rupanya kaler hijo...takper jgn risau rasa dia tak ler begitu teruk
cuma bau dia yang tak tahan so bila minum rasa macam gel
so nak tak nak telan ler kot ada yang tak tahan buleh tutup hidung hehe

Buah buahan pun detox yang terbaik....so kalau aku takde selera nak ambil breakfast
yang heavy ...aku prefer makan apple with HO HO HOrlicks ajer
tapi Horlics yang low fat tu yer...kalau tak tau boleh refer kat entry ni


Psst: Tapi INGAT!! semasa berdetox kena minum air banyak2 yer nak kasi buang toxin

Sunday, November 21, 2010

Nyamannya rasa coklat

Saja nak tukar selera...macam2 la aku ni
nak mencuba
yelah asik milo2 boring daaaa

sekali sekala mau la cuba yang lainkan

Cadbury pulak
kalau coklatnyer sedap mesti airnya
pun sedapkan
mesti kena terai ni
harga pun lebih kurang milo
jer..milo pun dah mahal la ni
RM12.90 kalau tak silap

aku sukakan balang ni kiut
boleh recycle

Kalau air coklat ni aku suka minum waktu petang or malam
kalau nak diet minum ni pun dah kenyang
nak2 peminat chocolate kan

Psst: aku nak pi makeover ni kalau rajin...tp appointment dah buat...kalu ON aku update naaa


Sunday, August 29, 2010

Bersahur aku mesti minum non caffeine

Dulu lain sekarang lain
Tahun tahun sebelumnyer kalau bersahur mesti aku nak cari
nasi tapi tahun ni lain
aku dah tak cari nasi
sbb tak laluler

So aku makan roti ajer
sama ada breakthru or roti paratha
cicahler dgn lauk balance berbuka
tak pun makan dgn telur
tak sahur lak kang sayang pahala melepas begitu ajer
nak minum air ajer kang
takut letih lak nak puasa

Dek sebabkan minuman caffeine ni kan tak bagus sgt
& akan buat perut berangin
so aku beralih arah minum hot chocla

eksen dah bosan dgn Milo
Aku pun merapu pi beli brand ni
ada a few flavours tapi aku saja jer nak terai yang ada marshmallow

Mr Y aku kene buat air lain dia tak mo hot choc
either dia minum coffee or tea

Yang bagusnyer minuman ni
low calories...ni aku beli kat supermarket SOGO
dgn harga RM12

Psst: Tekak aku sedapler tekak korang aku tak tau ler hehe

Tuesday, August 10, 2010

Cafe Tanjung

Sebelum naik ferry nak balik tu singgah dulu lepak
kat cafe yang ala2 kopitiam
namanyer Cafe Tanjung..
aku tertarik nak lepak sebab tngk deko kat situ..
Memangler mula2 macam bess ajer
lepas tu???

Air durian belanda blended ni sedap Mr Y punyer
asal dia order mesti sedap

tapi asal aku order mesti tak sedap
ingatkan kalu cafe harus ler coffeanyer sedap
alahai rasa cam hampeh tullah
aku sedut dua tiga kali pastu aku tinggalkan
lain mcm betul rasa kopi tu pastu manis
pantang betullah kalu buat air manis2 ni
mau kencing manis dibuatnyer....

Tapi aku rasala cafe ni indah khabar dari rupa
nampak gambar bukan main meriah tapi
mmmm cam entahla

Mr Y la ni sejak kopitiam ada issue dgn "HALAL"
asal aku nak singgah kopitiam
dia bising tak mo2...mau cari betul2 melayu punyer kopitiam
susah & kekadang tak bess
sbb depanyer roti bakar tak sedap
kalau takat ala2 mamax punyer roti bakar baik aku
makan jer kedai mamaxkan...murah2 pun murah
huhu

Psst: Makan tak order sebab kenyang breakfast tu masih terasa....hehe

Sunday, August 1, 2010

Ho!Ho!Ho eee I takut gemok

HO!HO!HO!
Good morning kengkawan....
Dulu masa kecik2 memang ler mak kasik minum
Horlicks sbb nak membesar
tapi bila dah besar
tengok Horlicks nyorok
telan air liur
takut gemuk walaupun tau rasanyer yummy

tapi sekarang tak perlu bimbang
kerana tauke company Horlicks
dah cipta minuman untuk yg berdiet
la ni kan apa yg kita makan semua kene lesss
tak buleh nak lebih kang penyakit pun dtg menyinggah
takut...

tu dia yang penting less sugar & low fat
aku pun dah bosan dok minum MILO
sekali sekala mau ubah selerakan
cepat tul aku ni bosan
dulu giler dgn Nesvita

Nampak tu korang jgn gatal2 letak susu
pulak
mau tambah kalori lagi
letak jer dalam cawan isi air panas mudahkan
untuk breakfast or teatime

takdeler rasa nak mengunyah ajer
diam sikit perut tu takdela bunyi lagu rock
mintak diisi...dari makan goreng pisang
yang berminyak tu tak pun kepok lekor
baik minum ni

Malam pun bagus as a dinner
act cam Kalsiumkan
ada gandum & Barli
bolehla tidur dgn lena

Psst: Mana nak pi perayap ni...huhuhu

Friday, July 30, 2010

Ingat korang jer ada blog!!!!

Insyallah atas sambutan yang sungguh menggalakan akan aku bikin
itu GIVE AWAY
don't worry kalau dgn Posh pernah ker kasik yang susah2 tak pernahkan???
sbb aku pun tak suker yg jenis contest menyusahkan idup

Jalan punyer jalan aku jumpa satu tempat jual
air cam bess ajer sbb nama
this place
"COOL BLOG"
sesuai ler dgn blogger tegar cam aku
sambil blog sambil minum air ni
pastu gegel sbb sejuk bebenor
kasik taw awal2 ni aku jumpa kat mana lagi
BERJAYA TIMES SQUARE ler
dekat dgn cinema

Yang membuat aku tertarik lagi bila terpampang gambo besar
"CENDOL"
masa tu mmg aku tingin nak cari CENDOL
mamax punyer
malay punyer aku tak mo

Hati dok berbelah bagi aku ni kan suker gak kopi2 ni
pastu tengok lak oreo pun yummy
mana satu nak pilih

Ini cam topping dia ker apatah
satu good about this place
yang rege pun tak berapa mahal
kalu kosong RM1.80 agak akulaaa
kalu yang tambah2 tu dalam RM3++

service depa ni baik2 belaka ko tanya apapun depa jawab baik ajer
takde muka masam rasa aku cam nak lempang ajer
kalu tak suker jgn keje dok umah diam2

ni yg aku suker kalu service baik punyer
staff kat situ pakai baju kaler PINK ala2 fuschia gitu
sbb aku mana nak yang kosong nak yang ada pearl tu
so boleh kunyah2 baru syiok ooo

So aku ikut ler first naluri aku mahu cendol...
mak aiii sodap lagi dari cendol mamak
...tapii....ada tapi nyer sbb ais tu yang aku tahan
pastu bila ko dah syiok sedut yg tinggal ais ajer
lambat lak nak cair

Ingat lunch ni tak nak makan
nak pi terjah ISETAN kat saless kaw kaw punyer
so aku mau tapau air saja...
mau cool blog or coffeee Beans...
yang mana satu yer

Tapi aku suker stirrer ni kiutkan..

Psst: Chow dulu mau skodeng ISETAN Salessssss...