Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

Friday, March 16, 2012

MANIA Kasi Gegar Di Astro Ria 104!!!


Tak sabar nak tengok MANIA
rancangan terbaru Astro
saluran 104
pada 17 Mac 2012
Sabtu
8.00 malam


Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi 
hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari 
Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani 
yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% 
dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara 
iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.

Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 
dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000

Senarai peserta Hot Seat Mania
1. Idayu
2. Akma
3. Noni
4. Ebi Kornelis
5. Shawal
6. Riz
7. Toi
8. Nadia
9. Aishah
10. Aril
11. Daus
12. Maulana
13. Azri
14. Kay
15. Lena
16. Erul
17. Fina
18. Chaq
19. Fiq
20. Mohd

Mesti bess ni sbb peserta pun power2 ni...tak sabo nak tengok malam esok!!

Psst:Tingat masa zaman AF giler afundi betul dgn Riz...sekarang ni tengok cam hampeh jer dia...

Monday, August 8, 2011

Berselindung Di Sebalik Kaabah bess citer ni

Mula mula tak nak layan sangat citer ni
yelah sejak puasa ni aku suka tidur awal
walau sedap mana pun aku tak layan aku lebih rela tidur
tapi makin dilayan bukan makin syiok tapi makin geram
dgn "Rina" lakonan mantap
Zarina (AF2)
(aku tengok lakunan dia ni makin lama makin bess pulak...padahal aku bukannya suka sgt pun
nak watak2 nampak baik tp sebenarnya jaat mmg berkesan..sbb ekperesi muka kot)
yang sebenarnya jahat tapi berpura2
alim...
(Ni mmg pantang tok nenek tullah..nak2 jenis yang berselubung bagai ni...pura2 alim tapi perangai ya amat)
Aku cukup geram...sampai tak sedar yang itu hanyalah lakonan semata2

Malas nak citer banyak
korang bacalah sinopsis ni

Drama Berselindung di Sebalik Kaabah ini akan menampilkan lakonan hebat Zarina Zainoordin (Zarina AF) sebagai Rina, Izreen Azminda (Cikgu Zakiah Juvana ) sebagai Maya , Didie Alias, Eizlan Yusof sebagai Datuk Kamal dan juga Fir AF sebagai Remy

Rina seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar. Rina mempunyai adik bernama Maya.

Ayah mereka, Datuk Jamal menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy, teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri.

Tiba-tiba muncul pula Mak Yam yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu.

Nak lebih trill lagi korang kena tengok sendiri....bagus untuk menginsafkan diri
nak2 yang suka menipu untuk kepentingan sendiri sampai tak kenal siapa yang ditipunyer
mak...ayah...adik beradik...
dosa belakang kira...
sampai sanggup kata yang diri tu kunun2 ada penyakit barahla...jantunglaa...
(Allah kasi betul2 penyakit tu baru tau)
gimik camni aku dah biasa sgt dgr.....mestila orang terpedaya sbb kesian
pastu guna isu tudung...asal pakai tudung jer baik...yang free hair jer tak baiknyer cepat ajer
kena tempias...
So don't judge a book by its cover....yang kalau bertudung tu buatla cara betul2 bertudung...
jgn ler memalukan agama sendiri...

Anyway tabik spring pada pengarah drama ni...sbb bess sangat sampai aku tak tahu siapa pengarahnya...

Kot kot ada yang terbabas tak tengok lagi...jgn risau ASTRO kan suka jer ulang tayang.

Psst: Moral of the story kalau nak menipu ke apa ker jgnla sampai guna isu agama ataupun sebut2 nama Allah..

Monday, November 22, 2010

Kalaula ada yang lain

Hari ni mmg takde mood langsung nak update blog
kalau buleh nak blogwalking
jer...tp cam tak lengkap pulak hidup kalau tak update
nanti kang rasa gundah gulana pulak

Nak tau sebab apa sebab inilah
dari bulan berapa dekoder aku dok rosak jer semedang
hantar direct to Service Centre
Philips kat Seksyen 14 tu pun tak sampai 3 bulan rosak..
baik pastu rosak balik

Dah nak dekat seminggu lebih tak dapat tengok Astro ni
rasa cam pening sgt...almaklumla dah tak reti nak tengok chanel biasa tu
arial pun tak kat mana dah
huhu

Ingatkan buleh ler happy sat walaupun dapat dekoder yang jenis lama ni
berangan dah balik keje kang leh layan CAHAYA kononnyer
(sampai la ni aku tak tau pun yang terjadi huhu)
sekali dekoder lama ni pulak not compatible dgn piring astro yang baru
bertambah2 ler sakit pening pale aku

So nak buat apa lagi telefon CS Astro lagi sakit jiwa
macam2 jawapan bagi...
So finally dapat cakap dgn CS yang betul2 boleh tlg selesaikan
masalah aku
tutup existing a/c ni
pastu subscribe new one....
just bayar RM199..ingat dgn Astro semudah
ABC takde maknanya
aku kena pulak tunggu confirmation for
termination of account...nak subscribe baru pulak kena tunggu lagi sampai 2nd Dec
masak!!! betulllah
alasan depa tgh upgrade system...

Yang paling bess CS boleh bagi jawapan yang berbeza2
takde training ke depa ni
mmg nak kena sgt la ni...

Kalaula ada yang lain tak hingin aku nak amik ASTRO ni
mengalahkan nak bukak akaun kat bank
yang dia tau semua nak cepat
tapi service BAD!!!!!!

Psst: Dok kata kat Mr Y astro takde lama ni nak buat apa...dia kata karaoke...sabo jelah huhu

Monday, December 7, 2009

Astro buat hal

Nak duit mcm "nuffnang" silala klik2 CATCHEYE
Korang thanks sbb still sudi klik2 my nuffnang
kalu iklan tu asik tido jer
korang clear "cookies"
pastu refresh or tekan F5

Salam "Monday Blues" boring jer nak dtg keje ari ni...yelah dah seronok cuti 2 hari.....eee tak cukup baper hari lagi mau cuti...hehe beselah bila nak start keje on Monday feeling mmg cam gitu...

Today aku nak story pasal ASTRO yang hampeh...
bayar nak ontime tp service entah apa2..nasib baik ko ni takde competitor..kalu ada tak hingin aku nak subsbcribe.....


Dah takde ASTRO terpaksala guna Aerial ni
bukannya bess pun tengok channel RTM, TV3, TV9
gedik la tu sbb dah terbiasa leh tekan bnyk2 channel kat ASTRO
huhuhu


Ni ler dekoder yang "blackout" tu....

ASTRO nyer CS mmg loklaq betulla
bila aku call nak tanya pasal service centre
mati2 dia dok suruh technician depa mai umah
aku dah suspek ni mesti ada udang di sebalik meee
mesti mau charge kaw2
bukan apa kalu depa mai ajer RM50 kene bayo
lum check apa2 lagi
pastu kene tunggu 48 hours nak dtg lak tu

Disbbkan taknak ASTRO nyer technician mai dtg repair
kami pun pi ler hantar kat service centre
Last2 aku find out sendiri...pi ler service centre
yang located kat menara AXIS tu...


tunggu nyer lah lama dah ler aku nak masuk keje ni
baiknyer receptionist...tak tau pi mana
lama gak aku tunggu last2 ACI tu kasik taw
"here no more servicing ASTRO"
pastu bagi aku location map suruh aku pi kat
service centra lain... dgn alasan "shifted"
aku pun percaya jelah...


punyerlah jenuh mencari rupanyer
kat SafeGuard building
location map pun tak betul....
hepi lah bile jumpa kunun2 leh ler settle masalah


ruper2nyer hampeh lagi "enge2" ni kasik taw sini tak leh
bikinlaaa...kt tak buat lagi...
beselah temperature aku pun naikla
90% ....ada ker patut dia suruh aku p
outlet kat puchong...mau ko tak hangin...satu info pun tak tepat
mula lah kene "maki" free"
korangnyer mgmt tak update or train
korang ker supaya tak susahkan hidup customer

Last2 aku balik jer dahler call outlet yg kat puchong tu tak bukak on weekend
terus gi keje...rasa cam nak MC pun ada
last2 dpt info leh buat kat seksyen 14
itupun Mr Y nyer collegue yang kasik taw
sini saturday pun bukak taw



Lege finally dah repair..kene RM100
for korang nyer info kalu leh jgn caya cakap ASTRO
bila dia kata tak yah cabut plug astro mcm cambut plug TV
aku nyer dekoder black out ni sbbkan kene petir lah ni
la ni kalu aku kuar gi keje jer habis sumer plak aku cabut
pandai jer nak menipu
hati2 dgn astro ni banyak nak "hidden charges" nyer

Psst: Aku kekadang ada gak kagum dgn mereka yg "kaki tipu" ni kan...hebat sungguh ilmu mereka...apalah agaknyer ilmu yg mereka pakai...siap sumer org leh jatuh kesian ...adakah itu satu kurniaan atau mereka mmg pandai betul menipu shingga org boleh terpedaya dgn kata2nyer...sampaikan ada yg sanggup menipu menyatakan dirinyer sakit semata2 untuk mendapatkan wang....kalu betul duit itu digunakan utk mengubati penyakit takperlah tetapi kalu utk tujuan lain....camno tu...skali Allah betul2 bagi sakit baru taw....eeeee camni punyer manusia pun ada...mungkin korang ingat ini hanya khayalan semata2 tapi ini adalah kisah yang benar2 berlaku...so berhati2 lah dgn mereka yg kaki menipu....kalu dah jenis menipu ni sampai bila pun OTAK dia geliga utk terus menipu.....anyway mungkin di dunia kita leh buat selamba badak mcm takde apa2 yg berlaku...akhirat nanti jawablaaaaa...renung2kanlaaa & berhati2...