Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label reality show. Show all posts
Showing posts with label reality show. Show all posts

Friday, March 16, 2012

MANIA Kasi Gegar Di Astro Ria 104!!!


Tak sabar nak tengok MANIA
rancangan terbaru Astro
saluran 104
pada 17 Mac 2012
Sabtu
8.00 malam


Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi 
hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari 
Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani 
yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% 
dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara 
iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.

Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 
dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000

Senarai peserta Hot Seat Mania
1. Idayu
2. Akma
3. Noni
4. Ebi Kornelis
5. Shawal
6. Riz
7. Toi
8. Nadia
9. Aishah
10. Aril
11. Daus
12. Maulana
13. Azri
14. Kay
15. Lena
16. Erul
17. Fina
18. Chaq
19. Fiq
20. Mohd

Mesti bess ni sbb peserta pun power2 ni...tak sabo nak tengok malam esok!!

Psst:Tingat masa zaman AF giler afundi betul dgn Riz...sekarang ni tengok cam hampeh jer dia...

Wednesday, March 14, 2012

Peserta Mentor Musim ke - 6!!!!

Suker gak sekali sekala layan "Reality Show" tapi tengok jenislaaa
late ni yang aku layan pun The Voice season 2
suker sgt!!!
Kali ni dok tunggu Mentor musim ke-6 pulak
tu pun bersebab sbb aku minat sgt dgn kemunculan 
"Rock Diva"
I likee her so much.....
dah 42 tahun pun still vogue hokey!!
still menten rowk...tapi protege dia tak taula camne 
kita tunggu yer...rowk ke idak!!!
Ella mmg tiada pengganti...
dan juga hakak ogy yg legend dan mulut cam tooottt
mesti happening mentor kali ni

tak lupa utk hakak
"Ramlah Ram"
walaupun aku tak ler minat sgt tapi aku sore dia
hi pitch!!!
tengok "protege" cam power jer...

So nantikan Mentor Musim ke-6 pada
yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA,
Shah Alam pada Ahad18 Mac 2012 jam 9.00 malam.

Tak sabar nak tengok siapa bakal memenangi
RM100,000

Senarai Mentor dan Protege

Ella ~Caroline
Ramlah Ram~Ana Syuhada
Faizal Tahir~Anas
Fauziah Dato’ Ahmad Daud~Zatul
Adam AF
Ferhad~Wanie

Psst: More info pls visit budiey.com 












Saturday, February 11, 2012

MaklumBalas Dang Suria ~ Saya Tidak Sekejam Yang Ditonton ~ Piiiiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Minah "Flower Horn" ni bagi maklumbalas kat MSTAR 
dengan menyatakan yg beliau tetap tidak bersalah memberi kenyataan
realiti show "ONAIR"
untuk cerita sebelumnya boleh refer kat entry ni
Tak pasti ni gambo sebelum bibir di botox atau tidak
rasanya sebelum kot

Pengacara popular Dang Suria Zainurdin menjelaskan kritikan pedas mengenai paras rupa dan fizikal peserta dalam uji bakat rancangan On Air ada sebab-sebabnya yang tersendiri, bukan sengaja mahu bertindak kejam.

Dang Suria yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

"Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.

"Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu," selorohnya.

On Air yang telah memulakan siarannya pada pukul 9 malam Rabu lalu itu mendapat kritikan hebat daripada penonton selepas menyaksikan komen-komen pedas daripada salah seorang jurinya, Dang Suria.

Kata-kata pengacara itu dianggap biadab sekali gus telah menjatuhkan maruah beberapa peserta kerana mengkritik mengenai fizikal dan paras rupa.

Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.

"Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.

"Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.

"Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

"Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.

“Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga," tegasnya.

Tambah isteri kepada penulis lirik Ad Samad ini, para peserta juga perlu melalui kritikan daripada awal lagi kerana apabila menyertai dunia hiburan, sekurang-kurangnya mereka telah bersedia daripada segi mental.

"Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat.

"Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama.

"Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

Psst: Apakata DS pi komen kat Mahathir Lokman ...Suhaimi ...or Adibah suruh jgn jadi host sbb berbadan besar...DS yg katanyer santek sgt tu berjaya and popular sgt ker....Aku mmg setuju fizikal tu penting sbb org Malaysia mmg tak dinafikan suka tengok yg santek2 dan kacak termasukla aku...tp tengok bidang apala...kalu macam hiburan utk lakonan atau nyanyian tu mmg partly la kan tp kalau nak jadi host tak perlula sgt....yg penting gaya penyampaian dan suara mantop ...fizikal jatuh nombor...DS tu cuba org komen "naper bibir u macam Flower Horn ...marah tak" mental pompuan ni..Normala Shamsudin yg mmg sah pofular tu cool ajer...

Thursday, February 9, 2012

Keranamu Dang Suria "Flower Horn" trafikku naik ~ Mekasih Meh Belanja Roti Canai!!!

tajuk melampau!!!!!!marah DS.....
tulah ini pun bahana entry DS
yang tak taula siapa pilih jadi  juri untuk
realiti TV On Air
sesuai ker dia nak jadi juri...pofular kerr

Lantak ko la DS....ker ni taktik nakkan publisiti murahan
sbb kepofularan dan semakin merundum
budak2 yg pi audition tu pulak jadi mangsa
boleh jer nak komen tapi biarla membina
contoh dari segi penyampaian ke...

ni tak fizikal pulak yg persoalkan
sekurang2nya peserta audition yg kena sound tu bersyukur
sbb tu ciptaan Allah S.W.T
daripada yg tak puassss dgn ciptaan tuhan siap enjik2 tukar apa cerrrrr
yang penting still nak ucap mekasih kat DS sbb menaikkan traffik aku utk hari ni
Takper2 cool down biarlaaa DS tu nak meroyan....yg penting kita minum dulu

Mana cukup teh tarik ajer harusla pekena roti canai....


terbaek tawww dari restoran Sarip Kundang Sg Buloh...betul2 berdekatan dgn Tasik Biru
pagi2 sinilah kitaorg breakfast
punyala pack org ...tp mmg sodapla roti canai +
kuah dal tapi campur sardin...
(lupa nak amik photo kuah sbb sedap melayan roti ni)
melampaukan satu tak cukup sampai 2 keping.....sambil jeling manja kat org sebelah...

Memang sedap dah ler lembut....kalau mamak punya boleh baling kat dinding
lepas tu berminyak......aku siap tapau utk dinner lembut lagi

Tak caya cubalahhh!!!senang jer cari sampai jer tasik biru....mmg semua org tahulaaa
kepofularan "Sarip roti canai"

Moga jadi peringatan utk DS supaya berhati2 bila bercakap


Psst: Ingat!!! pakai otak bukan paler lutut  sebelum cakap...kalu kita perasan kita lawa...ada org lebih lawa dari kita tp yg penting cool!!!

Over Betullah "Si Flower Horn" Dang Suria ni!!!!!!!!!!!!


Santek ker kau.....
mula2 aku baca kat beautifulNara jer dah terbako
agak2 ler nak kasi komen....
tah yah ler hover.....kalau ko pernah menang 
host TV terbaek takper la nak kasi komen harem camtu
frankly speaking aku tak minat dan tak tengok langsung realiti show ni
entah cam tak bess ajer
Padahal dulu punya aku layan gak


masalah emosi kot  perempuan ni...aku adala tengok sekejap2
dapat gak la rasa sesuatu
(chewah cam ada six senth ler pulak)
yg pompuan ni pasti jadi kontroversi....
sibuk nak mempertikaikan fizikal org
betul gak luahan pembaca ni...bukan nak masuk pertandingan ratu santek...
tapi utk mencari host terbaek...kalau dia komen camtu ibarat DS macam mengutuk 
Suhaimi ni....fizikal dia pun ala2...tp cara dia penyampaian dia bagus
berjaya jugak


Kredit to beautifulNara

Ini ialah satu email panjang lebar yang Abang Nara terima sebentar tadi. Senang cerita, email ini meluahkan rasa tidak puas hati seorang pembaca kepada Dang Suria yang bersikap agak biadap di matanya ketika rancangan OnAir malam tadi. Baca dan hayati luahan hatinya yang sungguh padu ini.
Hi abg nara,
Td saya tgk satu audition realiti show dkt astro ria, nama show dia on air. Show ni utk cari pemangkin hos yg kononnya nak gantikan aznil. So, judge show ni ada 3org; aznil,sorg tak tahu ape nama and dang suria.
Yang saya tak tahannya dang suria ni sumpah biadap! Ada sorg contestant lelaki ni pnyalah dah smgt audition, dang suria ni direct je bg comment ‘jujurla,saya rasa awak ni tak handsome lgsg, so awak tak lyk utk show ni’. Mcm tu la lebih kurg ayat dia. Sah2la lelaki tu bengang gila.
Then ada satu part tu, tunjuk part dang suria comment lg lelaki tu kt tmpt lain. Ayat dia lebih kurg mcm “mmg bdk tu tak handsome lgsg,saya rse penonton akan tukar channel sbb benci tgk muka bdk tu tak handsome, sorryla dia mmg tak lyk”. Confident je dia ckp mcm tu ei. Biadap gila la!
And then ada pulak part yg tunjuk sorg bdk pmpn dtg audition. Bdk pmpn ni gemokla.
And then dang suria selamba je comment “adik balik, dah kuruskan bdn, pinggang dah ramping baru dtg blk audition, dtg kl nak audition jd hos dgn bdn mcm ni tak payahla”. Lebih kurang mcm tu la ayat dia. Sah2la budak tu bergenang air mata satu baldi.
Saya bkn apala kan, saya tak boleh la tgk org yg pemikiran dia shallow gila mcm dang suria ni. nak bagi kritikan, bagila yang membina bkn menjatuhkan. Dia buta ke rabun, saya tak tahu la kan. Adibah nor ok je jd hos? survive je?oprah winfrey tu kurus sgt ke?cantik sgt ke? Billionaire lagi.
Saya ckp direct la kt dang suria, awak memalukan diri awak je dgn bagi comment2 mcm org tak habis sekolah. Bg kritikan itu perkara yg bagus, tp biarlah kritikan membina. Ini kutuk fizikal org, dah memalukan and mcm menghina org lain da.
Ayah saya pun geleng kepala dgr comment dang suria. Tak perlu biadap sgt. Rasanya nak mencari yg terbaik tak perlulah sampai nak menjatuhkan org lain.
Lainlah audition beauty peagent ke, jejaka paling kacak malaysia ke apa ke. Saya fhmla jgk. Duh..
And lagi satu, kalau rupa tu penting sgt. Asal judge lagi sorg yg saya tak tahu nama tu boleh jd hos? Tak handsome pun? Siap boleh jd judge lg. Ok je? Saya pernah la tgk dia kt tv jd hos, tp tak tahu nama apa. Okla, sbb dia ade input utk di kongsi kan tp biasa2 je la.
Then kenapa tiba2 rupa tu penting sgt smpi nak direct maki fizikal org lain? Igt, yg gemok, yg hodoh tu ciptaan Tuhan jgk ye.
P/s: dang suria, sorry to sayla, kalau awak tu cantik sgt tak perlu la cucuk botox kat bibir smpi nmpk mcm kena sengat tebuan kan? Opps.



Psst: Malas aku nak komen panjang2..." Lu Pikirla sendiri" sampai sekarang aku dok terfikir naper bibir dia camtu yek....ciptaan Allah ataupun buatan sendiri....

Monday, January 9, 2012

Ezani Juara Masterchef Malaysia Pertama

Aku tak tengok pun finale Masterchef malam tadi...
ruginyer...tapi takper Astro kat ada ulang tayang sampai banyak kali...
aku mmg minat sgt dgn rancangan 
Masterchef
daripada tak berapa minat memasak...
dek kerana rancangan ni jugakla
 aku  dah mula minat pada memasak
dan melalui rancangan ni jugakla bnyk teknik memasak yg aku pelajari...
especially teknik memotong bawang....
betullah org kata memasak ni tak susah
yang penting tau teknik...insyallah menjadila masakan tu

 Apa2 pun nak ucapkan tahniah pada pemenang Masterchef
yang pertama
iaitu 
"Dr Ezani Farhana Md Monoto"
(aku suka tengok gigi dia santek tersusun...maklumla doktor gigi harusla gigi pun santekkan)
dengan gelaran tersebut beliau berjaya menjuarai hadiah bernilai 
RM100,000 
dan
menerbitkan buku masakan sendiri...
dengan tema 
“The Meal Of Your Life” 
tabik spring gak ler pada Wahidan...walaupun hanya peladang tapi terer masak ooo....
tapi rasanya Ezani berhak menang...sbb dari mula sampai akhir beliau konsisten dan jarang masuk untuk penyinkiran...

Psst: Bidang masakan mmg bess...nak2 kalau org suka apa yg kita masak...

Monday, October 26, 2009

Jom Berdansa



Aku mau buat review untuk sehati berdansa minggu pertama....aku suker sgt rancangan realiti ni sbb bukan kerana aku minat sgt dgn contestant yg masuk...pernah ler "giler" & "murah ati" kasik sms pada " Amyza" dulu sbb nyer nyampah tngh couple yg juara tu......anyway aku suker Amyza Adnan sbb dia always low profile...

Tapi sbbnyer aku mmg suker "dance" walaupun aku tak ler pandai dan walaupun dulu Mr Y bekas choreographer kat MBB(dulu yer)...sekarang ni dah retired kalu tak mau aku suruh dia apply jadi "Ahmad Kasan"...hehe...

aku suker salah satu sbbnyer pun coz aku sgt malass nak exercise...so utk kasik feel exercise balik...harusler aku start with "dance"...tak kisah ler janji kalu terkinja2 camtu konpom satu badan lencun ooooo....mau kasik burn the calorie....dance is a good choice...jom2 kita menari

Klah meh kita start dgn "sehati berdansa" musim ketiga minggu pertama...tp contestant kali ni mmg bess....

Malam Hip Hop

1. Sazzy & Nazril
Impak maksima
Ulasan: Aku tak berapa minat couple ni...cam budget dia konpom menang...yelah tapi aku akui yg Sazzy menari mmg bess maybe sbb badan dia yg kecik molek tu...hubby dia cam gabra sikit asik2 tngk wife dia ajer...
Bintang: ***/5

2.Dira & Ash
Anak Ayam
Ulasan:Entah cam tak bess jugak...dari mata aku ler...tapi juri cam suka jer...hubby dia pun kaku gak kena bnyk prektis
Bintang:**/5

3.Mirna & Noorah
Low
Ulasan: Aku suker tngk wife dia...mmg melentik betul masa dia menari...hubby dia hancusss kerasss...tngk bini dia pun cam pandai menari jer....juri pun puji kata femaler dance yg paling bagus malam tu....
Bintang:***/5

4.Ismadi & Anita
Boom Boom Pow
Ulasan: I like this song....besss ooo kalu menari.....Anita menari oklaaa especially dia ada expression muka yg seksi...hubby cam bese mmg kaku maku...hehe...aku pun tak perasan laki dia tngk Anita jer...
Bintang: ***/5

5.Oshin & Firdaus
Pakai Buang
Ulasan: Juri kata pasangan ni bagus...tp aku tngk cam berhati2 sgt...tp disbbkan depa dapat lagu bess & my fav aku layan gak ler...sambil aku pun tergedik2 menari...kuang2...
Bintang:***1/2 - 5

6. Didie & Sham
Tukang gempak
Ulasan: Paling aku suker....enjoy especially Didie...confident giler & nampak she'e really enjoy the dance...hubby dia mula2 malu lepas tngk wife dia happening dia pun last minit mau tunjuk skill gak....bess2
Bintang:****/5

7. Sein & Nana
Mei Man Fa
Ulasan: Tak leh nak cakap apaler Sein aka Husin....elok2 nama Husin nak jadi Sein ler pulek....dulu kat kumpulan apa tah tak ingat dah tp kan main geng dia si CAT FARISH...judges yg entah apa2 sbb kroni kasik markah tinggi2...ini tidak adil..padahal dia ni spoil sbb bini dia tak bess menari...huhu...male dancer yg paling menyerlah malam tu...
Bintang:***/5

8.Isma & Zul
Come & get some
Ulasan: Walaupun aku tak berapa minat tp disbbkan malam tu kedua2nyer menari dgn begitu cantik & sharp...terus terminat...aku ingat depa leh jadi juara musim ketiga...persembahan mantap....kelass anak lima pun leh menari camtu....aku tngk pun terlopong...couple paling menyerlah malam tu
Bintang: ****1/2 -5

9.Enot & Zainol
Hip hop era remix
Ulasan: Aku speechless...aku kagum sgt dgn ENOT...walaupun body dia wooowww tapi semangat dia tinggi...and she can dance...aku pun suker gak couple ni cute....cayalah enot...
Bintang:***/5

Wat suspen jer mlm tadi ..sah2 ni auta si ASTRO nak kasik org undi banyak....ingatkan Mirna & Noorah yg tersingkir...rupa2nyer tiada yg tersingkir....tapi utk musim ni aku sukerler sbb takde lagi pasangan yg berlagak cam dia sorang jer ada somi...kuang2...

Ini adalah my own opinion berdasarkan my own observation & takde kena dgn sesapa pun....

Peratusan markah yang diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti sebelum dan selepas undian ditutup (Auta gak ni)....hehe

Sebelum undian ditutup:

Isma 54.77
Dira 54.39
Sein 50.85
Sazzy 47.80
Didie 45.60
Oshin 45.19
Enot 43.91
Anita 43.64
Mirna 40.69

Selepas undian ditutup:

Isma 54.59
Dira 53.55
Sein 50.51
Sazzy 47.73
Didie 45.56
Oshin 44.84
Enot 44.76
Anita 44.49
Mirna 40.71

Psst: Kalu mau body " melentik" jomler kita berdansa...kalu tak tau step pun hantam sajalah labu...janji badan leh goyang2...hehe...aku dgr ENOT loose 10kg for sehati berdansa...aku pun mau loose weight jgk...hehe