Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, February 20, 2012

"Jujur aku Dayus " lakonan mantap Beto Kusyairi mampu buat nanges!!!!!!

Mesti ada yg tengok cerekarama "Jujur Aku Dayus" hari Sabtu
aku mula malas nak layan sbb tengok 
hero cam tak bess ajer...tp tekaan aku meleset
citer ni walaupun pada mulanya cam bohsan ajer
tapi tunggu punya tunggu dah pertengahan tu besslaa
sbb dari mula sampai nak dekat pertengahan tu masih tak tahu
apa masalah si suami lakonan 
"Beto Kushairi" yg dingin jer dgn isterinya
lakonan "Nora Danish"

mulala dok teka2 betul ker si suami aka Ed ni ada skandal..
sbb tetiba muncul pulak Irma Hasmie 
(bekas tunang Ed pulak tu)
pastu pregnant pulak sampai nak gugurkan kandungan...apa cerrrrr
jenuh otak aku nak pikirkan ending...

Pastu dah nak ending baru dapat tau si Ed ni keciwa sakan sampai 
eksiden disbbkan kunun2 nak buat suprise
ternampak isterinyer aka Lis
"tidur" dgn bekas pakwe lakonan Zul Arifin
tak ke meroyan kawan tu sampai eksiden...

Rupa2nyer si Lis ni kena perangkap dgn ex bfriend dia
ala cam biaselaaa letak ubat tidur dlm minuman
pastu tau2 dah ada kat tmpt tidur...kat situ mmg adalah tak logiknya
sbb as a wife kita kenalah jaga maruah...mmg tak leh langsung nak keluar berdua duaan dgn lelaki lain...
tp lani dunia sebenar pun aku tengok cam takde apa
bila si isteri keluar berduaan dgn lelaki lain
pastu blh bg pulak bergambar dgn bukan muhrim
siap pegang2 lagi...entahlah pokok pangkalnya diri kita
aku walaupun nampak brutal camni...bab2 ni aku cukup jaga...
pesan suami harus diingat mesti ada sbb kalau dia kata tak boleh...
sbb benda2 ni boleh menimbulkan fitnah....
dah puas aku membebel korang layanla sinopsis
rasanya kalau ada yg tak dapat tengok leh saksikan
kat Tonton

Jujur Aku Dayus

Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.
Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie

Memang mantapla lakonan "Beto Kusyairi" ni...walaupun tak sekacak mana
badan pun tak ketol2...tp bisa buat aku nanges kalau dapat somi seromantik ni bessnyer
yelah walaupun sayang giler dgn seseorang kalau betul2 dah curang tak ker dayus
kalau tak "lepaskan" jer
tapi moral of the story dalam ni bagus si Ed banyak mintak petunjuk
daripada Allah S.W.T yg rupanya isterinya tak bersalah
 Inilah contoh suami mithali...tak main meroyan tak tentu arah
Nasib baik Beto dah kawen...walaupun dah kawen tetap popular itulah namanya betul2 talented
siapa tahu di tahun2 akan datang Beto bakal menerima anugerah


FILEM:

1.Istanbul Aku Datang(Bernard Chauly)
2.Jln. Pintas(Nam Ron)
3.Chow Kit(Brando Lee)
4.Barajiwa(Osman Ali)
5.Sini Ada Hantu(James Lee)
6.Nur Kasih The Movie(Kabir Bhatia)
7.Sesuatu Yang Tertinggal(Mohd Asrulhisyam aka Black)
8.Kami The Movie(Fizi dan Fendi)
9.Syaitan(Bade Azmi)

DRAMA:

1.Wasiat(Faisal Ishak)
2.Cita & Cinta(Azma Aizal Yusoof)
3.Juvana TV3(Faisal
4.Geng Surau(Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz)
5.Putra Pura(Johan Bahar)
6.K.I.T.A(Michael Ang)
7.Dendam Kesuma:Tun Fatimah(Zaili Sulan)
8.Apa Dosaku:Sybil Kathigasu(Bernard Chauly)
9.Lembing & Layang:Senoi Praaq(Wan Hasliza)
10.Mokhtar Dahari(Manesh Nesaratnam)
11.Warkah Terakhir:Rosli Dhoby(Wan Hasliza)
12.Pusaka(Bade Azmi)
13.Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil)
14.Kekasihku Seru(Kabir Bhatia)
15.Lima(Wan Hasliza)

TELEMOVIE:

1.Bila Cinta Berzikir(Erma Fatima)
2.Sirosis(Ayie)
3.Sesungguhnya(Haris Fadzilah)
4.Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka)
5.Kashaf Imani(Azma Aizal Yusoof)
6.Uri(Tunku Mona Riza)
7.Misteri Gua Musang(Anwardi Jamil)
8.Manggah Runggah(Nuad Othman)
9.Bila Merpati Terbang Malam(Bade Azmi)
10.6 Sharifah(Wan Hasliza)
11.Rel Waktu(Zulkiflie M. Osman)
12.Mencari Nurkhadijah(Erma Fatima)
13.Ibu Mak Mama Mummy Ummi(Emi Sufian@Pian Skru)
14.Pasukan Gerak Cepat-PGC(Haris Fadzillah)
15.Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu(Erma Fatima)

Psst: Betullah kata2 org2 tua tempat yg paling bg seorang isteri adalah disisi suami....macam2 dugaan kat luar tu bukan kira bini ke laki org main minat jer....la ni ni bini org dari lagi laku dari anak dara camno.....


Monday, October 17, 2011

Cinta Elysa ~ Botak Juvana rupanya Johan Ariff

Nampak sgt aku ni tak mengikuti
perkembangan artis Malaysia
nak tau apa cerrr

(suka nengok posing camni...so sweet)
Nilah citernya
Dok syiok sgt layan drama
Cinta Elysa
padahal citer tu bukan bess sgt pun bese2 ajer

tapi dek sbbkan "hero" dlm citer ni ala2 macho gitu
tetiba terminatlak tengok citer ni
bila tengok citer ni....tak habis2 dok kata kat Mr Y
"syg ni mesti pelakon baru tak pernah tengok pun..cam bessla dia berlakon"
ingatkan ni
1st drama dia berlakon..mmg tak tahu langsung..."

pastu tak habis2 cakap kat Mr Y...hensem la
sampai Mr Y pun naik nyampah hahaha...
suka taw tengok hero2 muka ganas camni
tak suka yang ala2 jambu gitu hehe

Rupa2nya baru tau dia ni pelakon drama Juvana
& diala si botak yang sgt2 jaat & gengster
dalam citer tu....jgn tak tahu gengster2 pun dalam hati ada taman tawww
sbb tu dpt jadi hero berpasangan pulak dgn
Fasha Sandha...
cam matching la pulak kalau betul depa kapelkan
dari si JEJAI tu baiklah si BOTAK ni
opppsss nama sebenar dia Johan Ariff taw....

Apsalla masa dia botak tu aku tak notice langsung....
dah tumbuh rambut baru aku perasan
rasanya dia ni tak botak lagi hensem laaa hehe
yang penting lakonan dia mantap
asik tengok hero lama bohsanlaaa...
mau tngk muka2 baru pulak laa...




SINOPSIS CINTA ELYSA (TV3)

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?



Psst: Jangan lupa saksikan setiap Selasa jam 9mlm (TV3)


Monday, August 8, 2011

Berselindung Di Sebalik Kaabah bess citer ni

Mula mula tak nak layan sangat citer ni
yelah sejak puasa ni aku suka tidur awal
walau sedap mana pun aku tak layan aku lebih rela tidur
tapi makin dilayan bukan makin syiok tapi makin geram
dgn "Rina" lakonan mantap
Zarina (AF2)
(aku tengok lakunan dia ni makin lama makin bess pulak...padahal aku bukannya suka sgt pun
nak watak2 nampak baik tp sebenarnya jaat mmg berkesan..sbb ekperesi muka kot)
yang sebenarnya jahat tapi berpura2
alim...
(Ni mmg pantang tok nenek tullah..nak2 jenis yang berselubung bagai ni...pura2 alim tapi perangai ya amat)
Aku cukup geram...sampai tak sedar yang itu hanyalah lakonan semata2

Malas nak citer banyak
korang bacalah sinopsis ni

Drama Berselindung di Sebalik Kaabah ini akan menampilkan lakonan hebat Zarina Zainoordin (Zarina AF) sebagai Rina, Izreen Azminda (Cikgu Zakiah Juvana ) sebagai Maya , Didie Alias, Eizlan Yusof sebagai Datuk Kamal dan juga Fir AF sebagai Remy

Rina seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar. Rina mempunyai adik bernama Maya.

Ayah mereka, Datuk Jamal menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy, teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri.

Tiba-tiba muncul pula Mak Yam yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu.

Nak lebih trill lagi korang kena tengok sendiri....bagus untuk menginsafkan diri
nak2 yang suka menipu untuk kepentingan sendiri sampai tak kenal siapa yang ditipunyer
mak...ayah...adik beradik...
dosa belakang kira...
sampai sanggup kata yang diri tu kunun2 ada penyakit barahla...jantunglaa...
(Allah kasi betul2 penyakit tu baru tau)
gimik camni aku dah biasa sgt dgr.....mestila orang terpedaya sbb kesian
pastu guna isu tudung...asal pakai tudung jer baik...yang free hair jer tak baiknyer cepat ajer
kena tempias...
So don't judge a book by its cover....yang kalau bertudung tu buatla cara betul2 bertudung...
jgn ler memalukan agama sendiri...

Anyway tabik spring pada pengarah drama ni...sbb bess sangat sampai aku tak tahu siapa pengarahnya...

Kot kot ada yang terbabas tak tengok lagi...jgn risau ASTRO kan suka jer ulang tayang.

Psst: Moral of the story kalau nak menipu ke apa ker jgnla sampai guna isu agama ataupun sebut2 nama Allah..

Wednesday, December 8, 2010

Dakwah Muharram

Salam semua sempena
Maal Hijrah yang ke 1432H
nak ucapkan selamat tahun baru dalam kalendar Islam
Masih belum terlambatkan

Memang rindu sangat nak berblog..
cuba jugaklah walaupun dapat sekejap kejap pun jadilah

Korang tengok tak citer
arahan Erma Fatima
"Dakwah Muharam"
bess betullah cerita tu
lakunan Akasha
bess sangat mula2 macam tak nak layan
tapi makin lama tengok makin
bess sebab

Best pulak lagu ni masa Akashah nyanyi ramai2 masa buat konsert Maal Hijrah bukan
dekat masjid tapi dekat Bukit Bintang
Tabik springla kat Erma Fatima kerana berjaya mengarah cerita
berunsur keislaman ini dgn begitu baik hingga menusuk kedalam hati
& menimbulkan keinsafan



Psst: Bila tengok lakonan Akashah teringat kat adik bongsu bila orang selalu gelar dia " ustaz rock"

Monday, November 1, 2010

Khayal dengan ulik mayang

Tetiba rasa cam perempuan melayu terakhir dengar lagu camni
Aku bukannya suka sgt nak layan drama2 ni
tapi aku terpukau & terleka dek kemerduan suara
ELLY MAZLIN
nyanyi lagu ULIK MAYANG
(mmg sesuai tul watak tu dgn dia ayu gitu)
tapi diubahsuai kepada rentak yang lagi sedap compare to original songs
teringat masa muda remaja dulu

lagu ni cukup pofular untuk kitaorg buat konsert masa penyampaian hadiah akhir tahun
paling tak lupa kenangan tok bomoh tu saja2 buat ker atau betul kena histeria
dek sbbkan syiok sangat nyanyi lagu ulik mayang

meh kita hayati lagu ni kalau nak aku nyanyikan pun boleh
huhu

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala




Asal usul ulik mayang

ialah dari Terengganu...persembahan yang dimainkan dgn menggunakan mayang pinang
dipercayai untuk membangkitkan semangat

Penceritaan berkisah 7 puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk
7 puteri ini berasal dari Bukit Puteri yang menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta
bantuan mengubati orang sakit melalui jampi,seru dan mantera

Tetiba puteri syiok sendiri nak menyelit jugek!!!
cuma tak bersanggul ajer hehe


Psst: Harap2 budak zaman la ni boleh mengenali mitos melayu zaman dulukan