Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Kota Lama Johor

Salam Jumaat....syioknya malam tadi hujan
mesti ada yang liat nak kejekan...

Meh sambung citer seterusnya pasal negeri Johor...belum habis lagi ni
Johor ni mmg terkenal dgn sejarahnya...
especially pasal
"Kota Lama Johor"

Sebelum nak masuk
ke Kota Lama Johor ni
kena tempuh makam Temenggong Johor..
lepas tu masuk lagi
akan jumpa kampung lama yang masih kekal..
penduduk situ pun dah tak ramai...yang tinggal pun orang2 tua..

Tu dia kisah sejarah kota lama..yang sebelah tu cam bese nak enterprem jer hehe

Kalau nak baca sila klik untuk tumbesaran...

Meh kita terjah apa yang ada kat sini....
kat dalam tu ada banyak history tapi tak dapat nak amik gambar
"photo not allowed"
so amik bahagian luar jelah

Cantek kat hasil seni bina ni...tp ni dah di bina semula yang menelan belanja
ratus ribu jugakla....

Bergambar kat pintu...eksen jer tu..pintu tu pun kunci tak leh masuk...mmm ada apa yer kat dalam tu..


Bosan sungguh menunggu Mr Y dok borak dgn pegawai muzium..aku dah agak
dia ni mmg pantang nampak muzium
dia boleh jer belek satu2...baca satu..
aku dah bosan dah ni..

So sedikit maklumat mengenai sejarah kota lama
more info rajin2 laaa datang kat sini
sejarah ni bagus utk mengingatkan kita dan juga generasi seterusnya
macamana susahnya tok moyang kita dulu
mempertahan negara kita utk melawan penjajah.
la ni kita dah "senang" mudah lupa asal usul kita...

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.

Kegemilangan Kota Johor Lama di dalam sejarah pemerintahan kesultanan Melayu Johor tidak boleh dipandang ringan. Ia pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564), dan pada zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Pada ketika ini yang wujud hanyalah tinggalan kota yang dipulihara berterusan. Kemakmuran dan kemegahan dan kemegahan kesultanan Melayu di Kota Batu (Johor Lama) musnah ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perkampungan yang sunyi, tenang dan damai.

Bayaran nak masuk ke sini adalah percuma (free pun susah mau datang...kalau bayar lagilah)...sesuai utk pelajar sekolah yang ingin mendalami sejarah Johor dan juga utk sesiapa saja yang berminat...


Psst: Tetiba rasa kembali ke zaman silam.....tp masa sampai kat sini dah petang...terasa gak lain macam....

Monday, November 1, 2010

Khayal dengan ulik mayang

Tetiba rasa cam perempuan melayu terakhir dengar lagu camni
Aku bukannya suka sgt nak layan drama2 ni
tapi aku terpukau & terleka dek kemerduan suara
ELLY MAZLIN
nyanyi lagu ULIK MAYANG
(mmg sesuai tul watak tu dgn dia ayu gitu)
tapi diubahsuai kepada rentak yang lagi sedap compare to original songs
teringat masa muda remaja dulu

lagu ni cukup pofular untuk kitaorg buat konsert masa penyampaian hadiah akhir tahun
paling tak lupa kenangan tok bomoh tu saja2 buat ker atau betul kena histeria
dek sbbkan syiok sangat nyanyi lagu ulik mayang

meh kita hayati lagu ni kalau nak aku nyanyikan pun boleh
huhu

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala




Asal usul ulik mayang

ialah dari Terengganu...persembahan yang dimainkan dgn menggunakan mayang pinang
dipercayai untuk membangkitkan semangat

Penceritaan berkisah 7 puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk
7 puteri ini berasal dari Bukit Puteri yang menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta
bantuan mengubati orang sakit melalui jampi,seru dan mantera

Tetiba puteri syiok sendiri nak menyelit jugek!!!
cuma tak bersanggul ajer hehe


Psst: Harap2 budak zaman la ni boleh mengenali mitos melayu zaman dulukan

Sunday, August 8, 2010

Bandar penuh bersejarah

Walaupun Penang antara negeri yang menyimpan
bnyk tinggalan sejarah
tapi apakan daya tak bnyk tempat pun kitaorg dapat
pi...

So ni jelah seciput tempat yang kami dapat pi
paling tak tahan kat sini cuaca adalah sangat2
panas...tu sebab yang keluar lewat
ingatkan petang ok

tapi panas dekat laut ni lain macam sikitlaaa
tu yang bila aku pose...mata makin lama makin kecik
dah ler mata tak berapa nak besar huhu

Clock Tower, Persiaran King Edward

Dibina oleh Jutawan Cheah Chen Eok pada tahun 1897 untuk memperingat Queen Victoria
Mengikut sejarah pembinaan menara ini Queen Victoria telah
meninggal dunia semasa menara ini hampir siap sepenuhnya
pada tahun 1920


Inilah dia Masjid Kapitan Kling
yang terletak di Lebut Pitt merupakan masjid
tertua di Pulau Pinang..

gambar close up huhu nak jugak

Fort Cornwallis
Siannya tak masuk
sebab masa tu dah suntuk rugi pulak kalau bayar tiket
RM1 ajer perperson
open at 8.30am to 7pm
daily yer
rasanyer takde apa pun cuma kubu & meriam ajer

Fort Cornwallis adalah kota lama
berbentuk bintang 5 bucu yang
terletak ditimur laut Pulau Pinang
Ia didirikan pada tahun 1786
dan dinamakan sempena
Charles Cornwallis

Ini gambar pokok besar yang dah berusia bertahun2 gamaknyer
besar semacam ajer
nak pi posing dekat2 Mr Y
tak kasik
dia takut nanti apa2 pulak
Last2 jadila takat ni jelah jelajah sejarah yg kitaorg dapat
pergi pun
ada lagi yang termiss
sebab masa pun dah lewat bnyk tempat dah nak tutup
so kene rushing nak pi tempat yang lagi besss
hehe

Psst: Banyak tempat bersejarah kat Penang ni yang aku belum explore...lain kali pi tempat pulak hehe

Thursday, August 5, 2010

Line Clear baek punyer

Nila dia "LINE CLEAR"
yang banyak member2 Penang rekomen
depa kata kalu nak terai nasi kandar
this is the bess place

Tapi aku sampai waktu breakfastkan
nak buat lagu mana takkan nak pekena nasi kandaq pagi2 buta ni
so pekenalah roti canai
mak aii sodapnyer
terangkat u....

Masa tunggu order tu sempat ler pose kat
sini yelah masa aku datang dulu mana ada gambo besar2 camni
Ni gambo Bukit Bendera zaman dolu2
Ni nak citer masa pi Penang kempunan gak nak naik train ke Bukit
Bendera...sebabnyer time is limited
tu lah Penang ni mmg bess macam2 ado

Mr Y boleh cakap kan dah naik dulu
dulu2 laa...la ni dah ada blog kenelah naik lagi
huhu...tak kira nanti mesti mau pigi lagi

Nilak gambo Penang Bridge dolu kala

Yang ni lak kalu tak silap aku yer
"Kapitan Keling Mosque"
kang marah lak orang Penang...
Penang bloggers ramai nih

Akhir kata kempunan gak nak makan nasi kandar kat
sini...walaupun pernah makan dulu
tapi takkan nak makan lagi kot
Nanti next time mai lagi boleh ler makan naaaaa

Satu jer aku pelik LINE CLEAR ni
bukan main dia letak gambo2 HERITAGE TU
tapi kenapa tak nak bukak restoran yek
still maintain kat kaki lima
ajer...adakah itu trade mark depa
nak kekalkan keaslian & kesedapan
makanan kat situ...
tapi aku tau dia punyer tauke mesti kaya giler
hehe

Psst: Member kata kalu mee goreng dia tu leh tapau balik KL tahan & sedap sgt hehe



Wednesday, August 4, 2010

Nak pinang saper lak ni

Lepas jer naik Ferry kita org straight pi Hotel
ingat nak early check in tapi
hampeh belum ada vacant
yelah masa tu pun baru pukul 9am
sesuka hati jer nak early check inkan...
but sometime kalu bernasib baik pihak hotel mesti bagi punyer
tapi kami pi ni pun peak season

tapi the reception kata takpe once ada vacant
she will call me
apalagi simpan luggage dulu
baru leh lenggang kangkungla pi jenjalan
cari makan

Pi fresh up kat hotel dulu...
touch up lebih kureng
jer...takper touristkan....
tak mandi
pun takper hehe

So apa lagi perut pun dah lapo sbb sebelum tu pun minum pagi ajer
tak lalu aku masa tu kan pukul 7am
lum makan apa2
so dah masuk pukul 10am baru
terasa lapo giler ni
harus pi cari makan
Penangkan "FOOD HEAVEN"
datang sini tak yah ler nak diet
harus makan
imagine lagi camner org Penang
dok kat sini hari2 mkn sedap & murah pulak tu
hehe

Cari punyer cari actually teringin nak
breakfast dekat
"KASSIM MUSTAPA"
tapi tak jumpa
punyer la kecik Penang tu dok pusing2 pi mai2
tang tu jugak

Last2 penat lepak jab kat batu peringatan
ker batu bersurat ker entahler
rasanyer dulu aku mai batu ni takde pun
Tak tahulah apa kaitannyer Meminang dgn Kisah Penang
hehe

Tapi yang nyatanya takde saper yang nak di Pinang
saja jer lepak nak lepas kan penat
tup2 tak sampai berapa meter ternampak
satu restoran baik punyer yg selalu sgt direkomen
oleh member Penang

tapi yang aku tauler asal usul nama
Pulau Pinang diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu)
betul ker org Penang...sila jawab yer kalu tak betul
hehe

Psst:To be continuelaaa mana aku pekena breakfast aku naaaa hehe

Feeling mcm Titanic

1st time gak ler naik Ferry bukan dengan kereta
tambang dia RM1.20 jer murahkan
bagi aku murahler sekali sekala mai
tapi aku dok imagine macam manalah
penduduk kat situ berulang alik dgn Feri
ni hari2kan

Masa lepak kat atas feri ni mmg sgt2 menenangkan
dengan angin sepoi2 bahasa sambil menikmati
cahaya matahari waktu pagi yg sgt2 elok
untuk kesihatan kulit yer...ada vitamin D
tapi kalau dah lebih pukul 10 tu namanya nak merosakkan kulit
can cause cancer taw
(bagi ceramah jab pasal kecantikan walaupun tak secantik mana huhu)
sebab tu kene rajin sapu sunblock
kami pun feeling2la kejap ala Titanic walaupun lum mandi lagi
hehe

Tapi the sad part bila tengok air laut ni cam kotor sikitla
alahai pencemaran betullah
tulunler jgn buang sampah kat laut
sian hidupan laut nak hidup kang ada yg mati tercekik
makan sampah sarap nak2 plastikkan
buang ler kat dlm tong sampah susah sgt ker
kat sini ikan aku tak nampak
tapi obor2 bnyk..
comeila tngk dia dok berenang2 tapi kalu kene mau gatal kulit tu
huhu

Masa ni pun Mr Y ada tunjuk Jambatan kedua yang masih dalam proses pembinaan
yang dijangka siap pada 2011...
Jangan main2 jambatan ini akan jadi jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara
Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Penang
tapi nak lebih lanjut kene tanya blogger dari Penang daaaa
Akukan tourist ajer hehe

Mr Y kalu pasal sejarah suker naaa dia bercerita
dia heboh nak ambil gambar jambatan tu
aku kata ambik gambo aku lagi bagusss...
bukan nampak sgt pun gambo tu sbb pagi tu pun kabus sgt tebal


Psst: Mana entah aku letak gambo tu tetiba takde.... hahahaa


Monday, June 28, 2010

Pudu Jail dalam kenangan

Sayu jer hati aku bila aku tengok PUDU JAIL
yang tengah dalam proses untuk dirobohkan
dan bakal dijadikan
"commercial area"

yelah dah kiri kanan pusat membeli belah
takkan tercongok satu2 nyer tempat diletakkan
banduan2kan
kang ada lak banduan larik p soping bley
mmg tak sesuai

Pudu Jail ni mula di bina pada tahun 1895
bayangkan dah 115 tahun...
mcm2 pengalaman yg mengerikan berlaku di dlm penjara ni
berdasarkan cerita2 & pembacaan...
tragis & menakutkan
mcm ALCATRAZ pulak

Teringat masa dolu2
bila penjara ini dibuka
sebagai muzium...
ABAH aku pi melawat tapi tak bawak kitaorg
tapi ABAH dok kata elokla tak pi
sebab dia tau kitaorg ni kan lemah
semangat...bayangkan tempat
org kene gantung...mesti ada roh2 yg berkeliaran
tulah citernyer...tapi dlm masa yg sama aku terkilan gak tak dpt masuk

Ramai gak aku tengok org dok berenti untuk amik gambo
kok yer pun nak amik gambo jgn ler kat depan jalan tu
ari tu aku dah kene dgn nyonya sorang ni dah ler trafik light kat situ cepat sgt
dia leh slowkan keta semata2 nak amik gambo
mmg nak kene HON kuat2 ler tu...
sabo jerle

Psst: Sekurang2nyer aku ada simpan photo sebelum penjara ni bakal dirobohkan sepenuhnyer...sejarah ni