Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label passport antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label passport antarabangsa. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Hat Yai ~ Tukar RM ke BAHT


Bess kalau naik coach ni walaupun perjalanan jauh 
tak terasa sgt....pastu leh cuci mata dgn pemandangan yang sungguh indah
beselah org key ell kalau tengok kampung 
mesti ala2 jakun sikit...nak2 tengok sawah padi lagila teruja!!!


Ni nak citer pulak pasal tukar duit RM ke Thai Bhat (THB)
Based on forum mmg advice tak perlu tukar duit awal2 kat KL
so kami tukarlah kat Changlun 
(border Malaysia ke Thailand)
depa kata kat sini leh dapat lebih sikit...

tapi sebenarnyer  TAK BETUL rugi!!!
kalau masuk Thailand lagi teruk...
sbb masa kat KL aku tengok RM100 leh dapat 1050THB...
nyesal tak tukar dekat KL
Kami tukar THB6000 equal to RM600++...siap aku mintak diskaun lagi
apek tu kata sudah diskaun maaa yolah tu ...
yee haaaa acik kayo kejap...duit ribu riban!!!tp naper duit depa cam duit monopoly ajer

               Pengangkutan jenis apa pun akan berhenti kat sini for registration
kalau nak masuk ke Hat Yai dengan kereta..prosedurnya
kena amik insurans kenderaan.
Paling penting bawa geran
Isi borang sebelum ke sempadan. 
Bayar RM17.
Semua dokumen registration akan disiapkan disini
Cuma yang aku tak puas hati
dahler aku kebulur masa ni...
nak makan kat sini ...
my fren kata tempat ni tak halal.....
so beli roti jela...

 yang lagi tak bess perjalanan  ni...aku ingat mesti ada berhenti untuk makan lunch ke apa
1st stop berhenti kat tempat rehat yang ada jual buah buahan tu.
sempatlah nak solat dan makan buah jelah sepuas puas2nya...

 Changlun ni adalah last stop untuk pengurusan dokumen dan kalau nak makan...
for non muslim lepaslaa 
takper dah nak dekat sampai masuk Thailand...so tahan sikit perut untuk makan
sedap!!!!!!!
So sementara menunggu proses pendaftaran pilah jenguk harga2 hotel yang ada
mulanya ingat nak booking jer kat sini
tapi bila pikir base on forum better book kat sana
murah sikit
Inilah form yang kena isi tu...make sure simpan yer sampai nak balik yer...

Tak lama lepas tu kami gerak pulak ke Kompleks Bukit Kayu Hitam Imigresen
nak cop passport
bess masa ni tak ramai org....depa kata kalu weekend penuh ni
masa tengah beratur tu nampak signboard
"Mangga dilarang keluar masuk"
aiik mangga pun barang terkawal...tp setahu aku mangga Thailand yang harum manis tu kalau
bawak keluar Malaysia mesti masam
ada sumpahan kot hehe





Alhamdullilah sampai jugak kat Imigresen Thailand di Danok...sini mmg dah terasa suasana kat Thailand...
sini pakaian abe seragam kastam semua pakai seluar ketat..tak kira size apa
muka lak ganas2 belaka
takut aku tengok!!!

Psst: Hampir 5 tahun kot tak jejak HatYai...nantikan kisah seterusnya

Wednesday, November 23, 2011

Buffered Earning Nuffnang & Night Before My Trip!!!

Alhamdullilah syukur pada Allah kerana bukak Nuffnang hari ni 
dapat lagi seketul BE 
Adidas NEO...walaupun seketul tetap bersyukur dari takde langsung
So kalau nak dapatkan BE ni kena gakler rajin kan usaha..
bolehla tengok kat entry ni yer...manalah tau kot2 membantu insyallah

Oklaaa tu kan last aku dapat pun kat entry ni
gap berapa hari jerkan...
BE ni pun bermusim kalau ada banyak..banyaklaa..
kalu takde
mmg takde walaupun cam nak rak menghapdate hehe

Tapi apa pun BE ni takkan ada tanpa sokongan korang yang hari2 sudi jengah
blog yang tak seberapa ni...

Apapun bkn kerana Nuffnang jer addicted to blog tapi dek sbbkan minat
tulah orang kata kalau takde minat mmg tak mendatangkan hasil
aku percaya tak semua org ada kelebihan berblogging
ada gak aku share minat ni dgn my fren...tak sampai berapa bulan jer malas nak hapdate camna...
aku dah kata kalau nak blog kena rajin hapdate...
dan kalau rajin attend event lagi ler bonus berganda

kemungkinan juga sbb minat aku dlm Mass Comm dulu tak kesampaian
tu yang curahkan kat blog...takperlah
tak dpt jadi reporter 
jadi reporter kat blog pun jadilaa hehe

Berbalik pada citer pasal trip aku ke Hat Yai ...ni la malam sebelum nak pi Hat Yai..sian kat Mr Poposh...asal aku nak gi jenjalan jer mesti buat muka sayu giler....kehulu kehilir aku pi mana dia ikut ajer...what to do....kalu baby leh ler bawak sekali ni tuceng...alahai!!!






 Banyak2 mende ni yang aku paling risau tertinggal
kalau tak reti nak buat passport leh pi kat entry ni
kalu tinggal mekap or baju takper leh beli jer kat Hat Yai ni...kalau passport tertinggal meraung ajerla 
Lagi satu make sure PTPTN tu takde blacklist yer....kang buat malu jer tak lepas...

Lagi satu paling penting make sure passport belum tamat tempoh 6 bulan dari yang tercatat pada passport

Contoh kalau tak berapa nak faham..

Jika passport tercatat tamat pada 6hb August 2011 ..
start dari bulan Mac 2011, 
dah tak boleh travel dan kena renew passport....

Yang sebaik2nya renewla passport sebelum tamat tempoh 6 bulan itu......aku pernah tengok depan mata sendiri masa company trip ke Bali dulu
my colleague tak lepas tu...sbbkan kes macam ni...so tak keharu....
org dah excited nak ke overseas
tetiba kantoi camtu atas sbb kelalaian sendiri ataupun kurang pengetahuan

So jgnla main2 dgn imigresen ni yer...they are very strict...


Psst: So kalau korang mai blog aku minat dgn iklan nuffnang tu bolehla klik2 untuk check it out the deal yer....

Friday, May 6, 2011

Cara Cara Buat Passport Antarabangsa

Ini adalah entry yang dah lama berkepuk dalam simpanan aku yer
tapi aku tetap nak share dgn korang or kot sesapa yang tak tahu
camno nak buat International Passport
meh aku ajar step by step
yang dah reti tu dok diam diam jelah
hehe

Silala ke cawangan terdekat...aku prefer buat kat HQ
Pusat Bandar Damansara...

Tulunler datang seawal pagi yang boleh sebabnyer nak beratur amik borang
jer punyala panjang berjela
kalau lambat kekadang 11.30am kaunter dah tutup
especially month end
yang untung untuk wanita mengandung...kurang upaya
or warga emas ada kaunter khas disediakan
yang sihat waalfiat sila beratur yer

lagi satu kalau korang download form dari website Imigresen buat penat jer
tak boleh pakai...still kena ambil borang kat situ
& kena pulak fill in balik
tapi yang bagusnya tak perlu nak isi banyak column...

Jangan lupa 2 keping gambor , photostat IC
& passport lama for renewal
kalau tak nak amik siap2 boleh jer ambil kat situ
bnyk je ulat menunggu

Owner blog nak enterprem....

Confirm siap 1 jam....yerker itu kalau korang pakai
KIPPAS

Inilah Kippas...

Ini pulak syarat syarat kalau nak guna kippas
tak berani nak cuba lagi

Senangkan guna mesin kippas ni cepat & pantas tak yah nak beratur
panjang panjang

Inilah mesin Kippasnya
senang ikut arahan masuk
duit...terus dpt nombor giliran
datang balik selepas 1 jam...

Sementara tunggu passport nak siap kita breakfast dulu...
kedai mamak kat depan imigresen tu banyak
siap kalau nak shopping kat Giant pun bley

Dah lepas satu jam mai balik tunggu nombor naik blhla amik
passport....habis sudah
mudah & cepatkan

Aku buat untuk 2 tahun jer
RM100
Kalau selalu over the seas bolehla
apply untuk RM300
5 tahun terus
cam MIL dia amik utk 5 tahun
sebab dia jalan non stop
besskan....

Psst: Tapi bagi akulaaa senang gak buat awal awal passport ni walaupun nak pergi oversea entah bila tah...hehe