Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Tini Spa. Show all posts
Showing posts with label Tini Spa. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Tobat!!!! bagi free pun aku tak nak pergi

Pagi2 ni aku nak cerita sikit review pasal Tini Spa
Cerita ini tidak ada kaitan dgn sesiapa pun
tapi ini adalah berdasar pengalaman aku sendiri
so aku akan ceritakan keadaan sebenar yang berlaku semasa
aku buat rawatan kat sini

So harap2 kalau ada yang terbaca blog aku ni
bolehla jadikan ikhtibar supaya boleh improve lagi utk bersaing dgn salun2 yang dah ada nama

So kalau ada salah & silap aku awal2 minta maaf yer
mungkin pengalaman kita tak sama
ada yang review kata syiok sgt tp
"Yang Sebenarnya"
tuan punya diri saja yang tahu
aku kalau bagus ckp bagus kalau tak sorry yer
bab bab service ni aku fussy sikit

Aku ke sini pun sebab guna voucher MyDeal
yang aku beli dgn harga RM29.90 yang menjanjikan
rawatan yang berharga RM188
tapi bila sampai kat situ aku disambut oleh
beautician yang bernama
F***N
first impression jer aku dah tak sedap hati
"ko ni biar betul takkan beautician kot....agak2ler kalu nak jadi beautician tu...lawa belakang kira tp penampilan mestilah kemas & muka kasi elokla sikit"

Sebelum aku nak cerita panjang lebar sikit
aku tak faham kenapa beautician kat tempat ni
pakai Tshirt dgn legging ajer
takde gaya seorang jurukecantikan langsung!!!

Masih bertahan kasi can.....
Lepas tu masuk bab explain jer dah out...dia bg tau promo untuk slimming ni blh pilih
satu part yang berlemak ajer
dalam voucher MyDeal & over the phone mention betul2 full treatment
takperla aku compromisela jugak
sebab aku rasa oklaaaa janji ko buat terbaekkan

So masuklah aku ke bilik yang ala2 Balinesss ni
bilik tu oklaaa...ada music piping yang betul2 menenangkan
So masa nak masuk tu dia kasila aku pakai selipar
yang ni pun aku nak tegur...ko dah kata ala2 spa harusla kasi slipper yang ala ala
dalam rumah tukan...ni tak kasi aku selipar gabak yang macam jenis lelaki pakai tu
hampess...potong markah lagi

Selesai jer tukar baju bagai....dia suruh aku baring utk memulakan
sesi rawatan...aku dah bayangkan macam biasa kalau aku buat treatment
haruslah dilayan seperti princess ker tak pun cam Maharani
hampess lagi dia tak buat apa cuma letak letrik lekat2 dgn mesin apa tah
find...mungkin itu cara nak memecahkan lemak kat perut kot

ada jugak aku tanya tak letak apa2 cream or gel ker
dia kata tak perlu...sabar jerlah...
menggeliat geliat aku tahan urutan mesin tu
lepas tu baru nak tidur jer tetiba dia dtg cabut
alat tu sbb bg tau ada customer lain nak buat slimming
teruk2 slimming tempat lain pun yang aku terai siap
"free" lagi ada gak letak serum ni....kalu nak kelentong pun agak2laaa
mesin tu pun sama jer aku tengok

Masih lagi peringkat kesabaran dek sebabkan aku penat balik kerja
nak ler test "facial" yang canggih dan paling mahal tu
itupun sbb aku percaya dgn promo perunding kecantikan tu
sekali lagi hampess
the worst facial I ever had

Mula2 beautician tu pegang jer muka
aku dah rasa tak selesa
udah macam nak wrestling dgn aku jer
punyala kasar....ni lagi satu pantang aku bila bab pernafasan ni
aku pulak kena tahan nafas sbb tak tahan bau mulut dia
adoii!! agak2 ler kalu dah tau nak buat treatment pi ler gosok gigi ker apa
tak pun makan chewing gum...
Masa ni jer hilang dah stim aku nak teruskan rawatan
tapi sebabkan berbayar aku sabar lagi
(Sabar betul aku nikan..)

Masa letak cleanser pun sampai berair air masuk dlm mata aku
geramnya!!!!
Masuk pulak bab steaming ...lagi hancur aku pulak nak kena adjust
kepanasan nak wap ker muka
dia entah kemana2

Masuk bab extration pulak lagi hancuss dia leh kata dia walaupun
beautician dia tak berani nak buat
extration...aduiii sabor lagi apo nak dikata
minah ni betul2 beautician terlatih ker atau sekadar main keja ajer

maafkan ajerlah sebab aku kalau bab facial ni step lain
tu tak berapa nak kisah sgt
yang penting aku
"Massage"
ada ker patut dia massage bahagian shoulder jer
muka langsung tk usik bertambah2 frust ler aku
kalau tempat lain aku buat siap dgn tangan2 sekali dia urut

Bab masker pulak entah apa2 dia tepek kat muka aku
lepas tu tinggalkan ajer camtu
terkejar2 angkat telefon
biasanya kalau aku pi tempat lain
beautician & receptionist lain2 bahagian
so beautician blh fokus dgn customer

Tunggu nak blah ajer...langsung tak dapat tidur
& rilex....aku percaya pun sebab spa ni guna produk
Dermalogica

Paling frust the next day muka aku kena jerawat teruk...
aku lak kena treat sendiri
nyesal tulaa...tobat aku tak mo ke spa
M***y ni buruk C**A pun still bagi service yang terbaik...
Cuma satu jer aku nak puji spa ni dia tak paksa aku sign up apa2 package
kalau C**A tu dah semestinya kasi paksa
sebab tu mental kena kuat kalau nak kesana

Apa2pun entry aku ni tak berniat apa apapun
kalau aku
pung pang kat sini pun kalau korang tak rasai sendiri pun tak guna
atau mungkin pengalaman kita berbeza
Yang penting kalau "mereka" terbaca blog aku ni harap2 dptla buat perubahan

Tu sebab aku dapat free
"EYE TREATMENT"
pun aku tak mau mai lagi
tobat

Psst: Hari ni aku poser so dok diam diam jer kat opis....tak lama jer lagikan nak start poser....