Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label KayuNasiKandar. Show all posts
Showing posts with label KayuNasiKandar. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Kayu jugak yang aku cari!!!

Muka tukang makan takde
tak kuasa aku nak menepek muka kat kedai mamax ni

kalau lama sangat teringin nak makan nasi kandaq
nak pi Penang Kassim Mustapha favourite ku itu
jauh bebeno

Jadiler nasib baik ada Kayu Nasi Kandar kat USJ Taipan
jauh pun takper
tempat lain ataupun branch lain Kayu Nasi Kandar pun aku tak mau
kalau nak dekat ajer
Kota Damansara ada satu
tak sedap!!!
pelik patutnya satu company mesti standard jer rasanyakan

Ni jer pun yang aku suka makan tak reti nak amik lauk2 lain
ayam goreng....ayam goreng tu jerlah
pastu fav aku sambal kering
papadom pun kureng minat
pass kat Mr Y
entah apa mamax ni dok mandrem tak taulaaa

Aku mintak teh ice Mr Y teroder Nescafe Ice pulek
air suam tu wajib....

Air Kelapa Pandan Mr Y punyer
sedap nak2 waktu panas ni...

Dia dah muak dgn kayu...ni aku yang paksa mai
order mee goreng ajer
pun sedap jugak
hehe

Pagi2 layan makan bess apa dah breakfast belum ni
aku siap bawak bekal hari ni
roti jer...sebab lunch kang boss aku nak belanja
nak pi meeting...boring!!!!!!!
suka bab nak kena belanja tp nak pi meeting tu aku nyampah!!!!
aku suka dok office jer boleh blogwalking
bertuah punya staff
hehe!!!

Psst: Tapi tak taula tekak aku sebab masa tu panas sgt ke apa cam kureng sikitla taste food kali ni....huhu

Wednesday, July 28, 2010

Aku tak makan kambing

Entry ni bukan pasal aku yer
wah!wah! padahal aku yang ajak Mr Y gi Kayu
aku tak leh ler kalau nak pekene nasi kandar harus pi Kayu Nasi kandar SS2
lain punyer outlet tak bess
biar jauh janji tekak aku sedap ajer

Putu Mayam & Vade tu sgt sedap
pandai2 jer kata Putu Mayam tu sedap...padahal putu mayam pun aku tak makan
Mr Y yang kata sedap...sedapla tu

apa saja kat restoran ni semuanyer sedap
termasuk roti canai dia
sebab dulu keje dekat selalula breakfast sama2
kat sini

La ni aku punyer...AYAM pun nak sbb ayam goreng dia mmg jadi FAV aku
aku takkan amik lauk lain
pernah terai ayam madu tapi tak masyuklaaa
too sweet for me
pastu gedik tengok sutun goreng dia dok lambai2 kat aku
amik ler satu...tu pun tanya rege
giler kat sini mahal tu....
tapi ari tu cam unlucky sutun dia liat

Ni Mr Y punyer...asal pi mamax dia
cari KAMBING
dok bertekak dgn aku...
aku kata tak bagus dia kata bagus
last2 suka ati ler...kalu panass jgn cari aku
(eksen ni hehe)
tapi aku tengok malam tu dia oraittt ajer

tapi aku dok tak puas ati
googgle gak kebaikan makan daging kambing
yang sememangnyer baik macamana pun
aku takkan jamah...sbb bau dia
tp ada gak yg teror masak sampai tak perasan tu cik kambing...

Info pasal daging kambing

kadar lemak dan kolestrol pada daging kambing kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti di New York juga menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan kepada penghidap penyakit kardiovaskular

Seperti juga dagingnya, susu kambing mempunyai khasiat tertentu dan dijadikan antara susu alternatif, tambahan kepada susu ibu. Ia dikatakan lebih mudah diresapi, rendah lemak serta laktosa dan kaya kandungan protein.

daging kambing mengandungi lemak yang kurang dan ramai juga yang meggemari rasa daging kambing berbanding daging lembu dan bebiri...Satu kelebihan utama adalah kerana ianya megandungi lemak dan juga kolestrol yang sangat rendah, yang mana ia membuatnya ideal untuk mereka yang prihatan tentang kesihatan diri

Apa pun yang kita ambil jgn berlebih lebihan...ternyata DAGING KAMBING lebih baik
dari DAGING LEMBUUUUUUU

Mesti tanya naper takde muka aku...sbb photograper aku sibuk dgn kambingnyer huhu

Psst: Entry lepas ni lagi panasssss...tungggu!!!!!