Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Ikea Sales~Just for Ikea Fan!!


Kalu pi time weekend mmg
phening nak dapat parking
berlegar punyala lama barulah dapat tu pun jenuh pusing2
Tu dia Ikea Sales kaw kaw
tapi sorry yer dah habis semalam
tapi apa2 pun isi perut dulu yer
nak tawaf satu Ikea perlukan tenaga
"roti telur + sosej"
tu tak kick sangat portion yg sgt bnyk ..jenuh aku nak ngabeh
sbbnya aku dok layan coffee Ikea yg sedap sgt tu
leh refill tau and for member ada diskaun 50%
minum sampai kembung
Lagi satu nak habaq cinnamon roll tu adalah sgt sedap yer
rugi tak beli banyak
(semenjak dua menjak ni aku suka sgt bau cinnamon refereshing)
yang aku rasa reganya sgt2 berpatutan...dan item baru yg takde sebelum
ni cam mug yg ada penutup tu...utk guna kat office ok gak tu
sofa tu pun sgt worth it...tp malangnya aku dah beli sofa
kalau tak mau aku rembat satu...duduk sedap taw
Sofa kaler purple menarik minatku
dan english shelf tu
(peminat tegar kaler purple dan english style kan)
Untuk bakal pengantin yg dok sibuk caru
"Kekuda aka Easel"
kat sini ada dijual yer...glam kat penganten zaman la ni
tujuan utama ke sini nak usha perabot nilaa utk pelantar
leh santai2 minum petang
Ni pun aku consider as cheap
9 keping RM129
aku beli kat "Haus"
sekepiang tu RM29.90 mahal!!!

Frame gambar murah giler sesuai dgn rega...nampak tak bekas tempat lilin tu
dulu ada kaler itam dgn white jer
tapi kali ni lebih meriah ada pink...green...santek!!
dan survey juga meja utk kitchen
bagus walaupun kecik yg penting
leh adjust kalu tetamu ramai
Ikea pun bagus la ni memahami
la ni dah ada 3 jenis plastik bag
tak perlu nak beli yg besar gabak tu!!
Paling suka bantal comel ni...cam english...la ni kat ikea pun nak banyak english
style...yg ni new item taw

Psst: Ikea ni kalau time sales....mmg murah giler2...ari ni aku MC...sbb leher tak leh nak teleng....tegak jer cam rasa demam!!!













Wordless Monday~Ikea!!


Suka dgn aroma "Cinnamon" dan frame gambar...
menenangkan!!!!

Psst: Nanti citer lebih lanjut yerr....

Sunday, November 6, 2011

Pengertian AidilAdha 2011

Salam Aidiladha 
dan Selamat Bercuti
dan juga berjimba untuk semua!!!


Ingat tak entry lampu IKEA ni...
so sempena Raya Haji yang mulia ni kasi enterprem
yelah masa raya tak sempat nak hapdate...

Dalam gelap mmg santek...

Nila lampu kelip2 raya hari tu...
lampu kelip2 ni wajib ada kalau tak rasa
cam tak meriah jer raya...

Nanti nak beli lagila... 
 
 Hayatilah erti sebenar  
Hari Raya Haji
 
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka

Psst: Ni auto publish entry yer...apa yang aku buat untuk cuti raya haji ni akan dihapdate kemudian.....stay tune!!!

Tuesday, September 13, 2011

IKEA ~ Wajib Shopping Raya disini!!!

Busy sungguh minggu ni nak buat persiapan untuk
majlis tahlil & bacaan yassin
tapi ni untuk immediate family jer

Aku mmg takkan campur adukkan kalau
family...family ajer
kalau frens ...frens ajer...senangkan nak layan
kalau dah ramai2 kang tak reti nak melayan
so mmg takdela istilah
"open house"

sepanjang raya tulah open house
cuma siapa nak datang tu kena call
jgn main terjah ajer...
kalau nasib badan bertuah adalah kat rumah...

klah citer pasal shopping raya ari tu
mmg wajib terjah tiap2 tahun raya
IKEAlaaa mana lagi

1st menarik perhatian aku ialah lampu gantung ni sweetkan
yang bagus dah turun harga
cantekkan sebagai deko raya
beli gak nak match dgn lampu kelip2

Stool ...buat letak kaki bess ni tapi rega terlebih sudah!!!!!!!!!

Day curtain ni sweetkan ala2 english...yg ni new arrival
material pun santek

Cermin labah2 ni....aku dok aim tapi tak beli2 gak...lum decide nak letak
mana...tapi tengok letak kat kitchen macam lawakan...
cermin ni bagus kasi space nampak besar

Ni jelah pun barang yang aku soping pun...entahlah IKEA ni pergi pun suka
makan & jamu mata

Magazine 2012 dah keluar...leh ler belek2 kot nak beli apa yang patut

Balang ni dah turun sampai RM3.90 apalagi boronglaa
bagus kalau nak cookies or biscuit

Wajib beli kalau nak mengemas rumah
sangat effective nak buang habuk & bulu
(kalau bela kucing wajib ada...senang nak buang bulu kucing)
ni refill RM9.90
aku mmg akan beli banyak2 simpan stock kat rumah

Yang ni pun bagus kalau nak simpan sayur ker or barang kering
ada zip lock
50's RM15

senang kalau nak tapau biskut raya letak jer dalam plastik tu tak perlu
nak kasi tipuware ..nanti jenuh orang nak pulangkan

Yang ni pun aku beli pelekat lapik pada kerusi ker or apa2 jer...supaya laminate tak calar

Jam ni pun turun harga RM3++ ajer

Bekas ni pun aku beli senang nak letak facial cotton organize la kunun2nyer


Psst: Tapi kalau pi IKEA tak beli banyak pun mesti ada seketul dua ketul nak beli gak

Tuesday, August 2, 2011

No Ramadan Buffet IKEA 2011

Aku tertanya tanya jugak kenapa tahun ni IKEA tak buat
Ramadan buffet jenuh pi kat Website IKEA
macam takde jer

tapi tak tahulah mungkin IKEA start promo lambat tak tahulaa...anyone know...leh ler kasi taw yer

Yang ada kat Website IKEA ni ajer...suruh beli barang rumah untuk beraya adalah

Nak tengok lebih lanjut promo raya tu
kenala masuk Website IKEA yer

pernah jugak nak terai buffet IKEA ni
tapi bila tengok orang ramai punya pack sampai nak beratur
terus cancel...

last2 menjamu selera kat mamax jer
bulan puasa ni mmg bercinta kalau nak cari tempat
makan...berebut2 unless kalau mmg dah booking

walaupun tahu menu buffet yang disediakan
bukanla seperti menu biasa yang ada kat IKEA
yang ala2 omputeh tu...tp more to Malay food...
some people kata cam tak berbaloi...tp dgn harga yang diberikan tu kira berbaloilaa

Hari tu masa before puasa
sajalah nak pergi breakfast kat IKEA...
Tapi mmg suka jer kalau breakfast kat sini
Mr Y kan main mengorder Salmon
tapi mmg sedapla & fresh

Aku mai sini pun bukan apa suka sgt coffee
yang paling bess buleh refill...

kalau tak pun rindu dgn kek Daim ni
kalau makan mesti feeling bess punya...

Mr Y pulak entah apa2 yang dia order
aku pun ta ingat nama
ala kuih cina yang ada inti ayam dlm tu
ala2 pau tapi bukan pau

Aku makan chicken porridge jer...murah sgt RM1 hengget...

yang lagi bessnyer kalau member ikea selalu ada meal discount untuk member

Masih tercari cari tempat nak berbuka tahun ni.....tp takmo ler mahal sgt!!!

Psst:Kebanyakan citer ni adalah entry tertangguh dek sebabkan owner blog menyepikan diri kerana kurang sihat

Tuesday, March 8, 2011

Pagi Pagi Bertenggek kat IKEA

Aduiii rindu lagi kat blog....
teruk gak blogging la ni jarang2
tapi nak tinggal terus tu tak mungkin...
insyallah aku harap semua ni hanya bersifat sementara
....tingin sangat nak aktif...
tapi apakan daya....huhu
tapi thanks to korang sebab sudi gak jengok blog ni
tu yang buat hati tak sampai nak tinggal terus

Patutnya citer IKEA ni from last week dah amik tp sebabkan
aku dah amik gambo beria untuk tatapan korang...
haruslah update jugakkan...walaupun terbasi sudah....

allllaaa lagipun IKEA sales ni sampai 20 March...
ada masa lagi kalau nak sopingkan...
so aku amik yang mana menarik hati aku jelah....
tak kose ler aku nak amik semua gambarkan

Sampai2 ajer tak la ramai orang macam weekend...
nak pilih barang pun payah....
ni cam lenggang ler sikit...ramai gak yang datang...
ni ponteng keje ker ataupun time off ni
orang keje aku soping bagusss!!!

Memang tak sempat yeye jer keluar rumah pagi pagi buta
(tak ler pagi sgt...pukul 8am...
oklaa tu kan ingat rumah dekat dgn IKEA
confirm leh sampai ONTIME...
last2 lambat 30minit...kempunan nak dapat free breakfast)

Tapi breakfast kat sini mmg bess...
sebab cappucino dia sedap...total breakfast ni pun RM3.70 murah jerkan..
coffee kat situ refilllah sampai pengsan...kalu tak nak coffee ..tea pun ada

aku prefer cappucino dari coffee biasa lagi sedap...tak silap espresso pun ada

Asal datang IKEA ni gak ler wajib beli..walaupun ada stok kat rumah harus beli
tapi beli ni sekali jer...beli refill dalam 9.90 ajer...
tapi aku dah ada 2 takut satu rosak or misplace...

maklumlah kat rumah kan ada
"baby berbulu"
harusla guna mende ni...
tapi mmg berkesan...especially kalau untuk habuk...

Antara yang sales kaler merah jer...some of the item still normal price..yang aku dok aim pun maintain jer price...tapi dah berkenan sgt beli jelaaa

Kiutkan meja solek ni
ala ala English gitu

Sesuai sgt letak kat stor...organize...

Last but not least....wall shelf yang melekat kat dinding ni turun from RM69 tu RM49 mmg berbaloi...berkenan sungguh nak letak photo frame
kalu bilik kanak2 pun cantek ni
warna pun soft...

Psst: Tak semua barang sales....ada yang murah betul tu kalu ada budget baik grab ajer...tapi kot mana pun kalau dah sampai IKEA mesti nak capai gak ...hehe

Wednesday, March 2, 2011

IKEA Sales!!!!Jom terjah pagi pagi

Nila penyebabnya tak jadi puasa Khamis
jadi puasa Rabu...
sebab IKEA punya penanganlaaa

more info about the sales
leh check it out kat
link ni
IKEA

Mula esok sampai 3 Mac
sampai ker 20 Mac
yang special sangat tu mula
esok pagi dari 7am - 9.30am
harusssla aku bertenggek pagi2 tu pun kalu rajin

Antara promo yang ada...ok per banyak diskaun tu...IKEA ni nama jer murah tapi
bila dah amik tu ini amik kau mau phening tengok angka tu
apa2 pun kena bijak
so time sales2 ni la nak grab!!!

Kerusi santai ni pun turun.....RM79 mmg berbaloi...

K laaa SELAMAT BERSHOPPING..



Psst: Tak tahulah berbaloi ke tak....sebab tengok dari katalog murah dari harga biasa...nanti aku pi usha2 aku update lagi yer

Monday, November 15, 2010

Setakat cuci mata boleh percaya ker

Habis ke JJ pi pulak IKEA
alang2 dah dekatkan....
tapi tak ler shopping just nak cuci2 mata ajer

Gambar pun tak bnyk snap
ramai naa org...

IKEA untuk 2011 ni pun bnyk barang2 baru
aku berkenan sgt dgn cermin ala madu lebah ni
murah jer RM69

Ni yang aku beli
senang kalu nak gantung apa2
organize...
tapi entah bila nak pasangnya
jeling kat Mr Y
yang asik sibuk...sibuk tu...

Yang ni aku tak tau untuk apa
nampak remarks kat situ
"both sides can be used"
untuk apa??
aku pun tak tau...tp terletak kat tempat kitchen
ramai naa org dok berkerumun kat situ
maless aku nak belek lama2

Shelf ni pun bess ...senang nak letak barang or display photo ke
or letak brg dapur mcm cup...glass ...harga pun okkan???

setakat cuci mata jer mana boleh tahan
tak beli pun nak beli gak tu...walaupun seciput
tupperware IKEA,
berus cuci pinggan kot2 tak nak rosakkan tangan
kalau aku ingat aku guna
tapi kalau nak cepat aku sental pakai berus biasa jer
spray bunga atau boleh guna untuk spray baju jugak

pasu yang macam2 kaler...aku pilih kaler magenta
kaler purple pun ada

tupperware IKEA ni ada mcm2 jenis..kot2 tapau kasik
org....org tak pulang balik pun tak ler ralat sgt...
tp kalau tupperware mau terasa gak
yang IKEA ni kualitinyer lebih kurang sama jer dgn tupperware
pun tahan lasak gak...ada mcm2 bentuk bulat..bujur...
empat segi...yang penting harganya murah & berkualiti!!!

Psst: Kalau tak beli apa2 kang rasa cam tak bess jerkan...hehe