Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Deko. Show all posts
Showing posts with label Deko. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Wordless Monday~Ikea!!


Suka dgn aroma "Cinnamon" dan frame gambar...
menenangkan!!!!

Psst: Nanti citer lebih lanjut yerr....

Wednesday, March 14, 2012

WW ~ Peacefulllllll!!!!

Bila Monday senyum....
Bila Wednesday pun senyum
Sebab tak perlu kata apa2
letak picture habis citer!!!

Psst: Suka sgt "English Style"......mendamaikan!!

Friday, January 13, 2012

IWannaGoHome Garden MidValley &Hadiah GA!!!!!!!!!!!!!!

Memang rasa nak balik pun ni...
aduihai tak sihat lak 

dua tiga hari ni mmg sibuk giler yelah nak dekat raya cina
keje stress giler2..
makan pun tak menentu
perut aku mmg sng buat hal!!!

tapi memandangkan dah setengah hari layan dok opis jela
nak pi clinic pun males
aku telan minyak kapak dan sapu jer...hopefully
sakit ni reda...
Walaupun tingin nak baring kat katil rumah jer ni 
Meh kita layan apa yg ada kat kat dalam ni
untuk penggemar deko2 dan lawakan rumah mmg sesuai la ke sini yer
Aku suka cuci mata kat sini tengok barang2 pelikdan cantek especially patchwork ni
Bebola kristal ni santek untuk dijadikan hiasan...bling2 gitu
bantal ni santek ada gambo retis "bollywood"
Giant mug...minum sampai phengsan

Yang aku pi ni outlet kat Garden Mid Valley...kalau tak silap kat KLCC pun ada...mmg comel2 barang kat sini tapi cam hi-class sikitla...seram nengok rega2 tu

Here's the outlet

The Garden Mall, Mid Valley City, Linglaren Syed Putra
Lot S-202, 203A, 203B & 205, Second Floor
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (603) 2282 2275
Fax: (603) 2282 2739

Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Lot 301A-302B, Third Floor
50088 Kuala Lumpur
Tel: (603) 2164 7333
Fax: (603) 2166 1493

No. 2 Jalan Telawi Satu Bangsar Baru
GF-9 & 10, Bangsar Village II
59100 Kuala Lumpur
Tel: (603) 2287 4773
Fax: (603) 2287 4776


Ingat hadiah GA nak cari kat sini bley!!!
Setakat
13/1/2012

1.  http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html
2.http://miszalina.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html
3. http://diariliza.blogspot.com/2012/01/ga-3rd-year-anniversary-blog-giveaway.html
4.http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html
5.http://msantz.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html
6.http://norminieza.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html
7.http://fiezahkecik.blogspot.com/2012/01/posh76-3rd-year-anniversary-blog.html

Thanks U all...untuk yg lelain jgn lupa joint yer


Psst: Korang jamu mata jelah yer...aku tak larat dah....I need a break!!!!!!!!

Monday, November 21, 2011

Macy Home Furnishings ~ "Contest Sofa Idaman Hati"

Yessa sebelum nak umumkan "Pemenang Bertuah"
(kasi drumrollllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!)
untuk "Contest Sofa Idaman Hati"
Meh kita cuci mata dulu kat mana aku beli sofa idaman aku ni yer...

Sinila tempatnyer 
Macy Home Furnishings Sdn. Bhd.
#02-01, Wisma Minlon, Bt 12, Lebuhraya Sg Besi
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
DID: 03 - 89476176   Fax: 03 - 89476100
Siap dengan full address aku kasi...
tempat ni agak tersorok yer...sbb aku ni yg dah 
pi berkali2 pun boleh terlajak...
Aku pi HQ puas sikit nak "cuci mata" 
Tapi kalau nak pi mesti time "Sales" yer kalau tak harga mak aii fengsan!!!
Macam2 ada kat sini.....serba serbila untuk nak mendeko rumah
langsir pun santek...kalau amik package lagi murah
kualiti sgtla terjamin
Meja makan pun kelasss!!!!!paling menarik minat aku baby sofa....dasat untuk budak2 pun ada sofa...
kami dok bincang beli untuk Mr Poposh
mesti suka ni
Kualiti sama macam sofa biasa...cuma size jer kecik sikit
 "Wing Chair" idaman hati ku...masih dalam checklist!!insyallah akan aku grab gak satu hari nanti
 
Heritage Bench ni pun santek kalau nak dijadikan duduk santai2... ni pun ada dalam checklist.

Kalu nak pi cawangan lain pun boleh yer....tp choice tak sebanyak HQ yer

Macy Ikano Power Center - 03-7726 8050
Macy SACC Mall, Shah Alam - 03-5518 8133
Macy Taipan, USJ - 03-5631 0518
Macy IOI Mall, Puchong - 03-8076 9988
Macy Bangar Village II - 03-2284 7000

 Psst: Kalau nak jimat tunggu Saleslaa...so rajin2la check kat website Macy ni

Friday, November 18, 2011

Contest Sofa Idaman Hati!!!!

PLEASE SCROLL FOR NEW ENTRY

Memandangkan aku nak pi holiday sok.....
chewah...takdelah jauh mana pun....
ober the sea ajer...nak pi tengok 
Ikan Duyung jer pun 
So aku dgn murah hati nak buat contest suka suki ni yer...
so siapa yang meneka dgn TEPAT
dan orang PERTAMA yang meneka dgn tepat
akan menerima ole2 dari Pulau Duyung tu yer...kalau ada rezeki aku kasi 
"Ikan Duyung tu seketul yer...kalau takde pun insyallah yang specel untuk yang meneka"

Tarikh Contest
bermula 
14/11/2011 
hingga
18/11/2011

Doakan aku selamat pergi dan balik yer...bye!!!
So sepeninggalan aku ni rajin2lah melawat blog aku yer
kalau rajin malam ni aku auto publish...citer bnyk masa takde huhu
dah ler ari ni tetiba company blog semua tenet...rasa nak berhenti keje jer
La ni alhamdullilah dah okey..!!!

Psst: Teka jgn tak teka!!!!hadiah lumayan menanti anda...ayat tak bley blah!!


Thursday, November 10, 2011

Fella Design ~ Pencarian Sofa

 Meh kita cuci mata tengok barang2 rumah pulak...
memandangkan sofa kat rumah walaupun tak ler uzur sgt masih boleh diguna
pakai...
ingat sebelum beli sofa baru nak ler letgo sofa lama...
bukan nak jual...mungkin letak kat studio Mr Y
tapi bila belek2 balik...syg pulak...masih elok cuma ada kesan cakar
Mr Poposh jer...terus tak jadi kasi haha
tunggula buruk teruk...
baru kasi kat Mr Y.. hehe
 
"Wing Chair" mmg idaman hatiku...
dalam perancangan nak membeli 
tapi tunggula satu persatu
nak beli sederap domam den...
Memang tak dinafikan santek2 dan berkualiti sofa kat sini
Rega pun leh tahan...mcm harga duit hantaran kawen
Nak pula aku sukakan design yang ala2 english style.
untuk peminat perabot English
mmg digalakkan datang kat sini yer
Meja makan pun santek sgt....duduk jer terasa tak mo bangun dah!!!!empuk gilerrrr
(pose dulu ala2 model Fella tak berbayo) 
tapi pencarian sofa idaman  tak berakhir disini...to be continue!!!
Lambat lagi hapdate ari ni huhu....bnyk kess tullah hari ni...huhu
adakah aku beli di Fella....tunggu!!!!


Psst: Meh kita main teka2 nak ....korang teka finally sofa mana yang menjadi idaman hatiku...nanti kalu rajin aku buat....hadiahnyer jeng jeng!!!!


Sunday, November 6, 2011

Pengertian AidilAdha 2011

Salam Aidiladha 
dan Selamat Bercuti
dan juga berjimba untuk semua!!!


Ingat tak entry lampu IKEA ni...
so sempena Raya Haji yang mulia ni kasi enterprem
yelah masa raya tak sempat nak hapdate...

Dalam gelap mmg santek...

Nila lampu kelip2 raya hari tu...
lampu kelip2 ni wajib ada kalau tak rasa
cam tak meriah jer raya...

Nanti nak beli lagila... 
 
 Hayatilah erti sebenar  
Hari Raya Haji
 
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka

Psst: Ni auto publish entry yer...apa yang aku buat untuk cuti raya haji ni akan dihapdate kemudian.....stay tune!!!

Monday, September 26, 2011

Bilalaa nak steambot ni!!!!!!

Actually tak teringat pun nak beli periok
steambot ni
walaupun mmg Mr Y sememangnya peminat
no 1
"steambot"

suka sgt...aku ni kureng sikit...

Tapi bila MIL dgr aku dok pot pet2 citer pasal anak dia suka
naaa makan steambot...

Apalagi dia pun siap beli satu untuk dia...satu untuk aku...nak tak nak amik gak lerrrr
rezeki jgn ditolak...

Bagus gak periuk ni leh asing kan kuah cam kat kedai tu....leh letak kuah
tomyam dgn kuah sup....
tapi bila tengok mangkuk ni aku lak rasa terliur nak2 time sejuk gini
kena pulak dgn sos yang marvelous lagilah

Entah bilala gamaknya aku nak "berstimbot" dgn Mr Y.....MIL asal jumpa aku mesti tanya
"dah masak stimbot"
sabo jerlaaa...hehe

Bukan tu ajer...MIL beli kat aku mangkut gift set ni....
MIL punya kaler pink..aku pilih kaler biru
tetiba jatuh chenta dgn blue kaler lak

Ni yang bessyer kalau ikut MIL...kalau soping tak penuh satu troli tak sah
kekadang sampai penuh 2 trolley...
layan jerlah

Psst: Tapi sejak dia tak berapa sihat ni...aktiviti soping dah tak seceria dulu...

Tuesday, September 13, 2011

IKEA ~ Wajib Shopping Raya disini!!!

Busy sungguh minggu ni nak buat persiapan untuk
majlis tahlil & bacaan yassin
tapi ni untuk immediate family jer

Aku mmg takkan campur adukkan kalau
family...family ajer
kalau frens ...frens ajer...senangkan nak layan
kalau dah ramai2 kang tak reti nak melayan
so mmg takdela istilah
"open house"

sepanjang raya tulah open house
cuma siapa nak datang tu kena call
jgn main terjah ajer...
kalau nasib badan bertuah adalah kat rumah...

klah citer pasal shopping raya ari tu
mmg wajib terjah tiap2 tahun raya
IKEAlaaa mana lagi

1st menarik perhatian aku ialah lampu gantung ni sweetkan
yang bagus dah turun harga
cantekkan sebagai deko raya
beli gak nak match dgn lampu kelip2

Stool ...buat letak kaki bess ni tapi rega terlebih sudah!!!!!!!!!

Day curtain ni sweetkan ala2 english...yg ni new arrival
material pun santek

Cermin labah2 ni....aku dok aim tapi tak beli2 gak...lum decide nak letak
mana...tapi tengok letak kat kitchen macam lawakan...
cermin ni bagus kasi space nampak besar

Ni jelah pun barang yang aku soping pun...entahlah IKEA ni pergi pun suka
makan & jamu mata

Magazine 2012 dah keluar...leh ler belek2 kot nak beli apa yang patut

Balang ni dah turun sampai RM3.90 apalagi boronglaa
bagus kalau nak cookies or biscuit

Wajib beli kalau nak mengemas rumah
sangat effective nak buang habuk & bulu
(kalau bela kucing wajib ada...senang nak buang bulu kucing)
ni refill RM9.90
aku mmg akan beli banyak2 simpan stock kat rumah

Yang ni pun bagus kalau nak simpan sayur ker or barang kering
ada zip lock
50's RM15

senang kalau nak tapau biskut raya letak jer dalam plastik tu tak perlu
nak kasi tipuware ..nanti jenuh orang nak pulangkan

Yang ni pun aku beli pelekat lapik pada kerusi ker or apa2 jer...supaya laminate tak calar

Jam ni pun turun harga RM3++ ajer

Bekas ni pun aku beli senang nak letak facial cotton organize la kunun2nyer


Psst: Tapi kalau pi IKEA tak beli banyak pun mesti ada seketul dua ketul nak beli gak

Friday, August 26, 2011

Raya ~ Projek weekend yang belum selesai!!!!!!!!

Lagi sekali aku terkena
"bulan mengambang"
ingatkan boleh bertahan...sekali dia mai gak
sabo jerlah
(Jenuhla mengganti tahun ni...huaaaa!!!!)

Esok pun masih kerojer lagi...sedeh!!!
lagipun baru keje takleh nak demand sgt pasal cutikan
sabo2 ler dulu...insyallah dah lama siapla
1 minggu aku mau cuti....

So this weekend sebelum menjelang hari raya mmg teramatlah sibuknya

Dengan aku yang tgh bersemangat nak buat kuih raya
siap beli bahan bagai
tapi takdelah cookies yang susah2 tu
buat yang senang2 ajer...yang penting hasil tangan sendiri
(tekak ni gatal nak rasa air tangan sendiri)

Inipun atas permintaan adik beradik aku yang suka sgt
dgn "cookies" yang ala femes amos tu
coz last year aku tak buat
(aku tau sgt naper depa suka...sbb aku tak kedekut chocolate chip)

So this year aku merajinkanla diri untuk buat cookies sendiri

Projek mengecat "dining" ini tugasan Mr Y....dia cakap aku tak yah tulun...tapi tulun temankan
ajer...gedikkan...kalau tak dia takde mood nak buat
(plan nak melarikan diri pi buat rambut hehe)

Projek memasang lampu & kipas....semua kasi tukar
"energy bulb"
jimatkan elektrik

lepas raya confirm bill naik punya..

Okla untuk kengkawan blogger yang beraya
berhati~hati di jalan raya
biar lambat yang penting selamat sampai ke destinasi

besskan yang ada kampung
tingat masa kecik2 dulu beraya umah OPAH
gamat sungguh....cam nak roboh umah opah
bila semua sanak saudara balik...

So pada sesapa yang masih ada kg...pulangla balik beraya
rugi taww beraya di kampung nikmatnya lain

MOOD RAYA!!!!!!!!!!!!!!!
malesss nak kerojer huhu


Psst: Tapi pagi tadi jalan cam clear ajer...tak jem

Thursday, August 25, 2011

Checklist Raya ~ Rumah pun nak beraya

Kalau nak raya bukan tuan rumah jer nak beraya...
Rumah pun nak beraya

Jadinyer pi la survey lampu & kipas kot ada yang terkenan
nak makeover sikit dining

Kipas lampu ni...santek gak...senang ada lampu + kipas sekali

Yang ni pulak pesen baru
lampu tu terang & kipas tu laju.....cuma aku tak suka pesen camni
lagi satu kebaikan kipas ni takde bunyi...senyap jer..
kalau yang suka moden style or contemporary
okla kot

Mr Y sukala pesen ni...kekadang kalau bab rumah aku tak kasi
Mr Y masuk campur sgt..sbb minat kami berlainan
aku suka English
(tapi bukan yang jenis penuh satu rumah bunga sana sini...semak mata)
tapi Mr Y suka gaya moden...

Of course akula yg menang...hehe
Last2 aku pilih yang ni...sesuai dgn gaya english kunun2nya

lampu kat sini santek2 tau....

berkenan sungguh dgn lampu ni stylo & elegant

Tapi Mr Y pulak sibuk dgn mende lain...sibuk dgn lampu lip lap
untuk studio dia...nyampesss
nak buat konsert hari raya ker

kipas kecik ni sesuai untuk deko...tp rega mak aii
RM200++ tak kuasa aku

Aku kalau nak beli lampu...kipas ...mesti mai sini
layanan bagus & harga pun affordable...mmg berbaloi
tauke dia pun bagus

Located kat Sg Buloh...next to Maju Ahmad tempat aku selalu lepak dgn Mr Y
"mengeteh"

Psst: Beli jer pasang nyer idak lagi hehe....takper beli dulu...tunggu weekend baru nak projek