Klik Jangan Tak Klik

Monday, October 17, 2011

Cinta Elysa ~ Botak Juvana rupanya Johan Ariff

Nampak sgt aku ni tak mengikuti
perkembangan artis Malaysia
nak tau apa cerrr

(suka nengok posing camni...so sweet)
Nilah citernya
Dok syiok sgt layan drama
Cinta Elysa
padahal citer tu bukan bess sgt pun bese2 ajer

tapi dek sbbkan "hero" dlm citer ni ala2 macho gitu
tetiba terminatlak tengok citer ni
bila tengok citer ni....tak habis2 dok kata kat Mr Y
"syg ni mesti pelakon baru tak pernah tengok pun..cam bessla dia berlakon"
ingatkan ni
1st drama dia berlakon..mmg tak tahu langsung..."

pastu tak habis2 cakap kat Mr Y...hensem la
sampai Mr Y pun naik nyampah hahaha...
suka taw tengok hero2 muka ganas camni
tak suka yang ala2 jambu gitu hehe

Rupa2nya baru tau dia ni pelakon drama Juvana
& diala si botak yang sgt2 jaat & gengster
dalam citer tu....jgn tak tahu gengster2 pun dalam hati ada taman tawww
sbb tu dpt jadi hero berpasangan pulak dgn
Fasha Sandha...
cam matching la pulak kalau betul depa kapelkan
dari si JEJAI tu baiklah si BOTAK ni
opppsss nama sebenar dia Johan Ariff taw....

Apsalla masa dia botak tu aku tak notice langsung....
dah tumbuh rambut baru aku perasan
rasanya dia ni tak botak lagi hensem laaa hehe
yang penting lakonan dia mantap
asik tengok hero lama bohsanlaaa...
mau tngk muka2 baru pulak laa...




SINOPSIS CINTA ELYSA (TV3)

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?



Psst: Jangan lupa saksikan setiap Selasa jam 9mlm (TV3)


19 comments:

Mr feckry said...

dah terlayan tu kirenye dah terminat le kan?

Unknown said...

la haiii,
baru tahu ke?

hehehe...

ai tgok pun sbb si botak la, klu ikutkan tak suka sbb ada FS tu...

lieyalatif said...

ye sis, tu le si botak....lain kan rupe die bile ade rambut he he he.....

cite ni best.....layan jugak....tak sabar nak tau ape laa ending dieeee....

ch000tz said...

bw...visit but tak jumpa where is ur shoutbox :(

syanasaid said...

dia kalo botal lg macho
ensem!!
aawwummmm

Unknown said...

xpenah tgok pown citer niy..iklan cam best..bile time citer 2 kat tb, malas nak tgok..hehe..

Mimy Hamid said...

la beb ko tak tau ke...dia la botak...tetap ensem...sinopsis best tp sygnyaaaaaa aku tak dapek nak nengok berebut tv ngan megat..hishhh so aku layan tonton la weekend tu pun kalau sempat...huhu

kurus said...

tetiba je mereka nie popular kan
ekekke botak2 punn bila ada rambut nampak sweet je eerkk :)

rasp said...

i malewwww coz i tak kenal pun sapa dier...
u citer nie pun i masih blur2 sapa dia...

Mama Gee said...

g lebih suka ms dia butak! heheee

Dee said...

sy mmg suka kat dia dlm juvana lagi..hero yg x control macho..baru best kan..

EYQASARA said...

uh.. handsome rupenye mamat ni.. hihi..

Unknown said...

kahkah. memang otai dia ni :P

mimie1678 said...

aku pun layan citer nie... muahaha... samalah mcm ko... suka tgk lelaki muka jahat... muka budak baik nie ai tak kenan la... hahahah...

Bitt (double IS) said...

hehehhe kena tengok nehh..tapi tu la kan laki kite pon sama...asal caakap lebih2 pasal hero dlm drama tu mula la mereka menyampah...akkakakaka saya siap kena sound lagi cuba tengok cite org putih...akakkkakakaka adehhhh

Delimasari said...

cita ni mmg best = xboleh ketinggalan

-anidaothman- said...

layan jugakkk drama nie..sebab SUKAKKK suda dengan Si JOHan nie....

MUKA DIA, PEOW lelaki MELAYU teakhir ......

ct rahani said...

bestkan citer ni sis.. sy pun layan gak.. x sabar nk tgk episod malam ni.. hehe..

el said...

el mmg layan cite nie..dah xde cite lain yg best huhuhu ok gak jalan cite dia..mula2 tu x bape berkenan sgt lah tgk lakonan si johan ni..tp lama2 tgk best plak...hehehehe

johan ni bekas pelajar agama pondok kt indon