makin gumuk lagi ada walaupun dialah paling sibuk bila time
nak bersahur & berbuka
Menangis teresak esak pun bukan
sbb heronyer yang hensem
Tapi sebab sianjing comel bernama
"Hachi" yang kiut sgt ni
Padahal dah tengok cerita ni kali kedua
tapi still tak leh control ayu
Mr Y dah risau
siap tanya nak terus tengok lagi ker
aku kata takper leh tahan...tp air mata dah bergenang
rupanya sampai habis makin lebat air mata aku keluar
Yang si Mr Poposh pula tak leh tengok aku nangis mesti dtg nak ngendeng
kat aku...kunun2 nak pujuk
(gambar ni diambil bila masa aku berkemas nak pi vacation...cam tau2 jer kita org nak p berjalan...tak nak keluar2 dari bag tu)
Tapi aku bet kalau korang tengok korang pun mesti
tangkap leleh gak...kalah tengok
"KUCH KUCH HOTA HEI"
Kat Astro HBO tengah tayang la ni kalau nak tengok
Sinopsis "Hachi A dog's Tale"
Kehidupan keluarga Parker menjadi semakin ceria dan menyenangkan, sejak kehadiran Hachi. Parker sangat menyayangi Hachi, demikian sebaliknya. Bahkan kedekatan antara Parker dan Hachi, membawa kesan dan pemandangan yang mengharukan bagi keluarga maupun sahabat-sahabat Parker. Hachi selalu mengantarkan Parker ke stesen keretapi untuk berangkat kerja, dan menunggu Parker pulang kerja pada jam 5 petang. Selalu seperti itu setiap harinya.
Hachiko adalah sahabat yang setia. Terbukti ketika akhirnya Parker meninggal akibat sakit, Hachi tetap setia melakukan hal yang sama… menunggu majikannya pulang kerja di stesen keretapi, pada waktu senja. Dan itu berlangsung selama 9 tahun. Hingga akhirnya Hachi meninggal, pada bulan March 1934. Kisah yang sangat mengharukan.
Cerita ni berdasarkan kisah benar
Inilah rupa anjing yang sebenar
Sempena memperingati "kesetiaan" anjing ni pada tuannya
sehingga sanggup menunggu selama 9 tahun
ko bayangkan kita manusia pun belum tentu sanggup tunggu selama
ni....
Kalau nak buat telenovela "Mr Poposh kucing yang setia" bley hehe
susah nak cari movie kisah binatang yang menyayat hati...animation tak bess kartun
suka tengok yang real
Psst: Moral of the story masa ni baru kita faham...sedihnya bila kehilangan orang yang paling kita sayang...tu sbb jgn gaduh lama2...
16 comments:
isk~~igtkan ada pape kat mr poposh..haihhh...seb bek sihat walafiat......salam pelok cium kat mr poposhh ye sis~
kiut tgk Mr. Poposh dok dlm beg tu :)
menarik lak cite ni..nti nak suh en.od donlod lah..kt umah xde HBO..:)
Penah baca pasal hachiko ni, even baca pun aku da nangis kalau tgk filem tu sure sedu sedan punya...
kasih syg binatang ngan tuan...makhluk Allah jugak tu...harus di jaga sebaiknya..amboi ko touching poposh tak takut ke tgk anjing
bace sinopsis pun dh terdetik sedih...pe lg nk tgk...
anjing memberikan kesetiaan tak berbelah bahagi kepada orang yang membelanya. kucing dikatakan memilih orang untuk memberikan kasih sayang & apa yang patut tuannya lakukan. itulah dari dokumentari.
poposh ni duduk dalam beg sepenuhnya...huhu
pna dnga psl cte ni tp xpna n xbrani tgk..kompem ngis pnye..setianye anjing kt tuan..huhu..
posh, aku dh tgk citer ni lebih3 kali pon tatap cembeng tiap kali tgk balik...mmg sedih..sob sob sob
sy baca pun rasa sedih..
igtkan mr poposh ada apa2..rupenya cite tu yer sis..xtgk lagi cite ni...pernah dgr pasal movie nk tp xtgk lagi...
taknak nengok lah..nanti nangis jugak..huhu..mesti hiba kan..
Dah lama aku tengok cerita wayang tv aku tak nangis..giler ko buat malu je nangis.
tapi kan aku pernah nangis tengok cerita wayang Highlander ( part 1 yang original sekali, yang lain semua cam siot buang karen je tengok ).
pasal hero ngan bini dia tau zaman masa dulu la,
bini dia of course lawa la, tapi hero kan, tak boleh tua, hero ni immortal, so dia maintain je tau..
so ada satu part, pagi hero keluar memburu or whatever bini cun la...so direktor nak tunjuk masa bergerak gitu lepas berpuluh tahun la kira,
masa hero balik naik kuda...ada pompuan tua dah kira tua abis..
siak ah, sedih siak.. bini dia tua tu dah nangis2 kenang nasib dorang and tanya hero apsal tak mau tinggalkan dia...hero cool je peluk bini dia yang dah nak mati sakit tua tu. I think ye la tu movie omputeh, tapi I think it shows a bit of what true love is.
Aku je la yang mula2 tahan air mata, ye la tak brutal kan nangis?
background muzik part tu ialah lagu Queen yang ' who wants to live forever ', ko tahu la Freddie Mercury nyanyi love songs suara cam mana.. banjir wooo.
thats all. happy fasting guys and cat.
uishh baca punn dah emo ha beb .. kalau ada belung den nak tgk gak :)
dear, aritu kan nor ada beli cd ni taw. pastu budak2 opis pinjam dulu sebab nor tak done lagi nak tengok. bila yang dah tengok tu mengadu sedih..bengkak mata..melalak2 tengok citer nie. terus nor jadi takut..takut sebab nor ni kuat benor menangis. kalau tengok kat opis confirm boss heran tengok mata merah bengkak macam bijik saga. sampai skrg tak tengok lagi cd tu
dee tgk pun nangis..bestkan citer haichiko ni..
pnh bca sinopsis cite ni.. tpi kan mcm xsggup nk tgk la.. tkut nngis nnti spe nk pujuk..? hehe..
Post a Comment