Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label sate. Show all posts
Showing posts with label sate. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Restoran Sukahati ~ Sate Family Saujana Utama !!!!

Aku bukan nak citer pasal Restoran Sukahati 
ni yer
sbb makanan dia bese2 jer
Mr Y orderla jugak "Mee Rebus" not bad
ramai gak yg ngoder 
"Mee Kari" sedapla kot
 
aku tumpang rasalah sikit....
kuah tu sodap gak
tapi aku kalau datang just nak makan sate jer
nak ke klang rasanya tak berbaloi jauh bebeno 
kat sini dia tak kasi nasi impit tau....lain sikit kasi lontong
sate tu sedap gak...cuma kalau yg jenis tak berapa suka manis 
(tak ler manissss sgt)
mungkin kureng gemar kot
aku bese2 jer...tp Mr Y suker
tapi mmg ada bezala dgn sate bese
kuah sate bese2 jer....
paling sedap aku rasa tetap Samuri kot
teh O ais and nescafe ice....
harga sate kat sini kira affordablela kan
 
tetap gedix nak letak gambo sendiri...gambo makan sate takde huhu
jemput makan yer...

Kalau nak mai sini location mapnyer cari Bank Islam Saujana Utama 
dan gerai Sate ni berada di Restoran Sukahati.
Gerai Sate ni di beri nama Sate Famili.

 Rempah ramuan perapan tersendiri dan hasil dari sate yang terkenal Meru, Kelang. 
Kata owner, Amrul, Sate ni memnag terkenal di Meru, Klang, kini di bawa untuk penduduk sekitar Saujana Utama dan Sungai Buloh.

Gerai ni beroperasi dari jam 5.00 petang sehingga lewat malam, atau kehabisan stok. Selalunya sekitar jam 10.00 malam stok sate akan tinggal sedikit sahaja.  

Psst: Kalu tak nak makan sate...kat restoran ni ada juga menjual western food dan macam2 lagi...tp aku tetap datang makan sate jer...

Monday, September 26, 2011

Penghujung Raya~jamu satelaaa

Sedar tak sedar nak habis raya dah kan...tinggal baper hari je lagi

Tapi la ni dah tak kesah...habis raya pun still ada
"open house"

Kalu takde kuih raya pun tetamu yang datang mesti kena ada hidangan
walaupun tak masak beria2
janji ada makan2kan

Menu2 yang dihidangkan....

Satay special...sate Melly
"kuah kicap"

Potluck la pulak.....Cik Lyn bawak bihun goreng punyalah banyak....
Lyn ni kalau datang mmg takkan tangan kosong
ada jer yang dibawanya....

Kek pisang....

Cookies "famous amos"...kuih raya kan dah habiss

Buah anggur

Inilah tetamunya...lyn & Zaidi...

Thanks sbb sudi dtg....korang mmg bess..patutnyer nak karaoke...
tp laki dia night shiftla pulak...


Psst: Kenapa yer ada bnyk makanan...sbb kunun2nya ada ramai yang datang sekali hampeh!!!



Tuesday, July 19, 2011

Satay Mely

Mesti korang tak pernah dengar
"Satay Mely"
nikan..ker mmg korang mmg tak heran
maybe blogger area Meru Klang
tau kot tempat makan ni

Kenapa yer we all sanggup sampai ke Meru semata mata nak makan sate
Sg Buloh pun melambak Sate
mestilah bersebab

Nilah "Penyebabnya"
kuahnya yang lain dari yang lain
tapi jgn risau kuah kacang aka kuah sate tetap ada....
kuah kicap ni mmg sedap sgt
perah pulak dengan limau nipis
isssh mmg terangkat tak percaya cubalah....
1st time Mr Y bawak cam jakun gak apa ke he nye ni
makan sate dgn kuah kicap

Rupa2nya untuk dicicah dgn
"Sate Kambing"
yess mmg aku tak makan kambing
tak tahu kenapa maybe kerana bau semacam
walaupun kata orang daging kambing sedap
sgt
tapi kat sini lepas "dipaksa"
oleh Mr Y untuk mencuba aku cubalah
gak....mak aii mmg sedap sgt...
bau kambing takde langsung
& dagingnyer lembut sgt

nasi impit pun ada

Teh O + air suam jerlaaa...sejak baik sakit aku mmg tak minum ais dah
tengok ais pun dah tak lalu
which is goodlaaa
ice tu kan tak bagus

Untuk yang merindui aku katanya...
jemputla makan sate
la ni kalau tingin nak makan sate
sanggu datang ke Meru Klang...sebab bukan pasal
sate kambing tu yang menjadi idaman hati
tapi kuah kicap tu...aduiii tgh taip ni pun dok tingin nak

Last weekend pi hajat tak sampai sebab
sampai2 kedai tak bukak lagi
rupa2nya bukak pukul 6pm..so sebab perut dah lapar sangat
terpaksa batalkan ajer...kempunan rasanya...
nak tunggu cam tak berbaloi...sebabnya gerai Mely ni biasa jer menumpang kat restoran
orang lain yang mmg aku nyampah nak makan kat situ
sebab service cam hampeh
rekomen kalau korang nak
tapau lagi sedap...


Psst: Landmark nak ke sini...Selepas Aman Perdana akan nampak Shell masuk kanan terus restoran hujung sekali