Klik Jangan Tak Klik

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Tahniah Ella Ratu Rock Malaysia ~ Nikah 7/7/2012 ~ Wang Hantaran RM50,000

Since aku peminat Ellakan....harusla update citer "Idola" aku ni
tak kisahla apa org nak kata
pasal Ella...aku tetap minat kat Ella....
especially gaya lentok manja
biarlah org kata Ella ngada2 tp aku tetap suka
itula trademark Ella...
paling aku minat dgn rambut Ella yg panjang hitam lebat tu
pada yg tak tengok lagi siapa bakal hubby Ella
nilah orangnya
seorang jejaka bernama Azhar 30
pilot firefly...
wow beza 16 tahun tu...meletop!!!!
Apa2pun tahniah untuk walaupun dah berumur 46tahun 
masih santek lagi...
aku harap sgt kalau umur aku dah camni
meletop!!kuang...kuang!!

Ella bakal bernikah pada hari ni 
tapi masjis persandingan bakal diadakan 
pada bulan Disember...

Psst: Tak sabo nak tengok Ratu Rock Malaysia pakai baju penganten...mesti meletop letop...luv u Ella...moga bahagia dunia dan akhirat

Tuesday, February 28, 2012

Kerjaya Seorang Tukang Beli Hadiah!!!

Inilah kerjaya part ~ time aku kat opis
harus lah jadi 
pembeli atau pencari hadiah
tak berbayo

anyway aku suka jer
keje soping ni
keje lain jgn bagi yer...especially part kutip duit
I don't like...soping suker!!!

Hamek!!!
banyakkan "hadiah"kan...
 
Hadiah utk
"penganten baru"
tanya dulu nak apa
kang main beli
sudahnya membazir
tak pakai
Hadiah utk new born baby
baby boy belikan kaler blue
nak tengok siapa pemilik yg tersangatlaa comel!!!

**


**


**


**


**



 
comel sgtkan...cam gegirl...mati2 aku ingat gegirl....
member yg gave birth cool ajer
kitaorg kat opis yg 
dok risau
comeikan cam anak jepun!!
Tapi dlm dok gumbira sgt menyambut kelahiran
baby boy Zaquan
(daddy dia kasi sempena nama footballerla tu...fanatik bolakan)
sedeh sbb baby girl another collegue 
meninggal 1 hari selepas dilahirkan
suspect jantung bengkak...so hadiah ni kitaorg nak kasi
pun dia tak nak...so simpan utk next baby...

Suka tengok baby....sgt2 menenangkan
nak2 bila diaorg dah pandai ketawa

Friday, February 24, 2012

Majlis Nikah Lisa Surihani Dan Yusri KRU~Wedding Dokumentari Eksklusif Di Astro Ria !!!!!!!!!

Sejuk jer aku tengok gambar wedding diaorg ni
hari ni taknak letak gambo makanan
nak letak gambo diaorg ni
jamu mata pulak

 Tahniah untuk
Yusri KRU dan Lisa Surihani
yang selamat bernikah 
pada 
23 Februari 2012 pada jam 9.30 malam.
Semoga perkahwinan kali kedua untuk Yusri KRU
ni berkekalan dunia dan akhirat
amin....
Sweet sgtkan...aku lak yg touching....
Sama padan....sama comel...
elok gak Yusri tu lebih berumur dari Lisa
lelaki lebih berusia ni cool!!! 
kesian abe2 bujang kat luar tu...
itulaaa lelaki makin berumur makin laku...
Aku takde nak komen apa "LIKE" sgt make up
si Lisa ni...natural ...kalau dah santek tu tak perlu nak tepek 
bedak bnyk2

Ni baru nikah tunggu kawen...mesti lagi santek!!!
tunggu

episod dokumentari eksklusif di Astro Ria
saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.
 tak sabo nak tengok!!!!

Credit to Oh Bulan

Psst: Nak tengok lagi banyak gambar pernikahan Yusri dan Lisa sila layari Oh Bulan

Saturday, January 14, 2012

Hattan Sah Bercerai


  Hari tu tengok kat Melodi beria ria Hattan menafikan issue ni
tup2 aku dpt email 
Al-Kisahnyer...wallahualam 
hal rumah tangga ni sukar dijangka
org luar tak leh nak campur
yang lebih mengetahui ialah pasangan tu sendiri

Apapun yang berlaku dalam kehidupan kita
"What Goes Around Comes Around"
itulah karma hidup

cerita selanjutnyer aku tak taula naper bercerai tapi sumber selanjutnya ada kat 
betul atau tidak wallahualam

KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.


Psst: Macam trend la hari ni kawen sok cerai...tapi kalau dah tak bahagia nak tunggu apalagi...kita kawen semestinyer maukan kebahagiaankan

Wednesday, October 12, 2011

Promosi Perkahwinan~Harga Terbaek!!!!!!!!!!

Tensen semalam tak dapat bersiaran
sibuk bebeno...keje bnyk
takde masa nak hapdate blog
nak blogwalking pun semput2

Inilah tujuan sebenarnya kami ke
"Pameran Penganten"
untuk mempromosikan
"Cobra Entertainment"
(alahai biz kecil-kecilan ajer)
macam nila meniaga kecil..kecilan kenala rajin2 buat promosi
bukan senang nak kasi org kenal....so far
promosi lebih kepada "mouth to mouth"
orang suka depa rekomen...

Tapi masa ni tak bawak band boy...
just bawak penyanyinya ajer
"Ekin"
sweet seventeen ni....
anak didik Mr Y sejak umur 15 tahun lagi
bayangkan dah 3 tahun
mula dari hobi la ni dah jadi biz pulak!!
yelah dari alat muzik tu terbiar camtu jer
baik buat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil

Si Ekin ni dari malu2 ayam
tak berani nak nyanyi depan penonton
la ni dah berani berkomunikasi dgn penonton

Siap ajak menari lagi....

Yang akak ni pun sporting...layan!!!...

Atas permintaan deejay kat
"Pameran Pengantin"
ni....
siap dijemput berduet dgn bekas penyanyi yg dah bukak butik pengantin
pulak...nak tahu ceritanya cam bese tunggu!!!!

So kalau sesapa berminat silala call
Mr Y @ 017-6809576
jgn call aku lak...
aku ni tak involve sgt
kalau takat nak jadi mekap retis or image consultant
tu buleh ler hehe

tapi aku "pengomen terbaek tawww...silap sikit siap aku komen sampai menanah tinger"
aku bab komen nombor satu
tapi kritikan membinakan....tengok sekarang lagi hi pitch takde masalah tu....
Insyallah cukup jer 18 tahun bolehla si Ekin ni masuk mana2 contest
menyanyi kat Malaysia ni

Kat Malaysia pun dah ada
contest menyanyi yang ala2
"The Voice"
yang pofular kat US tu...
"Vokal Bukan Sekadar Rupa"
mana taw leh masuk....rupa nombor dua yang penting sore kena
POWER dikkk!!!

Muka buleh makeober tapi sore tak leh ubah

Dulu masa audition mentor Rahim Maarof nak amik tapi disbbkan
umur tak lepas so cancel!!!

Korang nak apa semua pun ada...dari segi harga sgt2la berpatutan!!!!

nak2 kalau sebut nama POSH76...lagi lerrr murah...
(pandai2 aku ajer haha)

Antara perkhidmatan yang disediakan

~Karaoke
~Live Band
~ PA System
~ Deejay
~Muzik Asli
~ Muzik Akustik
~ Kompang
~ Bacaan Doa/Selawat Nabi
~ Silat


Psst: Nanti sambung cerita retis yang seakan2 muka blogger femes tu yer!!!



Monday, October 10, 2011

Datang Pameran Pengantin ada tujuan!!!

Kalau dah penganten lama datang
(yang sentiasa hari2 macam penganten baru ni hehe)
"Pameran Perkahwinan"
nak buat per yer!! takkan nak kawen lagi kot....udah2 ler tu

Sebelum cerita selanjutnya meh kita cuci mata dulu
apa yang ada kat pameran ni
macam2 promosi ada...
Untuk bakal2 penganten rajin2kan la diri melawat pameran seperti ni yer
masa nilah nak grab harga2 promosi ni
nanti bila sampai masa takler membebankan sgt!!

Suka nengok deko2 ala english style ni...sejuk jer mata memandang...
kekadang nengok wedding zaman ni
bab kemelayuan dah kureng
bnyk ala2 barat pulak...terikut terlebih2 pun tak bagus
patut bangga dgn budaya sendiri...
sampai kompang pun nak pakai CD melampau tu!!!

macam2 fesyen ada...aku pulak teruja nak naik pelamin lagi..
tingin nak sarung gown penganten bley huhu
fesyen sekarang ni pun meletop letop santeknyer...

Keep Slim pun tumpang sekaki...
senang nak kuruskan badan
amiknyer package yang ada
yang paling meluat tu tukang jaga kaunter

kalau boleh pilihlah bdn yang selim sikit...
bukanla jenis lemak bersepah2 tu yer...
1st impression kalau tengok tukang buat promo tu tak presentable
terus mati niat nak membelikan..

ibarat yang jual corset tttttttttuttttt ada hati nak jual corsett
tapi alamak hang nyer badan pun kembang camna nak percaya

Siap dgn "food testing" lagi nak pilih catering mana

Tapi aku dtg sini bukan semata2 nak tengok ataupun nak cari
pakej apatah lagi nak amik gambo perkahwinan
mestilah bersebab...nanti aku citer next entry yer...

Stay tune!!!

Psst: Makin lama belanja kawen makin meningkat...

Friday, September 30, 2011

Perkahwinan Memey & Norman~Aku tau ramai tak suka!!!!

Mula ~ mula mmg tak amik pot....tak koser aku nak buat entry
yelah saperla si Memey ni kan
Diva ker...takat berlakon drama
apa kelasss.....menang award pun tidak...

tapi bila tengok gambo santek!!!
layan jelah!!!
Kira perkawenan luar biase gaklerrr...tengok sponsor
dasat2 kalah Diva no.1
Dato Siti
Atas motif apa wallahualam
mcm2 spekulasi yang keluar
tapi tak siapa yang ada jawapannya

Antara gambar yang menarik minat aku...
Black & White
nampak classic
(dok cakap Mr Y nak amik gambo pose cam gini....kelasssss!!!)

Ini pun aku suka....trend sekarang kot....letak munger besar kat
kepala ....
untunglaaa Memey dapat jadi Cinderella

Gown ni pun aku suka...tetiba terasa nak kawen lagi bley...
tp dgn pasangan yang samalah
nak mamp*SSSSS kalau yang laen!!!

Tapi ada gak gambar yg tak berapa nak lawo.....udah cam mat lampir maybe sbb
rambut style cam gitu...ataupun tak sempat nak pose
or maybe candid!!!!hehe

Yang ni pun sweet sporting anak2 Norman Hakim datang sekali
Cuma Abby aku tak pasti mai ke tak
at least ini menunjukkan
Norman Hakim adalah bapa yang baik...
betullah kata orang...hubungan suami isteri bila2 pun blh putus
tapi hubungan anak beradik sampai ke ahirat...

Takpela kita doakan kebahagiaan mereka dunia & akhirat
dah rezeki depa nak dpt sponsor camni....
yang penting kekal hingga ke akhir hayat

Jangan dah grant2 camni tetiba sekerat jalan....

kita cakap apa2 pun tak guna buat dosa kering ajer....

Psst: Suka tengok gambo kawen....

Monday, December 27, 2010

Melaram nak pi tengok Mamu

Nilah kesah hujung minggu kalau Mr Y
takde show...ngalahkan artis ada show pulak yer
barula dapat pi rumah orang kawen

tak cukup dok melaram sebelum nak pi
dalam keta pun jadi jer

Saja nak tengok adakah "bulu mata" yang separuh tu masih dalam keadaan stabil
ker tak...kang buatnyer sebelah lekat sebelah lagi dah tercabut
jenuh!!!dah ler tak bawak glue ni

Nilah dia "Mamu"nyer...Mr Y fren..nak kata fren sgt pun idakler
tapi kenal gitu2 sebab hari2 Mr Y dok bertenggek minum kat kedai
ayah dia....saper yang keje CSA tauler
mmg dia jemput semua yang selalu minum kat kedai dia
(alamek bulu mata dia lagi panjang & melentik dari aku daaaa)

Ini baru "Satu Malaysia"
semua bangsa pun ada...sama2 meraikan
meriah gitu

Simple but nice...beselah belah laki mana nak grand sangatkan
tapi oklaaa buat kat rumah pun meriah apa!!!

Makan beradap atau la ni dikenali sebagai makan berdamai

Penganten lama pun mau pose jugak...
nak pi dekat pengantin cam
orang tengah heboh bergambo...
jadila sipi2 kunun2 amikla dgn pengantin tukan hehe

the goodies....

Macam2 ada tapi semua tu aku tak brp nak makan....sebab manis...
aku suka kipas tu ajer...kot2 panas leh gak mengipas hehe

Psst: Pejam celik lagi seminggu dah nak NEW YEAR...cepatnya masa berlalu

Monday, December 13, 2010

Selamat Pengantin Baru KakTUN

La ni kan musim "mengawan" sana sini pun orang kawen
mmg kenyangla tiap2 hujung minggu kalau jemputan penuh hehe
silap2 tak payah nak fikir masak apa
fikir jer nak pakai baju apa...
bukan penganten jer pening pale nak fikir
pakai baju apa..yang nak pi rumah orang kawen pun sibuk nak melaram pakai
baju apa....yang paling bess la ni siap tanya tema pengantin warna apa
bulehla nak matching kaler sedondon ikut temala kununnyer
hehe

Kita tengok lauk pauk dulu....penganten sat lagi naaa
"Kari Kepala Ikan" baek punyer

"Ayam Goreng Berempah" yang sentiasa menjadi fav aku
ada lagi lauk bess..."Udang Goreng Tepung" tapi aku tak amik gambo...sedap!!!

Sebab sibuk naaa amik gambo aku...
tapi mmg bess la lauk pauk yang dihidangkan
cuma tak puas makan..kelainannya cuma hidang nasi putih jer...tanya dekat Mr Y
naper takde nasi minyak..at least adalah choicekan...ni cuma nasi putih ajer..
kempunan ni nak makan nasi minyak...biasalah kalau kawen wajiblah ada nasi minyak
barula sinonimkan

Berbalik pada cerita tak puas makan...biasalah aku kalu nak makan
mesti ada ketenangan..chewah...tapi baru jer nak telan..
kiri kanan depan belakang
sedara mara mai nak ajak bersalam & bersembang
almaklumla dah lama betul tak berjumpa
tapi mmgla majlis perkahwinan nilah masanya nak mengeratkan sillaturahim
bess ooo dah lama tak jumpa
macam2 perubahan....ada yang mengecil..ada yang mengembang
paham2 jelah yer
hehe

Para tetamu tengah tunggu penganten sampai
takper kita beramah mesra dulu...

Nilah dia my cousin "Kak TUN" aka Roszilatun
nama sedap2 tapi kami panggil kaktun jer...kekadang bunyi katun pun ada
hehe

bergambo my father's sister...wan cho...wan chu aku pun dah tak berapa ingat
sebab mmg dah lama tak sgt tak balik Teluk Intan
so masa nila baru nak berjumpa
kalau dulu balik kampung pun more to my mum side...
Bagan Datoh...padahal bukan jauh sangat pun...

Last sebelum nak balik amik gambar dulu..camera sana sini tak sempat
nak ready dah ambil gambar....jadilah gambo "candid"

Me & my auntie...Wan Chik...kalau pi mana2 orang confuse mesti ingat aku ni her daughter
auntie aku ni baru betul2 chinese...cina masuk islam
tapi aku bukan
" Im pure malayla"
jenuh nak explain tak paham2...

lagi satu yang peliknya pasal wedding my cousin ni...depa tak main
"kompang" masa pengantin sampai pun kitaorg dikejutkan dgn bunyi
macam "kapal terbang" tengok geng2 moto besar mai
tapi bagi aku lebih afdal kalau ada paluan kompang
baru2 terasa betul2 adat melayukan

Masa ni aku pun dah penat tengah dok panas terik Mr Y kan giler motor
heboh dok suruh aku bergambo dgn motor besar...layan jelah
walaupun panasss menten vogue hehehe

Psst: Aku ucapkan selamat pengantin baru untuk kaktun semoga bahagia dunia & akhirat amin....