Saturday, March 17, 2012

Resepi Popiah Goreng!!!!

Sedeh smlm tension the whole day
tak dapat nak hapdate blog
(bukan tension keje...yg tu tak heran sgt bese sudah hehe)
cuma blh tengok blog ajer
tapi alhamdullilah hari ni okey lega
tak keruan jadinya
So asal weekend jer aku mesti nak hapdate 
"resepi" la sangat
tu dia  resepi
"Popiah Goreng"
sorry yer gambo tak lawa
nak cepat snap sbb nak jamu kengkawan Mr Y
walaupun tak ler santek 
tapi berjaya 
1st time hokey

Mencabor gak buat popiah ni 
bila " tak melekat"
bikin tension jer
dan bila part nak menggoreng..bila "gam" tak melekat betul
mulala terbukak

okeyla tak mo citer banyak meh kita layan resepi minggu ini...

Bahan-bahan 
  • Keping kulit popiah
  • sebiji lobak merah
  • sebiji ubi sengkuang
  • 6 ekor udang hidup(saizL) @ udang kering (guna udang segar, cincang halus...alergik ngan udang kering)
  • sedikit garam (option)
  • untuk sosnya:
  • 2 sudu besar cili kering  (yang telah dikisar)
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit perahan air limau nipis
  • untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng  
Cara~Cara
  1. keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering) 
  2. lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus)
  3. udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih
  4. semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam
  5. untuk sosnya..semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. pastu boleh mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.

Psst: Cuma aku tak buat sos pencicah jer ari tu...Mr Y kata kalu ada "pencicah" mesti lagi sedap....ada ke patut kasi sos cili bese jer...hantam jela!!

14 comments:

  1. rajinnya...

    sy rajin makan aje....

    comel2 popiah tu... rupa tak penting, janji sedap!

    :)

    ReplyDelete
  2. boleh tryy ni.. rupa blakang kire janji sodap hehhe

    ReplyDelete
  3. wah, nampak senang cara buat. kejap lagi nak pegi buat jugak lah. hee~

    ReplyDelete
  4. Mkn ptg2 ari pun sodap ni kan??? Ermmm tq bg idea..

    ReplyDelete
  5. Klu dah rasanya sedap. . Mkn mcm tu saja pun ok dah. :))

    ReplyDelete
  6. dee kalau buat popiah mesti sardin..boleh jugak try inti resepi posh ni..

    ReplyDelete
  7. yer betull time nak goreng tu mmg payah la...kalau tak lekat betul...berterabur isi...aduhai aku gaga; tang tu

    ReplyDelete
  8. woweeee...rajinnya u sis...
    tak kisah ler sos cili bese...
    yg penting itu popia homemade...

    ReplyDelete
  9. wahh..dalam tensen2 pon sempat juga buat popia. tapi saya lagi tensen sebab tak dapat makan popia itu! nak jugakkkkkkk.......

    ReplyDelete
  10. Sedapnya..but sndiri LG puas hat I mkn sis....

    ReplyDelete
  11. wah2 best sbb ada resepi lg
    dana suke bt popia inti kentang+sardin heheeh sbb mudah nk bt kak...

    msti akak bt banyak nih,rajin tul

    ReplyDelete
  12. akak suka popiah , kalau nak tahan lama masakkan intinya. nampak pun dah terliur.

    ReplyDelete
  13. posh nak popiah goreng 18 bungkus :)

    ReplyDelete

Komen biar ikhlas & membina
Kutukan adalah tidak dibenarkan sama sekali
Terima kasih kerana sudi komen
i likeeee